CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 29
IKA melihat kiri kanan. Saf yang tadinya penuh, kini hampir kosong kerana beberapa orang jemaah sudah meninggalkan masjid. Che Jah juga tak ada. Tadi Che Jah solat di sebelahnya. Cepatnya Che Jah balik, ujarnya lalu menyimpan telekung dalam beg.

Kaki diatur perlahan menuruni tangga masjid. Dia mendekati skuter yang diparkir bawah pokok cermai. Beg berisi telekung disangkut pada handle. Belum sempat dia nak hidupkan enjin, matanya tertancap sekujur tubuh sedang terbaring di tanah.

Ika picingkan mata. Had penglihatannya kurang jelas kerana pencahayaan kurang di kawasan itu. Tambah lagi waktu malam. Tak puas hati, dia ambil keputusan untuk berada lebih dekat.

Saat itu dia menjerit, Makcik!!!

Dia duduk mencangkung sebelah Che Jah lalu memangku kepala ibu tua yang tak sedarkan diri.

Makcik, kenapa ni! Cemas dia menyoal sambil menepuk perlahan kedua-dua pipi Che Jah.

Wajah Ika cemas. Saat itu air matanya jatuh. Bukan kerana sedih, tapi dia panik. Tak pernah dia berhadapan dengan situasi begitu. Apatah lagi ia melibatkan ibu kepada lelaki dicintai.

Makcik, bangunlah. Kenapa jadi macam ni Makcik jatuh ke!

Melihat Che Jah tak memberi tindak balas, dia berlari mendapatkan beg tersangkut di handle skuter. Sebelum itu, sempat dia mengalas kepala Che Jah dengan beg berisi telekung milik Che Jah.

Terketar-ketar tangannya mengeluarkan telefon bimbit. Sekali lagi dia panik sebab tak tahu nak hubungi siapa. Abang Afi Ayah Atau Che Long Kalau nak hubungi Che Long, dia tak tahu nombornya!

Dalam saat-saat cemas, Ika ternampak kelibat Nik Asmawi kebetulan melalui kawasan itu.

Abang Nik! Melambai-lambai tangannya menggamit Nik Asmawi.

Lelaki itu berlari anak apabila melihat Ika yang cemas, Apa dah jadi ni

Che Jah tu, Ika... Ika tak tahu apa dah jadi kat dia! Jawab Ika. Cemas dan paniknya belum hilang.

Nik Asmawi garu kepala. Dia juga sama panik macam Ika.

Buatlah sesuatu! Jerkah Ika sambil menggoncang lengan Nik Asmawi.

Ya... ya! Nik Asmawi bertindak balas lalu mencempung Che Jah dan hantar ke rumahnya.

Mujurlah rumah Che Jah tak jauh dari surau. Tapi, mengah juga Nik Asmawi mengangkat tubuh tua yang dah terkulai tu. Hati Ika diburu cemas. Ya Allah, mudah-mudahan tak ada apa-apa yang serius berlaku pada Che Jah. Doanya dalam hati.

BERITA kejadian menimpa Che Jah tersebar seluruh kampung. Ramai datang melawat di hospital termasuk keluarga Ayah Wan.

Terima kasih Ika sebab dah tolong makcik, Che Jah bersuara lalu menarik tangan Ika lalu digenggamnya kemas.

Ika pamer senyum. Tak ada apalah, makcik. Kebetulan Ika ada kat situ. Lagipun, Abang Nik yang cempung makcik. Kalau nak harapkan Ika, tak daya Ika nak buat macam tu. Telus Ika membalas kata.

Che Jah menarik nafas yang agak semput. Dia beralih perhatian pada Che Long. Abang dah telefon Lan

Mendengar saja nama Idlan disebut, jantung Ika berdegup laju. Pantang betul sebaris nama itu menerobos ke saluran telinga. Pasti dia jadi tak tentu hala. Seolah-olah, tuan punya nama ada depan mata dan memerhati gerak-gerinya. Teruk betul tahap imaginasi Ika saat itu.

Dah. Awak janganlah bimbang. Tentu dia akan balik jenguk awak, balas Che Long, memberi harapan pada isteri sedang terlantar.

Che Jah melepas keluhan. Bukan dia risau kalau Idlan tak balik ziarah dia sakit. Tapi, dia risau apabila memikir keadaan Idlan selepas pulang ke Johor Bharu. Entah apa kesudahan kisah rumahtangga anaknya itu, dia tak tahu. Idlan langsung tak hubunginya dan maklumkan apa-apa perkembangan.

Saya bukan risau dia tak balik. Saya cuma bimbang perkara lain. Abang tahu apa masalah Lan Saya ni dah tua. Abang pun sama. Entah esok lusa dibuatnya kita dah tak ada, tak sempat kita nak tengok Lan bahagia. Saya teringin nak ada cucu. Saya yakin, Lan pun ada impian serupa, luah Che Jah. membongkar rasa hati yang terbuku selama bertahun-tahun.

Sabarlah, Jah. Doakan Idlan dengan isterinya elok-elok saja, sampuk Mak Wan yang berdiri di belakang Ika.

Saat itu, air mata Che Jah jatuh berlinang. Ika lekas-lekas menyeka air mata Che Jah yang tumpah.

Makcik janganlah sedih. Insya-Allah, Abang Idlan dan isterinya dah berbaik-baik. Ika yakin sangat, pujuk Ika apabila teringat isteri Idlan menjawab panggilan tempohari.

Dia juga terdengar suara Idlan memanggil Irdiana dengan panggilan sayang. Sudah tentu masalah Idlan dah selesai. Kalau tak, masakan Idlan memanggil isterinya begitu

Che Jah beri perhatian pada Mak Wan. Saya susah hati kenangkan nasib Lan. Kalaulah kita jadi berbesan dan Ika jadi menantu saya, tentu bahagia hidup dia. Tapi

Sudahlah tu, Che Jah. Benda dah lama tak payahlah ungkit, mencelah Ayah Wan tiba-tiba. Sejak tadi, dia hanya berdiam diri.

Ayah Wan... maafkanlah kami. Kalau Ayah Wan dapat terima Lan semula, alangkah baiknya.

Kamu mengarut apa ni, Jah Che Long bersuara. Memarahi isterinya.

Saya rasa... hidup saya dah tak lama, bang. Berilah peluang untuk saya tengok Lan bahagia dengan Ika, luah Che Jah lagi.

Mendengar luahan hati Che Jah, Ika tak senang duduk. Berkali-kali dia mengusap dahi. Nafas ditarik dalam-dalam supaya bertenang.

Afi Lukman muncul bersama dua orang jururawat sambil tersenyum pada semua orang. Walaupun sedang berhadapan dengan keluarga Idlan, keluarga yang pernah menjatuhkan maruah adiknya di mata orang kampung, tapi dia tetap profesional menjalankan tugas.

Dia berdiri di hujung katil dan meneliti rekod kesihatan Che Jah. Seorang jururawat memberi penerangan dan seorang lagi sedang menulis sesuatu. Afi Lukman terangguk-angguk dan dia berjalan mendekati Che Jah.

Makcik rasa apa hari ni Ada baik sikit Stetoskop disumbat pada kedua-dua telinga.

Bila makcik boleh balik Soal Che Jah, penuh mengharap.

Pertanyaan Afi Lukman tak dijawab. Dia tak biasa tinggal di hospital. Masih berlambak kerja di rumah belum selesai.

Makcik tak boleh balik lagi. Kena duduk sini dulu paling kurang empat hari. Che Jah mengeluh.

Lama sangatlah empat hari. Makcik dah bosan, rungut Che Jah. Belakang leher digaru-garu.

Anggap saja makcik sedang bercuti dan menginap di hotel lima bintang, gurau Afi Lukman. Dia memang sentiasa begitu. Selalu melayan pesakit macam keluarga sendiri.

Suasana jadi sepi sebelum Afi Lukman kembali membuka mulut, Siapa yang jaga makcik kat sini

Siapa lagi. Pakcik kamu tulah, jawab Che Jah dengan bibir memuncung ke arah Che Long.

Kalau pakcik penat, Ika pun boleh tolong jaga makcik.

Mata Afi Lukman memicing ke arah Ika apabila mendengar kesanggupan adiknya nak menjaga Che Jah. Dia nampak tak suka bila Ika buat tawaran begitu.

Ika tunduk saat tersedar abangnya memberi pandangan lain macam. Dia tahu benar abangnya tak suka. Huh... hipokrit! Depan Che Jah bukan main lembut gigi dari lidah. Kutuk Ika dalam hati.

Abang Afi nak jumpa Ika kat luar, tegas Afi Lukman beri arahan.

Ika berdecit perlahan. Tak nak sesiapa mendengar. Berat hati nak ikut arahan itu. Dia tahu, pasti abangnya nak membebel, Okey.

Sejurus Ika berlalu, Afi Lukman meminta diri.

Ika sengaja berjalan laju supaya Afi Lukman tak sempat menangkap kelibatnya. Nampak pintu kecemasan, segera dia bersembunyi di situ.

Afi Lukman menggeleng. Faham dengan sikap Ika. Suka lari-lari apabila dia ingin menasihati. Dari jauh dia dah nampak kelibat Ika sedang menyorok di balik pintu kecemasan. Dia menapak ke situ dengan kedua-dua tangan masuk ke dalam poket kot panjang putih yang dipakai.

Pintu diketuk. Abang Afi tahu Ika ada kat dalam. Buka pintu ni.

Ika gigit bibir. Dia dah tahu apa yang bakal menembusi telinga sebentar nanti. Dengan wajah terpaksa, dia membuka sedikit pintu itu.

Afi Lukman menjengah, Kenapa Ika beria-ia nak jaga Che Jah Keras dia menyoal.

Apa abang Afi ni Salah ke kalau kita buat baik pada orang Che Jah kan tak ada anak lain selain dari abang Idlan. Che Long pula dah tua. Mungkin dah tak larat nak jaga Che Jah sorang-sorang. Abang Idlan pula tak ada kat sini. Abang Afi kenalah timbang rasa sikit. Ika memencilkan diri di balik pintu.

Afi Lukman menolak pintu supaya Ika tak dapat sembunyi lagi, Abang Afi tak kisah Ika nak jaga dia, tapi tolong ingat sikit apa keluarga mereka dah buat pada Ika.

Ika tak apa-apa, abang Afi pula yang lebih-lebih.

Berdendamlah tu.

Apa Ika cakap

Errr... tak ada apa-apalah, tuan doktor. Dah, pergi buat kerja.

Ika membetulkan stetoskop di leher abangnya dan terus berlalu tanpa berpaling lagi. Tak kuasa betul dia nak tadah telinga ketika Afi Lukman berleter. Lebih baik dia balik semula ke wad untuk menjaga Che Jah.

Ika!

Panggilan Afi Lukman tak diendah. Terus saja dia berjalan dan tak menoleh lagi.