diayun keluar. Penampilannya direnung buat seketika.
Tak pasal-pasal aku kena pergi sendiri. Tibatiba Syak kata tak jadi pergi. Beria-ia hari itu nak temankan aku, tapi dia ada event lain pula, omel Zainura sendiri.
Mata melingas ke arah sekeliling. Suasana di Setia City Convention Centre begitu sesak sekali. Terdapat ramai manusia yang berpusu-pusu mahu masuk ke dalam. Di antara mereka tampak bergaya penampilannya.
Langkah mula diatur. Sedaya upaya mengimbangi kestabilan tubuh Maklumlah, hari ini kasut yang dipakai berlainan berbanding sebelum ini. Boleh pula nak pakai kasut tumit yang tidak tahu berapa inci tingginya. Semata-mata mahu kelihatan menawan dan cantik di pandangan semua orang.
Tanpa semena-mena, langkahnya terhenti.
Fikirannya seperti teringatkan sesuatu.
Alamak, aku lupa pula nak ambil hadiah-hadiah kat dalam kereta! katanya sambil menepuk dahi. Langkah dihalakan ke kereta semula. Dalam beberapa minit, dia kembali menuju ke tempat tadi. Terdapat dua bungkusan hadiah yang sedang diangkat. Mujur saiz bungkusan tersebut tidak besar.
Masuk saja ke dalam tempat tersebut, langkah diteruskan lagi lalu menuju ke sebuah meja. Berdasarkan semakan di kertas, meja tersebut merupakan tempatnya sebelum dia menempah tempat untuk event ini.
Eh, sorang aje ke Teguran seseorang memaksa Zainura menoleh. Alisa tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelahnya.
Haah, sorang aje, balas Zainura. Telefon pintar dikeluarkan dari beg tangan.
Syak mana soal Alisa. Dia mengenali Zainura melalui Syakila. Tidaklah terlalu kenal. Kenal biasabiasa saja.
Oh, dia tak dapat datang sebab ada event lain, Dahi Alisa sedikit berkerut.
Event lain
Ya
Peliknya sebab Kata-kata Alisa terhenti begitu saja tatkala kelihatan suasana yang tiba-tiba riuh. Gadis itu memandang ke arah berlakunya suasana itu.
Semua pengunjung bagaikan tidak dapat mengawal diri. Munculnya Zairis bersama pakaian tuksedo hitamnya, di samping Irsyad Hakimi di sisi. Ketika itu bermulalah suara-suara yang menjerit seperti sebelum ini.
Zairis kacaknya awak hari ini!
You buat I melting Zairis I rasa macam tak percaya dapat jumpa you sekarang ni
Hanya senyuman yang mampu terlakar. Namun matanya bagaikan terhenti seketika, apabila raut wajah Zainura menjengah matanya.
Melihat wajah itu, membuatkan dia teringat pada seorang gadis. Ya, gadis itu. Sekian lama mereka tidak berjumpa. Masih dia ingat, akan janji yang pernah dituturkan buat gadis itu
Syak, ucapnya perlahan. Wajah itu tiba-tiba hadir dalam fikiran. Hati mula dihuni dengan rasa yang pernah tumbuh suatu ketika dahulu.
ZAINURA merenung Zairis. Ketika sesi pemberian hadiah, dan waktu itu gilirannya. Dua bungkusan hadiah diberikan kepada lelaki itu.
You ni Zainura, kan Kawan Syakila... tegur Zairis ramah untuk pertama kalinya.
Zainura tergamam. Zairis Haikal ingat nama dia Zairis Haikal INGAT NAMA DIA! Yahooooo!!! Wowww... hebat Zainura, hebat sangat!
Selama dia kejar artis-artis lain, mana pernah ada artis yang ingat nama dia. Zairislah satu-satunya artis pujaannya yang ingat nama dia. Ah, confirm dia tak boleh tidur malam sebab asyik teringatkan moment ini. Bahagianya rasa hati...
Cik ooo Cik... Zairis melambaikan tangannya di hadapan mata gadis yang seperti berada di awangawangan ini. Hesy, teruk sangat reaksi gadis ini bila dapat bertemu dengan artis pujaan.
Ha... Ya, ya... Sayalah Zainura. Panggil Nura aje.
Oh, hi Nura. You ada apa-apa nak bagi I ke Atau you nak autograph aje
Eh, tak, tak. I dah ada your autrograph. Syak yang tolong dapatkan. Tapi, I ada bawa hadiah untuk you.
Actually bukan satu, tapi dua hadiah. Oh, murahnya hati you... Sebenarnya satu ni daripada kawan I dan satu lagi daripada I. Selamat kembali, Zairis. I gembira dapat berjumpa dengan you, tutur Zainura sambil mengukir senyum. Lama sungguh dia menunggu giliran ketika sesi pemberian hadiah, mujurlah ianya berbaloi bila Zairis kenal dan ingat namanya.
Zairis juga hanya membalas senyuman tersebut. Thank you
Sebelum giliran seterusnya pula menghampiri, sempat dia merenung bungkusan atas sekali.Dia kenal Zainura, rakan karib Syakila. Bila Zainura cakap yang bungkusan paling atas adalah daripada kawan gadis itu, buat mindanya tertanya.
Siapa Syakila ke
Kalau Syakila, dia sangat berbesar hati untuk menerimanya. Bukan sekadar berbesar hati, malah hadiah itulah yang mahu dibukanya terlebih dahulu!
SYAKILA hanya termenung di dalam bilik. Nafas terhela dari bibir. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Zainura dilihat seketika.
Betul kau tak nak pergi ni Soal Zainura untuk kali ke-14.
Sorry babe. Aku tak dapat pergi, balasnya juga untuk kali ke-14.
Rugi tau. Tapi, bagus juga kalau kau tak ada. Kurang sikit saingan aku nak mengorat Zairis... selamba sahaja Zainura menutur kata.
Dia ketawa, Itulah, aku bagi peluang kat kaulah ni untuk mengorat Zairis tu.
Kau ada event apa sebenarnya ni Kenapa pula tiba-tiba aje Soal Zainura lagi masih tidak berpuas hati dengan jawapan Syakila.
Dahlah, pergilah cepat... nanti lambat kau sampai dekat sana, melepas peluang nak mengorat Zairis tu... ditolak tubuh Zainura keluar dari pintu rumah.
Sebaik pintu ditutup rapat, dia bersandar seketika dibelakang pintu tersebut. Nafas dihela lega. Sebenarnya dia sengaja mencipta alasan bahawa dia mempunyai urusan lain.
Entah kenapa, dia masih belum bersedia mahu berjumpa dengan Zairis. Walaupun kepulangan lelaki itu memang ditunggu-tunggu. Sebahagian hatinya risau sebenarnya sebab dia rasa dia nak melakukan sesuatu yang diluar batasan. Tapi, nak risau apa Mungkin Zairis masih belum mengetahui kenyataan yang sudah dibuat.
Eh, baik aku keluar sekarang. Tak pasal-pasal Nura pelik tengok aku kat rumah lagi, Syakila bermonolog sendiri lalu bangkit dari duduk. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.
Ake belum Atau awak nak saya ambil soal WAK kat mana ni, Syak Dah keluar rumah
seorang lelaki di hujung talian bertalu-talu.
Saya on the way ni. Sekejap lagi sampailah. Semua orang dah ada kat sana ke tanya Syakila.
Dah ada. Tinggal tunggu awak aje
Okey, kejap lagi saya sampai.
Jangan tak datang pula. Kami semua tunggu awak ni tau! ujar suara dihujung sana.
Dia senyum, Jangan risau, saya dah janjikan. Lagipun saya dah dalam teksi ni nak ke sana. Jumpa dekat sana ya Bye...
Panggilan telefon dimatikan. Syakila merenung ke luar tingkap. Sementara menunggu teksi tersebut sampai ke destinasi, dia memikirkan pasal Zainura.
Agak-agak, dah selesai ke event tu Zainura bagi sekali ke tak hadiah yang dia beri tu Harap-harap sampailah ke tangan Zairis
Harapnya Zairis sukalah dengan pemberiannya yang tidak seberapa itu. Dia tahu, Zairis selalu menerima hadiah yang mahal-mahal dari peminatpeminatnya. Malah Zairis juga lebih dari mampu untuk membeli hadiah-hadiah mahal untuk diri sendiri. Tapi, dia harap Zairis sudilah menerima dan menghargai pemberiannya itu.