DANIEL senyum lebar. Kelakar mengingati kembali gelagat Arissa tadi. Nampak sangat Arissa masih menyimpan rasa benci. Siapa yang tak ada rasa itu kalau sudah diperlakukan sedemikian rupa Ah! Kenapa aku pula yang sibuk nak dekat dengan dia Bukankah gadis itu sudah terang-terang bencikan aku Pelik rasanya hidup ini!
What a funny girl! Daniel gelak sendiri.
What so funny
Daniel mendongak. Sherry sudah terpacak di muka pintu sambil tersenyum memandangnya. Tadi sebelum masuk ke bilik pejabat, sempat dia berpesan pada Sherry untuk mendapatkannya fail projek Bioremediasi.
Oh...nothing. So, you have that file Daniel terus ke perkara pokok.
Sherry mengangguk. Dia menapak ke arah meja Daniel dan menghulurkan satu fail berwarna hijau.
Anything else
Nope! Ill call you later. Daniel senyum. Sherry dipandang tak berkelip. Hmm....apa kena dengan sekretari aku hari ni Bergaya sakan! Sherry mengenakan skirt pendek atas lutut yang ketat dan baju tanpa lengan dengan bahagian dada terdedah luas. Seksi!
Ah..aku hanya ada Arissa. Arissa saja yang mampu buatkan jiwa lelaki aku bernafsu! Daniel senyum lagi.
Dia meneruskan kerjanya. Fail yang diterima tadi dibelek sekilas. Lama dia perhatikan tandatangan mendiang ayahnya yang terdapat pada kertas kerja dan surat perjanjian. Ayah menerima satu salinan dari tiga salinan. Tandatangan satu lagi adalah tandatangan Tan Sri Johari.
Hmm....kenapa selama ni aku tak pernah tahu pasal ni Daniel mula tertanya-tanya. Setahunya dia tak pernah melihat ayah menandatangani sebarang dokumen tanpa dia sendiri memeriksa dan membaca isi kandungan dokumen itu. Selalunya ayah akan meminta pendapatnya sebelum membuat sesuatu keputusan.
No wonder I know nothing about this lab and this project! Daniel mula menyiasat. Dia baca satu persatu salinan kertas kerja dan surat perjanjian yang hanya diterima melalui kiriman pos.
Weird...looks like my dad signature was not so authentic. Daniel perhati pada bentuk tandatangan mendiang ayahnya di surat perjanjian itu.
Surat perjanjian antara rakan kongsi untuk pembinaan makmal itu. Dia mula teringat kata-kata ayahnya dulu. Ayah pernah beritahunya tentang surat itu. Ayah belum lagi tandatangan apa-apa dokumen untuk projek rawatan air sungai itu. Hanya kertas kerja saja yang sempat diturunkan tandatangannya untuk kelulusan tender.
Then...where the hell this signature came from Daniel bersandar di kerusi. Mata menala ke siling. Masih berfikir apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga ayah kesayangan meninggal dunia.
Hmm...Bennett..dia ada bersama Datuk Mustafa masa di KLCC dulu. I need to know what is Bennett up to! Pantas Daniel menghubungi Robin dan Gagak.
DI SEBUAH restoran barat di KLCC, Daniel berbincang bersama Robin dan Gagak dan dua orang lagi orang suruhannya.
Aku nak kau ikut lelaki ni. Apa yang dia cuba lakukan dan aku nak laporan dalam masa seminggu. Daniel bingkas bangun.
Ok boss! Gagak tutur bangun.
Robin dan dua orang lagi juga turut menghantar Daniel ke muka pintu restoran.
Enjoy the food. Daniel hulur segenggam wang kertas kepada Gagak. Dia terus beredar dari situ.
SENYUMAN Daniel sudah sampai ke telinga sebaik sahaja meletakkan kereta di kawasan hospital. Dia jeling bunga ros putih di tempat duduk penumpang sebelah.
Arissa..I really love you.. Bunga ros putih dicium seketika sebelum menapak keluar dari perut kereta.
Wajah Daniel sudah ceria. Tak sabar bertemu Arissa. Entah apa yang gadis itu akan buat nanti bila dia datang jenguk. Tengahari tadi, Arissa seperti nak mengelak dari berjumpa.
Whatever it is, aku tak akan berputus asa ambil hati dia. I love her so much!! Daniel menapak laju ke tingkat tiga hospital.
Err..Encik Daniel!
Daniel menoleh sebaik tiba di pintu bilik Arissa.
Yes
Isteri encik dah keluar tadi.
HahWhat Daniel menelan liur.
Tadi ada orang datang bawa Puan Arissa keluar dari sini. Saya ingat Encik Daniel dah tahu. Hasliza, jururawat yang menjaga Arissa turut menyampuk.
Siapa orang tu Daniel berkerut muka.
Perempuan..dia kata saudara Puan Arissa. Kenapa Encik Daniel Hasliza mula pelik.
Macam mana bil hospital Daniel garu kepala. Siapa pula yang sibuk bawa Arissa keluar dari hospital. Setahunya, Arissa tiada sesiapa sejak seminggu dia temankan Arissa di hospital. Kenapa tiba-tiba muncul saudara Arissa dan terus bawa keluar
Bil hospital saudara Arissa yang bayar semuanya. Hasliza senyum.
Daniel tercengang. Dah bayar Dia sengaja tempah bilik VIP. Kos satu malam saja mencecah lima ribu ringgit. Siapa perempuan tu
Err..Encik Daniel okey ke Hasliza melihat Daniel yang sudah terpaku di situ.
Err..tahu tak ke mana mereka pergi
Hasliza semakin pelik. Takkan suami sendiri tak tahu isteri pergi ke mana. Mestilah balik rumah!
Mestilah balik rumah Encik Daniel kan Hasliza tolong jawab soalan Daniel yang dirasakan tak munasabah.
Err..aa..ya..ya..lupa pula saya. Agaknya tengahari tadi kepala saya terhantuk. Kalau macam tu tak apalah. Saya pergi dulu. Ni bunga untuk awak kerana setia menjaga isteri saya. Daniel hulur bunga ros putih kepada Hasliza dan terus berlalu pergi.
Hasliza senyum lebar. Siapa yang tak kembang hidung bila mendapat hadiah bunga dari jejaka kacak macam Daniel.
Amboi! Senyum dah sampai ke langit la tu! Salah seorang jururawat di kaunter mengusik.
Hasliza sengih. Banyak kali dia mencium bau wangi ros putih.
DANIEL hempas tubuhnya atas sofa sebaik tiba di rumahnya di Bangsar. Balik dari hospital tadi, sepanjang perjalanan dia asyik berfikir.
Siapa pula yang bawa Arissa keluar dari hospital Puas Daniel berfikir. Saudara mana pula yang dimaksudkan jururawat tadi.
Daniel bingkas bangun dan melangkah lemah ke biliknya. Selesai membersihkan diri di bilik air, Daniel menyarungkan pajamas berwarna merah terang. Dia mula menapak ke katil. Jam di atas meja kecil sebelah katilnya dijeling sekilas. 7.30 malam. Suara yang memanggil umat Islam ke masjid mula kedengaran. Sekali lagi Daniel menadah telinga. Seingatnya suara dari corong pembesar suara itu dilaungkan sebanyak lima kali pada waktu berlainan.
Hmm..maknanya orang Islam ni datang masjid lima kali..
Daniel menoleh pula ke arah meja kecil. Laci meja dibuka perlahan. Sebuah buku kecil dikeluarkan dari situ. Dia membelek sekilas.
Whats in here actually... Halaman demi halaman al Quran terjemahan yang dihadiahkan Zaki dulu diselak. Sejak pulang dari Korea hari itu, baru sekarang dia sempat menjengah buku itu.
Perlahan Daniel baca.
Kenapa buku ni kena baca dari mukasurat belakang Dari kanan ke kiriDaniel berkerut kening. Buku yang berlambak di bilik bacaan miliknya semuanya bermula dari mukasurat kiri ke kanan.
Daniel meneruskan bacaannya. Ayat pertama dibaca.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam(Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds)
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (Most Gracious, Most Merciful)
Yang menguasai hari pembalasan (Master of the Day of Judgment)
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (Thee do we worship, and Thine aid we seek)
Tunjukilah kami jalan yang lurus (Show us the straight way)
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray)
Lama Daniel berfikir. Matanya kembali pada halaman tadi.
Hmm...al fatihah.. Daniel mengusap dagu. Dia pernah mendengar kawannya menyebut al fatihah semasa dia menghadiri pengebumian salah seorang rakan bisnesnya dulu yang beragama Islam. Jelas dia mendengar seorang lelaki yang memakai jubah putih dan kupiah atas kepala menyebut perkataan itu.
Mungkin ayat ini yang dibaca dulu. Apa keistimewaan ayat ni Daniel ulang baca lagi. Hanya bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris saja yang dia faham. Bahasa Arab dia masih tidak tahu sepatah huruf pun!
Quran terjemahan itu diletakkan semula di dalam laci. Ligat otaknya berfikir. Dulu semasa dia menghadiri satu mesyuarat dengan jabatan kerajaan, sebelum mesyuarat dimulakan, jelas dia mendengar pengerusi mesyuarat itu membaca doa dan menyebut al fatihah. Selepas itu, semua yang beragama Islam masing-masing terkumat kamit membaca. Kedengaran dalam bahasa Arab.
Theres something I need to know about this verse..
Telefon bimbitnya berdering kuat. Panggilan dari Robin. Tadi dia cuba hubungi lelaki itu tapi tidak berjawab.
Robin I need you to do something for me... Daniel mula memberi arahan kepada Robin.
Telefon diletakkan semula atas katil. Dia perlu siasat siapa Arissa sebenarnya.
Malam itu selesai makan malam, Daniel tidak ke mana-mana. Dia perlu berehat. Sudah seminggu dia tidak lena tidur menemani Arissa dan sekarang Arissa tiba-tiba dibawa keluar dari hospital oleh seseorang.
Where is she now
PAGI lagi Daniel sudah ke pejabat. Kerja yang masih belum diselesaikan terpaksa dibereskan segera. Minggu depan dia terpaksa ke Jerman. Ada persidangan penting di sana selain menghadiri mesyuarat dengan sebuah syarikat yang berminat untuk mengikat kontrak dengan syarikatnya dalam bisnes pembekalan bahan mentah untuk pembuatan tayar kereta.
Sherry! Please come in! Daniel mula intercom sekretarinya.
Yes boss Sherry muncul di muka pintu.
I need information about latex. You can give me later.. Daniel tersenyum manis. Sherry dilihat semakin seksi. Whats she up to
Sherry angguk dan berlalu pergi.
Daniel meneruskan kerja yang masih terbengkalai. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir waktu makan tengahari.
Mana aku nak lunch hari ni
Daniel mula menghubungi seseorang.
LAMA Daniel menunggu. Dia pandang ke arah pintu masuk restoran. Masih tidak ada kelibat Zarul. Telefon bimbitnya diperhatikan seketika.
Meneliti ruang bisnes untuk saham.
Hey! Dude!
Daniel mendongak. Zarul sudah melambai ke arahnya sambil berjalan menuju ke meja.
Where have you beenDaniel sengih. Wajah Zarul nampak sungguh ceria. Sejak malam tu, Zarul seperti menghilangkan diri.
Aku MIA sekejap. So, whats up dude Zarul melabuhkan punggung sebelah Daniel. Tersengih.
Lets order first! Daniel petik jari memanggil pelayan restoran. Makanan mula dipesan.
Sementara menunggu hidangan tengahari sampai, Daniel dan Zarul mula berborak. Banyak cerita yang dibualkan bersama.
You know what Zarul mula teringat gadis yang dihadiahkan oleh Daniel kepadanya malam itu dulu.
What
That girl..I mean Tan Sris daughter... Zarul menghela nafas seketika.
Oh! That girl! Why Daniel turut senyum. Faham dengan kata-kata Zarul. Apa taknya habis bersepah bilik tetamu!
So, was she hot huh Sengaja Daniel usik Zarul.
Yeah...sebenarnya dia bekas kekasih aku. Agak rendah nada Zarul menjawab. Kunci keretanya diputar-putar.
What Daniel terbeliak.
Syyyyhh..slow la sikit. Kita sekarang sedang bercakap tentang anak Tan Sri JN tau Nanti ada spy kat sini...aku jugak yang susah! Zarul buat isyarat supaya Daniel berhati-hati bercakap tentang Nelissa.
You mean that girl.. Daniel masih keliru.
Zarul angguk-angguk.
How do you met her Daniel mula teruja.
Zarul mula bercerita kisah kehidupannya di kampus dulu.
So, kau dan dia tu satu univerisiti
Sekali lagi Zarul angguk.
Pertama kali aku jumpa dia, aku jatuh cinta. Masa tu aku tak tahu dia anak orang kaya. Cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Rupanya dia juga cintakan aku. Kami bahagia tapi tak lama. Zarul mula berubah nada. Bila mengingati kembali kisah cintanya membuatkan hatinya parah.
Kenapa
Cinta kami tidak mendapat restu orang tua Nelissa. Aku dihina. Famili aku dihina. Aku tahu, aku hanya anak orang biasa. Arwah ayah aku hanya pegawai kerajaan biasa. Kau bayangkan, arwah ayah aku dihina depan orang ramai semasa dia menghadiri sebuah majlis keraian di rumah Tan Sri dulu. Ayah aku balik dengan muka sedih. Pertama kali aku tengok ayah aku menitiskan air mata. Aku rasa bersalah sebab suruh ayah aku pergi ke majlis tu. Masa tu aku masih bercuti semester. Aku pulang ke Malaysia.
Balik dari majlis tu, aku lihat muka ayah aku sudah lain. Aku paksa dia beritahu aku apa sebabnya dia menangis macam tu. Bila aku dapat tahu, aku jadi geram. Aku rasa nak ajar Tan Sri keparat tu tapi belum sempat aku buat perhitungan, Tan Sri terlebih dulu hantar orang upahannya pukul aku. Dan yang lebih parah, adik aku turut dirogol! Zarul menekup muka. Lama.
Daniel mengusap bahu Zarul. Cuba menenangkan keadaan.
Zarul..I know how you feel.. Daniel mula teringat kejadian mendiang ayahnya yang juga turut mengalami benda yang sama . Cuma kes yang berlainan. Ayah aku dikhianati!
Bila aku dapat tahu perempuan yang kau culik tu Nelissa, aku tergamam sekejap. Almost four years aku tak jumpa dia. Zarul teringat malam itu.
So, dendam kau sudah terbalas
Kau tahu selepas ayah aku meninggal akibat tidak tahan menanggung malu, aku nekad. Apa jadi sekali pun aku nak balas dendam. Aku rogol Nelissa! Malam itu, maafkan aku Daniel. Aku tak sanggup rosakkan dia sekali lagi. Maafkan aku kerana tidak dapat melunaskan dendam kau pada Tan Sri. Aku harap kau jangan pula buat benda tu kat Nelissa. Dia kekasih aku. Zarul tunduk lagi. Kalau Daniel marah, dia sudah bersedia dengan tindakan Daniel. Mungkin dia kena penumbuk dari lelaki itu.
Daniel terdiam. Rupanya kisah Zarul lagi perit dari kisahnya. Nyata Zarul juga menyimpan dendam pada Tan Sri Johari!
Jadi...kau masih cintakan Nelissa
Zarul diam seketika. Siapa pun tak akan lupa pada cinta pertama. Walaupun saat dia perkosa Nelissa, hati masih sayangkan gadis itu tapi dalam masa yang sama, hati turut berkata, dendam dan benci pada Tan Sri Johari melebihi segalanya!
Hmm..our lunch dah sampai. Daniel hulur pinggan spagetti ke arah Zarul.
Mereka berdua mula menikmati hidangan tengahari bersama.
PULANG dari makan tengahari tadi, Daniel terus ke pejabat semula. Maklumat tentang susu getah yang diminta dari Sherry tadi sudah berada di atas mejanya. Memang dia suka pada kerja Sherry yang cukup tangkas dan cepat.
Shes good! Daniel senyum.
Maklumat itu dibaca seketika tapi otaknya masih pada perbualannya dengan Zarul tadi.
Nampaknya dendam Zarul sudah terbalas. Dendam aku pulak..haih...at least aku ada Arissa. Daniel tersenyum puas. Namun kekesalannya masih terasa bila teringat pada Arissa. Ya, gadis malang yang terpaksa terima semua tu kerana salah sangkanya sendiri!
Arissa..where are you Daniel meraup muka.