CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 29
ADWAN mengintai di sebalik langsir. Berdecit sedikit mulutnya. Melihat betapa ramainya orang di halaman rumah keluarganya. Dia tak menjangkakan ramai tetamu Papa dan Mama yang bertandang. Sangkanya idea rumah terbuka pada malam raya pertama tak akan dapat sambutan. Ruparupanya dia tersilap.

Dia berpaling bila daun pintu biliknya diketuk. Kelihatan Zuhayr Affan sedang memandang dia. Keningnya ternaik tinggi.

Tak turun lagi Bising Papa tu. Ramai business partner yang tanyakan kau.

Zuhayr Affan bersandar pada jenang pintu sambil tangan bersilang di dada. Memerhati CEO Amazon Berhad yang bersiap mengalahkan perempuan.

Kau aje yang layan tak boleh ke Kau pun anak Dato Zayd juga, kan Adwan bertanya selamba walau tahu Zuhayr Affan tak mungkin nak ambil tahu hal perniagaan keluarga mereka.

Dia melangkah ke meja solek. Biasan dirinya diperhati. Rambut yang sedia rapi, disisir lagi sebelum memakai songkok. Jemarinya menyentuh pipi. Dibelek kiri dan kanan.

Along, Im an Ortho. Tak tahu langsung

pasal business ni.

Aku tahu. Ni kenapa ada dekat sini pula

Bosan. It is sooo not me. Crowded.

Yalah tu atau sebab buah hati tak nampak batang hidung lagi Adwan ketawa-ketawa. Kononlah tu cakap bosan. Bukan dia tak tahu Balqis buah hati pengarang jantung si adik belum nampak bayang.

Baru nak membalas usikan si abang, telefon bimbit Zuhary Affan sudah berbunyi.

Speaking of her, dia tunjuk telefon bimbitnya pada si abang bersama senyuman yang mekar. Hanya lambaian tangan diberi memberi isyarat dia ingin beredar.

Adwan hanya menggeleng. Dia menuruti langkah Zuhayr Affan setelah pintu bilik tidur ditutup rapat. Perlahan-lahan anak tangga dititi. Telinganya mula menangkap bunyi bising dari luar rumah. Namun belum sempat melangkah dua anak tangga terakhir, tertancap bayangan kekasih hati yang menonong berjalan tanpa perasan kehadiran dia di situ.

Qaireen.

Qaireen berpaling bila terdengar namanya dipanggil. Terkejut dia melihat Adwan yang sedang berdiri di anak tangga. Sungguh dia tak perasankan Adwan.

Awak! Dia ukir senyuman manis. Lagilah bila bulat mata Adwan memandang dia.

Awak buat apa tu Bagi sini biar saya bawakan.

Kalut Adwan berkejar mendapatkan Qaireen yang sedang menatang dulang. Isyarat mata diberi agar Qaireen duduk sahaja. Hati rasa nak marah pada pembantu rumah yang membiarkan Qaireen yang sedang sarat membuat kerja. Sudahlah siang tadi si isteri mengadu sakit pinggang.

Hesy, nanti orang kata apa pula.

Bukan Qaireen tak suka, tapi nanti dikata tetamu pula yang dia menantu pemalas. Adwan suka sangat memanjakan dia. Mengandung bukan alasan untuk dia bermalas-malasan.

Awak duduk je. Tak payah susah-susah hati fikirkan apa orang lain nak kata. Tahulah saya nak cakap apa. Adwan bertegas.

Makin gemuklah saya nanti.

Gemuk ke kurus, saya tetap sayang. Lagipun saya perasan dari petang tadi awak tak berhenti buat kerja.

Nanti melarat pula sakit pinggang tu. Awakkk

Untuk sekali ini saya minta sangat awak berehat. Duduk sini saja. Semua ni serahkan pada yang pakar. Adwan membidas. Kenyitan nakal terbit pada matanya seiring dengan sekilas ciuman berlabuh di pipi Qaireen. Pantas ditinggalkan si isteri sebelum sempat si isteri berbalas kata.

QAIREEN hanya menggeleng dengan tingkah nakal Adwan. Masih berasap lagi ruparupanya skill Playboy Pencen ni. Ingatkan dah tumpul. Dia tersenyum sambil menghenyak punggungnya pada salah satu sofa di ruang tamu itu.

Lama dia menanti di situ. Mata menghala ke pintu depan. Tiada tanda-tanda Adwan akan masuk semula ke dalam rumah. Bahkan orang lain juga tidak kelihatan.

Rasa sakit yang mula hilang bertandang kembali. Kali ini menyerang di sekeliling pinggangnya. Tidak betah untuk duduk lama-lama, dia berdiri.

Mahu mencari tempat untuk bersandar selesa dan melunjurkan kaki.

Mesti sangkut berbual dengan sesiapa ni, dia tersenyum sendiri lalu memulakan hayunan.

Langkahnya terhenti. Dia berpaut seketika pada dinding. Hanya itu sahaja yang sempat dicapainya. Pinggang hingga ke belakang badan yang berdenyutdenyut ditekan dengan sebelah tangan.

Sungguh dia tak mampu menahan rasa sakit itu lagi. Terasa mahu sahaja dia menjerit memanggil Adwan. Namun memikirkan ramai tetamu di luar sana dipendamkan sahaja hasrat hatinya.

Mama to be, kau kena kuat! Dia berbisik pada dirinya.

Nafas dihela dalam-dalam. Selawat ke atas nabi tak pernah putus ditutur dalam hati. Perlahan-lahan dia mengatur langkah. Setapak berjalan kerutan di dahi mengiringinya.

Qaireen!

Qaireen panggung wajah. melorek senyuman manis buat Adwan.

Adwan yang mahu menambah lauk rendang daging terus meletakkan bekas kosong di tangannya ke atas meja. Laju sahaja dia mendapatkan Qaireen.

Sorry, sorry. Terlupa kesayangan saya ni. Sakit lagi

Qaireen mengangguk. Tak mampu mahu berbicara lebih. Nak menidakkan rasa tu nampak sangat dia menipu. Dia tahu Adwan nampak apa yang dia rasa.

Kita pergi hospital. Saya tak sanggup tengok awak macam ni.

Entah sudah berapa kali Adwan memujuk tetapi Qaireen tetap berdegil. Qaireen kata dia tidak apaapa. Penat sahaja. Namun mata kasarnya tak nampak macam tu. Dia tahu Qaireen sakit sangat. Bahasa badan Qaireen tak mampu menyembunyikan rasa itu.

Saya nak rehat dekat situ, jari telunjuk Qaireen menghala pada satu sudut berdekatan dengan ruang tengah.

Saya teman.

Awak, tak apa. Saya okey. Pergilah layan tetamu tu. Qaireen segan. Dia tak nak Adwan terlalu memanjakan dia. Perhatian Adwan padanya nampak macam berlebihan. Segan pula dia pada mentuanya. Apa kata mereka nanti.

Amanda dengan Akid ada tu. Dia orang baru sampai. Boleh tolong Mama dengan Papa. Adwan berkeras.

Qaireen sedang bawa zuriat dia. Takkanlah dia nak biarkan Qaireen tanggung semuanya sendiri. Dia pun tahu sayang isteri.

Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di atas sofa dua tempat duduk. Qaireen membetulkan sedikit duduknya. Adwan membantu dia.

Adwan turut melabuhkan punggungnya di sebelah Qaireen. Jemarinya mula menjalar di belakang Qaireen. Keningnya dijongket bila Qaireen menoleh padanya, Awak

Hesy, kalau saya nak buat apa-apa, bukan dekat tengah-tengah laman inilah. Kata sakit pinggang. Saya nak tolong picitkan aje.

Wajah Qaireen berubah rona. Malunya. Kenapalah dia boleh berfikir yang bukan-bukan. Betul juga kata Adwan. Adwan kini lebih matang. Lebih suka menyorok menyuarakan rasa kasih kepadanya. Adwan kata lebih ekslusif. Hanya dia sahaja yang tahu. Tapi, jangan ada yang lakukan provokasi. Memang depandepan orang itu jugalah Adwan tunjukkan.

Lega Adwan jengah Qaireen dari belakang.

Qaireen mengangguk. Matanya terpejam menghayati urutan Adwan. Lega. Sangat lega. Hilang rasa yang mencucuk tadi. A Qaireen dan Adwan menoleh.

MBOI! Amboi! Amboi!

Bala dah datang, sayang.

Paha Adwan ditepuk kuat. Qaireen menggeleng. Teruk betul Adwan ni. Ada ke mengata adik sendiri macam tu.

Baru sampai

Amanda yang sudah melabuh punggung di sebelah Adwan ditegur. Suka dia bila teman baik merangkap adik ipar kesayangan sudah di depan mata. Tak adalah dia bosan sangat. Adalah temannya berbual.

Baru sampai apanya. Budak ni dah siap makan, sayang oiii. Adwan mencelah.

Eh, orang tolong Mama layan tetamu sekali tau! Amanda membidas tak mahu kalah. Bahu Adwan menjadi mangsa pukulan tangannya.

Qaireen tertawa kecil. Macam manalah Amanda tu nak matang. Dapat abang yang tak matang juga. Adwan melayan Amanda macam si adik tu bujang lagi. Lupa agaknya orang tu dah ada anak.

Sorrylah. Aku tak dapat nak join dekat luar tu. Tak larat nak berdiri lama-lama.

Tak apa. Kaukan kakak ipar kesayangan aku. Aku bagi peluang kau rehat banyak-banyak. Tengok kaki ni, dah bengkak aje. Amanda membelek kaki Qaireen yang sudah membengkak.

Mana tak bengkak. Dah adik suruh isteri Along buat kerja banyak sangat dekat kaf tu. Adwan yang sedari tadi hanya mendengar ocehan dua sahabat ini mencelah lagi.

Dia memang suka mengusik Amanda. Ada saja

idea senget yang ingin dia kenakan pada si adik. Entah kenapa dalam fikirannya Amanda ini masih lagi anak dara bukan isteri orang.

Awakkk satu cubitan manja Qaireen hadiahkan pada paha Adwan.

Adwan jegilkan mata. Tak puas hati dengan tindakan Qaireen, What Betulkan Qaireen menggeleng.

Jangan main tuduh-tuduh eh, Along. Orang suruh Reen duduk dalam bilik dia aje tau. Amanda pertahankan dirinya. Sekali lagi bahu Adwan ditepuk kuat.

Yalah tu.

Awalnya Adwan mahu membalas tetapi isyarat mata Qaireen melarang. Diakan suami yang baik. Arahan isteri dia patuhi. Tapi, kalau tanduk dah tumbuh kat kepala memang dia langgar aje arahan tu.

Sayanggg

Ketiga-tiga mereka berpaling. Kelihatan Akid berjalan masuk mendapatkan mereka bersama Azaim dalam dukungannya.

Kalut Qaireen membetulkan duduknya. Adwan turut sama membantu. Kain yang sedikit terselak cepat-cepat diperbetulkan. Kaki yang awalnya berlunjur, dijatuhkan. Aurat kena jaga. Akid bukan mahram dia.

Kau nak pergi mana, bro Adwan menyoal.

Nak ketawa pun ada juga melihat tingkah Akid. Tak sangka playboy ni boleh jadi suami mithali. Tabik springlah.

Nak pergi mana apanya Mama Azaim inilah. Boleh pula tinggalkan anak dia dekat aku. Jumpa kawan terus lupa diri. Akid membalas bersama tawa di hujung kata-katanya. Sedikit menyeringai bila pinggangnya dicucuk Amanda.

Alah, sayang baru nak bual-bual sekejap. Amanda membela diri. Tangan dihulur pada Azaim untuk mengikut dia. Namun si kecil itu memaut kejap leher Akid.

Melihatkan apa yang terbentang di depan matanya, fikiran tak berapa matang Adwan mula bekerja. Dia tersengih sendiri.

Eh, bro. Aku rasakan baik kau bawa isteri kau ni jauh-jauhlah. Keningnya menari-nari.

Kenapa Serentak Akid dan Amanda.

Qaireen turut melemparkan pandangan hairan. Entah ada apa-apalah tu. Mesti ada sesuatu ni. Nasiblah Amanda, ada abang yang otak senget. Eh Nasib jugalah pada diri dia, dapat suami yang suka berfikir di luar alam.

Aku tak nak Qaireen jadi macam dia. Biarkan aku jaga anak seorang diri, kan sayang Jemari Qaireen diraih. Sengihan lebar ditunjukkan kepada Akid dan Amanda.

Akid hanya tertawa.

Poyolah Along ni! Amanda tolak kuat bahu Adwan. Bergegas dia bangkit dan menarik lengan Akid pergi dari situ.

Marah ke usik Adwan separuh menjerit.

Amanda hanya membalas dengan menjelir lidah sebelum berlalu naik ke tingkat atas.

Tak baiklah awak buat macam tu. Qaireen menegur. Tidak suka dengan cara Adwan bergurau.

Relakslah, sayang. Amanda tahu saya bergurau. Adwan kembali menyambung mengurut belakang Qaireen.

Kasar sangat tu. Saya takut adik awak tu kecil hati.

Awak, dia adik saya. Saya kenal dia dan dia kenal saya. Jangan risau sangat, hurmmm Sekarang ni awak rehat-rehatkan badan. Adwan membetulkan duduk Qaireen. Disandarkan pada belakang sofa.

Kalau saya macam Amanda awak marah tak Tiba-tiba terlintas pula di fikiran Qaireen untuk bertanya. Saja mahu mengusik Adwan.

Berani awak Terjegil mata Adwan.

Qaireen ketawa sambil menggeleng laju.

Saya tak kisah kalau kena jaga anak-anak kita, sayang, sambung Adwan walau tawa Qaireen masih belum surut. Senyuman ikhlas turut sama terpeta pada wajahnya.

Betul Terbuntang mata Qaireen. Terperanjat atau terharu, dia tidak pasti.

Awak penat bawa anak-anak kita sembilan bulan lamanya. Apalah sangat kalau saya tengok-tengokkan mereka selepas balik kerja. Fair and square, right Satu kenyitan dihadiahkan. Kepala Qaireen ditarik. Dahi Qaireen dikucup. Lama.

Qaireen tak tahu nak balas apa. Punya suami seperti Adwan sudah mencukupi baginya. Adwan suami yang tahu erti tanggungjawab dan tak pernah putus menghulurkan kasih sayang dan dia sangat bersyukur.