SEMINGGU berlalu. Felisha masih termenung di meja solek. Dia perhatikan wajahnya sendiri. Dua hari lagi bermulalah episod baru dalam hidupnya. Melangkah ke alam pertunangan. Najwa pula masih belum balik dari Vietnam. Hanim agaknya masih di kampung.
Matanya menala pula ke arah barang hantaran yang telah digubah cantik dan disusun rapi di tepi katil. Tiada perasan gembira sedikit pun.
Betul ke apa yang aku buat ni Berkali-kali Felisha bertanya diri sendiri. Teringat kata-kata mama dulu. Bernikah dengan orang yang mencintai kita adalah lebih baik dari kita mencintai dia.
Kenapa aku tak pernah ada rasa sayang kat Tajdid ni Felisha menopang dagu. Masih melihat dirinya di cermin. Kejadian yang tak disangka yang berlaku dalam hidupnya masih menjadi tanda tanya. Surat ugutan, lelaki yang mengekorinya, lelaki gila yang ingin memperkosanya.
Semuanya masih samar-samar.
Sha..kenapa termenung panjang ni
Felisha menoleh. Puan Bainun tersenyum di sebelahnya.
Mama
Shasudahlah. Kita terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka dan bersyukur. Allah sudah beri jodoh yang baik untuk Sha. Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Cinta dalam hati kita untuk orang yang kita suka namun bukan kita yang menentukan segala-galanya tapi Dia, Allah. Puan Bainun mengusap lembut rambut Felisha.
Mama..Sha akan bahagiakah nanti Felisha merenung mata Puan Bainun. Mencari jawapan di sebalik sinar mata ibunya.
Jika Sha terima Tajdid kerana Allah, kerana redha dengan jodoh yang diberi Allah, insya-Allah Sha akan bahagia. Segala apa yang kita lakukan dan meletaknya atas alasan mencari keredaan Allah, insya-Allah hidup kita akan bahagia dan tenang. Jika Allah tidak menulis jodoh Sha dan Tajdid bersama. Sha dan Tajdid tetap tidak akan bersama. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan sebaik-baik yang merancang itu adalah Allah s.w.t., Maha Perancang Segalanya.
Felisha tunduk memandang lantai. Tersentuh dengan kata-kata mama yang cukup menyedarkannya betapa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Dan benarlah jodoh itu adalah rahsia Allah.
Sudahlah. Senyum sikit. Lusa rombongan pihak lelaki akan datang pukul dua petang. Mama dah beli baju untuk Sha. Mama bingkas bangun dan menuju ke almari pakaian. Baju kurung moden berwarna kuning muda dengan dihiasi manik mutiara kecil dihulur kepada Felisha.
Bila mama beli
Minggu lepas. Masa mama temankan papa ke Bandung dulu. Mama ternampak baju ni kat butik sana. Mama belilah untuk Sha. Kan Sha nak bertunang. Cubalah! Mama nak tengok. Puan Bainun duduk di birai katil.
Felisha menyarung baju yang dihulur mama tadi. Dia pandang di cermin besar.
Cantik anak mama! Puan Bainun turut bangun dan melihat Felisha manis mengenakan baju tu.
Nanti, hias rumah kita ni dengan bunga tau! Puan Bainun sempat berpesan sebelum keluar dari bilik Felisha.
Felisha hanya senyum.
Alah..mama akan bayar. Sha jangan risau! Laung Puan Bainun dari balkoni sebelum turun ke ruang tamu.
Felisha senyum geli hati. Mama sudah pandai bergurau. Dia melihat semula dirinya di cermin besar.
Haihcik Felisha, kenapa sampai saat ni kau tak ada rasa kasih dan sayang pada Tajdid Felisha bercakap dengan imej dirinya di dalam cermin.
Mungkin kau ada rasa sayang sikit-sikit kat Fariz tapi nak buat apa Dia tak pandang pun kat kau wahai Felisha Zainuddin! Sekali lagi Felisha bercakap dengan dirinya sendiri.
Felisha duduk semula di birai katil. Album dari dalam laci dibelek sepintas lalu.
Hmm..kenapalah hati aku asyik teringat kat mamat ni.. Felisha ambil foto Fariz yang sempat diabadikan masa mereka mandi di sungai.
Lama foto itu direnung. Aku doakan kau bertemu perempuan yang serasi dengan kau Fariz. Aku nak tengok siapa perempuan yang tahan dengan mulut laser kau tu! Foto Fariz disimpan semula dalam album. Dia pandang telefon bimbit di atas meja. Ada teks mesej masuk.
Siapa pulak hantar mesej kat aku ni Felisha capai telefon bimbitnya.
Memang senang untuk berpura-pura mencintai, yang susah ialah berpura-pura untuk tidak mencintai orang yang kita cintai
Felisha berkerut kening.
Apa mamat ni merepek ni Dah pandai bermadah bagai la pulak dia ni. Ingatkan tahu tengking orang je. Ah! Aku dah tahu semua ni. Bukan dia yang hantar. Felisha
lempar telefon bimbitnya ke atas katil. Sedikit pun tidak ambil kisah mesej tadi.
FARIZ sandar di kerusi. Telefon bimbitnya hanya dijeling sekilas. Matanya menala pada siling. Masih ligat berfikir.
Abang fikir apa Alia tepuk bahu Fariz.
Oh..tak ada apalah. Mana mama Kata nak cakap benda penting tadi. Dah setengah jam abang melangut kat sini. Papa mana
Tu pun mama dan papa! Alia tuding ke arah tangga.
Fariz turut senyum.
Puan Suraya dan Encik Mustafa melabuhkan punggung di sofa. Mereka diam seketika. Saling berpandangan.
Kenapa ni mama Papa Macam ada sesuatu je.. Fariz mula bertanya.
Riz..mama nak cakap sikit.. Lemah suara Puan Suraya. Dia pandang suaminya di sebelah. Encik Mustafa turut memberi isyarat.
Apa dia Fariz semakin penasaran.
Rizdua hari lepas, maklong ada beritahu mama. Tajdid akan bertunang lusa. Mereka ajak kita sekali ke majlis pertunangan tu. Puan Suraya memulakan bicara. Sugul.
Eh, baguslah! Kenapa mama sugul je ni Fariz sudah bingung. Riak mama seperti tidak gembira. Tak sangka, Tajdid terlebih dahulu ingin menamatkan zaman bujang.
Sebenarnya.. Puan Suraya pandang lagi suaminya.
Kenapa mama Alia pula mencelah.
Tak apalahmama beritahu nantilah. Lusa kita akan ikut rombongan maklong. Mama nak ke rumah maklong kejap ni. Nak tolong mana yang patut. Puan Suraya tunduk. Dia tak sanggup beritahu hal yang sebenar pada Fariz dan Alia
Mamaabang Taj nak bertunang ke Alia terbeliak.
Puan Suraya angguk.
Dengan siapa Alia pegang tangan mama. Matanya tak berkelip memandang.
Lusa nanti, Alia akan tahu juga. Mama pergi dulu. Dah lambat ni. Puan Suraya bingkas bangun.
Papa Alia pegang pula tangan papa.
Macam mama cakapkita tunggu je lusa ya. Encik Mustafa turut membuntuti isterinya ke kereta.
Fariz dan Alia masih terpinga-pinga. Sikap kedua orang tua mereka agak berlainan hari ni.
Ada yang tak kena ke Fariz berkerut kening.
PUAN AKMA senyum melihat adiknya sudah sampai di laman. Bergegas dia mendapatkan Puan Suraya dan Encik Mustafa.
Su! Alhamdulillah..sampai jugak!
Mereka berpeluk seketika. Encik Mustafa bersalam dengan Encik Munawir.
Dah siap semua barangPuan Suraya jenguk ruang tamu yang penuh dengan barang hantaran yang masih belum digubah.
Semua dah beli, tinggal nak gubah je lagi. Kak long tunggu Su la.
Mereka berdua mula membelek barang-barang yang diletakkan di tengah-tengah ruang tamu. Encik Mustafa dan Encik Munawir berborak di anjung rumah.
Su, kak long ingat nak buat gubahan lain dari yang lain. Puan Akma belek buku yang dibeli semalam. Banyak gubahan hantaran ada dalam buku tu.
Hmm..semuanya cantik-cantik. Puan Suraya senyum. Turut melihat gubahan yang ditunjukkan langkah demi langkah dalam buku itu.
Kak longmana Taj kenal bakal tunang dia tu Puan Suraya cuba korek rahsia. Dulu kakaknya pernah beritahu yang dia berkenan pada seorang gadis.
Sebenarnya kak long yang carikan untuk dia. Kebetulan kak long masih berhubung dengan kawan lama masa di universiti dulu. Kawan kak long tu ada anak dara. Kami pergi la rumah dia. Ya la..sambil ziarah tu, sambil tu nak temukan Taj dengan anak dara dia. Orang kata sambil
menyelam sambil minum air! Lagipun balik je dari Jordan, Taj minta carikan calon isteri. Puan Akma sungguh ceria bercerita soal jodoh Tajdid.
Puan Suraya senyum kelat. Tak sangka, Puan Bainun adalah kawan baik kak long.
Siapa nama bakal tunang Taj Pua Suraya sengaja tanya. Dia hanya nakkan kepastian.
Felishacantik budaknya. Masa kak long pertama kali tengok dia, kak long pun dah berkenan. Taj apa lagibalik je dari rumah dia orang, terus cakap yang dia suka kat Felisha. Bangga Puan Akma bila menyentuh hal Felisha dan Tajdid.
Puan Suraya hanya angguk. Dia masih berfikir. Bukan ke Felisha dan Fariz tu dah lama berkawan
Errmereka berdua tu saling suka ke Puan Suraya masih korek kisah Tajdid dan Felisha.
Mula tu memang Felisha tu tak suka. Dia minta masa. Minggu lepas, dia sudah beri kata setuju kepada Puan Bainun. Dia setuju bertunang dengan Tajdid. Maknanya dia dah terima Taj la tu. KenapaPuan Akma berkerut kening.
Oh..tak ada apa. Saya bukan apa kak long, kalau cinta hanya sebelah tangan saja, rumah tangga tak akan bahagia. Puan Suraya tunduk.
Melepas ingin bermenantukan Felisha. Kesian Felisha, dia cintakan Fariz tapi Fariz yang buat tak reti.
Maksud Su...takut Taj tak bahagia dengan Felisha Macam tu Puan Akma pandang adiknya tidak berkelip.
Puan Suraya diam seketika. Dia tahu Felisha cintakan Fariz tapi Fariz pula tidak cintakan Felisha. Sekarang ni Felisha terpaksa terima lelaki yang tidak dicintainya walaupun Tajdid mencintai Felisha. Pening bila memikirkan soal cinta zaman sekarang ni. Berbelit-belit!
Sukak long suka sangat dengan Felisha tu. Kebetulan Taj pun suka kat budak tu. Jadi elok rasanya kak long satukan mereka. Lagipun Felisha sudah dapat terima Taj. Doakan saja kebahagiaan mereka. Puan Akma senyum. Dia mula mencuba menggubah hantaran.
Puan Suraya tunduk. Di dalam hatinya sarat dengan persoalan. Apakah selama ini Felisha kecewa dengan Fariz Tidak berterus terang dengan Puan Bainun tentang siapa sebenarnya dia cinta Farizkenapa dalam tak suka pada Felisha tu, dia masih layan anak gadis Puan Bainun tu
Ah! Lagi pening macam ni! Yang pasti, Felisha tak lama lagi akan jadi milik Tajdid.
Su tidur sini ke Puan Akma bersuara lagi bila melihat adiknya hanya diam dari tadi.
Err..tak kut. Alia ada kat rumah tu. Puan Suraya senyum.
Sebut pasal Alia ni..kak long rasa bersalah pulak. Yalah..dia kan suka kat Taj tu. Kak long pun suka juga kat Alia tu tapi Alia kan masih belajar.
Sutolong pujuk Alia ya. Mana tahu dia merajuk nanti. Ya la..Taj kan dah nak bertunang. Puan Akma pegang tangan adiknya.
Selesai menggubah hantaran, Puan Suraya mula minta diri.
Jangan lupa lusa! Datang pagi tau! Kita bertolak sekali. Takut Su sesat pulak nanti, kalau bertolak asing-asing. Puan Akma berpeluk dengan Puan Suraya.
InsyaAllah kak..Puan Suraya senyum hambar. Biarlah kak long tidak tahu yang dia sudah kenal dengan Felisha dan pernah berkunjung ke rumah orang tua Felisha.
TAJDID segak dengan baju Melayu cekak musang berona kuning air. Dari riak wajahnya jelas dia sungguh teruja dan ceria.
Amboi..majlis tunang je. Bukan nikah! Usik Tajul.
Abang tahu la. Saja abang pakai baju Melayu ni. Dah lama tak pakai. Masa di Jordan dulu, abang asyik pakai jubah je. Tajdid sengih. Dia betulkan butang baju Melayu.
Anak mama dah siap Puan Akma jenguk ke bilik Tajdid.
Dah mama!
Mereka bertiga mula menapak ke ruang tamu. Barang hantaran sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta.
Ingat! Taj tak boleh masuk masa majlis tu. Pergilah mana-mana pun. Encik Munawir mengingatkan Tajdid.
Alah..takkan duduk kat laman pun tak boleh Taj dah pakai lawa ni. Tajdid tayang baju Melayu di badannya.
Papa tak kira. Taj hanya hantar kita orang je. Kalau tak duduk je rumah. Encik Munawir bertegas.
Tajdid diam. Memang itu sepatutnya yang dilakukan olehnya. Majlis pertunangan bukan tiket untuknya bebas menyarung cincin ke jari manis Felisha. Haram tetap haram!
Mana Suraya ni Takkan tak sampai lagi! Puan Akma terjenguk-jenguk ke arah luar laman.
Tu mereka dah sampai mama! Tajul tuding ke arah kereta BMW hitam yang membelok masuk ke laman rumah.
Puan Akma senyum. Dia segera menapak ke laman mendekati kereta hitam tadi. Seketika kemudian mereka mula bertolak bersama menuju ke arah Damansara Heights.
FARIZ yang memandu kereta mula merasa pelik. Jalan yang dilalui oleh kereta sepupunya menuju ke rumah orang tua Felisha.
Err..mama, betul ke jalan ni Fariz pandang cermin pandang belakang. Mama dan papa duduk di belakang.
Haah..ni macam jalan nak ke rumah kak Sha! Alia turut jenguk ke luar tingkap kereta.
Puan Suraya dan Encik Mustafa hanya diam.
Fariz hanya mengikut belakang kereta Tajdid. Hatinya mula tidak sedap.
Kereta Tajdid berhenti betul-betul di halaman rumah orang tua Felisha. Dia menelan liur.
Selamba Puan Suraya dan Encik Mustafa keluar dari kereta. Mereka berdua berkumpul dengan keluarga Tajdid. Seolah tiada apa yang berlaku.
Alia dan Fariz saling berpandangan. Alia cuit lengan Fariz.
Abangmaknanya abang Taj tu bertunang dengan kak Sha Alia berbisik kecil.
Fariz diam. Tidak menjawab soalan Alia. Jadi benarlah kata-kata Felisha hari tu. Tak sangka, kau bertunang dengan sepupu aku sendiri. Patutlah sejak dua menjak ni, Felisha sudah berubah. Tidak lagi pakai seluar jeans dan blaus yang ketat. Sudah sopan dan setia dengan baju kurung dan skirt labuh. Langkah Fariz mula lemah. Terpaksa dia senyum bila dipanggil Tajdid tadi.
Riz, kau temankan aku. Tajdid mula menaiki kereta bersama Fariz meninggalkan halaman rumah Felisha.
DI RESTORAN mamak, Tajdid dan Fariz berborak bersama di situ sementara menunggu majlis selesai. Tajdid yang lebih banyak bercerita itu ini. Fariz hanya angguk. Sesekali dia mencelah bila dirasakan patut.
Riz..kau ni kenapa Macam kucing hilang anak je aku tengok.. Tajdid hirup teh tarik yang masih panas berasap.
Tak ada apa. Boleh aku tanya sikit Fariz kacau jus epal dengan straw. Mata masih memandang tepat ke arah Tajdid.
Tanyalah..macam tak biasa kau ni. Serius je kau ni. Tajdid sengih.
Macam mana kau kenal tunang kau tu Siapa nama dia Felisha Sengaja Fariz melontar soalan seperti itu. Berpura-pura tidak kenal.
Mama aku..dia yang kenalkan aku dengan Felisha. Balik dari Jordan aku terus cakap kat mama yang aku nak beristeri. Dia terus teruja. Dia yang kenalkan aku dengan Felisha. Yang kelakarnya, bunga yang aku beli nak hadiahkan pada Felisha tu rupanya bunga dari kedai dia. Jadi aku terlebih dulu jumpa Felisha tu. Bila difikir balik, rasa nak tergelak jugak. Tiba di rumah dia, aku terpaksa berbohong yang bunga tu untuk mama dia. Tajdid ketawa kecil. Teringat pertama kali bersua dengan Felisha.
Fariz hanya angguk. Maknanya Tajdid terlebih dulu kenal Felisha.
Kaukau cintakan dia Fariz sandar di kerusi.
Terus terang aku cakap, pertama kali jumpa dia, aku dah jatuh hati. Tajdid mula membayangkan pertemuan pertamanya dengan Felisha di kedai bunga.
Fariz menelan liur.
Hmm..kau pulak macam mana Mana girlfriend tangkap muat kau tu Tajdid senyum.
Dah nama pun tangkap muatmestilah tak serius pun. Mama aku pun dah tahu cerita sebenar. So, sekarang ni aku masih tak ada sesiapa. Fariz berkata bersahaja.
Hmmkalau gadis tu serasi dengan kau, apa salahnya kau serius dengan dia. Tajdid mula melontar pandangan.
Dia pun dah jadi milik orang sekarang ni Suara Fariz semakin perlahan. Tiada nada perasaan.
Oh..maafkan aku. Aku doakan kau bertemu gadis yang baik dan solehah. Macam yang aku jawab hari tu. Tajdid habiskan teh tarik.
Hmm..cerita fasal solehah dan baik ni, aku tengok sekarang ni susah nak dapat perempuan macam tu. Kalau ada yang baik belum tentu solehah. Fariz meluahkan pendapat.
Tapi yang solehah sudah tentu baik, bukan begituTajdid sengih.
Fariz masih berfikir.
Mereka berdua menikmati hidangan tengah hari di restoran itu sebelum bertolak ke rumah Felisha semula.