Itu je yang mampu kau cakap. Aku rindu dia. Aku lupa yang rindu aku terhadap dia tak pernah berhenti. Aku hanya mampu berpura-pura untuk melupakan dia tapi aku tak mampu untuk melupakan dia. Aku sedar. Aku boleh lakukan semua yang aku suka. Aku boleh tengok wayang, aku boleh main boling, aku boleh lepak JB, aku boleh jumpa kawan-kawan lama, gelak ketawa tak ingat dunia tapi aku tetap tak boleh lupa untuk sentiasa ingat dekat dia. Aku masih sayang dia. Cinta aku pada dia kukuh. Kuat terikat bagai gunung dipasaknya. Apa sahaja yang aku buat hari ni, aku akan kaitkannnya dengan dia.
Apa agaknya dia tengah buat sekarang Dah makan ke belum Makan apa Dah solat ke atau Jepun sedang menjajah lagi Gembirakah dia Eh mestilah dia gembira. Dia berada di tempat yang dia sangat ada. Apa lagi tempat terbaik untuk dia selain berada di sisi keluarganya. Mesti dia sedang gelak ketawa. Sibuk menjaga adik-adik. Jumpa Rizman. Bincang tentang majlis pertunangan. Bahagianya.
Cemburu aku. Tapi haruskah aku cemburu Layakkah aku Siapa aku dalam hidup dia Tak tak tak, aku tak layak untuk cemburu. Aku hanya orang luar. Walau sejauh mana pun cinta kami, walau sedalam mana pun rindu kami dan walau setinggi mana pun kasih kami, aku tetap orang luar. Aku tak layak untuk masuk campur. Aku cuma harap dia bahagia. Aku Masih di sini. Di perhentian ini.
Pergilah beli tiket. Datang sini kalau tak main apa-apa, rugi je Angah
Takde duit! Aku
Mintaklah mak Angah
Malaslah. Ajaklah Joe naik. Aku
Ish, kau ni. Angah
Apa-apa jelah okay! Aku
Aku takde moodlah nak main apa-apa. Dekat Danga Bay ni memang best. Memang meriah. Macam-macam permainan ada. Ala-ala taman fantasi Alice. Aku boleh tengok macam-macam ragam manusia. Ada yang datang dengan keluarga. Ada yang datang dengan kawan-kawan. Ada yang bersendirian. Macam aku. Cuma aku bersendirian dengan keluarga aku. Sebab aku dalam dunia sendiri. Dengan bunyi sorakan di sana sini, ditambah lagi dengan bising jamming. Senang cerita suasana dekat situ memang meriah. Dan apa yang aku tak boleh terima, malam-malam buta ni pun ada orang buat majlis perkahwinan.
Argh, bila agaknya aku boleh lari daripada majlis-majlis kahwin ni Dekat mana-mana pun ada perkahwinan. Malam-malam buta pun ada. Macam nak menyindir. Walaupun aku tak tahu, diorang tak bersalah. Diorang tak tahu apa-apa. Biarlah mereka. Dah sampai jodoh, takkan nak halang. Ahad ni ada lagi jemputan majlis perkahwinan. Majlis Faris, senior aku dekat kolej dulu. Tapi sekarang dia dah posting. Aku pun tak tahu nak pergi tak.
Angah yang ajak satu family jalan-jalan JB. Dia cakap bukan selalu. Alang-alang Ashraf dengan aku tengah cuti, tu yang dia ajak jalan-jalan. Kebetulan Joe merangkap abang ipar aku pun tak kerja Ahad ni, jadi memang masa yang sesuailah nak pergi bercuti. Kononnyalah. Kitorang tak lama dekat Danga Bay. Sebab masa tu pun dah pukul 12.03. Rasanya dah lewat tapi aku tengok Suasa Danga Bay terus meriah. Orang semakin ramai seperti tiada hari esok untuk bergembira. Lepas Danga Bay, kami terus gerak ke Pasar Borong Pandan. Dekat sini kalau nak cari ikan-ikan atau hasil laut, boleh dapat murah. Lagi-lagi dah lewat malam ni.
Dalam perjalanan tu, kami lalu dekat Bazar Karat. Kenapa karat Aku pun tak tahu kenapa dan suasanya sama macam dekat Danga Bay. Masih meriah, masih ceria dan masih terang. Kebetulan, jalan jammed. Pelikkan. Malam-malam buta pun jalan boleh jammed. Inilah JB. Aku toleh kanan, aku nampak Mr. Kombi. Seriously baru aku tahu dekat sini rupanya Mr. Kombi. Zine maniac mesti tahu Mr. Kombi ni apa. Dan sekarang baru aku tahu dekat mana Mr. Kombi. Aku harap suatu hari nanti aku boleh lepak Mr. Kombi sambil baca zine. Aku akan.
Sampai pasar borong, bau durian. Tapi mahal. Selera aku mati. Masuk pasar borong pandan, memang meriah. Suasana bising. Masing- masing sibuk tawar menawar harga barang jualan. Ada peniaga bergurau sesama sendiri dengan nada suara yang amat kuat. Hanya mereka sahaja yang faham apa yang mereka guraukan. Tak kurang ada yang sedang sibuk berkemas. Aku tengok memang banyak hasil laut dijual di sini. Kalau sesiapa ada buka kedai makan terutamanya seafood, pasar borong ni merupakan tempat yang sesuai untuk beli bahan mentah.
Mak, beli ketam tu. Teringin pulak nak makan Aku
Nak betul ni Mak
Betul. Hari tu tengok kawan makan masa kena denggi, macam sedap je Aku
Pergi beli Mak
Sebenarnya aku nak makan ketam bukan sebab aku teringin tapi aku teringat dekat CapitalM. Aku teringat yang dia cakap ketam dekat rumah dia murah-murah. Segar dan rasa isinya manis. Kami pun pernah merancang untuk makan seafood bersama. Masa dekat kolej dulu. Tapi sedih sebab kitorang tak sempat pergi. Kiranya ni macam kempunanlah. Mungkin kalau tiada masalah antara kami, aku dah pergi ke Sabah. Pergi untuk menyunting bunga dalam taman larangan. Dan mungkin aku sedang menikmati ketam bakar bersama dia. di persisiran pantai. Argh, angan-angan. Memang selalunya indah. Hakitkatnya, aku sendiri di sini. Sedih dan sepi.
Kami sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi. Cuci muka, Isyak, terus aku landing atas katil. Penat sangat. Penat fizikal. Penat hati tapi aku puas hari ni. Aku dapat luang masa dengan keluarga aku. Aku dapat tahu Mr. Kombi dekat mana secara tak sengaja. Sebelum tidur, aku baca Tiada Lagi Mimpi Sharifah Abu Salem. Lepas dua tiga bab, aku dah tahan mengantuk. Aku tidur. Alangkah indahnya kalau CapitalM ada. Rindunya saya pada awak sayang