JuruFoto, Usahawan kosmetik, usahawan MLM, bisnes konsultan semuanya akan buat pose di kereta (its ok, duit mereka. Cuma ada sanggup spender koyak asalkan kereta mesti Alza untuk impress mat kapcai dan mat basikal, walaupun sebenarnya kereta tu kadang-kadang pinjam je, sebab tak betul betul mampu beli lagi).
Bagi seorang penjual Takaful ketika itu, memakai Alza adalah benda yang angkuhlah sebab tak ramai yang mampu miliki (walaupun tak sampai tahap BMW pun). Kemudian ramai yang inspired kerana mereka juga mahu beli Alza. Pada masa itu, aku beli Alza dengan harga RM65,000, brand new, of course dari Perodua. Masa tu sanggup aku bayar RM150 semata-mata nak dapatkan nombor plat yang tak seberapa tu. Bila orang tanya, amboi pakai Alza. Aku pun berlagak humble dan aku cakap, Alah. kereta murah biasa-biasa je ni.
Kehebatan dari segi performance tidak banyak beza dengan Myvi, malah BLM lebih baik. Harganya pula 1/3 lebih murah dari Alza ini.
Tahun 2013, aku ke Paris dan melawat butik di La Valle. Aku berborak dengan seorang tauke butik di sana dan aku amat terkejut bila mengetahui tauke itu hanya datang kerja kayuh basikal setiap hari!
Kemudian aku terfikir, kenapalah aku begitu bodoh pakai Alza menanggung hutang sebegini semata-mata untuk memuaskan hati orang lain dan bukan untuk keperluan diri (not all, but some if them). Berapa ramai orang berkereta Alza untuk tayang pada orang ramai dan juga status sosial
3 tahun kemudian, aku hampir nak jual Alza aku ini kerana nak beli Kancil second hand. Tapi sebab harga jualnya tak ada harga, maka aku minta isteri aku pakai dan dia sambung bayar. Aku pula pakai kancil second hand, performance sama naik je dengan Alza. Harga Kancil ternyata lebih rendah dan bila orang tanya harganya, aku pun jawablah, Eh murah je ni, Kancil second hand. Orang pun cakap balik, Ala, tak percayalah Fdaus TAKAFULMAN berjaya pakai kereta murah, orang berjaya macam Fdaus takkan pakai kereta murah-murah
Lihatlah, orang dah kenal apa kita buat, pakai LV bundle pun orang ingat beli kat butik KLCC. Aku tahu ramai yang tukar kereta musim raya ni, betulkan niat masing-masing ya Biasa juga aku jumpa orang pakai Honda Civic tapi bila berusaha sama baru aku tahu yang fikiran mereka cuma tahap kereta sorong yang tak boleh gerak sendiri, kena orang tolak. Tidak semua, tapi ada yang begitu.
Aku bukan sempurna, juga pernah lalui kejayaan di mana Alza menjadi ukuran kemewahan. Aku nasihatkan janganlah terpengaruh dengan orang yang memandu Alza seolah-olah mereka sukses banget.
Tapi kalau sudah mampu, pakailah Alza asalkan tidak guna duit orang, duit bini, duit 1MDB atau duit rasuah.
Untuk selamat, belanjakan apa yang mampu di SAKU bukan yang mampu kita HUTANG.