AYAH EDY PUNYA CERITA - 28
Fazallah Pit

Suatu hari, ada seorang saudagar kaya yang hobinya memelihara burung ketitir. Burung peliharaannya cukup banyak yang dikurung dalam sebuah sangkar yang sangat indah. Dari keindahan sangkarnya itu, boleh dipastikan harganya cukup mahal. Bahkan ada beberapa burung yang mendapatkan sangkar paling mahal yang konon katanya berlapis emas kerana kononnya juga, burung-burung itu dapat berbicara seperti manusia.

Wow, sungguh luar biasa ... betapa seekor burung boleh mendapatkan rumah berlapiskan emas. Mungkin hal ini kerana rasa cinta sang saudagar yang begitu besar terhadap burung peliharaannya itu. Sebelum pergi, setiap pagi saudagar selalu memberi makan burungburungnya terlebih dahulu. Betapa senang hatinya kerana boleh memberikan segala yang terbaik bagi burung-burung peliharaannya.

Pada suatu hari, sang saudagar ingin mengetahui apakah burungburung peliharaannya juga berasa bahagia seperti dirinya. Saudagar itu lalu mendatangi burung-burung ketitir yang berada di sangkar berlapis emas. Dia mendatangi burung-burung yang konon boleh berbicara kepada manusia.

Wahai burung-burung ketitirku yang tercinta, apakah kamu bahagia dengan segala yang telah aku berikan kepada kalian tanya sang saudagar.

Di luar dugaan sang saudagar, burung-burung itu menjawab, Wahai tuan yang baik hati, sesungguhnya kami semua belum berasa bahagia dengan keadaan kami. Bukan main terkejut sang saudagar mendengar.

Lalu dengan penasaran dia bertanya lagi, Kalau begitu apa yang harus aku lakukan untuk membuatkan kalian semua lebih bahagia Jika Tuan benar-benar sayang pada kami, lepaskanlah kami agar boleh hidup di alam bebas ... agar kami boleh bebas melakukan apa yang terbaik bagi kami. Semua itu jauh lebih berharga dari apa pun juga.

Dengan hati berat, akhirnya sang saudagar melepaskan burungburung ketitirnya itu satu persatu ke alam bebas. Namun, jauh di lubuk hatinya yang paling dalam sang saudagar baru menyedari bahawa makna kebahagiaan bagi dirinya ternyata sangatlah jauh berbeza dengan makna kebahagiaan versi burung-burung tadi.

Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, di mana pun anda berada, begitu juga dengan kita terhadap anak-anak kita. Kerana rasa sayang yang begitu besar, sering kali kita banyak mengekang anak, seperti burung dalam sangkar. Kita fikir kerana telah memberikan segala barang-barang mahal dan terbaik maka anak-anak kita akan berasa bahagia.

Demikian juga halnya dengan para guru di sekolah. Kita telah mengurung kebebasan anak-anak didik kita, seperti burung dalam sangkar. Dengan maksud yang baik, para guru mengajarkan apa sahaja yang dianggapnya baik dan berguna kepada muridmuridnya, memberikan tugas-tugas yang wajib dikerjakan setiap hari, memerintahkan untuk menghafal nama-nama kota, dan sebagainya. Namun, apakah ini semua membuatkan murid-murid kita bahagia

Sesungguhnya murid-murid kita jauh lebih menginginkan kebebasan dalam belajar, kebebasan dalam berfikir, kebebasan memilih pelajaran-pelajaran yang mereka sukai, kebebasan memilih ekspresi mereka masing-masing, kebebasan untuk belajar sesuai dengan gaya mereka masing-masing. Pernahkah kita bertanya kepada anak-anak dan anak didik kita, apakah semua yang telah kita berikan itu membuatkan mereka bahagia Apakah kita pernah bertanya kepada anak-anak kita, apakah yang membuatkan mereka berbahagia Boleh jadi semua jawapannya akan membuat anda tercengang.

Mari biasakanlah untuk selalu bertanya apakah anak kita bahagia dengan apa yang kita berikan kepadanya. Apakah yang sesungguhnya boleh membuat dia bahagia dan apakah yang sesungguhnya dia inginkan dari kita, para ibu bapa atau gurunya. Mari kita berikan kebebasan kepada anak-anak untuk boleh mengekspresikan keunggulan masing-masing, agar mereka boleh terbang mencapai cita-citanya yang tertinggi, hidup mandiri, dan tidak hanya boleh hidup di dalam sangkar emas yang selalu bergantung kepada orang lain untuk memberi makan setiap hari.

Biasakanlah untuk selalu bertanya apakah anak kita bahagia dengan apa yang kita berikan kepadanya, apa yang sesungguhnya membuatnya bahagia, dan apa yang dia inginkan dari kita, ibu bapa atau gurunya.