SERI pandang skrin. Rasa nak lompat sampai ke bumbung! Akhirnya Jai balas juga mesej aku!
Kosong > Saya betul-betul sukakan awak..dah lama..
Jai > Sejak bila
Kosong > Mungkin dah nak hampir setahun..
Jai > Uii..lama tu..mana awak kenal saya
Kosong > Ada la....
Jai > ..
Kosong > Awak sentiasa di hati saya
Jai > Tak faham
Kosong > Saya nak awak tahu yang saya suka awak..lebih dari tu..saya rindukan awak tapi
Jai > Tapi apa
Kosong > Tak apa la..tak penting
Jai > Err..nama sebenar awak apa
Kosong > Najwa
Jai > Patut la!
Kosong > Patut apa
Jai > Awak ni peminat Najwa Latif ke
Kosong > Kenapa
Jai > Nama profil awak..Kosong, nama betul awak..Najwa. kan ada lagu Najwa Latif tu bertajuk Kosong! Hehehee.
Kosong > Ooo..awak gelakkan saya ya!
Jai >
Kosong > Hmm..terima kasih.
Jai > Untuk apa
Kosong > Kerana sudi layan saya.
Jai > Kalau tak layan nanti, awak menangis hentak kaki karang, tak tahu saya nak pujuk!
Kosong > Hahahaha!!!
Jai > Haaaa.kan awak pun dah gelak!
Kosong > Seronok..hilang rasa resah saya selama ni.
Jai > Kenapa
Kosong > Tak payahlah awak tahu..nanti saya hentak kaki menangis macam mana Awak kata tak pandai pujuk!
Jai > Tahu tak apa! Awak..saya off dulu. Esok kerja. Assalamualaikum
Seri jawab salam Jai. Hilang semua rasa gelisah. Jai..kenapalah kau tak pernah sukakan aku Aku suka kau separuh jiwa aku tahu tak Rasa nak jerit kuat-kuat!!
Ucu..belum tidur lagi
Seri menoleh. Mama dah tersengih di muka pintu. Laman sosial ditutup cepat-cepat.
Ma! Belum lagi ma! Seri betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.
Dah lewat ni. Esok tak kerja ke Mama merapati Seri yang dah mula duduk bersila. Tadi bukan main lagi meniarap sambil layan mengadap skrin komputer. Entah apa yang dilihat sampai senyum sendiri.
Kerja.. Seri sengih. Dia jeling skrin. Nasib baik sempat tutup laman facebook.
Ma tengok..Ucu macam tak suka kat Farid
Seri dongak. Err..ya ke
Riak Ucu tu pun ma dah faham. Kalau Ucu tak suka Farid, kenapa Ucu terima pinangan mereka
Entahlah maUcu ni perempuan. Orang yang Ucu suka pulak..dia tak suka Ucu Seri tunduk semula.
Siapa dia tu
Tak apa la ma..dah terlambat. Dulu Ucu ingat, orang yang datang merisik tu lelaki yang Ucu suka tapi rupanya Ucu silap orang. Apa nak buat, Ucu dah bagi jawapan. Ucu terpaksa terima. Ucu tak nak malukan ma dan pa. Dulu..Ucu dah putus tunang, sekarang ni Ucu tak akan biarkan berulang lagi. Seri semakin tunduk.
Jadi..Ucu salah faham la ni Mama dah tercengang.
Seri angguk.
Patut la..Acik pun ingat kawan dia yang masuk meminang Ucu. Tapi rasanya Farid tu pun kawan Acik jugak. Boleh ma tahu siapa nama lelaki tu
Seri dongak lagi. Tak payah la ma..
Tapi Ucu tak suka Faridmasih ada masa lagi nak undur diri. Mama pegang tangan Seri yang dah sejuk.
Ma..tak baik kita runtuhkan apa yang dibina. Walaupun hanya tapak, itu dah dikira asas sebuah masjid. Ucu akan berusaha sukakan tunang Ucu tu. Kalau jodoh kami panjang, Ucu tetap jadi isteri dia. Seri menutur lemah.
Ma bukan apa, ma nak Ucu bahagia. Mungkin dulu, salah ma dan pa kerana buat pilihan sendiri. Lagipun masa tu Ucu masih muda lagi, baru habis SPM. Cumama terkilan sikit.. Mama tundukkan wajah. Berkerut.
Terkilan Terkilan apa ma
Bekas tunang Ucu dulu tu anak kawan baik pa masa sekolah dulu. Pa memang sejak dulu inginkan Ucu jadi menantu kawan pa tu. Sejak sekolah pa memang respect dia..
Ayah dia tu..hebat sangat ke Seri pandang ma. Teruja nak tahu.
Mama angguk. Ada riak sugul di wajahnya.
Kawan pa tu seorang yang sangat baik hati, alim dan kuat berusaha. Dulu, pa dan kawan pa suka berlumba dalam apa jua perkara. Masing-masing tak mahu mengalah. Sehinggalah sekarang ni, pa dah berjaya buka syarikat sendiri sampai ada banyak cawangan. Kawan pa pun sama, syarikat batik yang diusahakan secara kecil-kecilan dulu dah berkembang maju sampai boleh eksport ke luar negara. Ma dengar dia dah ada beberapa buah syarikat di seluruh Malaysia. Tak sangka..dia tak pernah nak berdendam dengan pa..
Dendam Seri semakin berkerut kening. Hmmmakin pelik cerita mama aku ni.
Sebenarnya pa dah banyak buat salah pada kawan pa tu. Semua ni ada kaitan dengan ma. Dulu..ma dan kawan pa tu pernah berkawan tapi kawan pa tu sedia undur diri bila dia tahu pa ada menaruh hati pada ma. Kawan pa bawa diri menuntut ilmu agama di Pattani. Dia jumpa jodohnya dengan orang Korea.
Seri mendengar penuh khusyuk. Korea
Orang Korea Macam mana kawan pa tu jumpa isterinya Seri dah teruja. Seronok dengar kisah cinta orang zaman dulu.
Kawan pa tu dulu pernah sambung belajar di Seoul. Dalam bidang fabrik. Mungkin di situlah dia kenal isterinya sekarang ni..
Seri angguk-angguk.
Ma pulak masa tu..tak tahu nak buat apa. Dia berkeras suruh ma terima lamaran pa. Katanya..pa lebih berhak. Pa lebih layak.
Sehari suntuk ma menangis sebab ma sebenarnya lebih sukakan kawan pa. Ya la..Allah Maha Mengetahui.
Seri tunduk. Tragis betul kisah chenta mama masa dolu-dolu ni
Habis tu..ma kahwin la dengan pa
Ya la sayang..kalau takAlong, Acik dan Ucu tak ada la sekarang ni! Mama tarik hidung Ucu.
Seri ketawa mengekek. Apa punya soalan daaa
Tapi..macam mana pulak ma dan pa boleh jumpa mereka tu Lepas tu..jodohkan Ucu dengan anak lelaki dia Seri semakin penasaran.
Kebetulan ada reunion sekolah. Kami jumpa semula. Jadi, pa yang beria nak jodohkan Ucu dengan anak lelaki kawan pa masa tu. Ikutkan pa, dia nak terus nikahkan Ucu dengan anak kawan pa tu tapi ma bantah sebab Ucu dan budak tu masih muda.
Berilah masa dulu. Jadi, Ucu dan budak tu kami ikatkan dengan tali pertunangan dulu. Tak sangka pulak..budak tu nak putus. Tak apalah..mungkin tak ada jodoh. Mama peluk Seri yang dah mula sebak.
Kenapa ni
Air mata Seri dah tumpah.
Sebenarnya sejak pertama kali Ucu lihat foto dia..Ucu dah suka ma tapi nak buat macam mana..dia yang nak putus.. Seri kesat air mata. Eii..malunya aku..
Jadi selama ni..Ucu memang sukakan dia Mama angkat dagu Seri yang tunduk dari tadi.
Seri mengangguk lemah.
Oh..maafkan ma dan pa. Ma pun tak boleh buat apa..dah anak dia yang minta putus. Sabarlah sayang. Sekarang ni..Ucu dah bertunang, cubalah ambil hati tunang tu.
Ma.susahnya nak paksa hati untuk sukakan orang yang kita tak suka, kan ma Seri pandang sayu wajah mama.
Kalau tak boleh..jangan dipaksa sangat. Mama tak kisah kalau Ucu nak putus..tahu la ma nak cakap apa nanti.. Mama pujuk Seri yang dah menangis di bahunya.
Terima kasih ma..buat masa ni, Ucu cuba dulu. Lagipun..Ucu bertunang setahun. Mana tahu dalam tempoh tu, Ucu boleh bukakan hati Ucu untuk dia.
Macam tulah anak ma. Dah..tidur, dah lewat malam ni. Esok kerja kan
Seri angguk.
Err..sekarang ni..Ucu suka siapa sebenarnya Ucu jumpa semula ke bekas tunang Ucu tu Mama berkerut kening. Pening fikir kisah hati Seri.
Tak jumpa. Orang yang Ucu suka tu bukan tunang Ucu dulu. Seri tunduk.
Ohjadi Ucu dah jatuh cinta kat orang lain pulak la ni Mama usik.
Tapi..Ucu masih suka lagi kat bekas tunang Ucu tu. Kalaulah Ucu dapat jumpa dia semula.. Seri mengeluh.
Dah la tu. Tak baik persoalkan qada dan qadar Allah. Terimalah seadanya. Ada hikmah di sebaliknya. Mama memujuk.
Seri angguk-angguk.
Selamat malam.. Mama cium dahi Seri. Dibalas pula Seri mencium tangan mama.
Seri hanya pandang mama beredar dari biliknya. Tak sangka, mama juga mengalami perkara yang sama dengannya. Terpaksa terima lelaki yang tidak dicintai. Tapi yang jelas, mama bahagia sampai sekarang. Apakah aku juga akan bahagia macam mama Jai pula..sampai sekarang tidak pernah sukakan aku.
Patut ke aku berterus terang Seri garu dagu runcingnya. Dia pandang skrin komputer. Jai dah lama offline. Laman profil Jai diselongkar. Mana tahu, dalam diam Jai sudah ada buah hati. Mana tahu Jai suka pada Lisa. Beria Lisa mendekati Jai selama ni, sejak projek NHES lagi.
Kau ada harapan Lisa..aku dah bertunang dengan Farid.. Seri meraup muka. Wajahnya ditundukkan rapat ke lutut.
Jai..kau kat mana sekarang.. Seri menekup muka. Perasaannya pada Jai semakin berkembang subur. Kenapa aku ni Farid nak letak kat mana