Demi Ajai - 29
bab 29

SUASANA suram menyelimuti isi rumah

Lazim. Sehingga kedengaran langkah jarum saat jam dinding berketak-ketik mengisi kenihilan malam itu.

Lazim, Tok Batin Kutam dan Datuk Murad melangut tanpa terkalih sedikit pun jemala mereka. Masing-masing khayal berjinakjinak dengan idea yang tersorok di cepu kepala. Hampir lima minit mereka berfikir, seorang pun belum berani meluahkan apa-apa.

Baru sebentar tadi Lazim membacakan surat lama tulisan Zarina, bekas isterinya. Dia masih menanggung rasa bersalah meskipun kini Datuk Murad dan Tok Batin Kutam ada di belakang menyokongnya.

Saya tidak pasti di mana Zarina berada sekarang. Seperti kata Zarina dalam surat yang saya bacakan tadi, dia menulis surat ini beberapa hari sebelum tarikh perkahwinannya. Jadi, berkemungkinan besar dia kini bersama suami baharunya. Lazim berdiri menyatakan pandangannya.

Tok Batin Kutam mengangguk tanda mengerti.

Kamu sudah cuba cari dia di rumah bapa saudaranya soal Datuk Murad pula.

Saya sudah cari. Binatang itu sudah pun dipenjara. Menunggu dihukum gantung saja. Orang kampung kata dia buat kes yang sama, jawab Lazim. Dia benar-benar membenci Pak Mail. Orang tua itu tidak pernah lelah mengutip dosa. Zarina juga ada memberitahunya bahawa dia serik tinggal sebumbung dengan bapa saudaranya itu. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa hitam yang membayangi setiap langkahnya. Mujur dia mempunyai kekuatan untuk merempat berbanding terus melarat di dalam sangkar binatang itu.

Datuk Murad terus tercenung dalam kebingungan. Diperhatikan pemandunya yang tidak senang duduk. Terbit rasa simpati kepada pemuda itu.

Di hujung meja, kelihatan Tok Batin Kutam sedang membelai-belai janggut putihnya. Barangkali memikirkan hal sama seperti ahli mesyuarat yang lain. Sudah lima hari dia di kota, tetapi masih belum berkesempatan menemui Cikgu Isa. Kata Datuk Murad mungkin esok atau lusa baru mereka bertiga akan ke sana.

Anak saya kata, Cikgu Isa sedang sakit sekarang ini. Sudah dua minggu dia tidak mengajar. Kita terpaksa tangguhkan rancangan

ini buat sementara waktu, jelas Datuk Murad kepada Lazim dan Tok Batin Kutam selepas ketiga-tiga mereka mencapai kata sepakat untuk bertemu muka dengan guru itu.

Sampai bila, Datuk Bulan hadapan Ajai akan menduduki PMR. Kita kesuntukan masa, ujar Lazim bertegas mahu diselesaikan masalah tersebut dengan segera.

Ya, Datuk. Saya pula sibuk dengan urusan di kampung. Dah lima hari saya tinggalkan anak-anak buah saya. Entah apa jadi kepada mereka sekarang ini. Tok Batin Kutam turut menyodorkan hasratnya.

Giliran Datuk Murad pula jadi sasaran. Bibirnya diketap sambil matanya terkatup rapat. Beginilah. Usah kita terburu-buru dalam bertindak. Lebih elok kita tunggu saja Cikgu Isa pulih. Sebab orang sakit biasanya sukar mengawal emosi. Kita tidak mahu peluang yang ada ini dilepaskan begitu saja. Tunggu dalam sehari dua lagi.

Kini Datuk Murad dianggap sebagai watak penting kerana perkenalannya dengan guru itu. Tambahan pula, anaknya berada di bawah seliaan Cikgu Isa ketika di sekolah. Dengan hadirnya dia nanti, mungkin segalanya akan berjalan lebih lancar.

Lazim, boleh Tokki tanya sesuatu Tibatiba Tok Batin Kutam memecah sepi malam itu.

Ya, Tokki. Apa dia balas Lazim merelakan dipertanyai.

Tok Batin Kutam sempat menoleh ke arah Datuk Murad. Kemudian, baru dia menyambung soalannya. Bila kamu mula berkenalan dengan Zarina Dan mengapa kamu sanggup menerimanya sedangkan kamu tahu dia sedang hamil ketika itu

Lazim tidak pasti sama ada dia perlu berterus terang atau menggantungkan sahaja soalan itu. Kisah percintaan mereka agak rumit dan penuh kejutan. Jika hendak diceritakan dari awal memang akan berlanjutan sampai ke dinihari. Namun disebabkan kedua-dua mereka bakal membantunya, akhirnya dia akur.

Saya mula menemui Zarina ketika dia pengsan. Waktu itu saya sedang mencari pekerjaan di pekan. Lalu saya terus menghantarnya ke klinik. Kata doktor, dia pengsan disebabkan kurang makan. Sebelum pulang, doktor tiba-tiba menasihatkan saya supaya tidak membiarkan dia melakukan kerja-kerja berat demi menjaga kandungannya. Ketika itu doktor tersebut fikir saya ini suaminya. Dari situ baru saya tahu dia sedang hamil. Kemudian, saya bawa dia pulang ke rumah kenalan perempuan saya. Selepas beberapa hari, barulah dia menceritakan segala-galanya. Dari asal usulnya, sehinggalah dia hidup merempat di jalanan. Mendengar kisah perihnya, saya tak sampai hati membiarkan dia terus dibelenggu kehidupan

yang sebegitu. Entah macam mana akhirnya kami boleh jatuh cinta. Mata Lazim mula berbinar-binar. Kenangan lampau memaksa kelakiannya terlorot.

Mengapa tak digugurkan saja kandungan tersebut soal Tok Batin Kutam lagi dalam kemusykilan.

Waktu itu kandungannya sudah berusia lebih empat bulan. Setiap roh akan ditiupkan ke dalam kandungan yang mencecah usia empat bulan. Apa yang saya tahu, agama kami melarang menggugurkannya kerana janin sudah hidup seperti manusia biasa.

Tok Batin Kutam mengangguk reti. Tampak seperti dia sudah kehabisan soalan.

Jadi, mengapa Zarina tak gugurkan kandungan sebaik saja dirogol Atau lebih mudah jika dia terus membuat laporan polis selepas dia melarikan diri daripada Pak Mail, giliran Datuk Murad pula merencanakan soalan.

Lazim meluruskan tulang belakangnya. Dia sudah bersedia untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan. Perkara ini sudah disedarinya. Jika bukan mereka berdua yang bertanya, mungkin Cikgu Isa atau Ajai sendiri yang akan mempersoalkan.

Datuk, bukan senang untuk seorang mangsa rogol membuat laporan polis. Mereka akan mengalami fobia sepanjang masa selepas kejadian. Jika dilaporkan sekali pun, mereka

akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang merumitkan selain bimbingan kaunseling. Tidak semua mangsa sanggup melakukan segala proses yang mereka sifatkan sebagai memalukan diri sendiri. Jadi, Zarina mengambil keputusan untuk bertawakal dan mengharapkan dirinya mati di jalanan. Ini yang diakui sendiri oleh Zarina sebelum kami berkahwin. Lazim membuka segala makhfi perjalanan seorang wanita bernama Zarina.

Jadi, apa kata keluarga kamu Orang tua kamu bersetuju tanya Datuk Murad inginkan kepastian.

Lazim bangkit dari duduknya. Lalu dia merenung ke luar jendela. Dirasakan malam itu terlalu suram dan kelam. Seperti malam perpisahannya dengan Zarina hampir lima belas tahun lalu. Saat lafaz cerai menjadi kunci kemusnahan rumah tangga mereka.

BERITA kemalangan Cikgu Maznah meresahkan seluruh warga sekolah.

Cikgu Isa turut sama bersimpati. Penyakitnya juga sudah beransur pulih. Galakan dan rawatan daripada Encik Thiru mengubah warna kehidupannya yang pucat kepada seri.

Hari ini dia datang ke sekolah tanpa buku rancangan pengajaran harian. Tanpa beg dan buku-buku pelajarnya serta tanpa berpakaian

uniform kerja seperti kebiasaannya. Hadirnya hanyalah semata-mata mahu menyertai Cikgu Omar dan guru-guru lain melawat Cikgu Maznah yang terlantar di hospital sejak petang semalam.

Pelik betul. Macam mana Ajai boleh tak tahu berita tentang Cikgu Maznah, rungut Cikgu Isa dalam hati.

Malam tadi selepas Cikgu Omar menelefonnya, ada juga dia bertanya kepada Ajai. Anehnya, Ajai sendiri tidak tahu tentang berita tersebut. Masakan kes kecemasan sebegitu tidak dihebahkan kepada umum. Lagi pula Cikgu Maznah turut mengajarnya. Mana mungkin dia tidak sedar akan perkara itu.

Kata Cikgu Omar sebentar tadi, lawatan ke hospital akan bermula selepas waktu rehat kerana guru-guru lain sedang sibuk bermesyuarat sempena persediaan peperiksaan akhir tahun.

Cikgu Isa terdetik untuk meninjau keadaan pelajarnya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kelasnya. Pagi ini biarlah dia melampiaskan rindu yang terpasung di hati. Minggu hadapan dia sudah boleh menyambung tugasnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengajar selama beberapa bulan menjelang tarikh pembedahannya kelak.

Sejurus sampai di kelas, semua pelajar bangun memberi salam. Cikgu Isa tercegat di pintu, enggan masuk ke dalam. Matanya

melilau mencari kelibat Ajai. Hampa. Berkerut dahinya sejeda.

Gana, Ajai pergi mana tanya Cikgu Isa perlahan kepada Gana yang duduk paling hadapan bersebelahan pintu.

Gana terperanjat. Otaknya mula mencari helah, namun gagal. Akhirnya, dia mengalah dengan mengangkat bahu.

Farid, kamu tahu Ajai di mana Cikgu Isa mengalihkan soalannya kepada Farid pula.

Entahlah cikgu. Dekat seminggu dia tak hadir, sahut Farid sambil tersenyum puas. Dia tahu benar Ajai mula ponteng sekolah sejak beberapa hari lalu. Sengaja dia mahu mengadudomba agar dendamnya terhadap Ajai tempoh hari berbalas.

Syasya, rupanya Cikgu Isa pun tak tahu Ajai tak ke sekolah. Betul kata kau. Ajai makin samseng sekarang, bisik Kameena kepada Syasya yang sedang khusyuk menelaah.

Syasya melekapkan jari telunjuknya di bibir. Dia bimbang Cikgu Isa dapat mendengar perbualan mereka. Mana ada aku cakap dia samseng. Aku agak saja. Cikgu-cikgu lain yang cakap dia macam tu. Syasya mempertahankan diri. Suaranya hampir-hampir tidak kedengaran.

Cikgu Isa nanar. Ada sesuatu yang berlaku di luar pengetahuannya. Dia mahukan penjelasan segera.

Gana, ke mari sebentar. Cikgu Isa meminta Gana berjumpa dengannya di koridor kelas.

Riak muka Gana berubah. Penanya dihentikan. Juga bukunya ditutup. Lalu dia bangun dari kerusinya menurut sahaja pinta guru Bahasa Malaysia itu.

Cikgu rasa kamu tahu ke mana Ajai pergi. Dengar sini, Gana. Cikgu cuma perlukan kejujuran kamu saja. Tak lebih daripada itu. Cikgu tahu kamu pelajar yang baik. Tolong jangan cemarkan persepsi cikgu terhadap kamu. Cikgu Isa seakan-akan mengugut. Wajahnya pun serius, tidak seceria dahulu.

Gana tertunduk malu. Sebentar tadi dia telah menipu. Kali ini dia diperangkap oleh keperibadian guru itu. Dia langsung teringat sikap terpuji Cikgu Isa sepanjang dia mengenali guru itu. Jika dia membohonginya lagi, mungkin keberkatan ilmunya gagal dikecapi. Sebenarnya Ajai

TEJA senja meniti suram. Tampang suria lebih tua dari awal caraknya. Bayu semilir yang berpuput menghantar rombongan gagak pulang melalui dasar langit. Sang gagak perlu segera pulang sebelum rembulan mengambil tugas aturan Tuhan.

Cikgu Isa melihat segalanya pada suatu jihat kognisi peribadi. Dia sedar dia juga perlu mengungsi seperti gerombolan gagak itu. Yang kenal badi duniawi sejak menjengah bumi.

Semalam, dia menyerang Ajai di tempat cuci kereta. Tempat Ajai menyembunyikan diri daripada kemacetan hidup yang membelenggunya. Gana turut serta dalam serang hendap tersebut. Pulang sahaja ke rumah, dia menangis buat kali pertama di hadapan Ajai. Sehingga detik ini Ajai masih berbisu dengannya.

Dalam kecelaruan konfliknya dengan Ajai, Cikgu Omar cuba bertindak membetulkan keadaan. Pagi ini pengetua itu datang ke rumahnya bagi membincangkan masalah disiplin Ajai yang semakin meruncing.

Begini, Isa. Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan perkhemahan motivasi sebelum PMR. Mungkin program itu sedikit sebanyak dapat melegakan kecelaruan dalam diri Ajai. Sebenarnya, bukan Ajai saja perlu ditarbiah. Semua calon yang bakal menduduki PMR wajib sertai. Cikgu Omar menerangkan perincian program yang telah direncanakan pihak sekolah pada mesyuarat yang lalu.

Sesuaikah dilaksanakan waktu begini Sepatutnya mereka perlu fokus kepada pelajaran. Sekarang masa mereka bertungkus-lumus. Aktiviti luar tak sesuai lagi dijalankan, jelas Cikgu Isa mempertahankan pandangannya.

Cikgu Omar tersenyum. Isa, saya bayangkan setiap calon ini sudah tepu kepala mereka dengan isi pelajaran. Dada mereka juga mungkin sudah sesak. Inilah masa yang sesuai untuk merelakskan minda mereka. Lagi pun, kita bukannya anjurkan pada waktu yang sangat rapat dengan tarikh peperiksaan. Jika kita laksanakan hujung minggu ini, mereka akan ada dua minggu lebih untuk persiapan peperiksaan. Bagaimana Panjang lebar penerangan Cikgu Omar.

Cikgu Isa mengalihkan pandangannya ke peti televisyen. Ralit dia melihat siaran iklan tentang kemusnahan alam sekitar. Perhatiannya diberikan kembali kepada Cikgu Omar. Saya terima saja. Jika semuanya sudah bermesyuarat, apa perlu disangkal lagi

Baguslah. Saya bukannya apa, Isa. Kita perlu selarikan akademik pelajar dengan sahsiah mereka. Saya malu jika sekolah kita cuma mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, tetapi disiplinnya teruk, tambah Cikgu Omar.

Cikgu Isa hanya mampu tersenyum. Dia sedar dia sedang berhadapan seorang pendidik yang sangat komited. Pengetua itu juga sering menekankan hubung kait antara akademik dan sahsiah dalam pendidikan. Setiap kali di dalam mesyuarat, itu yang akan digulung.

Saya berpegang kepada hipotesis ini.

Sekiranya akademik sesebuah sekolah itu

cemerlang, maka sahsiah pelajarnya juga cemerlang dan begitu sebaliknya. Sepanjang saya menjadi guru, langsung saya tidak pernah mendengar sebuah sekolah yang cemerlang tetapi akhlak pelajarnya kurang memuaskan.

Kata-kata itu senantiasa menjadi modal Cikgu Omar. Dia bekas guru disiplin. Dia tahu benar tentang selok-belok disiplin dan sahsiah pelajar. Maka sebab itulah dia berani mengenakan tindakan kepada sesiapa sahaja yang bersalah.

Cikgu Isa sangat mengagumi keperibadian pengetua itu. Ketika dalam susahnya, Cikgu Omar banyak membantu. Termasuklah ketika mana perjuangannya dalam memohon kad pengenalan Ajai. Biarpun usaha mereka berkali-kali digagalkan pekerja di pejabat pendaftaran, tetapi dia tetap setia menyokong di belakangnya. Juga di saat pihak Lembaga Peperiksaan terus menekannya dengan bertubitubi, amaran diberikan.

Isa, boleh saya tanya sesuatu tanya Cikgu Omar mahu meneruskan perbincangan.

Apa dia, cikgu Terangkat kening Cikgu

Isa.

Sampai bila kamu nak jaga Ajai