Fil masih sayangkan Wirda Soal Tengku Saida, cuba mengorek rahsia hati anaknya. Dia inginkan kepastian. Jawapan kepada teka-teki yang berladung di fikirannya sejak dulu.
Filman tersentak mendengar pertanyaan itu. Bulat matanya menatap wajah ibunya. Dia serba salah. Sayangkah lagi aku padanya Entahlah, dia sudah tidak pandai mentafsir perasaan hatinya seperti dulu. Yang nyata, hatinya terluka disebabkan Wirda. Dan sampai kini dia masih terluka dengan keputusan Wirda lima tahun yang lalu.
Wirda betul-betul nekad nak pergi Dia melontar pertanyaan itu apabila dilihatnya Wirda sibuk mengemaskan barang-barangnya dalam dua buah bagasi yang agak besar. Wirda menoleh ke arahnya.
Fil tahu yang Wirda kena pergi. I have to go so please dont stop me. Ujar Wirda. Mendengar kata-kata Wirda itu, entah kenapa hatinya tiba-tiba membara. Dia merenung tajam ke wajah Wirda yang acuh tak acuh terhadapnya.
Kenapa Wirda tak fikirkan langsung fasal Melia Melia anak kita. Dont you love her Sindirnya. Wirda berhenti mengemas. Mata itu melorot ke arahnya.
Wirda sayangkan anak kita, Fil. Tapi Wirda ada impian Wirda sendiri. Dan Wirda takkan biarkan impian itu hilang semata-mata kerana Wirda seorang ibu. Tolonglah untuk kali ini, Fil tolong fahami keputusan Wirda ni. Ujar Wirda.
Wirda minta Fil fahami Wirda. Tapi pernahkah untuk sekali sahaja Wirda faham perasaan Fil pulak This is unfair, Wirda. And this time you are too much. Herdiknya.
Perasaan kecewa memarakkan lagi marahnya pada Wirda, bekas isteri yang dicintainya pada pandangan pertama. Dahulu dia pernah kehilangan Wirda, tapi tuhan bagaikan mengasihinya. Wirda dipulangkan kembali ke sisinya. Tapi sebagai seorang suami, dia gagal meletakkan hati dan seluruh perasaan Wirda dalam genggaman cintanya.
Lima tahun Wirda menghilang diri ke Milan. Hanya beberapa minggu yang lalu wanita itu kembali semula ke tanahair. Itupun jika bukan kerana dia terpandang sesi temubual wartawan stesyen tv sedang menemubual pereka fesyen terkenal Tengku Wirda Hayati, pasti dia tidak tahu yang Wirda sudah pulang dan ada di Kuala Lumpur ketika ini. Tak sangka wanita itu masih punya keberanian untuk bertemunya hari ini
WIRDA menghabiskan masa sendirian berkurung di sebuah apartmen di kawasan bukit tinggi di Bangsar. Sejak dia balik dari bertemu Filman tadi, dia terus mengunci diri dalam kamar apartmennya. Perasaannya entah kenapa berat. Bagaikan ada sebiji batu besar sedang menghempap seluruh jiwa dan perasaannya ketika ini. Kata-kata Filman padanya benar-benar melukakan hatinya.
Kenapa Wirda ke mari Soal Filman dingin.
Salah ke Wirda balik jumpa Fil Jumpa anak kita
Setelah lima tahun baru nak tunjuk muka
Dia terdiam seketika. Kata-kata Filman bagaikan memerlinya.
Wirda rindukan Melly, Fil.
Thanks to you, dia tak pernah ingat rupa mamanya. Wirda sangka, setelah Wirda lepaskan semuanya lima tahun dahulu, dan kini senang-senang Wirda balik ke mari seolah-olah tak ada apa yang berlaku Soal Filman serius.
Persoalan demi persoalan yang dibangkitkan oleh Filman membuatkan dia merasa dirinya seperti dihujani panah beracun. Setiap satu panahan menikam tepat di jantungnya. Lukanya terasa sakit dan perit, sama seperti apa yang dirasakannya enam tahun yang lalu sewaktu dia dibawa ayahnya Tengku Hussain ke bilik pemeriksa perubatan.
Kenapa kita kat sini babah Tanyanya ingin tahu.
Tengku Hussain tidak menjawab. Namun lengannya dipaut lelaki itu memasuki sebuah bilik. Di muka pintu, matanya menangkap kelibat tubuh Tengku Amar. Lelaki itu sedang ditenangkan oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali. Ada di antaranya yang berpakaian seragam polis.
Dahinya berkerut menatap lesu yang terpapar pada wajah lelaki itu. Sejurus kemudian, pandangannya dialihkan. Di ruang tengah bilik itu, terdapat sekujur tubuh terlentang di atas troli dilindungi sehelai kain penutup. Sebelah tangan terjulur keluar dari celah-celah kain penutup tersebut.
Dia mengerling wajah si ayah dengan pandangan keliru. Tengku Hussain hanya memandangnya serba-salah.
Siapa yang meninggal tu babah Soalnya dengan nada curiga. Perasaan hairan mula bertapak di jiwa, disertai rasa resah yang tiba-tiba mengulit diri.
Wirda, dengar cakap babah ni baik-baik. Wirda kena tabah sayang. Wirda kena banyak bersabar dan anggap perkara ni sebagai ujian tuhan untuk kita. Ujar Tengku Hussain seraya memegang kedua-dua belah bahunya. Namun anak matanya langsung tidak mampu berkalih dari mayat yang terbujur kaku di hadapannya.
Kenapa babah cakap macam ni Siapa yang meninggal tu babah Ulangnya kian gelisah. Entah kenapa kehadiran Tengku Amar tambah mengusutkan fikirannya. Dia tahu ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.
bersambung
Bab akan datang :
Siapakah yang meninggal