Abstrak Cinta Aku & Dia - 29
BAB 29

USAI bersolat di Masjid As-Syakirin, Zack menapak ke arah Dome di KLCC. Sekali lagi, tempat itu menjadi pilihan Kate untuk bersantai lepas kerja. Seperti biasa, ketika ditanya kenapa memilih Dome, Kate memberi alasan mahu melihat air pancut. Mungkin melihat air pancut memberikan Kate satu terapi ketenangan...entah. Dia pun tak tahu.

Hi darling.Sapa Zack lalu tersengih memandang Kate yang sedang mengulum Chupa Chups.

Urrgghh.Balas Kate lalu membuat muka loya mendengar panggilan darling dari Zack.

Zack gelak.

Kate memutarkan biji mata tapi dia tidak marah mahupun mengambil hati. Dia tahu, Zack sekadar bergurau.

Zack duduk berhadapan dengan Kate lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Segelas Ice Latte yang aisnya sudah banyak cair diangkat dari meja lalu penyedut minuman disuakan ke mulut. Sejuk terasa apabila Latte itu masuk laju melalui kerongkongnya. Hari ini saja, bercawan juga kopi yang diminum. Tidak seperti Kate yang lebih mudah untuk menghilangkan ketagihan dengan gula-gula Chupa Chups, dia pula mahukan kafein tambahan untuk mencari imbangan akibat berhenti merokok.

Pandangan mata ditebarkan ke seluruh KLCC sebelum matanya tertancap kembali ke anak mata Kate yang ketika ini juga sedang merenungnya. Mereka berbalas renungan membuatkannya menarik nafas panjang.

Muka I dah senget ke apa Tanya Zack membuatkan Kate tergelak.

Tak adalah.

Then, kenapa you tengok macam ada something wrong kat muka I

Kate senyum lalu menggeleng.

Zack mengangkat kening. Sudah banyak kali dia perasan sikap Kate yang satu ini. Setiap kali mereka keluar dan apabila dia meminta diri untuk bersolat sebentar, Kate akan memandangnya dengan satu pandangan semacam.Pandangan yang sama juga seperti kala ini. Dia selalunya membiarkan saja teka-teki itu duduk diam dalam minda. Entah kenapa, pada hari ini, dia tergerak hati untuk bertanya.

Cakaplah. Macam ada benda aje yang you nak tanyaSuruh Zack. Apabila hampir separuh mulut Kate terbuka untuk bersuara, segera dia memotong. I dont want a word nothing as an answer

Kate terus mengemam bibir.

Zack mengirai rambutnya ke atas sambil memandang Kate yang kelihatan serba salah saat ini.

ActuallyTutur Kate lalu menggapai gelas berisi Mocha Ice. Isinya disedut sedikit sebelum gelas itu diletakkan kembali di atas meja. I do have questionsif you dont mind

Shoot

Kate seperti berfikir seketika. Zack. Kenapa you kena solat

ErkkBerkerut kening Zack mendengar soalan itu.

Kenapa you kena solatSekali lagi, Kate mengulang soalan.

Zack merenung Kate yang juga sedang merenungnya, menanti jawapan. Dia terdiam seketika. Tidak menjangka lansung soalan itu akan keluar dari mulut Kate.

Kenapa perlu solat Macam senang saja nak jawab. Jika dulu, sewaktu umurnya lima tahun, sudah pasti jawapannya Sebab mak suruh. Dah besar sedikit jawapan pun berubah jadi Kalau tak solat nanti, Allah marah.Bila dah lebih berakal, dia sedar sendiri sebagai seorang Islam, dia punya kewajipan untuk bersolat. Dan dia mengaku, ada masa-masanya, solat yang dilakukan hampir di hujung waktu. Kadang-kadang nyaris terbabas. Terbabas terus pun pernah juga. Bohonglah kalau tak pernah.

Berbalik pada soalan tadi. Kenapa perlu solat

Sebab I MuslimJawapan ringkas Zack berikan.

Kate memutarkan biji mata.

Im not that stupidlah. Of course I know you are a Muslim. Muslim have to pray five times a daypuasa... pergi haji. Itu I tahu. But why you have to do it

Zack memandang Kate agak lama. Nampaknya, Kate serius dengan soalannya ini. Kate pernah cakap, dia menganut agama Kristian tapi Kate juga mengakui yang dia sudah lama tidak mempraktikan ajaran itu. Sebab yang diberikan adalah, malas! Dan tiada lagi kepentingan untuk dia berbuat begitu. Hidupnya masih sama, tidak kira sama ada mempraktikan ajaran agama atau tidak. Asalkan tidak mengganggu-gugat ketenteraman orang lain, sudah cukup bagi Kate.

Solat tu wajib. Mesti kena buat walau dalam apa keadaan sekalipun. Jawab Zack.

Meaning, you suka atau tak, you mesti kena solat

Zack angguk. Solat bukan pilihan. Disuruh bersolatsolat sajalah. Tak perlu dipersoalkan sama ada suka atau tidak.

But why Why is solat is so important

Kenapa solat penting Banyak sebab yang boleh diberikan. Tapi, oleh kerana yang menyoal itu Kate, Zack rasa dia perlu menerangkan konsep solat dengan cara sepaling ringkas. Bimbang Kate akan lebih keliru jika diterangkan secara terperinci. Dalam masa yang sama, dia sedikit kurang yakin dan terasa rendah diri. Gaya hidupnya sendiri tidaklah terlalu islamik sehingga boleh dijadikan contoh.

Lagipun, Kate yang dia kenali agak mendesak orangnya. Selagi tidak berpuas hati dengan jawapan, selagi itu Kate akan terus menyoal. Kalau disoal lebih-lebih nanti, takut dia pula yang tergagap-gagap menjawab.

Kate ni...kalau jadi polis atau peguam memang sesuai. Mana-mana penjenayah mesti cuak bila Kate buat soal-siasat.

Im waiting Mr. ZackTegur Kate.

Zack mengangkat muka memandang Kate namun masih belum memberikan jawapan.

Isksi Kate ni pun. Zack berfikir lama. Yang sebenarnya, tidak pernah dia diterjah dengan soalan sebegini. Terasa seperti peserta Pencetus Ummah pula

Zack tergelak sendiri. Peserta Pencetus Ummah konon. Jika dibandingkan peserta Pencetus Ummah dengan dia, macam langit dengan bumi jauhnya!

Apa yang kelakar sangat Kate bersuara lagi.

Zack geleng dan tersengih cuma. Dia memandang Kate sekali lagi dan kemudiannya mengeluarkan buku nota dan pen dari beg galasnya. Dia mula melukis dengan tekun. Ini saja cara paling ringkas yang dapat dia fikir untuk menerangkan kepada Kate.

Kate memerhati dengan penuh minat sehingga Zack tamat melukis.

Okey.tengok ni..Zack menunjukkan lukisan itu kepada Kate.

Cantiknya rumah. Puji Kate sambil tersengih.

Hahathanks.Balas Zack, tergelak sedikit. Nama pun budak grafik. Sia-sia jadi budak grafik kalau lukis rumah tak cantik!

Okey. Ini rumah.You tahulahkan. Rumah mesti ada tiangbumbung segalakan

Kate mengangguk.

So nowimagine this houseZack menunjukkan lukisan rumah itu dengan pen. Ada tiang tapi tiang rumah ni tak solidtak kukuh.

Apa jadi dengan rumah tu

Collapse

Pandai! Rumah, kalau tiangnya tak kukuh, lama-lama boleh collapse. Sama juga macam Faith. Imagine this house is a Faith. And solat itu tiang. What happen if this tiang is not solid

Kelihatannya Kate berfikir sejenak.Collapse

Pandai. Puji Zack. Kate tersenyum.

Untuk orang Islam, solat is the pillar of our Faith. If we dont perform the prayers, lama-lama Faith will collapseand so is the religion.

QuestionSoal Zack apabila Kate mendiamkan diri.

Yes.

Shoot.

Ada perbezaan ke...Islam you dengan Islam orang lain

Isklain macam soalan minah ni. Zack kerut kening. I tak faham. Apa maksud youZack menyoal kembali.

I got other Muslim friends of course. The one youve met in the club, remember

Zack geleng. Jujur dia tak ingat siapa yang dia jumpa di dalam kelab dulu. Yang dia ingat hanya Audrey.

Ahnever mind. Anywaywhat is the different between you and them

I still didnt get the pointDengan kening masih berkerut, Zack membalas.

I tak pernah nampak kawan-kawan I yang muslimsolat.

You tak nampak kotZack cuba bersangka baik.

Not to say tak pernah nampak. Maybe they did, I dont know. Tapi bila I tanya pasal ni, mereka cakapits okay not to pray. Tapi you pulak cakap lain.

Zack telan air liur.

Also, unlike you. They do drink beers and wine. I did read about Islam and I know, drinking alcohol is forbidden. But when I asked them, they said its okay.

So, what is the different between you and themWhy you must perform prayer and why they dont Why they can drink and you cant Soal Kate lagi apabila Zack kekal diam. Jelas di wajah Kate yang dia mahukan penjelasan.

Perlahan-lahan Zack menyandarkan badannya ke kerusi lalu menolak rambutnya ke atas. Macam mana nak jawab

Errwellits a choiceZack berkata perlahan.

So, if you are a Muslim, you can have choice whether to do it or not to do it

A choice with consequences. Kalau you Islam, you must follow the rules. If you dont, then you will get

DosaKate pantas menyambung.

Zack angguk. Sudah masuk bab dosa dan pahala. Dia semakin merengsa. Terasa diri banyak kekurangan. Untuk menjawab soalan begini, perlu yakin dan buat masa ini, dia tak berapa yakin. Bimbang seandainya jawapan rencong yang diberi.

Im still confuse Kate berkata perlahan.

Zack menarik nafas. Kate

Kate mengangkat muka.

Sorry kalau jawapan I tak memuaskan hati you. I pun, bukanlah pandai sangat

Oh..no no no. Its okay. I dah lama terfikir pasal ni.Tapi I tak tahu nak tanya pada siapa. Thats why I tanya you.

Zack senyum sumbing. Satu perasaan asing menyusup dalam hati. Rendah diri dan rasa malu bergaul jadi satu. Tersedar tiba-tiba bahawa rohaninya masih terlalu banyak kekurangan. Ilmu yang ada, jarang dipraktikkan. Ceramah agama yang dia dengar, ada yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lebih banyak hafal lirik dan kod lagu daripada menghafal ayat-ayat Al-Quran. Apa nak jadi dengan aku ni

Zack, did I offended youKate bertanya dengan wajah serba-salah apabila melihat muka Zack yang tiba-tiba berubah muram.

Eh..tak adalah.

Kalau macam tu, boleh tak senyum sikit Tak sukalah tengok muka you muram je Sambil tersenyum comel, Kate berkata. Kononnya nak memujuk.

ElehZack mengambil penyedut minuman dari gelas lalu dibaling ke arah Kate.

Idiot.

Zack tergelak lalu menggeleng.

I still have a lot of questions tapiI takut kalau I banyak tanyayou marah IKate berkata dengan perlahan.

Kate, I tak marah pun kalau you tanya banyak soalan. Maybe, there are things that we can learn from each other.

Betulboleh Soal Kate.

Betul...boleh... Jawab Zack.

Kate tersenyum.

"I nak yang itu, boleh"Pinta Kate sambil matanya mengarah kepada lukisan Zack.

Tanpa berkata apa-apa, Zack mengoyakkan kertas dari buku notanya lalu menghulurkannya kepada Kate.

Kate mengambilnya lalu diperhati lama, seolah-olah mencari sesuatu.

"Thanks..."Ucap Kate kemudiannya.

Zack mengangguk dan mereka bertukar senyuman lagi.