Nad, kau ada dekat dalam tak Kau dengar tak aku panggil ni. Bukalah pintu ni Nad. Please... Alana membebel sendiri di luar sambil hujung matanya melirik pada seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke unit sebelah.
Awak, the guy from next door, right
Eh, awak kenal saya ke Faliq sedikit terpingapinga apabila namanya dipanggil oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Dia yang baru sahaja pulang dari pejabat kelihatan sedikit keletihan. Tali lehernya dilonggar sedikit.
Saya Alana. Kalau tak silap, awaklah lelaki yang kawan saya angkut ke dalam rumah dia kan Saya yang rawat awak malam tu. Saya kawan Nadhirah.
Ye ke Saya Faliq, maaflah saya tak ingat apa jadi malam tu. Terima kasih sebab tolong saya. Awak buat apa dekat sini
Saya tengah cuba cari Nadhirah. Dah dua hari saya tak jumpa dia. Shes nowhere to be found dan Papa dia dah tenat di hospital. I need to meet her right now sebelum semuanya terlambat.
Saya rasa kereta dia ada dibawah. Tapak parkir kereta dia sebelah parkir saya. Faliq sememangnya kenal dengan kereta Nadhirah. Kereta itu masih berada diparkir sebentar tadi.
Dah berpuluh kali saya tekan loceng, tapi tak ada respon langsung. Saya bimbangkan dia sekarang. Dia tak pernah buat perangai macam ni. Saya tak tahu macam mana lagi nak cari dia.
Dua hari lepas saya ada keluar dengan dia. Saya tengok dia macam okey je. Dia ajak saya keluar makan ais krim dekat Seksyen 6.
Ais krim Berapa banyak dia makan
Two large bowl.
Oh god. Mesti ada yang tak kena ni! Alana mula risau.
Kenapa Faliq menggantikan tempat Alana untuk terus mengetuk pintu rumah setelah loceng yang ditekan seolah-olah tidak dipedulikan.
Dia akan makan ais krim, gula-gula dan cokelat cukup-cukup kalau dia ada masalah. Awak tengok dia
macam mana malam tu
Saya tak tahu. She seems okay to me.
Dia selalu nampak okey walaupun dia tak okey. Kita kena cari dia. Alana mula mengetuk pintu rumah Nadhirah secara kasar kerana geram.
Tempoh hari dia ada bagi kata laluan rumah dia pada saya. Kita cuba buka dulu. Mana tahu kalau-kalau dia tak tukar lagi kata laluan tu. Faliq mula menekan punat pada kunci automatik di depan pintu. Tidak sampai lima saat, pintu rumah Nadhirah terbuka sendiri. Ternyata yang Nadhirah tidak pernah menukar kata laluan rumahnya.
Ya Allah! Apa dah jadi dalam rumah ni Alana terkejut dengan apa yang berada di ruang pengelihatannya sebaik sahaja dia membuka pintu.
Keadaan rumah Nadhirah tidak ubah seperti baru dilanda taufan. Buku-buku bertaburan, gelas-gelas kaca pecah berserakan, pasu-pasu seramik pecah berderai di atas lantai. Mata Alana meliar mencari susuk tubuh sahabatnya.
Tak payah tanggalkan kasut awak. Banyak kaca. Arah Faliq pada Alana sebelum masuk. Dia tidak mahu ada pula yang cedera nanti.
Apa dah jadi ni Alana memandang sekeliling.
Dia di mana Faliq mengerutkan dahinya melihat keadaan rumah Nadhirah.
Biar saya masuk dulu. Awak jalan di belakang. Arah Faliq. Bimbang juga jika ada perompak di dalam rumah ini.
Takkanlah rumah ni kena rompak pula Alana yang menyusul dibelakang cuba mencari susuk tubuh Nadhirah yang belum kelihatan.
Astagfirullahhallazim, Nad... Alana separuh menjerit apabila melihat tubuh Nadhirah yang sedang bersandar kaku di kabinet dapur.
Di tangannya ada bakul sampah dan penyapu. Faliq yang pada awalnya berada di depannya menyuruh Alana ke depan mendekati Nadhirah. Tidak manis pula rasanya kalau dia yang mendekati Nadhirah tika ini.
Nad, kenapa ni Aku call kau berpuluh kali kau tak jawab. Aku panggil kau lama kat luar tu langsung tak ada respon. Risau aku. Alana panik apabila dia melihat keadaan sahabatnya yang kelihatan beku.
Kakinya menyusun langkah mendekati Nadhirah sementara Faliq pula memilih untuk berdiri sedikit jauh bagi memberi ruang pada Alana untuk mendekati Nadhirah yang kelihatan seperti dilanda masalah.
Nadhirah. Kau dengar tak aku panggil ni Alana terpaksa menguatkan suara apabila Nadhirah masih lagi diselubung khayalan.
Bila kau sampai Nadhirah tersentak dengan panggilan kuat dari Alana.
Jenuh aku panggil kau dari tadi.
Aku tak dengar pun kau panggil aku. Kau cari aku kenapa Ada apa Nadhirah cuba menumpukan perhatian. Matanya yang membengkak sedikit menyempitkan ruang pandangannya.
Kau tak dengar ke Aku ketuk pintu tu macam nak roboh. Aku call kau berpuluh kali sejak dari semalam.
Telefon Oh ya, aku cari telefon aku tak jumpa.
Kenapa rumah kau macam ni Nad
Sorry, rumah aku bersepah sikit, aku tak sempat nak kemas, sekarang baru aku nak mula. Nadhirah sempat ketawa kecil. Dia baru perasan yang rumahnya benar-benar tunggang terbalik.
Nad tengok muka aku. Apa jadi Cakap dengan aku apa jadi dekat kau Kenapa kurung diri macam ni
Mana ada, Al. Trust me. Aku okey. Nadhirah terusterusan menggaris senyuman palsu.
Dia yang enggan terus disiasat Alana, mula tunduk dan mengutip buku buku yang dilemparkannya sendiri akibat terlalu marah dengan Tan Sri Malik beberapa malam lepas. Kedatangan Alana menyebabkan dia tersedar dari marahnya yang masih tidak berpenghujung.
Faliq pula hanya berdiri di ruang depan. Dia memilih untuk meninggalkan Alana dan Nadhirah yang berada di balik kabinet dapur sahaja memandangkan dia tidak tahu hujung pangkal cerita. Lega hatinya apabila melihat keadaan Nadhirah yang masih boleh dikira stabil.
Dalam diam-diam, dia turut tertanya memandangkan keadaan rumah yang berterabur umpama baru dibadai taufan. Ada gelas pecah, ada DVD yang bertaburan, ada bingkai-bingkai gambar yang sudah pun lingkup.
Faliq mengambil sebuah bakul sampah yang berada berdekatan bagi menyibukkan diri. Dia menghabiskan waktunya dengan mengemas semula ruang tamu Nadhirah yang kelihatan jauh berbeza berbanding kali pertama dia lihat dahulu.
Nad, aku tahu bila kau tipu aku. Aku tahu bila kau berpura-pura macam semuanya baik. Apa jadi sebenarnya Dont tell me yang you are fine because you are just clearly not. Alana memberi amaran.
Setiap tingkah Nadhirah sememangnya sudah boleh dibaca, Nadhirah kelihatan sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Aku okey. Tak ada apa yang buat aku terganggu pun. Nadhirah masih nekad menafikan telahan Alana.
Semua ni pasal Imran ke Dia ganggu kau lagi Alana membuat serkap jarang.
Itu isu lapuk sangatlah Alana. Dia dengan aku dah over lama dah. Cuba kau tengok aku betul-betul, aku okey, sangat okey!
Nad, aku bukan baru kenal kau dua tiga hari ni. Kau akan ulang perkataan okey tu tanpa tengok muka aku pun setiap kali kau menipu. Aku tahu kau tipu dan sekarang aku nak tahu, apa jadi Tell me now! Alana mula berkeras.
Ya, aku tak okey Al. Memang aku tak okey sangat sekarang. Sadly, cuma tu je yang mampu cakap. Nadhirah akhirnya mengakui sesuatu.
Nad... You have me, Nad...
Jangan desak aku macam ni boleh tak Please jangan tanya lagi. Penyapu yang dipegang terlepas dari pegangan. Nadhirah terasa penat.
Dia sedar yang Alana sudah boleh membaca setiap tingkahnya. Air mata Nadhirah bergenang di tubir mata. Dia kalah dengan Alana. Selama ini pun, tiada apa yang mampu dia sembunyikan dari Alana.
Fine, aku faham. Kalau kau tak nak cakap, tak apa lah. Alana mengangkat kedua-dua belah tangannya.
Mengalah mungkin kerana dia sudah tahu yang sekali Nadhirah bercakap tidak, tak mungkin jawapannya akan beralih semula. Biarlah Nadhirah sendiri yang berterus terang nanti. Dia tidak mahu memaksa.
Okey, aku faham. Tapi, pagi tadi aku ada lalu dekat wad ICU, aku nampak Papa kau. Tan Sri Malik dah masuk hospital dekat seminggu. Keadaan dia tenat sekarang. Kau dah tahu tak
Nadhirah seakan tenggelam dalam dunianya sendiri.
Nad! Kau tahu tak
Kali ini Alana benar-benar hairan. Selama ini keadaan kesihatan Tan Sri Malik merupakan priority buat Nadhirah. Alana pelik apabila Nadhirah kelihatan langsung tidak terkejut malah tidak menunjukkan minat untuk tahu.
Tahu. Jawab Nadhirah pendek.
Tangannya sudah tidak berdaya mahu mengumpul buku-buku yang bertebaran di lantai. Dalam sedih, dia marah drbrnstnys. Ungkapan maaf yang keluar dari mulut Tan Sri Malek langsung tidak memberi makna. Hatinya seakan-akan berdendam dengan seluruh keluarga Tan Sri Malik.
Kau dah jenguk dia belum
Hairan apabila Nadhirah memilih untuk terperuk di rumah sedangkan Papanya sedang bertarung nyawa di hospital. Tak mungkin Nadhirah sanggup meninggalkan Tan Sri Malik begitu sedangkan Alana tahu betapa Nadhirah sayangkan Papanya sejak dahulu lagi.
Aku tak nak jenguk dia.
Apa Alana terkejut mendengar jawapan sahabatnya. Tangisan perlahan Nadhirah berjaya ditangkap cuping telinganya.
You can hear me, right Aku tak nak jenguk dia. Nadhirah membuka mulut. Dia sudah tidak mampu menanggung semua ini sendirian. Dia memerlukan seseorang saat ini.
Kau serius Alana terduduk di tepi Nadhirah. Dia memegang pipi Nadhirah untuk memandangnya. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dituturkan Nadhirah.
Aku penat Al aku dah penat dengan semua ni. Nadhirah hanya mengulang-ulang ayat yang sama.
Apa kau cakap ni Alana berterusan bertanya. Nafasnya dihembus perlahan.
Enggan terus disoal siasat oleh Alana, Nadhirah berusaha untuk berlalu menjarakkan diri namun dia gagal menyeimbangkan dirinya ketika mahu bangun lalu terjatuh terjelepok ke lantai dan langsung tidak sedarkan diri.
Nad, buka mata kau Nad. Tengok muka aku ni. Please. Alana menggelabah melihat Nadhirah terkulai di atas lantai. Dia menepuk wajah Nadhirah berulang kali dengan harapan yang Nadhirah akan sedarkan diri. Faliq, tolong saya! Alana meminta pertolongan.
Kenapa ni Faliq yang jauh berada di depan tersedar sebaik sahaja mendengar panggilan Alana menjadi kelam kabut. Dia segera mendekati tubuh Nadhirah yang sudah lembik terbaring.
Angkat dia. Letak dia atas katil. Saya turun bawah sekejap ambil beg. Alana bergegas menuju ke parkir SP Utama untuk mendapatkan beg galasnya yang mengandungi alatan asas bagi merawat pesakit.
Tak sampai 5 minit, Alana kembali ke rumah Nadhirah dengan menjinjing begnya yang mengandungi peralatan kesihatan.
Dia okey tak Faliq yang hanya berdiri di hujung katil kelihatan gusar.
Riak wajahnya bertukar kelat dengan keadaan Nadhirah yang belum lagi sedarkan diri. Alana yang sedang merawat Nadhirah sudah kelihatan sedikit tenang setelah selesai memasang wayar drip dan memeriksa suhu Nadhirah.
Dia dah okey sikit. Tekanan darah dia rendah sebab tu dia pengsan. Buat masa ni biar dia rehat di rumah. Kalau suhu dia naik nanti baru kita bawa dia ke hospital. Alana membuat keputusan setelah beberapa lama memerhati keadaan Nadhirah.
Apa jadi Sebelum dia pengsan tadi, dia ada cakap apa-apa tak
I dont really know. Tapi, dari reaksi dia tadi, macam besar je masalah yang dia hadapi. Masalahnya Belum sempat ayatnya dihabiskan, telefon bimbit Alana berbunyi nyaring.
Faliq membiarkan Alana menjawab panggilan tersebut. Wajah pucat Nadhirah diperhatikannya.
Faliq... Alana separuh berbisik memanggil Faliq sebaik sahaja dia selesai berbual di telefon.
Kenapa
Boleh I percayakan you tak
Apa maksud you
I tak boleh nak terus tunggu Nad di sini. Minggu ni I kena ganti one of my colleague in Emergency Department and I baru je dapat panggilan kecemasan. Alana kelihatan sedikit gusar untuk meninggalkan Nadhirah dengan Faliq, tapi dia tiada pilihan lain.
Apa yang perlu I lakukan Tawar Faliq.
I really want to stay, tapi dia orang dah cari I dekat hospital. You boleh tolong I tunggu Nadhirah tak malam ni Alana terpaksa. Dia tiada pilihan namun Nadhirah tidak boleh ditinggalkan keseorangan dengan keadaannya yang masih demam begitu.
Tak ada masalah. Tapi, kenapa tak bawa dia ke hospital sahaja
Dia tak suka hospital. She would create a ruckus later. Please Faliq. I tahu yang you boleh dipercayai, lagipun rumah ni ada CCTV, I kerat 18 kalau you buat yang bukan-bukan. Alana sempat memberi amaran.
Faliq sengih, Tak ada maknanya!
Kalau macam tu, I serahkan dia dalam jagaan you malam ni. Tapi, ingat tau, you jangan nak buat yang bukan-bukan. I bunuh you nanti!
Ye la, ye la. I sumpah, I tak buat benda yang bukan-bukan. Faliq membuat janji.
Kalau ada apa-apa you terus call I. This is my call card, just call me in case of emergency.
Ai ai Doctor!
Alana beredar sebaik sahaja Faliq bersetuju dengan permintaannya. Dia terdesak. Separuh hatinya mahu menemani Nadhirah namun, tugasnya yang ditinggalkan hampir dua jam memerlukan dia untuk kembali ke hospital. Dalam keadaan keberatan, Alana terpaksa menaruh kepercayaan pada Faliq bagi menemani Nadhirah.
Apa sebenarnya yang terjadi dengan awak, Nadhirah Soalan berkenaan berlegar-legar dibenak Faliq sepanjang malam.
Semalaman menunggu Nadhirah, tidur gadis ini sering terganggu. Nadhirah meracau sampai ke pagi dengan tangisan tak berhenti menyebabkan Faliq agak gusar. Faliq hanya mampu meminjamkan tangannya kepada Nadhirah. Dia duduk di tepi katil Nadhirah dan menggenggam erat tangan gadis ini sehingga ke pagi.
AWAK dah sedar Soal Faliq dari dapur sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi
gerakan dari tempat tidur Nadhirah.
Nadhirah mengerutkan dahinya. Suaranya serak dan tekaknya terasa perit. Namun digagahkan juga untuk bersuara, Kenapa awak ada dekat sini
Dia yang baru sahaja tersedar, merasa pelik sebaik sahaja melihat wajah Faliq muncul di depan matanya. Rambutnya yang terbiar lepas diikat kemas manakala wajahnya yang masih sembab cuba dilindungi dengan memakai kaca mata.
Tunggu orang sakit. Ringkas jawapan Faliq.
Alana mana Mata Nadhirah meliar mencari Alana kerana seingatnya semalam Alana ada datang menjenguknya.
Alana terpaksa balik ke hospital sebab tu dia minta tolong saya tunggu awak sejak semalam.
Awak tunggu saya sejak semalam ke Maaflah saya dah susahkan awak. Nadhirah yang masih terasa pening hanya mampu meminta maaf.
Tak ada susahnya. Dulu pun awak tolong saya juga. Jadi sekarang saya balas budi.
Saya dah okey. Awak boleh balik sekarang.
Aik, menghalau nampak
Bukan menghalau. Cuma tak manis kalau awak stay dengan saya macam ni.
Niat saya cuma nak jaga awak sebab awak nampak macam teruk sangat semalam. Saya tahu awak mungkin tak selesa, tapi saya cuma nak pastikan awak makan semua yang saya masak ni. Alana cakap awak selalu skip makan. Jadi, kali ni saya akan pastikan awak telan semua makanan ni. Lepas tu baru saya keluar.
Nadhirah tarik muka. Faliq memang suka memaksa.
Kenapa Awak rasa tak selesa ke kalau saya ada dekat sini Faliq menyedari yang dia sememangnya langsung tidak peka. Masakan ada mana-mana gadis suka mempamerkan wajah kusutnya terutama pada lelaki asing seperti dia.
A bit. Jawab Nadhirah. Tak mungkinlah dia boleh merasa selesa apabila ada lelaki bukan mahram di dalam rumahnya.
Saya minta maaf sebab berada di sini semalaman. Saya pun tak berapa selesa juga, tapi takkan saya nak tinggalkan awak sendirian semalam. Lagipun aras ni cuma ada kita je Nad. Tak ada orang yang akan cakap bukan-bukan pasal kita.
Nadhirah masih tidak memberikan reaksi positif.
Saya janji, cepat awak habiskan makanan ni semua dan makan ubat yang disediakan Alana ni, cepatlah saya balik.
Nadhirah melepaskan nafasnya. Sungguh dia lupa yang Faliq memang suka memaksa dan tidak akan mengalah selagi Nadhirah tidak menurut permintaannya.
Hmm... Awak masak semua ni Soal Nadhirah yang mula berlembut.
Faliq mengukir senyuman. Akhirnya ada juga respon positif dari Nadhirah. I am your chef for today...
Nadhirah tersenyum apabila menyedari bahawa apron merah jambu yang mempunyai gambar beruang besar miliknya kini sedang tergantung ditubuh Faliq. Satu pemandangan yang sangat menarik untuknya seawal pagi begini.
Awak masak apa Diperhatikan lelaki itu memegang sedulang makanan untuk sarapannya.
Saya masak sup ayam campur sayur macammacam. Ini je yang saya sempat masak. Dulang yang berada di tangan sudah beralih tuan.
Nadhirah menyambut huluran dulang yang
diberikan Faliq, Saya makan.
Faliq memerhatikan Nadhirah yang mula menyuap makanan yang disediakan untuknya. Walaupun mulutnya terasa kesat dan tekaknya terasa sakit, sup yang ada tetap juga ditelan bagi menghargai penat lelah Faliq. Apron ditanggalkan dan dia terus melabuhkan duduknya di kerusi yang berada dekat dengan katil Nadhirah.
Awak ni peliklah, komen Faliq spontan.
Apa yang peliknya
Awak nampak okey sangat masa kali terakhir kita jumpa 3 hari lepas. Semalam, tiba-tiba awak menangis sepanjang malam, rumah pun tunggang terbalik awak kerjakan. Kenapa boleh jadi macam ni Lembut sahaja Faliq mengajukan soalan.
Hurmm, aya pun hairan kenapa saya boleh jadi macam ni. Tapi, awak tak perlu risaukan saya. Saya tak ada apa-apa.
Betul
Betul. Saya okey. Nadhirah melemparkan senyuman bagi meyakinkan Faliq tentang keadaannya.
Walaupun Faliq sedar yang jawapan yang diberi Nadhirah bukanlah jawapan yang dia mahukan, namun hatinya terasa puas melihat Nadhirah sedikit bertenaga dan mahu menelan sup yang dimasaknya tanpa banyak songeh. Biarlah, lambat laun Nadhirah akan berterus terang juga padanya.
Awak makan ubat ni ya Lepas tu saya balik. Kena ke Faliq angguk.
Iyalah! Pantas di kaut 3 biji pil pelbagai warna dan disuakan ke mulutnya.
Okay, done!
Thank you. Saya balik dulu... Dompet dan telefonnya yang diletakkan di atas meja kecil diambil. Cardigan yang disarungnya semalam turut dikaut sekali. Di saat Faliq sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah, telefon Nadhirah berbunyi.
Al
Esakan Alana di hujung talian menyapa gegendang telinga Nadhirah.
Kenapa kau nangis ni
Nad... Papa kau... I am sorry, Nad...
Nafas dihela perlahan, Bila Soal Nadhirah pendek.
Baru sekejap tadi.
Okay. Thanks. Talian diputuskan.
Dahi Faliq berkerut, Apa yang berlaku awak
Nadhirah sekadar mematungkan diri. Riak wajahnya beku, mulutnya juga terkunci.
Siapa yang call, Nadhirah Faliq hairan melihat Nadhirah. Gadis ini sudah seperti patung bernyawa. Tak ada apa-apa lah. Saya okey.
Hati Faliq merasa tidak sedap sebaik sahaja dia mendengar jawapan dari mulut Nadhirah. Bukannya dia tidak mendengar kata-kata Alana semalam. Nadhirah akan berulang kali menyatakan yang dia okey, sekiranya dia tidak okey.
Saya tak tanya awak pun sama ada awak okey atau tak. Saya tanya awak, siapa call tadi Faliq kembali mendekati Nadhirah. Dia tidak jadi beredar. Alana call.
Dia cakap apa Faliq tidak berpuas hati.
Papa saya dah meninggal. Jawab Nadhirah acuh tidak acuh.
Mata Faliq berkelip-kelip jadinya. Reaksi Nadhirah yang terlalu tenang sangat mengejutkan. Namun Faliq dapat mengesan akan perubahan riak wajah Nadhirah. Tangan Nadhirah kelihatan menggigil. Gadis ini terlalu sukar dibaca emosinya.
Jom, kita pergi hospital. Tangan Nadhirah ditarik supaya bangun dari katil. Faliq rasa yang dia perlu berbuat sesuatu.
Saya tak nak pergi.
Kenapa Faliq tercengang mendengar jawapan Nadhirah.
Saya tak ada alasan untuk pergi ke sana.
Papa awak baru meninggal. Tak cukup ke dengan alasan tu
Awak tak tahu macam mana keluarga saya, Faliq! Keluarga saya tak macam keluarga awak. Saya tak nak pergi! Nadhirah bercakap sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak betah mahu bertentang mata dengan Faliq.
Macam mana pun keluarga awak, awak kena pergi juga. Saya tak tahu keluarga awak macam mana, tapi Papa awak baru meninggal. Awak kena pergi. Tangannya memegang bahu Nadhirah supaya menghadapnya. Faliq berterusan memujuk dan meyakinkan Nadhirah. Dia tetap mahu membawa Nadhirah ke hospital.
Saya tak nak pergi. Please... Nadhirah seakanakan merayu dan terus menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hatinya tidak kuat malah dia tak mungkin mampu berdepan Puan Sri Munirah, Aidid, Ammar dan Adelia sekaligus. Hatinya mungkin dicarik dengan lebih teruk lagi oleh mereka.
Tapi kenapa Faliq memilih untuk memujuk Nadhirah. Anak matanya kini tepat memandang wajah Nadhirah.
Saya tak sepatutnya ada di sana. Jawab Nadhirah.
Nadhirah sememangnya tidak mahu pergi. Apatah lagi sebaik mendengar pengakuan Tan Sri Malik dua hari, segalanya masih jelas terngiang-ngiang.
Ini kali terakhir Nad. Apa pun yang awak rasa sekarang... Tolong ketepikan sekejap, Nad. Lepas ni awak dah tak mungkin ada peluang kedua untuk jumpa dia lagi. Kita pergi. Faliq cuba meyakinkan. Tapi...
Saya temankan awak sepanjang berada di sana. Awak mandi, tukar baju. Saya tunggu awak dekat luar. Boleh tak Telapak tangan Nadhirah dicapai dan digenggam kemas. Faliq benar-benar mahu memujuk Nadhirah tika ini.
Hurm... Nadhirah sekadar mengangguk.
Dia serba salah. Benar juga apa yang dikatakan Faliq. Ini ada lah kali terakhir bagi dia menatap wajah Tan Sri Malik. Tak mungkin ada lagi ruang buatnya selepas ini.
Sebaik sahaja Faliq menutup pintu utama, Nadhirah bergerak ke bilik air dan dia mula menangis sekuat hati. Pancuran air yang membasahi tubuhnya terasa dingin sekali sedingin hatinya saat ini. Dia diduga lagi hari ini.