Tika Cinta Berbisik - 29
Bab 28

BANGUN sahaja daripada tidur, tekak Nurul teringin pula mahu menjamah nasi lemak.

Dia bersiap-siap ala kadar dan menyarung skirt labuh serta mencapai selendang menutupi rambutnya yang mayang mengurai.

Nurul melewati setiap warung yang ada di ka wasan chalet namun tiada satu pun warung yang menyediakan nasi lemak. Hidangan yang ada hanyalah mi goreng, lodeh, roti canai dan kuih-muih.

Akhirnya, Nurul memilih sebungkus roti coklat dan air koko panas. Sedang dia membaca surat khabar yang terdapat di warung itu, dia teringatkan Tok Ayah, pemandu teksi yang membawanya ke chalet ini dulu.

Ish... aku dah janji nak datang rumah Tok Ayah. Petang dah nak balik. Tangan Nurul mengetuk-ngetuk meja. Itulah tabiatnya. Sering mengetuk-ngetuk meja jika dia sedang memikirkan sesuatu.

Lekas-lekas Nurul melipat kembali surat khabar dan membayar harga makanan tadi. Langkah diatur menuju ke chalet yang paling hujung.

Nurul mencari rumah yang dimaksudkan oleh Tok Ayah dahulu. Mungkin rezekinya pada hari itu baik, di ternampak teksi Tok Ayah di hadapan sebuah rumah papan.

Assalamualaikum.

Rumah papan berwarna coklat itu kelihatan sunyi. Hanya kelihatan ayam itik berkeliaran di be la kang rumah.

Assalamualaikum, Tok Ayah, laung Nurul, agak kuat.

Nurul beralih ke bahagian dapur. Manalah tahu agaknya Tok Ayah dan isterinya sedang duduk di sana. Assalamualaikum.

Ya, waalaikumsalam.

Seorang wanita dalam lingkungan umur 60 tahun membuka pintu. Wanita itu tersenyum melihat Nurul. Terpancar kemesraan di raut wajahnya.

Anak cari siapa

Maaf mak cik mengganggu pagi-pagi ni. Ini rumah Tok Ayah, ke

Haa, inilah rumah Tok Ayah. Kejap ya nak, mak cik panggilkan. Dia tengah sarapan tu.

Nurul membalas senyuman wanita itu. Terasa segan pula datang ke rumah orang awal pagi begitu.

Wanita itu segera mendapatkan Tok Ayah yang sedang bersarapan.

Bang, ada perempuan muda cari abang. Hah siapa tanya Tok Ayah.

Entahlah. Tak pernah nampak pula sebelum ni. Cantik perempuannya.

Siapa pula cari saya ya Tok Ayah menggaru-garu kepalanya.

Eh, lekaslah bang. Dia tunggu awak di luar tu. Nak pakai teksi agaknya.

Tok Ayah dan isterinya sama-sama menuju ke pintu dapur. Bila melihat sahaja Nurul berdiri di depan rumahnya, Tok Ayah cepat-cepat mempersilakan gadis itu masuk.

Allah, kenapa nak datang tak beritahu ni.

Err saya saja jalan-jalan tadi. Teringat pula Tok Ayah tinggal di sini.

Limah, nilah budak perempuan yang saya cerita pada awak dulu.

Ooo ya, ya baru saya ingat. Masuk nak, buat macam rumah sendiri. Kami tinggal berdua saja.

Terima kasih, Mak Limah, Tok Ayah. Saya mengganggu ke

Eh, taklah. Lagi pun Tok Ayah tengah sarapan. Lupa pula siapa nama kamu

Nurul, Tok Ayah.

Hah, Nurul langkah kananlah kamu. Mari kita sarapan sama-sama. Ni Mak Limah kamu buat nasi lemak. Rasalah masakan orang kampung, seloroh Tok Ayah.

Nurul mencapai pinggan yang dihulur oleh Mak Limah. Kecur air liurnya melihat semangkuk nasi lemak yang masih berasap, hirisan timun, ikan masin garing dan sambal kerang sedang terletak elok di atas meja. Aduhai! Memang rezekinya pagi itu.

Hm... sedapnya Mak Limah masak. Sambal tumisnya manis. Ada kerang

Kerang tu Tok Ayah dapat semalam. Pagi Tok Ayah bawa teksi, petang turun ke laut pula. Tak betah rasanya kalau tak turun ke laut.

Nurul mengangguk-angguk. Tanpa sedar dia menghabiskan dua pinggan nasi lemak. Itu pun setelah ditegur oleh Mak Limah.

Wah... suka benar Mak Limah tengok Nurul makan. Ambillah lagi ni, Nurul. Memang banyak Mak Limah masak tadi.

Nurul terasa malu apabila ditegur oleh Mak Limah. Pipinya merona merah.

Ish, awak ni. Kan budak tu tengah makan. Tak elok ditegur, peringat Tok Ayah.

Alahai saya cuma suka bila tengok Si Nurul ni makan banyak. Rasa kenyang pula tengok dia makan. Saya suka, bang.

Nurul tersenyum melihat gelagat Mak Limah dan Tok Ayah. Alangkah bagusnya jika mereka adalah ibu bapanya.

Usai sarapan, mereka membawa Nurul ke kebun buah milik mereka. Kata Tok Ayah, sekarang musim buah rambutan. Mereka hanya berjalan kaki kerana kebun Tok Ayah terletak di belakang rumah sahaja.

Nurul terpegun melihat rambutan merah dan kuning yang masak ranum. Boleh di katakan semua pokok rambutan di situ berbuah lebat.

Nurul dan Mak Limah sama-sama memungut rambutan yang jatuh di bawah sedang Tok Ayah mengait rambutan menggunakan galah.

Aduh! gadis itu terjerit kecil. Tangannya mengibas-ngibas skirt yang dipakai.

Kenapa, Nurul tegur Mak Limah.

Semut naik kat betis, Mak Limah.

Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Mak Limah membantu Nurul mengibas skirt dan melihat kakinya yang berbintik merah.

Ini kerenggalah, Nurul. Sudahlah. Mari kita balik. Lagi pun dah banyak ni. Dapat empat plastik.

Nurul memeriksa jika terdapat lagi kerengga yang merayap di kainnya. Serangga itu mengeluarkan bau yang busuk dan menyengit. Abang balik, bang.

Tok Ayah berhenti mengait. Iyalah.

Mak Limah membekalkan gadis itu dengan dua plastik rambutan. Nurul memeluk Mak Limah dengan erat. Rasa sayang mula bercambah. Dia berjanji pada Tok Ayah dan Mak Limah akan sering menjenguk mereka di situ.

CUTI Nurul masih berbaki sehari lagi. Namun, dia gagahkan diri untuk masuk ke pejabat. Sejak menghabiskan cuti, fikirannya jadi tidak menentu. Sentiasa memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Waktu rehat Fasha, rakan sepejabat Nurul, datang menemuinya. Mereka membeli makanan di restoran di bawah pejabat dan makan di pantri.

Kenapa engkau muram saja tanya Fasha. Sejak masuk pagi tadi sampai sekarang wajah engkau muram saja. Ceritalah apa masalah kau

Nurul menceritakan segala yang pernah berlaku dalam hidupnya kepada Fasha. Dia merasakan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membuka kembali sejarah lampau hidupnya. Dia turut menceritakan perihal Khairul dan arwah Harlina.

Fasha memeluk Nurul dengan erat.

Maafkan aku, Nurul. Aku tak tahu hidup kau begitu derita. Aku tak tahu kau anak yatim piatu.

Sudahlah, aku bukan nak minta simpati. Aku hanya nak cari tempat mengadu. Siapa yang rapat dengan aku, dialah sahabatku dunia akhirat.

Kau memang anak yang baik, Nurul. Kau sanggup buat apa saja untuk adik kau. Aku puji sikap kau. Kalau akulah berada di tempat kau, tak tahulah keadaan aku dan adik aku nanti macam mana. Terbuang agaknya.

Nurul hanya menggeleng.

Habis macam mana dengan Khairul

Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku seakan tak percaya orang yang aku jumpa hari tu adalah Khairul. Lain benar penampilannya. Aku tahu dia begitu sayangkan arwah Kak Lina. Aku dapat rasakan hidup dia tak terurus sekarang.

Apa kau nak buat lepas ni

Aku rasa nak cari dialah. Kalau aku boleh bantu, aku bantu. Aku nak beri dia sokongan moral. Budi baik dia dulu melepaskan aku, amat aku hargai. Duit pemberian dia dan arwah Kak Lina juga begitu bernilai bagi aku, Fasha. Kerana duit itulah Anis berjaya masuk universiti.

Hm... eloklah tu. Aku pun rasa tak salah kau bantu dia sebagai balasan atas budi baik dia dulu. Sekurang-kurangnya bila kau dapat bantu dia, kau akan rasa puas.

Nurul tersenyum. Itulah tekadnya sekarang.

Apabila melihat keadaan Khairul, dia sudah berjanji untuk membalas budi lelaki itu dan arwah Harlina. Nurul mahu mengembalikan semula kehidupan Khairul yang telah hilang.

NURUL merancang untuk pergi melawat Khairul di rumahnya. Mujur dia masih ingat jalan ke sana. Dia sempat singgah di gerai buah untuk membeli buah tangan. Tidak sedap pula datang ke rumah orang dengan tangan kosong. Nurul membelokkan kereta dan berhenti di depan sebuah banglo. Dia pasti, inilah rumah arwah Harlina dulu.

Banglo itu kelihatan sepi dan lengang.

Nurul memberi salam. Tangannya menekan loceng yang terdapat di tepi pintu pagar. Nurul ternampak kelibat seorang wanita di dalam rumah itu. Dia menunggu wanita itu membuka pintu.

Assalamualaikum, sapa Nurul setelah wanita itu berada di hadapannya.

Waalaikumsalam.

Ini rumah Khairul, kan. Dia ada

Wanita itu memandang Nurul. Dia memerhati gadis itu daripada atas ke bawah.

Nurul, ya

Nurul terkejut. Ya, saya Nurul. Puan ini siapa

Saya mak Khairul, jelas wanita itu sambil ter senyum.

Nurul seakan tidak percaya. Ibu Khairul adalah Datin Rafeah. Tetapi wanita di hadapannya ini jauh benar bezanya.

Datin Rafeah, ke Nurul meminta penjelasan.

Ya, mari jemput masuk. Kita berbual di dalam.

Nurul melangkah memasuki banglo yang per nah dihuninya dahulu. Segala perabot dan keleng kapan rumah langsung tidak terusik. Masih sama berkeadaan seperti dahulu.

Sila duduk.

Ya, terima kasih.

Nurul datang cari Khairul ke

Taklah. Kebetulan saya lalu kawasan ni, teringat pula rumah Kak Lina. Itu yang singgah sekejap.

Harlina dah tak ada. Sayu suara Datin Rafeah.

Maafkan saya. Khairul ada beritahu saya tentang arwah Kak Lina.

Khairul Bila Khairul jumpa Nurul

Nurul menerangkan pertemuan mereka tempoh hari kepada Datin Rafeah.

Memang sejak kematian Harlina, Khairul sudah jauh berubah. Dia dah tak macam dulu. Datin Rafeah mengesat-ngesat air mata yang mengalir di pipinya.

Banyak masanya hanya dihabiskan melayan Zafirah. Makan minum tidak menentu. Kadangkadang dia jatuh sakit. Saya betul-betul risau. Sebab itu saya tinggal di sini. Boleh lihat keadaan Khairul. Rasa puas dapat lihat dia depan mata, luah Datin Rafeah.

Datin kena banyak bersabar. Nurul memegang tangan Datin Rafeah.

Maafkan saya kerana pernah berkasar dengan Nurul dulu.

Tak mengapa datin, adat manusia ada salah silap. Yang dulu tu biarlah berlalu, kita mulakan hidup baru, dia memujuk Datin Rafeah.

Nurul tak payahlah panggil saya datin. Panggil saja nama saya.

Nurul menganggukkan kepala. Anak dengan ibu sama saja. Dulu Khairul yang tidak benarkan dia memanggil dengan panggilan Encik Khairul, sekarang ibunya pula.

Baiklah, puan. Sekarang puan banyakkanlah berdoa agar Khairul memperoleh ketenangan hati yang dicarinya. Saya yakin dia akan kembali semula seperti dahulu, cuma masa yang menentukan.

Terima kasih, Nurul.

Saya minta diri dulu ya, puan. Saya ni pun datang curi-curi masa. Maaflah andai dah mengganggu puan waktu rehat macam ni.

Eh, tak adalah. Saya pun sunyi. Khairul jarang ada di rumah. Nurul, ada masa jenguk-jenguklah saya di sini. Sekurang-kurangnya terubat rindu saya pada anak-anak.

Insya-Allah puan, saya doakan puan lebih tabah.

Nurul bersalaman dengan Datin Rafeah. Pelukan yang erat daripada Datin Rafeah dapat terasa seakan beliau begitu merindui kasih sayang dan perhatian.

Mungkinkah anak-anak telah mengabaikannya Segala persoalan semakin membelenggu fikiran Nurul.