Aku, Dia Dan Somtam - 29
BAB 29

IMRAN pandang meja Anis. Kosong. Hmm..belum datang lagi ke minah ni Dia letak beg di dalam bilik dan keluar semula ke kafeteria di tingkat bawah. Niatnya ingin membeli sedikit kuih.

Awak ni robot ke apa Imran pandang Anis yang menonong membuka pintu kafe. Hampir berlanggar dengannya tadi.

Anis mendongak. Bila dilihatnya Imran tercegat di muka pintu kafe, dia segera berpatah balik.

Err..maaf, saya tak nampak tuan tadi. Anis tunduk. Memang itu salahnya.

Nanti! Imran menarik tangan Anis dan mula melangkah masuk ke dalam kafeteria.

Anis tergamam bila tangan Imran memegang lengan bajunya begitu. Pelanggan yang agak ramai di kafe pagi itu ada yang tersenyum dan berbisik sesama sendiri. Mereka kebanyakannya juga pekerja Stephen Holdings yang bekerja di tingkat enam. Ada beberapa wajah yang Anis kenal.

Err..boleh tak tuan lepaskan tangan saya Orang tengok tu.. Anis sedikit berbisik. Matanya masih melihat sekitar kafeteria.

Imran pandang sekitar restoran. Cepat saja tangannya melepaskan hujung lengan baju Anis.

Err..ni untuk awak. Saya tahu awak belum makan lagi. Imran menghulurkan kuih yang dibeli kepada Anis.

Anis teragak-agak mengambil bungkusan kuih yang dihulur Imran. Wajah kacukan itu dipandang seketika. Tiada senyuman di bibirnya. Tiada riak ceria. Juga tiada nada marah.

Kenapa tuan tiba-tiba baik dengan saya hari ni

Sebelum ni saya jahat ke Imran membayar kuih dan mula berlalu pergi bila perasan ada mata memerhati tingkah mereka dan ada telinga mencuri dengar perbualan mereka. Lagi parah nanti jika timbul gosip dan fitnah.

Anis terdiam. Dia hanya memerhati Imran keluar dari kafeteria. Kuih di tangannya dibelek-belek.

Mimpi apa mamat ni beli kuih untuk aku

Jam di tangan dilihat sekilas. Aku pun dah lambat ni!

Laju kaki Anis melangkah ke arah pintu lif di lobi pejabat. Terkocoh-kocoh dia menekan butang lif. Kelibat Imran sudah hilang. Mungkin dah masuk pejabat agaknya.

Hai!

Anis menoleh. Seorang gadis manis berbaju kurung dengan rambut perang sedang tersenyum.

Err..hai.. Anis pandang sekilas sambil bermanis muka. Dia pandang semula ke arah lif.

Kau perempuan yang bersama Imran hari tu kan

Anis berpaling lagi. Keningnya berkerut. Siapa pulak ni Lama wajah bujur sireh milik gadis itu ditenung. Ya Allah! Natasha!

Err..awak Natasha kan Anis tidak menjawab soalan Natasha sebaliknya soalan yang sama dituju kepada gadis itu.

Baguslah kalau dah tahu. Tak payahlah aku susah-susah kenalkan diri lagi. Anyway, Imran kerja sini kan Natasha menyelak rambut yang terjuntai di dahi dengan hujung jari. Cermin mata hitam diangkat ke atas rambut.

Ya..awak nak jumpa dia ke Anis senyum hambar. Benar kata Izara, Natasha seorang yang sombong dan bangga dengan kecantikan diri. Memang padanlah dengan Imran, lelaki berlagak dan sombong.

Ya! Dia kerja tingkat berapa Natasha melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka.

Tingkat tujuh.. Anis berkata perlahan. Dia turut melangkah masuk.

Masing-masing diam membisu. Anis membiarkan saja Natasha keluar dahulu dari lif. Dia hanya mengekor Natasha dari belakang.

Yang mana satu pejabat Imran Natasha menghampiri kaunter penyambut tetamu. Seorang pekerja di situ menunjukkan arah pejabat Imran.

Anis sempat menjeling Natasha terkedek-kedek berjalan menuju ke pejabat Imran. Dia hanya memerhati gadis itu menguak pintu. Gadis itu hilang dari celah pintu. Anis senyum pada Zila, gadis penyambut tetamu.

Anis, siapa perempuan tu Zila cuit bahu Anis yang menghampiri kaunter situ.

Entah, dia cari tuan pengarah Anis tidak berterus terang. Tak nak timbul gosip atau fitnah.

Huh! Bukan main lagi berlagak minah tu. Perasan cantik la tu. Makeup berinci tebalnya. Dah rupa badut aku tengok! Zila sengih.

Tak baik cakap macam tu. Mungkin bagi dia, itu adalah satu kecantikan. Anis cuba melempar senyuman yang dirasakan terpaksa. Dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke pejabat itu, dia sudah tahu sikap Zila yang suka memerhati dan mengata.

Anis mula berlalu pergi ke mejanya setelah mengambil surat dari Zila. Sebaik pintu dikuak, kelihatan Natasha sudah bersandar malas di sofa yang disediakan untuk tetamu. Sempat gadis itu membetulkan solekannya.

Imran ada Sekali lagi Natasha bertanya dengan nada bongkak. Kening sebelah kirinya sedikit terjungkit.

Anis senyum hambar. Pandangannya beralih ke arah bilik Imran. Dia berpaling semula ke arah gadis itu yang masih memandangnya tidak berkelip. Langkahnya terus ke meja.

Nanti saya panggil tuan Imran.

Gagang telefon diangkat. Nombor Imran ditekan sekali.

Tuan, ada tetamu nak berjumpa tuan. Perlahan saja suara Anis.

Siapa

Natasha Suara Anis masih bersahaja.

Apa

Anis jarakkan gagang telefon dari cuping telinga. Bingit mendengar suara lantang Imran.

Dia nak jumpa tuan. Dia dah ada kat depan saya. Anis letak gagang telefon.

Err..cik Natasha duduk dulu. Tuan Imran ada hal sekejap. Anis letak bekas kuih di atas meja dan mula mengadap komputer. Surat yang diambil dari kaunter penyambut tetamu di tingkat bawah tadi dibelek satu persatu.

Ya tuan Anis menjawab sebaik deringan telefon berbunyi.

Baik

Anis membawa surat-surat yang diterima tadi bersama jadual Imran. Suara Imran yang menjerit dari dalam begitu kuat. Tombol pintu dipulas cepat.

Siapa suruh perempuan tu masuk Pantas Imran menengking Anis.

Err..kenapa marah-marah ni Takkan saya nak ikat kaki dia. Dia sendiri yang datang. Anis terasa dipersalahkan dalam hal ini.

Ni ada surat dan jadual hari ni, petang nanti tuan ada mesyuarat dengan wakil dari Indah Group Sdn Bhd Anis letak surat dan membaca jadual kerja Imran.

Maafkan saya. Awak boleh keluar sekarang. Imran menekup muka sambil menundukkan wajah.

Anis masih berdiri di situ memerhati Imran yang nyata tidak senang dengan kehadiran Natasha.

Kenapa tak keluar lagi Imran mendongak. Tepat merenung Anis yang masih terpacak di depannya.

Err..saya nak cakap apa kat Natasha nanti, kalau dia tanya tuan Anis tergagap-gagap.

Cakap saya sibuk! Itu pun nak kena ajar ke Bentak Imran. Fail di atas meja dihempas kuat. Matanya tajam memandang Anis yang masih terpacak di situ.

Terperanjat dengan suara kuat Imran, tergesa-gesa Anis melangkah ke arah pintu.

Tunggu!

Anis menoleh. Langkahnya terhenti. Dia menelan liur bila melihat Imran bangun dan mula mendekatinya.

Jom! Tangan Anis ditarik perlahan keluar dari bilik.

Anis terpaksa mengikut rentak Imran. Sebaik sampai di ruang tamu, Imran segera memaut bahu Anis. Anis melihat sekeliling. Nasib baik ruang tamu dan bilik Imran diasingkan dari bilik pekerja yang lain. Kalau tidak, kecoh satu pejabat dia dipeluk bos!

Fitnah merata nanti!

Im, siapa dia sebenarnya Natasha bingkas bangun. Jari telunjuk menuding ke arah Anis.

Dia bakal isteri aku! Kali ini Imran merangkul pula pinggang Anis rapat kepadanya.

Anis cuba menepis tapi ditahan oleh Imran. Dia pandang pula Natasha yang masih terpinga-pinga di sofa. Hish! Mamat ni dah memang gila!

Maksud you Natasha merenung tajam Anis yang dipeluk mesra oleh Imran.

Eh! Kau tak faham ke bahasa Melayu Ke nak aku cakap bahasa Perancis baru kau faham Imran sindir Natasha.

You jangan nak sindir I! Imyou serius ke Natasha mendekati Imran. Cuba memaut lengan Imran tetapi ditepis kuat oleh Imran.

Kan aku dah kata tadi! Dia ni bakal isteri aku! Kau pekak ke apa

Kalau dia bakal isteri you, mengapa nampak macam tak mesra saja Natasha jeling Anis yang cuba meleraikan tangan Imran yang merangkul bahunya rapat ke tubuh sasa itu.

Kenapa Kau tak percaya

Imran lepaskan rangkulannya. Kedua pipi Anis yang putih kemerahan tu dipegang dengan kedua tapak tangannya. Wajah gadis itu terdongak. Lama dia menatap wajah mulus itu. Pucat lesi muka Anis. Agaknya kalau ditoreh dengan pisau, darah pun malu nak keluar. Ah! Biarkan.

Anis kaget dengan tindakan Imran. Rasa sejuk tangan Imran yang menyentuh kedua pipinya dah rasa macam melekat kuat..

Ya Allah, apa mamat ni nak buat Jantung Anis berdegup laju.

A..apa tuan nak buat ni Tersekat-sekat suara Anis antara dengar dengan tidak.

Imran masih menatap wajah pucat itu. Bibir kecil milik gadis somtam itu dikucup lembut.

Anis kaget. Tergamam.

Pangggg!!!!

Imran ditolak kuat. Anis berlari keluar dari pejabat itu dengan linangan air mata. Tak sangka sejauh itu Imran bertindak semata-mata untuk membuktikan pada Natasha tentang kata-kata bohong itu.

Itu bakal isteri you Natasha sengih.

Imran turut terkedu dengan tindakan drastiknya tadi terhadap Anis. Ya Allah! Dosa apa yang telah aku lakukan Soalan Natasha tidak berjawab. Otaknya ligat berputar memikirkan tindakan bodohnya sebentar tadi.

Tindakan you tadi bukan jawapan bagi soalan I. Kalau itu bukti yang you cuba berikan, you silap. I kenal siapa you! Natasha ketawa.

Anis! Imran tidak hiraukan Natasha sebaliknya dia mula mengejar Anis yang sudah hilang dari pandangan.

IMRAN melilau mencari Anis. Ternyata gadis itu sudah lenyap dari pandangannya malah dari bangunan pejabat sepuluh tingkat itu. Rasa berdosa mula menerjah dirinya.

Ya Allah..kenapa dengan aku ni Kenapa aku tak fikir dulu sebelum bertindak tadi Imran marahkan diri sendiri. Banyak kali dia meluku kepalanya sendiri.

Kereta dipandu keluar dari bangunan mencari ke mana Anis menghilang. Dia kembali semula ke pejabat. Lemah langkahnya menuju ke bilik. Natasha sudah tiada di situ. Meja Anis masih kosong bermakna Anis benar-benar menghilangkan diri. Lenyap!

Eh!Abang kenapa ni Muram je.. Izara jenguk bilik Imran yang terbuka luas.

Imran masih menekup muka. Wajahnya ditundukkan ke meja.

Abang, kenapa ni Sekali lagi Izara bertanya. Dia mendekati Imran yang dah monyok.

Anis mana Izara jenguk melalui dinding cermin.

Dia dah lari.. Lemah suara Imran.

Hah Lari Abang jangan nak buat lawak boleh tak Izara sengih.

Betul, dia dah lari! Abang yang buat dia macam tu.. Imran bersandar pula pada kerusi. Dia menggosok pipinya yang pedih ditampar kuat tadi. Memang patut pun dia ditampar macam tu.

Tapi kenapa dia lari Apa yang abang telah buat Izara mula bingung.

Abangabang.. Imran tidak berani meneruskan kata-kata.

Dia lari ke mana Izara goncang bahu Imran.

Tadi Natasha datang buat hal kat pejabat ni.. Imran mula berterus terang.

Apa Dia nak apa Dia buat sesuatu kat Anis ke Bertubi soalan Izara menerjah cuping telinga Imran.

Adik, boleh tak dengar dulu apa yang abang nak cakap Imran mula menengking Izara.

Izara tergamam. Pertama kali mendengar Imran menjerit kuat begitu. Tentu serius kali ini.

Imran mula bercerita kejadian tadi. Dia mengeluh beberapa kali.

Jadido you really mean it Izara pandang Imran tidak berkelip.

Adik..sebenarnya abang tak berniat macam tu. Abang hanya nak perempuan tu jauhkan diri dari abang.Thats it! Imran masih tidak mengerti perasaannya sendiri.

Abang tahu tak, abang telah melukakan hati Anis. Tindakan gelojoh abang tu boleh menyebabkan Anis benci abang! Izara keluar dari bilik Imran.