Kesan jangka panjang dan pendek akan menyebabkan mangsa mengalami trauma dan tekanan emosi yang amat kritikal. Malah kesan kesan kerosakan dan kerugian amat dahsyat dan memerlukan masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala. Itupun jika tidak berlaku lagi bencana di tempat yang sama. Sebaliknya, bencana yang sama berulang (potensinya amat tinggi) maka usaha menbangunkan semula akan mengambil masa yang lebih lama.
Trauma akibat Tsunami amat ketara di rasai oleh kaum wanita dan kanak-kanak terutamanya di Aceh, SriLangka dan India. Tekanan jiwa dan paranoid menyebabkan mereka tidak keketentuan dan menghadapi masalah emosi yang tidak stabil.
Tempat tinggal, harta, dan keluarga terdekat hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. Kanak-kanak hilang tempat bergantung dan isteri kehilangan suami. Begitu juga mangsa yang mengalami kehilangan mata pencarian dan peralatan laut rosak teruk. Ada yang tidak dapat menerima hakikat tentang kejadian tersebut, meraung dan menangis saban hari di atas bala yang menimpa.
Wabak penyakit akibat bencana bukan sahaja datangnya dari organik- oraganik hidup seperti bangkai haiwan dan manusia, tetapi juga dari pencemaran minyak, air, kumbahan dan sebagainya.
Penyakit taun, malaria dan jangkitan kuman adalah masalah utama di kawasan yang dilanda tsunami. Di samping doktor yang amat terhad, bekalan ubat-ubatan juga amat mendesak. Banyak kematian yang berlaku selepas kejadian disebabkan bantuan kecemasan gagal diberi kepada mangsa bencana.
Kesan lain adalah penempatan semula mangsa tragedi. Di Srilangka dianggarkan lebih sejuta rakyatnya hilang tempat tinggal. Persekutuan palang merah antara bangsa di Geneva merayu sejumlah AS6.5 juta (RM 24.7 juta) diperlukan untuk membiayai rantau tersebut. Malah mereka telah mengeluarkan AS870,000 (RM3.3 juta) sebagai bantuan awal.
Mayat-mayat dikumpul dan dilonggok dan dikira dengan cepat kerana ia semakin busuk. Sukarelawan dari seluruh dunia merentas sempadan dan datang membantu mangsa-mangsa bencana. Beberapa negara yang terlibat teruk telah menerima kehadiran sukarelawan. Berikut adalah adalah kesan kemusnahan awal yang di kesan pada 10 hari pertama:
Indonesia
Mangsa: 27,178 maut 100,000 cedera
Kumusnahan: Ombak setinggi 10 meter memusnahkan kebanyakan bangunan di Bandar Acheh dan utara Sumatera. Kemusnahan teruk berlaku di pantai barat Sumatera. Hanya 20 peratus bandar Melaboh selamat.
India
Mangsa: 11,499 maut (termasuk anggaran 7,000 orang yang mati di Pulau Car Nicobar)
Kerugian: Berbilion dolar AS. Sebanyak 5 bilion rupee (AS$115 juta) telah diluluskan untuk pembinaan semula kemusnahan yang berlaku.
Kemusnahan: Lebih 2,000 kilometer pantai utara dilanda ombak termasuk Tamil Nadu, Madaran, Andhra, Pradesh, Kerala dan Pondicherry. Pulau Andaman dan Nicobar. Sebanyak 80 peratus bangunan musnah di Pulau Car Nicobar dekat gugusan Kepulauan Andaman yang berhampiran dengan Indonesia. Ramai yang
Terpaksa meninggalkan rumah yang rosak. Bandar-bandar yang terlibat musnah teruk.
Thailand
Mangsa: 1,516 maut, 8,432 cedera dan 1,200 hilang.
Kerugian: lebih 20 bilion baht (RM 2 bilion)
Kemusnahan: Rumah-rumah penduduk, hotel dan bangunan perniagaan musnah di pantai barat, selatan Thailand termasuk tempat peranginan di pulau Phuker, Pulau Phi Phi, Krabi dan Phang Nga. Di Pulau Phi Phi, misalnya, semua bangunan di Pukul ribut ombak dengan dua pusat peranginan musnah sepenuhnya.
Kesan ekonomi: Sektor pelancongan terjejas teruk dengan kemusnahan di pulau-pulau peranginan utama. Penganalisis menjangkakan sektor pelancongan saja akan mengalami kerugian antara 35 dan 40 juta baht. Jangkaan awal sektor pelancongan membawa pulangan 400 bilion baht tahun tersebut.
Maldives
Mangsa: 55 maut, 69 orang hilang.
Kerugian: Lebih AS$ 1 bilion (RM 3.8 bilion)
Kemusnahan: 20 daripada 87 pusat peranginan mewah musnah sama sekali. Ombak tinggi turut membanjiri ibu negara, Male. Perhubungan terputus dengan lebih 200 pulau.
Malaysia
Mangsa: 68 maut, 218 cedera.
Kerugian: Di kedah, RM 21.3 juta (anggaran awal). Di Pulau pinang RM 1.44 juta (bot nelayan saja). Kemusnahan: Kerosakan rumah-rumah dan bangunan perniagaan di sepanjang pantai di Pulau Pinang terutama di Balik Pulau, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi dan Kuala Muada. Di Perlis pula melibatkan pantai kuala Sanglang, sungai Padang, Kurung Tengar. Di Perak membabitkan Kuala Sungain Baru, Bagan Datok dan Tanjung Pindang selain sungai Besar di Selangor.
Myanmar
Mangsa: 90 maut, 45 cedera dan 14 hilang.
Kemusnahan: Kawasan disepanjang 2,276 kilometer pantai di sepanjang Myanmar di Puket ombak besar. Paling teruk ialah dibahagian Ayeyarwaddy. Sekurang-kurangnya 778 orang hilang tempat tinggal akibat rumah mereka musnah sepenuhnya atau rosak. Di bahagian Tanintharyi pula, kebanyakan pulau kecil di perairan negeri Rakhine dan Pulau Coco dilaporkan mengalami lebih banyak kemusnahan.
Somalia
Mangsa: 120 maut, 150 cedera.
Kemusnahan: Kawasan disepanjang lebih 1,000 kilometer pantainya di bahagian tengah dan timur laut mengalami kerosakan teruk dipukul ombak besar.
Tanzania
Mangsa: 10 maut.
Kemusnahan: Kerosakan di sepanjang pantai di Dar Es Salam. Kekuatan ombak boleh digambarkan dengan kejadian sauh dua buah kapal pengangkutan minyak terputus dan dilambung ke laut sebelum hanyut semula ke pantai di bandar pelabuhan itu.
Seychells
Mangsa: 2 maut.
Kemusnahan: Infrastruktur di beberapa pulau peranginan hasil pelaburan besar kerajaan sejak 20 tahun lalu musnah sama sekali akibat dipukul ombak. Rumah-rumah, bot nelayan dan hotel mewah musnah manakala jambatan dan jalan-jalan raya dihanyutkan. Sistem pembentungan turut rosak teruk.
Kenya
Mangsa: 1 maut.
Kemusnahan: Kawasan Malindi, 420 kilometer dari ibu negara Nairobi terjejas teruk. Sekurang-kurangnya 50 bot nelayan musnah.
Bangladesh
Mangsa: 2 maut (seorang bapa dan anaknya mati lemas selepas bot pelancong yang mereka naiki tenggelam dirempuh ombak tsunami).
Selepas hampir 3 bulan tsunami berlaku di Aceh, Pulau Nias dilanda gempa yang kuat pada skala 8.5 Ritcher. Namun kematian hanya melibatkan sekitar 2000 orang. Ia adalah gempa bumi ke 9 terkuat di dunia. Namun apa yang disangkakan tidak berlaku. Kematian yang tidak ramai yang dijangkakan menimbulkan tanda tanya. Gegaran pada Mac 2005 menggemparkan semua penduduk indonesia yang baru masih belum pulih dari trauma tragedi 26 Dis 2004.
Gegaran di hampir 250 km ke Barat Daya Sumatra itu telah menyebabkan pulau-pulau kecil teralih sehingga 20 meter. Ia sekaligus mengubah peta dunia. Untuk membuat persempadanan semula sudah tentu memerlukan kos yang tinggi serta jangka masa yang sangat panjang.
Kerajaan Thailand memerlukan tempoh berbulan-bulan untuk memulihkan industri pelancungan yang terjejas teruk akibat bencana tersebut. Sektor pelancungan Thailand menyumbang 6% dari KDNK negara. Namun tragedi tersebut telah menjejaskan saham yang berasaskan pelancungan dan ia juga menjejaskan mata wang Bath.
Ketua pelancungan Thailand, Juthamas Siriwan menyatakan bahawa 70% kawasan bencana perlu dibaiki dalam tempoh 3 bulan untuk memastikan agar industri pelancungan dapat disemarakkan semula. Sasaran beliau adalah 13.4 juta pelancung datang pada tahun 2005.
Perdana menteri, Taksin Sinawatra mengumumkan kerugian sebanyak 20 billion Bath (AS510juta) atau 1.937 billion akibat bencana tersebut. Namun para penganalisis menyatakan lebih besar kerugian telah berlaku daripada apa yang dijangkakan. Industri pelancungan. Thailand merupakan sumber ekonomi teras negara tersebut. Puket sahaja menyumbang 73 bil Bath dari 4 juta pelancung setahun di mana Thailand mendapat hasil sebanyak 400 billion Bath dari sektor pelancungan setahun. Tahun 2004 sahaja 12 juta pelancung telah menghabiskan cuti mereka di Thailand terutamanya di Puket dan Krabi.