BANDUAN AKHIR - 28
Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap,

Ku Meminta Dihidupkan Semula,

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,

Melengkapi Sebuah Kembara,

Singgah Di Rahim Bonda,

Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh,

Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan,

Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,

Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,

7 Langkah Pun Baru Berlalu,

Selesai Talkin Bernada Syahdu,

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,

Nisan Batu Menjadi Tugu,

Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah

Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,

Seakan Ku Dengari,

Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,

Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembali,

Kembalilah Ke dalam Diri, Sendirian Sendiri,

Sendiri Bertemankan Sepi,

Hanya Kain Putih Yang Membaluti

Tubuhku,

Terbujur Dan Kaku,

Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,

Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,

Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,

Tiada Siapa Yang Terkecuali,

Lemah Jemari Nafas Terhenti,

Tidak Tergambar Sakitnya Mati,

Cukup sekali Tak Sanggup Untuk

Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,

Menantikan Malaikat Datang,

Mengigil Ketakutan Gelap Pekat

Dipandangan,

Selama Ini Diceritakan

Kini Aku Merasakan

Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap,

Ku Meminta Dihidupkan Semula,

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata BIODATA

Mejar Mohammad Kayum ialah Pegawai Rejemen Askar Melayu Diraja dan telah berkhidmat selama 20 tahun dalam perkhidmatan angkatan tentera Malaysia. Beliau yang masih lagi berkhidmat dengan angkatan tentera mempunyai hobi memberi motivasi dan menulis buku. Mengamalkan prinsip biar sedikit asal dapat dimanfaatkan.

Anak kedua bongsu daripada 13 adikberadik ini dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor.

Semasa meniti zaman remaja, beliau sangat aktif dan memanfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah. Beliau mempunyai minat dalam banyak bidang yang mencabar dan menguji kreativiti. Mendaki gunung, mengembara, berbasikal jarak jauh dan aktiviti pertanian adalah kegemarannya.

Pengalaman dalam bidang ketenteraan dan berkhidmat dalam pelbagai situasi yang kritikal sama ada di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak menjadi bekalan yang cukup berguna dalam menghasilkan buku. Sebanyak 12 buku telah dihasilkan setakat ini dan konsep dan pendekatan penulisan adalah motivasi dan kesedaran.

Beliau menyambung pengajian di UKM, UM, INTAN serta beberapa institusi lain, yang merupakan pengalaman yang sangat berguna dalam melahirkan kualiti diri dan melihat sesuatu perkara pada perspektif yang berbeza.

Masa lapangnya dimanfaatkan dengan menulis agar segala pengalaman dapat dikongsikan dengan pembaca. Beliau juga pernah melawati beberapa negara sama ada atas urusan rasmi atau bercuti telah memberi pendedahan berguna kepadanya untuk menghasilkan karya yang bermutu.