mendongak.
Siapa yang telefon Niel kena balik Pergilah. Suaraku sedikit kesal.
Masih macam dulu. Suka buat andaian sendiri yang salah. Jangan risau, cuma kawan saya dan tak perlu pun saya nak pergi tempat lain. Saya nak awak sambung semula. Niel kembali duduk.
Aku tarik nafas panjang dan bertenang selama hampir 5 saat.
Apa yang Niel rasa sebenarnya akak pun dah lama rasa. Payah nak luahkan, tapi harap Niel faham. Akak tak pernah harapkan apa-apa. Cukup sekadar akak luahkan. Semuanya aku luahkan senafas. Bimbang kekuatan itu akan terbang hilang.
Alhamdulillah, kita punya rasa yang sama. Niel raup wajahnya.
Oh, tidak! Kenapa Niel cukup tenang kali ini Aku rasa hendak menangis. Atau adakah aku terlalu emosional
Deringan telefon Inayah merencatkan sedikit perbicaraan kami. Inayah meminta diri dan tinggallah aku dan Niel sahaja di meja.
Saya masih rasa bersalah bila teringat tentang pertemuan pertama kita. Isu ini tiba-tiba Niel bangkitkan.
Semua tu perkara lama. Saya tak mahu fikir lagi. Itu awak yang dulu, apa yang penting awak yang sekarang. Saya tak layak untuk hukum seseorang berdasarkan masa silamnya. Saya yakin, Insya-Allah awak mampu jadi yang terbaik untuk keluarga awak. Saya dapat lihat perubahan awak tu. Jujurnya saya bersyukur sangat. Tiba-tiba panggilanku berubah jadi saya dan awak. Benar-benar hari ini dalam sejarah. Awak terima saya seadanya
Sungguh soalan menjerat. Apakah ini semua Aku bagai tidak percaya. Tapi, aku berlagak tenang.
Saya terima dan saya reda untuk apa-apa kemungkinan. Bila saya luahkan rasa ni, itu bermaksud saya bersedia hadapi setiap dugaan yang mendatang. Jawapan spontan yang tidak pernah kuduga. Dahi kugaru beberapa kali dan mata kupejam. Sungguh, aku malu! Rasa mahu menyorok ke bawah meja.
Inayah muncul dan aku kembali rasa selamat. Pandanganku hanya pada Inayah yang tetap tersenyum manis.
Aliya, panggil Niel dan ia terus meresap ke jantungku. Perhatianku kembali terarah padanya. Saya tak mahu mulakan apa-apa, sebab saya takut andai putus di tengah jalan kita akan kecewa. Cukuplah awak dan saya tahu perasaan masing-masing. Saya tak mahu mengikat awak dengan hubungan yang tak sah. Saya tahu awak bukan macam perempuan lain dan saya nak jaga status awak kerana hanya status yang sah layak untuk awak. Mungkin masih terlalu jauh untuk kita jalani permulaan yang sah. Tapi, percayalah, saya harap awak adalah orang yang Allah telah tentukan untuk saya.
Luahan yang bagiku terlalu telus dan murni dari Niel. Walau aku tahu bagaimana dia yang dahulu, namun dia yang sekarang benar-benar telah berubah.
Dan saya mahu Kak Inayah jadi saksi untuk setiap kata-kata saya tadi. Pandangan Niel dialihkan pada Inayah dan satu senyuman simpul penuh makna Inayah berikan pada kami.
Aku jadi tertunduk malu. Entah kenapa aku benarbenar dapat rasakan keikhlasan Niel. Jika dia sekadar main-main, pastinya itu semua tidak akan terluah bersaksikan Inayah.
Fitri, kakak akan pegang kata-kata Fitri tu. Jangan sesekali lukakan hati Kak Aliya. Kata-kata Inayah kedengaran cukup tegas namun masih lembut. Walau aku tidak melihat wajah Niel, aku yakin pastinya dia sedang mengangguk.
Inayah, akak rasa nak balik. Permintaanku persis anak kecil.
Inayah gelak sopan. Anggukannya melegakanku.
Tanganku kemudiannya laju mengemas meja. Pandanganku tidak lepas dari melihat tangan Niel yang turut sibuk membantu. Tak mampu tengok wajah, tengok tangan pun jadilah. Ish, jangan lebih-lebih Aliya Shaqina. Tolonglah kawal diri sendiri.
Tolong bawakan untuk ummi dan sampaikan salam akak pada ummi. Satu tupperware kecil aku hulurkan pada Inayah.
Ini pula untuk awak. Tanpa memandang wajah Niel, aku terus menolak tupperware lain dekat ke arahnya.
Terima kasih. Nada suaranya jelas gembira.
Kami berjalan beriringan ke tempat letak kereta.
Inayah di tengah kami. Sambil berjalan, aku dan Inayah sempat berbual kosong. Kereta Inayah paling dekat jadi setelah mengucapkan selamat tinggal dan seangkatan dengannya, tinggallah aku dan Niel. Jauh sebatu kami berjalan. Dia di hujung sana, aku di hujung sini.
Masuk sahaja ke dalam kereta, hatiku mula merudum. Tak akan tiada selamat tinggal atau apa-apa pesanan dari Niel Aku hendak panggilnya dahulu haruslah mustahil. Tanpa sedar aku mengeluh perlahan.
Pintu tak lock lagi Soalan yang agak sayup itu benar-benar menyentak jantungku. Terus kunci di tangan tercampak. Betul-betul jatuh ke tepi kaki. Aku biarkan dahulu dan terus wajah kudongakkan. Terus terlihat wajah Niel. Tingkap terbuka satu inci sahaja, jadi memanglah suaranya jadi sayup-sayup. Tanganku terus menekan punat tingkap. Eh, tak turun pula cermin ni.
Enjin tak hidup lagi. Lagi sayup suaranya di luar. Terus tanganku meraba lubang kunci. Mana kunci Mataku melilau ke kiri dan kanan, atas riba juga. Ketukan di cermin mengalihkan semula perhatianku pada Niel. Kelihatan dia sedang tergelak kecil sambil menggeleng.
Kunci jatuh dekat bawah, beritahu Niel dengan jari telunjuk dihalakan ke bawah.
Terus tangan kugapai ke bawah untuk meraba kunci kereta. Ya Allah, kenapalah aku boleh jadi pelupa benar Gemuruh jiwa barangkali.
Enjin dihidupkan dan cermin tingkap aku turunkan. Tangan sempat meraba butang penghawa dingin. Badan sebenarnya sudah berpeluh melekit, tapi semua itu bagaikan tidak terkesan untukku.
Jangan lupa lock pintu dan bawa kereta elok-elok.
Jaga diri baik-baik, jaga kesihatan elok-elok. Andai ada apa-apa masalah dan perlukan pertolongan, please bagitahu saya.
Wow, banyaknya pesanan Niel. Bagaimana aku mahu ingat
Tak ingat semua tak apa. Pandai Niel meneka.
Aku pula hanya mampu tersengih. Nampak peluhnya mula menghuni dahi.
Saya nak buat satu permintaan boleh Niel pecahkan zon senyap.
Entah kenapa aku dari tadi kelu lidah. Biasanya aku yang sibuk membebel. Sungguh rasa kekok dengan situasi baru kami.
Boleh saya panggil awak, Liya Soalan Niel mengundang tawa kecilku. Terasa sedikit comel permintaan itu.
Boleh saya panggil Iz Aku soal dia kembali.
Lidah kembali berfungsi normal.
Kenapa Keningnya dijongketkan.
Sebab saya suka nama Izdihar. Tapi, Izdihar terlalu panjang. Iz lebih mudah. Kenapa nak panggil saya Liya
Tak ada orang lagi panggil Liya. Ummi dan kakak panggil Aliya. Supaya Liya tu boleh buat awak terus ingatkan saya. Ada nada nakal dalam suara Niel.
Aku terus kerutkan dahi.
Tak baik ingat lebih-lebih dekat orang yang belum layak. Aku pula yang ingatkan. Tadi Niel juga yang beria berjanji depan Inayah.
Okey, maafkan saya. Silap saya. Niel lekapkan kedua tapak tangannya.
Kita janji pada diri sendiri yang kita akan jaga batas ikut yang sepatutnya. Dan saya tak mahu rasa kekok. Makin tegas suaraku. Kekuatan itu makin bertambah. Wajah Niel kurenung tepat, namun tidak ke matanya.
Insya-Allah. Saya akan terus cuba baiki diri saya. Harap Liya akan sokong saya.
Saya akan sentiasa sokong Iz. Dahlah, jom balik. Iz dah berpeluh teruk. Drive safely and take care. Aku hadiahkan senyuman untuknya.
Dia balas dengan anggukkan berserta senyuman madunya. Tanganku sempat melambainya sebelum pintu aku lock dan cermin aku naikkan. Daniel Izdihar masih di situ. Setia menantiku saat Irizku meluncur perlahan meninggalkannya.
CANTIK sangat kawan aku hari ni, pujiku sambil menggoncang lengan Munirah
dengan perlahan. Benar-benar teruja melihatnya yang sudah lengkap ditatarias. Gaun labuh biru ala-ala puteri ini cukup cantik terletak di badan Munirah yang sedia tinggi dan langsing.
Tadi ramai saudara dan kawan Munirah yang masuk ke bilik pengantin untuk bergambar. Tapi, kini kami tinggal berdua kerana yang lain sudah keluar untuk menjamu selera. Jujur, aku sangat sukakan tema warna majlis persandingan Munirah dan Faiz ini. Biru lembut dan putih cukup menarik bagiku.
Terima kasih sebab ada masa susah dan senang aku. Nada suara Munirah jadi sayu kali ini. Kami berbalas senyuman seketika.
Thats what friends are for, balasku sambil tergelak kecil.
You are not my friend Munirah menggeleng. Aku jadi terkaku beberapa saat. Kecil hati atau hairan sebenarnya Cause you are my true friend. Sahabat sejati. Sambungan ayat Munirah memutikkan senyuman lebar di bibirku. Buat suspend sahaja kawanku ini.
Aku nak sentiasa ada masa kau susah dan senang. Tolong bila kau perlu setakat yang aku mampu. Entah kenapa kata-kataku ini diiringi genangan air mata.
Walaupun kita baru kenal tak sampai dua tahun, tapi aku rasa betul-betul dekat dengan kau. Munirah pula yang kedengaran sebak.
Nilai persahabatan tak boleh dihitung dengan jangkamasa. Tapi, dengan hati yang ikhlas memberi dan menerima. Kasih sayang yang ikhlas sebagai rencah untuk memastikan sebuah persahabatan kekal selamanya Insya-Allah. Aku bersyukur sangat dapat kenal kau. Makin beremosi pula ayatku.
Mata Munirah mula dihuni permata jernih. Sekali dia berkelip, dua tiga titik ia turun ke pipinya yang dihias blusher.
Alah, kenapa nak nangis pula ni Ish habislah mekap ni nanti. Susah-susah Mak Andam mekapkan tahu. Aku capai tisu dan mengelap pipi Munirah selembut mungkin. Bimbang comot wajahnya. Sambil lap air mata Munirah, air mataku juga gugur beberapa titik.
Munirah ketawa kecil sambil menyapu air mataku. Aku turut ketawa. Tawa dalam tangisan bak kata orang.
Terima kasih Sha sebab selamatkan hubungan aku dengan Faiz dulu. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan kawan sebaik kau. Topik lain pula Munirah bicarakan.
Benda dah lamalah. Aku buat setakat mampu aje. Lagipun yang berjaya cari kau Niel, bukan aku. Usai diluahkan baru aku perasan aku tersilap nama untuk disebut.
Niel Soal Munirah dengan dahi berkerut.
Maksud aku Fitri. Aku pamer sengihan nipis. Munirah kecilkan matanya pula. Nampak jelas inginkan jawapan. Rasanya tiada kesan negatif pada mana-mana pihak, jadi boleh sahaja aku berterus-terang.
Nama sebenar dia Daniel Izdihar, tapi keluarga angkat Niel panggil Fitri. Pendek dan padat dariku.
Oh, macam tu. Patutlah masa aku cakap Fitri yang tolong, kau terus ingatkan Encik Fitri. Kiranya kau panggil dia Niel, lah Munirah gelak kecil lagi.
Eh, kenapa pula kita cakap pasal Niel ni. Hari ni hari bahagia kau jadi kita kena cakap pasal encik suami awaklah. Sengaja aku mengusik Munirah.
Bahu Munirah kucuit dan senyuman simpul penuh makna aku pamer. Mereka berdua selamat dinikahkan malam semalam. Dengan sekali lafaz, Munirah sah bergelar Puan untuk suami tercinta.
Malu-malu meow pula dia. Aku gelak agak kuat kali ini tapi masih sopan. Deringan telefon merencatkan gelakanku. Munirah mencapai iPhone di atas meja solek.
Faiz. Mulutnya menyebut sambil melihat skrin.
Boleh pula dia telefon masa macam ni. Kut ya pun sabar-sabarlah. Kejap lagi kau orang akan naik pelamin dah.
Hello. Munirah angkat juga panggilan Faiz.
Aku jadi pendengar sahaja.
Habis tu macam mana Memang tak ada orang lain dah Kerutan risau menghuni dahi Munirah.
Ada masalah dari pihak Faiz agaknya.
Riz tak boleh, dia kan sibuk dengan tetamu. Wajah Munirah semakin berkerut. Okey, saya cuba cari orang. Kalau tak ada juga, guna aje pengapit perempuan. Kata-kata Munirah bagai menjawab sedikit persoalanku. Pasti masalah berkaitan pengapit.
Kenapa cakap pasal pengapit ni Soalku setelah Munirah tamatkan perbualan.
Kawan baik Faiz yang jadi pengapit tu tiba-tiba sakit perut. Salah makan agaknya. Sekarang ni Faiz tak ada pengapit. Sepupu-sepupu lelaki yang paling tua pun baru darjah enam. Pakcik dia ada yang kena dukung anak, yang selesema. Konklusinya tak ada calon. Risau benar Munirah kali ini. Yalah, jika aku di tempatnya pasti risau juga.
Aku cuba tanya Niel boleh Idea spontanku terus muncul.
Munirah mengangguk laju. Aku terus keluar dari bilik Munirah untuk mencari Niel.
Oh, bagaimana dia boleh ada di sini Dipendekkan cerita, Mukhriz sendiri yang jemput Niel. Ternyata selepas peristiwa daddy Niel datang ke bengkel, Niel dan Mukhriz tetap berhubung. Aku baru tahu semalam dari Mukhriz.
Ikutkan sudah genap seminggu perasaanku terluah. Kami berlagak biasa sahaja. Tiada apa yang berubah, maksudnya tidaklah bergayut di telefon atau keluar date. Lagipun kami tidak mulakan apa-apa bak kata Niel. Secara faktanya, baru semalam kami berhubung setelah seminggu. Jika bukan kerana majlis sanding Munirah, rasanya sampai sekarang masingmasing diam menyepi. Tapi, ini yang terbaik dan jujur aku selesa dengan situasi ini.
Sampai sahaja ke beranda, mataku terus melilau ke bahagian khemah. Agak ramai tetamu namun memang tepat pada masanya kerana Niel juga turut memandang ke beranda. Ada aura pula kami ini. Dengan hanya anggukkan, aku meminta Niel datang padaku. Dia senyum sorok-sorok. Sukalah agaknya orang panggil dia. Kami kini terpisah dek balkoni beranda.
Kenapa Liya Cekap terus bertanya.
Saya nak minta tolong Iz boleh Soalanku dibalas dengan anggukkan perlahan oleh Niel. Bagus tiada bantahan. Tolong jadi pengapit Faiz. Aku pun terus ke motif asal.
Tak ada orang lain ke Saya takutlah. Kata-kata Niel mengundang gelakan kecilku. Eh ketawa pula dia. Niel turut terkena virus ketawa.
Tak sangka Daniel Izdihar takut nak jadi pengapit. Sengaja aku menyakatnya. Rasa kekok benar-benar sudah pudar.
Bukan takut yang itu, tapi takut ada orang cemburu. Faham-fahamlah bila jadi pengapit ni, semua mata akan memandang juga. Maklumlah sebelah pengantin, kan.
Eh dia sakat kita balik.
Tak payah nak mengarut ke situ. Tolong jangan nak perasan. Nak ke tidak Tak mahu saya pergi cari orang lain, ugutku dengan muka tegang.
Okey, okey saya boleh. Tapi, sebab Liya yang jadi pengapit Kak Mun. Sedondon pula pengapit hari ni. Niel ketawa nakal di hujung ayatnya.
Baru kini mataku teralih pada pakaiannya. Berkemeja biru gelap lengan pendek dan berjeans putih. Aku pula berbaju kurung putih dihias manikmanik biru dan berselendang biru gelap. Aih, tak berniat langsung nak pakai sehati sejiwa. Memang takdir sungguh.
Sudah malas hendak melayan Niel, jadi aku terus minta diri untuk masuk ke dalam. Diharapkan semuanya baik sahaja nanti.
SELESAI upacara merenjis air mawar, sesi bergambar bersama keluarga dimulakan. Setelah itu upacara makan beradab. Kali ini pengapit dijemput duduk makan di meja makan beradab sekali. Ada sesetengah majlis, pengapitnya tidak perlu makan bersama pengantin. Tapi, itu semua terpulang kepada pengantin dan tuan rumah.
Aku duduk di sebelah Munirah dan Niel di sebelah Faiz. Di sebelah kami pula ibu bapa dan keluarga Faiz. Aku makan sekadar untuk alas perut sahaja. Segan makan dengan pengantin. Segala jenis kamera dihalakan pada pengantin. Pengapit turut kena tempias flash. Sesekali aku betulkan selendang putih Munirah dan mengelap peluh Munirah.
Badan kusandarkan pada belakang kerusi sekejap. Saat itu juga Niel ambil kesempatan menolak sedikit kerusinya ke belakang. Perbualan bisu kami pun bermula. Faham hanya dari gerak bibir.
Kenapa makan sikit -NielTak ada selera. Makanlah. -AkuNak makan dengan Liya nanti. -Niel-
Mengada! -Aku-
Cuitan di lenganku menamatkan perbualan bisu kami. Aku terus berpaling ke hadapan semula. Hampir terjatuh aku dari kerusi saat terlihat wajah Fitri.
Tahniah Munirah dan pasangan. Tak sangka Shaqina jadi pengapit awak. Tak lama lagi turn Shaqina pulalah ya Sibuk Fitri mengusik.
Aku hanya tersengih sebelum menghirup air strawberi. Sengaja ingin menutup rasa tidak selesa.
Jumpa juga rumah saya ya Jemputlah makan Encik Fitri. Terima kasih sangat-sangat sudi datang. Munirah ramah melayan.
Sayang, ini Encik Fitri cucu Tan Sri Hamzah. Sesi perkenalan bermula antara Fitri dan Faiz. Double F.
Pemilik Jaya World Group. Berbesar hati sangat dapat jumpa dengan cucu seorang tokoh usahawan berjaya. Faiz terus menyambung. Nampak senyumannya makin lebar.
Terima kasih. Saya hanya cucu yang baru nak bermula. Segan pula awak cakap berbesar hati jumpa saya. Fitri mahir merendah diri.
Insya-Allah Encik Fitri pun akan mewarisi ketokohan Tan Sri, balas Faiz.
Amin. Saya nak ambil gambar pengantin boleh Fitri sudah mengangkat iPhone miliknya. Shaqina, senyum sikit. Sempat pula Fitri memanggilku.
Saya pengapit aje. Aku balas sambil gelak paksa.
Tak apalah masuk sekali dalam gambar. Fitri siap buat isyarat tangan agar aku mendekat ke Munirah.
Pengapit lelaki kena masuk juga. Mulutku pun satu hal. Tidak sempat ditapis. Nampak jelas perubahan riak wajah Fitri.
Dia mengerling Niel beberapa saat sambil senyum paksa. Aku tidak nampaklah pula wajah Niel. Usai mengambil gambar, Fitri minta diri untuk menjamu selera. Aku pula sempat curi-curi senyum pada Niel.
DAH sampai mana Liya berangan Soalan itu benar-benar tuju ke batang hidungku.
Tahu-tahu pula aku tengah fikirkan dia. Mulut malas bekerja, jadi hanya gelengan yang kuberi. Pandanganku masih fokus pada pelamin. Munirah dan Faiz kini sedang bergambar dengan rakan-rakan seuniversiti Faiz.
Ke sampai pelamin Ish, sambung lagi mengusik aku budak ni.
Mulutku masih malas, jadi kali ini genggaman penumbuk aku berikan. Diangkat separas dada. Niel tergelak kecil dibuatnya.
Perangai macam budak-budak. Idea bertalu-talu nampaknya.
Siapa budak sekarang ni Ada orang lupa diri rasanya. Mukaku dikelatkan kali ini. Luaran geram, tapi seronok juga gaduh-gaduh manja dengan Niel. Celah mana pula yang manjanya
Shaqina. Panggilan itu menurunkan paras riang hatiku. Lambat-lambat aku menoleh ke sebelah. Awak okey Soal Fitri dengan kening yang dikerutkan.
Okey, Encik Fitri. Aku buat simbol okey dengan tangan.
Fitri kemudiannya alihkan pandangan pada Niel. Dari riak wajahnya, aku yakin dia ingin tahu siapa Niel. Rasanya dia sudah lupa tentang pertemuan pertama dia dan Niel di restoran dulu.
Adik kawan saya. Cepat-cepat aku memberitahu. Tidak kira tipu kerana Inayah boleh dikatakan kawanku walau aku anggap dia sebagai adik.
Adik kawan awak datang kenduri Munirah Fitri nampak pelik.
Tapi, ya juga. Buat apa Munirah jemput adik kawan aku datang ke kendurinya. Macam tiada kaitan langsung.
Maksud Kak Sha, saya kawan adik Kak Mun. Kak Sha tersilap cakap sebab nervous sangat hari ni jadi pengapit. Niel pula yang tolong jawab.
Tapi, jawapannya juga tepat. Pening aku dibuatnya dengan hubungan kami yang terlalu banyak cabang kaitannya. Di awal-awal dahulu aku kenalkan dia sebagai adik angkat sahaja. Kemudian saban hari dikenalkan sebagai yang lain pula.
Okey, sebab tu awak berdua boleh kenal Banyak pula soalnya si Fitri ni.
Eh, tu pengantin tengah kosong tu. Cepatlah kalau Encik Fitri nak bergambar sekali. Jari telunjukku dihalakan ke pelamin.
Jom Shaqina sekali. Saya nak bergambar sebagai pengapit. Jadi kenalah ada pasangannya. Fitri ketawa dengan ayatnya. Langkahnya terus dipacu ke pelamin.
Aku pandang Niel sambil menggeleng, Niel pula balas dengan isyarat kepala juga. Maksudnya pergilah bergambar. Dalam keadaan terpaksa aku pergi juga. Selagi Fitri tak ajak bergambar berdua kira selamat lagilah tu.
AKU sampai ke rumah sewa tepat-tepat sebelum azan maghrib berkumandang. Usai solat asar tadi, aku terus bertolak dari rumah Munirah. Majlis sudah selesai jadi tiada sebab lagi untuk aku tidur di sana. Lagipun mana boleh ganggu pengantin baru. Keluarga Munirah ada juga memujuk, tapi aku tolak sesopan mungkin.
Sampai sahaja ke rumah sewa, perkara pertama yang aku lakukan ialah SMS mama. Memaklumkan aku sudah sampai. Memang itulah rutinku jika aku pergi ke tempat yang jaraknya jauh sedikit. Dari dulu hingga sekarang tidak berubah rutinku ini. Cuma mungkin kali ini bertambah sedikit, iaitu aku maklumkan pada Niel juga. Dia sendiri yang minta.
Daniel Izdihar:
Fitri tu lelaki yang makan sekali dengan Liya masa saya tiba-tiba muncul tu, kan
Aliya Shaqina: Iz ingat dia
Daniel Izdihar:
Ingatlah. Lupa ya kita pernah bertengkar pasal dia dulu sebab saya ternampak Liya makan sambil ketawa dengan dia. Masa tu tak lama lepas Kak Mun kembali dari hilang.
Andainya Niel tahu Fitri itulah sepupu Nelly, apa agaknya reaksi Niel Janganlah sampai Niel tahu.
Aliya Shaqina:
Oh, lupa pula tentang tu. Mujur dia tak ingat Iz. Sebab awal-awal dulu saya bagitahu yang Iz adik angkat saya.
Daniel Izdihar:
Mana nak ingat. Saya rambut oren masa tu. Nak tanya boleh
Aliya Shaqina: Ok.
Daniel Izdihar:
Fitri cucu Tan Sri Hamzah adakah sepupu Nelly Setahu saya Nelly juga cucu kepada Tan Sri Hamzah. Tak tahulah mungkin nama aje yang sama, tapi orang berbeza.
Oh, gawat! Cepat betul Niel kaitkan nama itu. Bimbang pula nanti Niel lari hilang lagi. Lima minit aku fikirkan jawapan, WhatsApp lain masuk.
Daniel Izdihar:
Diam tandanya betullah apa yang saya teka.
Sekali lagi aku tak tahu hendak kata apa. Jari kaku tidak bergerak.
Daniel Izdihar:
Okeylah saya tak mahu serabutkan Liya dah.
Rehat puas-puas ya. Assalamualaikum.
Aku lega kerana Niel berputus asa. Harapnya isu ini tak akan dibangkitkan lagi.
Aliya Shaqina:
Jaga diri Iz baik-baik. Waalaikumussalam.
Perbualan kami di WhatsApp tamat begitu sahaja. Fasa menjauh akan bermula lagi. Tapi, itu tidak membuatku kecewa malahan aku tersenyum sekarang. Bahagia ini akan kusimpan hingga detik kami bertemu atau berhubung lagi.