MY SWEET ARISSA - 29
MASA-MASA nilah semuanya buat hal. Badrul terpaksa bercuti kecemasan. Wannya meninggal dunia awal pagi tadi di Pendang. Hakimi menyuruh lelaki itu membawa Toyota Harriernya memandangkan kereta Mercedes Benz E250 itu adalah kereta syarikat mereka.

Tak sampai dua jam Badrul meninggalkan mereka, kereta mewah yang diguna khas untuk Pengarah Hotel Sweet Arena Pulau Pinang, pancit di hadapan rumah sebaik Hakimi mengundurkan kereta itu keluar.

Encik ni memang tak boleh bawa kereta. Asal pandu je mesti tayar pancit kan usik Arissa sebaik Hakimi keluar dari tempat memandu.

Badrullah bercerita dengannya, setiap kali Hakimi memandu kereta mesti tayar pancit. Tetapi beberapa hari lepas elok pula lelaki itu memandu sendiri ke pejabat memandangkan dia, Encik Razali dan Badrul balik ke kampung Puan Hanim.

Berkerut dahi Hakimi memandang Arissa.

Dah tayar tu nak pancit nak buat macam mana geram pula dia dengan usikan Arissa.

Suratan atau kebetulan Soal Arissa. Banyak songehlah awak ni! Arissa sengih.

Mujurlah appointment Walid lusa. Rasa lega dia melihat pada situasi yang sedang dihadapi ketika itu. Betul tu, keluh Hakimi.

Nak panggil mekanik awal lagi. Bengkel buka pukul 10.00 pagi, kata Arissa melihat tayar kereta Mercedes yang sudah pancit. Dia memang tak reti hendak menukar tayar kereta. Apatah lagi kereta mewah sebegini.

Saya ada meeting pukul 9.30 ni, keluhnya sambil mengelap peluh.

Arissa senyap kemudian memandang Encik Razali yang keluar dan berdiri di bawah porch. Encik, Walid, katanya perlahan sebagai mengingatkan lelaki itu.

Macam mana boleh pancit ni Kimi buat apa dengan kereta ni hari tu Usik Encik Razali ketawa di bawah porch.

Arissa sengih kemudian memandang Hakimi yang memandangnya.

Mana ada apa-apa Walid. Rasa-rasanya dia bawa kereta macam biasa je. Tak ada yang luar biasa.

Cuti jelah, cakap emergency. Sekali lagi Encik Razali mengusik anaknya.

Tak boleh Walid. Orang dari Marketing Management KL datang hari ni, jelas Hakimi.

Kalau ikutkan memang dia hendak bercuti. Mendengar keseronokan Arissa, Walid dan Badrul ke Kota Kuala Muda serasa dia juga ingin pulang ke kampung yang sudah lama tidak dijenguknya. Ingatingat lupa dengan kampung Uminya.

Ooo... Encik Razali mengangguk-angguk. Dato Ilyas bila nak datangnya Arissa.

Lusa, jelas Arissa kembali memandang bapa mentuanya.

Pagi tu ada appointment dengan doktor, kan soal Encik Razali tidak pasti dengan jadualnya. Ingatingat lupa. Sekarang ini Arissa yang mengatur jadual janji temu dengan doktor dan sebagainya.

Aah.

Lepas appointment tu kita ke hotel. Encik Razali membuat cadangan.

Apa kata... kita jemput Dato makan malam sambil-sambil bincang santai di sini. Dia cuba memberi cadangannya.

Encik Razali mengangguk sebagai tanda setuju.

Tengok, Kimi... Encik Razali menuding jarinya ke arah Arissa. Punyalah jaganya menantu Walid ni...

Ni yang buat saya jealous ni Walid! Hakimi menjeling Arissa yang memandangnya.

Encik Razali ketawa kuat. Jangan cemburu macam Uminya sudah!

Hakimi ketawa. Arissa senyum walaupun dia tidak faham dengan maksud Encik Razali.

Abang call Kak Nita minta sesiapa ambil. Kalau saya call nanti dia orang syak pula. Perlahan Arissa mengutarakan cadangannya. Masa berjalan, kata ada mesyuarat, masih juga berbual mesra dengan Encik Razali. Sabar jelah, Hakimi ni!

Ya tak ya. Terlupa dia. Segera dia menghubungi setiausahanya namun seketika dia sedikit hampa. Budak-budak tu dah ke airport. Nak ambik orang KL, keluh Hakimi.

Arissa senyap. Matanya menyambar motosikal Badrul, Saya hantar Encik dengan motor nak Arissa memandang Hakimi.

Bulat mata Hakimi mendengar cadangan Arissa. Dia menoleh kepada motosikal Badrul yang terpakir tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Err... saya takut naik motosikal dengan awak tau tak! keras suara Hakimi namun agak perlahan.

Bulat mata Arissa seperti mengingatkan Hakimi.

Abang takut tau! akui Hakimi sekali lagi. Memang dia takut membonceng motosikal. Tidak tahu kenapa.

Alah... nak takut apanya. Dah terdesak macam ni naik jelah. Dah Arissa boleh hantar! celah Encik Razali dengan sengih mengusik anak dan menantunya. Semua takut!

Nak ke tak nak soal Arissa sedikit keras sudah bercekak pinggang memandang Hakimi.

Yalah-yalah... tapi jangan bawa laju-laju tau! pesannya.

Yalah, abang sayang. Nanti Ris bawa 10 kilometer sejam ya! tekan Arissa bengang lalu masuk ke dalam untuk menukar pakaiannya dan mengambil topi keledar Badrul di dalam bilik lelaki itu.

Ketawa Encik Razali mendengar kata-kata Arissa. Macam-macam hal anak dan menantunya ni. Hakimi hanya senyum.

ARISSA memberhentikan motosikal yang ditunggangnya seberang jalan berhadapan dengan bangunan Hotel Sweet Arena.

Awak ni bawa laju sangat, tau tak! rungut Hakimi lalu turun dari motosikal Badrul.

Dadanya masih terasa berdebar-debar. Erat sungguh Hakimi memeluk pinggang kecil isterinya. Sepanjang perjalanan dia hanya memejamkan matanya. Tak sanggup hendak memandang kiri dan kanan. Dia dapat mendengar bunyi kereta, hon, orang menjerit dan macam-macam lagi. Rasa begitu ngeri sangat-sangat. Barulah dia faham, bagaimana rasanya jika tidak mempunyai kereta.

Kata nak cepat. Saya bawa lajulah. Itu pun 50 tau. Motosikal ni laju manalah sangat nak dibandingkan dengan Mercedes Encik tu! selar Arissa.

Hakimi menanggal topi keledar yang dipakainya sekejap tadi. Jangan lupa call bengkel tu nanti. Petang nanti saya call sebelum awak ambil saya. Hakimi mengingatkan Arissa.

Baik Bos. Arisa memberi isyarat tabik kepada Hakimi.

Banyaklah Bos awak. Saya suami awak tau! keras suara Hakimi namun bibirnya melakar senyuman. Aksi gadis itu seperti budak-budak nakal dan kelihatan sangat comel.

Dah mengarah mengalahkan Bos. Cebik Arissa. Hakimi senyum. Okeylah.

Arissa menghulur tangannya sebagai hendak menyalami tangan Hakimi seperti selalu dan lelaki itu menyambut tangannya.

Saya nak ke rumah sewa saya sekejap. Nak bayar sewa, beritahu Arissa kepada Hakimi yang sedang membetulkan bajunya.

Awak tak tinggal di sana pun, awak bayar sewa juga ya sengaja Hakimi mengusik dan mahu menduga gadis itu.

Yalah... nanti kalau saya dan Encik berpisah, di mana saya nak tinggal Masakan nak duduk bawah pokok pisang! bengang pula dia dengan soalan Hakimi tadi. Padahal perkara itu sudah dibincang beberapa ketika dulu. Lupa atau saja-saja buat lupa

Jangan cakap macam tu. Apa pun saya akan pastikan awak tinggal dengan selesa kalau kita tak ada jodoh, ucap Hakimi. Dia tidak akan bertindak sekejam itu dengan membiarkan Arissa tidak punya tempat tinggal.

Encik serius ke apa yang Encik cakap hari tu

soal Arissa. Dia tidak berapa yakin dengan kata-kata Hakimi. Entahlah, sukar untuk dia jelaskan.

Kenapa Awak ingat saya main-main ke geram pula dia dengan soalan Arissa.

Bukan begitu Encik!

Tak apa, tak apa... malam nanti kita bincang lagi. Dia tidak boleh berlama-lama di situ dan harus ke pejabat dengan segera.

Arissa menarik nafasnya dalam-dalam. Berapa banyak kali asyik nak bincang benda yang sama. Keputusannya seperti ya dengan tidak je. Semakin lama semakin mengelirukan kehidupannya bersama Hakimi. Namun kehadiran Encik Razali membuat dia dihargai dan diperlukan di dalam keluarga itu.

Yalah. Dipaksa dirinya menjawab. Saya pergi dulu. Arissa meminta diri.

Yalah. Jangan lama-lama sangat, ya, pesan Hakimi. Yang dibimbangkan adalah Walidnya di rumah. Nampaknya dia lebih percaya dan yakin dengan Arissa yang menjaga Walidnya meskipun Puan Hanim ada di rumah.

Ya. Dia faham. Dia harus menyediakan makan tengah hari untuk kedua mentuanya. Tambahan Encik Razali punya dietnya tersendiri.

Payah jugalah kalau ada komitmen macam ni. Tak apalah, orang tua Hakimi, orang tuanya juga. Apalah sangat dengan masak memasak tu. Lagipun memang dia suka memasak tetapi hendak memasak masakan Encik Razalilah paling pening. Banyak yang lelaki itu tidak boleh makan.

Saya minta maaf... dah menyusahkan awak. Tibatiba dia rasa bersalah terhadap Arissa.

Tak apalah... sekurang-kurangnya saya dapat tumpang kasih Walid, Encik. Rasa macam Ayah sendiri. Arissa ketawa.

Lama dia memandang isterinya. Rasa hendak menitis air matanya. Sebak hatinya mendengar katakata Arissa.

Encik... baik cepat. Tu kereta-kereta orang dari KL dah sampai! Arissa menuding jarinya kepada beberapa buah kereta mewah kepunyaan Hotel Sweet Arena sedang masuk ke pintu utama hotel.

Yalah. Cepat-cepat Hakimi melintas jalan sebaik tiada kereta.

Sesampai di hadapan hotel dia menoleh dan Arissa tiada di situ lagi. Ucapan gadis itu tadi benar-benar terkesan di hatinya. Bibirnya mengulum sendiri, tidak tahu mengapa.

KIMI! Pantas Hakimi memandang orang yang

memanggilnya. Kaget dia melihat Wafa bersama beberapa orang kakitangan Pemasaran dari Sweet Arena Management, ibu pejabat Kuala Lumpur.

You buat apa kat sini soalnya sedikit terkejut dengan kehadiran Wafa bersama kakitangan Sweet Arena Management yang lain.

Wafa sengih. I kerja dengan Management office sekarang, jelasnya.

Haa! terkejut Hakimi mendengar ayat-ayat yang disampaikan oleh Wafa. Antara percaya dengan tidak je apa yang baru didengari.

You mesti tak percaya kan Wafa ketawa. I minta Encik Naim rekomenkan I ke Management, beritahunya lagi.

Terangkat kening Hakimi. Jadi benarlah mereka punya hubungan. Dah pengakuan sebegitu dari Wafa, orang yang tidak tahu kisah mereka pun boleh mengagak. Tiba-tiba dia merasa gadis ini seorang yang sukar menyimpan rahsia. Bahaya ni!

You kenal Naim Dia berpura-pura bertanya. Walhal dia sudah tahu akan hubungan itu walau tidak pasti hubungan yang bagaimana.

Err... aah. Perlahan Wafa menjawab. Terasa malu dengan pengakuannya. Dia pernah datang ke Doha semasa bercuti ke sana. Jadi kenal-kenal dari situ je.

Ooo... Hakimi mengangguk-angguk. Nak cover linelah tu, dengusnya.

Umi macam mana soal Wafa mula melangkah menyangi Hakimi dan yang lain.

Alhamdulillah, sihat, balas Hakimi tanpa memandang Wafa. Dia marahkan I lagi ke Berkerut dahi Hakimi.

Marah Dia nak marah kenapa pula Tentu ada sesuatu yang berlaku antara Puan Hanim dan Wafa yang dia tidak tahu.

I tolak offer untuk kerja di sini.

Hakimi senyap. Elok juga Wafa tolak, kalau tidak pasti kacau bilau hidupnya dengan kerenah Uminya yang tidak dapat dijangka.

Encik Naim mungkin akan sampai esok dengan

Dato Ilyas kan

Apa

Ooo... you tak tahu ke Dia dah transferred ke Management Office, jelas Wafa.

Haa! Terkejut Hakimi mendengar berita yang disampaikan oleh Wafa sekejap tadi. Cepat-cepat dia memboloskan diri masuk ke dalam lif sebaik sahaja ia terbuka. Dia mahu mengesahkan berita itu dengan ibu pejabat, Kuala Lumpur.