MY DARLING ANGEL - 29
ELZAARA menjengukkan kepalanya ke dalam khemah dan melihat Haziq yang sedang tidur dalam keadaan selesa berbantalkan sebiji bantal kecil yang dibawa oleh Brian tadi. Brian sedang menuangkan air ke dalam cawan dan meneguknya perlahan tetapi matanya tetap mengekori tindaktanduk Elzaara. Dia melihat gelagat Elzaara dan Lyn yang kelihatan seronok bersembang tetapi dia masih lagi tidak dapat menembusi tembok pemisah yang sengaja diciptakan oleh Elzaara untuknya.

El, I dengar you kerja sebagai cikgu. Am I right

Brian mencuba nasib untuk berbual dengan Elzaara. Nadanya sungguh lembut apabila menyebut nama pendek Elzaara.

Ya saya kerja sebagai cikgu.

Subjek apa ya Best tak jadi cikgu ni Apa nama penuh you ya Brian mula menyelongkar kisah peribadi Elzaara.

Elzaara mengangkat keningnya mendengar soalan Brian. Pelik betul. Kenapa nak tahu pasal dia pula Keadaan sudah kembali menjadi sunyi sepi semula bila Elzaara seakan-akan tidak mahu menjawab soalan Brian.

Brian sudah mati kutu untuk mengajak Elzaara berbual. Elzaara dengan selamba mengeluarkan tabnya dan melayari internet. Lyn yang menyaksikan keadaan itu cuba untuk menceriakan semula keadaan sekali gus memperbetulkan keadaan sunyi yang sengaja diciptakan oleh Elzaara.

El, kau ni tak baiklah buat Brian macam tu. Dia tanya kau tadi, kan. Jawab jelah. Kau ni hati batu betullah. Tersinggung dia nanti. Lyn berbisik ke telinga Elzaara dengan nada menegur.

Elzaara yang sedang leka melayari internet memalingkan mukanya yang tidak berpuas hati ke arah Lyn dan keningnya terangkat untuk mencari jawapan di sebalik teguran itu. Lyn sudah mengerti dengan renungan harimau itu, tetapi dia buat tidak peduli. Dia mahu sepupunya itu mengubah persepsi prejudis dan antinya terhadap lelaki. Elzaraa membuat muka tidak mengerti dan terus menyambung kerjanya itu. Brian pula berkerut-kerut muka melihat Elzaara dan Lyn seperti bercakap menggunakan bahasa isyarat.

El...

Yelah-yelah. Huh! Kau ni pun... getus Elzaara.

Lyn menayangkan barisan giginya yang putih tanda kemenangan meruntuhkan ego Elzaara yang sudah tinggi melangit. Elzaara sudah gelisah kerana dia terperangkap di dalam keadaan yang memaksakan dia untuk bercakap dengan seorang lelaki asing.

Errr.. awak memang memasak ke dekat kafe

Brian terkejut dengan soalan yang baru sahaja singgah di telinganya. Dia memandang wajah Elzaara yang sudah kegelisahan lalu mengukirkan senyuman buatnya. Dia terus merenung wajah kesayangannya yang berada di depan matanya.

Dekat kafe You rasa I pandai masak ke Brian mula bermain teka-teki dengan Elzaara.

Entah. Pandailah kot sebab awak yang cakap tadi kek tu awak yang buat.

Brian tersenyum. Dalam hati dia mengucapkan rasa syukur Elzaara sudi berbual dengannya walaupun kedinginan hatinya masih lagi ada. Dia mengharapkan supaya hari itu dia dapat memecahkan sedikit demi sedikit tembok ego Elzaara. Dia memang bersungguh ingin mengenali Elzaara dengan lebih dekat dan ingin menghapuskan luka-luka parut di hati Elzaara serta mendampingi gadis ini dalam susah dan senang. Seketika mata mereka berdua bertentangan dan bagaikan ada sesuatu yang tak mampu nak diungkap dengan kata-kata apabila masing-masing terus merenung di antara satu sama lain.

Dalam masa mereka berdua masih lagi bertentangan, tiba-tiba terdapat flash kamera yang sedang menyala. Klik! Masing-masing terkejut melihat flash kamera tersebut.

Kak Lisa, kenapa ambil gambar El curi-curi. Tak baik tau. Marah Elzaara.

Lisa dan Zahar sudah kembali daripada meronda taman. Elzaara menarik nafas lega dengan tibanya kehadiran Lisa dan Zahar bagaikan membuatkan dirinya terlepas untuk bersembang dengan mamat yang suka tersenyum ini. Dia cepat-cepat menjarakkan kedudukannya daripada Brian.

Alah, sorrylah El. Akak tak ada niat pun. Tapi, kan tengok El dengan Brian duduk sama-sama dekat-dekat macam tu Akak snap jelah. Lagi-lagi tengah bertentang mata, memang nampak sweet macam orang dilamun cinta. Lagipun cantik apa, candid tu, komen Lisa sambil matanya dikerlingkan ke arah Brian.

Brian hanya tergelak untuk menutup rasa bahagianya.

Kak, apa kata kita bergambar ramai-ramai. Baru best. Sweet memory gitu. Saran Lyn.

Oh no! Nak suruh bergambar pula dah Lain macam je makcik ni punya cadangan, Kak Lisa, meh sini, biar El ambilkan gambar. Akak dengan Abang Zahar masuklah sekali.

Elzaara sudah menghulurkan tangannya untuk mengambil kamera tersebut tetapi Lisa melarikannya. Lisa memberikan kameranya itu kepada Zahar dan Zahar dengan senang hati menyambutnya dari tangan buah hatinya. Wajah Elzaara sudah cemberut apabila offernya ditolak mentah-mentah.

Jom El, kita gambar ramai-ramai. Eh, Haziq mana Tak nampak pun dia.

Lyn meluruskan jari telunjuknya dan menunjukkan ke arah khemah.

Tu ha, ada dalam tu. Kita orang bersembang boleh pula dia terlena dekat kerusi tu tadi...

La, kesiannya dia.

Okey, jom kita bergambar dulu lepas tu balik. Hari pun dah makin terik dah ni. Haziq pun dah sampai tertidur. Kesian dia. Zahar menyuraikan sambil tangannya sudah bersedia untuk memetik kamera.

Lisa, Lyn, Brian sudah tergopoh-gapah mencari port terbaik untuk bergambar cuma hanya Elzaara sahaja yang masih diam Kaku di tempatnya.

El, jomlah. Kenapa tercegat lagi dekat situ. Alah, bergambar je El. Mehlah. Takkan birthday girl malu nak bergambar kot.

Tak apalah. Kau orang jelah yang ambil gambar. Aku tak naklah. Segan!

Tengok tu. Birthday dia, tapi dia pula yang tak ada. Ada ke patut birthday girl tak ada dalam gambar. Sportinglah sikit El. Jom! Meh duduk sebelah Akak kalau El malu nak duduk sebelah Brian tu.

Elzaara, come. Its just a memory, darling. Come. Brian sudah mengesot sedikit untuk memberikan Elzaara ruang disebelahnya tetapi Elzaara bangun bergerak merapati Lisa dan berposing disebelah Lisa.

Okey, semua dah ready ya 1.. 2.. 3.. Say cheese!

Cheese! Dengan serentak mereka menayangkan senyuman dan gigi masing-masing sambil menyebut cheese.

Klik! Klik! Klik! Pelbagai aksi, gelagat dan bermacam-macam lagi permintaan berkumandang. Model majalah pun boleh kalah macam ni! Kamera DSLR kerap bertukar tangan, tetapi Elzaara masih tidak dapat meloloskan dirinya. Kesudahannya dia terperangkap apabila dipaksa bergambar berdua dengan Brian. Katanya permintaan Brian untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Hendak tak hendak dia terpaksa juga mengikut kemahuan mereka semua. Karang tak ikut cakap kata dia tak sporting pula. Lagi pula dia memikirkan kebaikan yang sudah banyak ditaburkan oleh Brian terhadap Haziq maka dia menuruti permintaan yang kira baginya agak berat.

Setelah puas bergambar, mereka mengemaskan tempat perkelahan mereka dan segala perKakasan dan juga bekas-bekas makanan di masukkan ke dalam but kereta. Haziq juga dikejutkan dari tidurnya yang lena. Apabila semua sudah siap sedia untuk pulang, Brian merapati kereta Elzaara dan memberikan Haziq satu bar coklat Cadbury yang besar. Haziq memeluknya erat dan berbisik supaya Brian untuk datang ke rumah untuk bermain dengannya. Brian hanya mengganguk lalu tersenyum.

Bye Elzaara. Harap lepas ni kita akan jumpa lagi. Setelah itu sebuah kenyitan diberikan kepada Elzaara sebelum dia beredar menuju ke keretanya. Elzaara terkejut dan membulatkan matanya melihat aksi tidak senonoh Brian terhadapnya. Brian hanya ketawa melihat respon Elzaara yang terkejut. Mereka semua berpisah di jalanan kerana haluan masingmasing adalah berlainan.

ELZAARA mencapai bungkusan-bungkusan hadiah yang dia perolehi siang tadi sempena hari jadinya. Sebuah kotak yang sederhana besar dibuka dan terdapat sepasang kasut sukan yang dihadiahkan oleh Lyn, sebuah bagpack berkualiti tinggi daripada Lisa, sebuah pasu kristal kecil daripada Zahar. Dia tidak menyangka bahawa dia akan dapat hadiah mahal daripada mereka semua. Dia sungguh terharu.

Dan akhir sekali dia mencapai sebuah kotak sederhana besar dan dalam kotak itu terdapat sebuah kotak baldu yang sederhana besar leper yang berisi seutas gelang tangan emas putih daripada Brian. Dia tergamam!

Gelang!

Dia meletakkan gelang tersebut dan dia terlihat di dalam kotak itu juga terdapat sekeping CD. Lantas dia mencapai CD itu dan memasukkan ke dalam laptopnya. Dia tertanya-tanya apa isi kandungan CD itu. Apabila CD itu terpasang, terdapat sebuah lagu. Melodinya yang bersahaja tetapi sepatah apa pun dia tidak mengerti kerana lagu itu adalah lagu Korea! Di dalam lagu itu terdapat bait-bait seni kata yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Dia cuba untuk memahami lagu itu berdasarkan seni kata yang tertera di dalam video klip itu.

I Love You Everyday Kim Jong Kook

The person who will love you is right here The person who will cry together beside you is me

Should I hate you, should I break up you with

you

Should I not see you again

This is better, this is bearable

This is better, this is bearable

It`s good to be just friends

Dia yang tidak memahami sepatah apa pun perkataan yang disebutkan walaupun terdapat lirik yang sudah diterjemahkan. Elzaara cuba menyelongkar lagi kotak tersebut dan terdapat cebisan kecil nota lantas dia membaca nota tersebut.

My Darling Angel Elzaara,

Please, jangan tutup CD tu. Dengar lagu tu sampai habis ya...

Love,

Brian

Keningnya terangkat. Macam mana mamat ni boleh tau niat aku nak tutup lagu ni Dia mengomel sambil matanya terus memerhatikan bait-bait yang tertera di skrin laptopnya sehingga habis.

Happy birthday my lovely angel. Hope you will like it! Ill always be here for you. Suara Brian kedengaran romantis dihujung lagu.

Okey apa maksudnya ni Apa yang dia nak sampaikan melalui lagu ni Dahlah bagi aku lagu yang entah apa-apa. Tak faham aku. Lepas tu suruh aku dengar sampai habis. Sepatah haram pun aku tak faham. Angel Siapa pula angel ni. Aduhai, mamat ni punya suara ke yang nyanyi lagu pelik ni. Lantak jelah malas aku nak fikir. Buat semak kepala aku je. Pelikpelik jelah. Bebel Elzaara sendirian.

Segera dia mencapai CD itu lalu di masukkan semula ke dalam kotak bersaiz sederhana besar. Semua hadiah tersebut disimpan baik-baik dan diletakkan di satu tempat kecuali gelang tangan emas putih yang amat menarik perhatiannya kerana ukiran dan rekaannya yang sangat unik.

Elzaara menatap semula gelang itu agak lama dan dia keliru, tidak tahu berbuat apa dengan gelang itu. Dia sedang menimbang-nimbang sama ada wajar atau pun tidak untuk dia menerima gelang tangan emas putih tersebut daripada jejaka Inggeris itu. Kesudahannya dia tertidur sambil memeluk gelang tangan itu.