Kristal Berdarah - 29
BAB 28

Petang...

Awal September. Petang bertambah sejuk. angin sela tan bertiup perlahan. Udara terbau kesegaran. aku dan Shariman tidak sabar menunggu di tepi dek dermaga. encik Rosli akan datang dan bertemu kami dan dia telah terlambat. Kami bimbang dia akan terus terlambat.

Hanya kerana tujuan itu, encik Rosli datang ke Seme nanjung. cawangan balai Seni indah di Kota Kinabalu dijaga oleh anak perempuannya. encik Rosli tidak per ca ya kan orang lain. Selagi boleh, dia tidak mahu ada orang lain tahu tentang kristal merah yang aneh itu.

Aku memandang orang ramai... maksudku penumpang. akhirnya aku terpandang encik Rosli dan pembantu barunya, bidin sedang menolaknya di atas kerusi roda. berbanding dengan pembantu di belakangnya, kulit encik Rosli nampak begitu pucat, malah boleh dikatakan hampir putih. badannya dibaluti selimut tebal. Mungkin untuk menahan kesejukan petang atau boleh jadi juga untuk menghalang badannya yang lemah daripada dilihat orang lain.

Salimah, Shariman! Mujurlah saya dapat jumpa awak berdua. Saya fikir kita tak akan jumpa lagi.

Peluit kapal berbunyi.

bidin! boleh tinggalkan kami sekejap

Sudah tentu tuan! Dia berjalan ke satu arah. Meman dang ke arah pekerja kapal dan bukannya ke arah kami.

nah! Saya mahu awak berdua ambil ni.

Sesuatu dari bawah selimut tebalnya dikeluarkan. Kristal merah itu. benarbenar merah. aku tidak pernah me li hatnya lagi selepas aku ke rumahnya di Kota Kinabalu.

Tidak seorang pun antara kami yang berani bercakap.

nah! ambil ini! Dia menghulur dengan tangan yang menggigil.

benda ni berharga kepada tuan. Mataku tidak lepas daripada memandang kristal itu. Saya tak boleh ambil.

Saya mahu awak menyimpannya. Saya mahu awak ingat. ingat tentang apa yang bakal awak temui dan awak lakukan. Masih banyak lagi kristal macam ni. Saya mahu awak berdua mencarinya untuk saya.

Dengan perasaan bercelaru, aku mengambilnya. cuba me nyerahkan kepada Shariman tetapi Shariman berundur ke belakang. Kristal itu bagaikan berhantu. Seolaholah kristal itu akan menggigit tangan sesiapa sahaja yang memegangnya.

Tidak seorang antara kami yang mahu kannya. aku meman dang encik Rosli, mengharapkan agar dia me ngambilnya semula. Tetapi dia hanya tersenyum.

akhirnya aku terpaksa menerima kristal merah itu. aku menge lek rapat ke perut. encik Rosli merenung aku dengan se buah senyuman. Tetapi aku tidak yakin senyumannya ikhlas.

bayangkan kekuatan arca syaitan itu apabila awak menggunakan kristal ini.

Kristal itu bersinar kemerahan.

carikan bakinya, Salimah. Saya mahukan kesemua nya. ada nada tamak terkandung dalam katakatanya.

Saya... ya tuan!

Pelayaran kami mengambil masa sepuluh hari. Setiap hari dalam minggu itu, Shariman mabuk laut. aku gem bira dengan keadaan itu, sekurangkurangnya dia tidak boleh mengongkong aku lagi.

Kaptennya adalah seorang berbangsa eropah. Tetapi dia begitu fasih apabila bercakap dalam bahasa Melayu. Kapten Shreeves masih muda, kurus dan bermata biru serta berambut blonde. Setiap petang, kami akan makan bersama dan dia kelihatan berminat terhadap aku. Setiap kali bersamanya, aku cuba membayangkan tubuhnya di bilik air seperti mana Shariman yang aku lihat dahulu.

Kebanyakan penumpang kapal itu berbangsa Jepun. Jadi perbualan dalam bahasa inggeris dan Melayu langs ung tidak kedengaran. aku cuba menyapa mereka dalam bahasa inggeris tetapi jawapan yang diberikan mem buatkan aku termangu. Kecuali kerana kehadiran Kapten Shreeves dan anak kapal yang lain, pelayaran kami begitu sunyi.

Shariman terpandang aku dan Kapten Shreeve ber samasama pada suatu malam. Dia tidak menyukai malah cem buru. Dia memarahi aku. aku berasa tidak selesa. aku cuba menerangkan kepadanya tetapi dia langsung tidak mahu menerima penjelasan aku.

Mulamula dengan pelakon tua tu, sekarang dengan orang kapal ni pula. Kenapa kau buat tak reti saja pada orang yang cintakan kau

Shariman! antara kita tak ada apaapa.

Tak melucukan, Salimah!

Kau tak sepatutnya berkata begitu. Rashidi seorang yang baik dan kau juga meminatinya.

ah! Dia seekor buaya tua yang tak bertaring.

Kau nampaknya lupa pada perempuan penulis tu.

Tak ada apaapa yang berlaku antara kami berdua.

Rashidi ada di situ. Dia melihat dan mendengar semua nya.

Dasar orang tua sial!

aku berundur. aku berasa malu kerana sepatutnya kea daan seperti ini tidak timbul di dalam pelayaran kami. Oleh kerana itu aku mengambil keputusan untuk me langkah, meninggalkan Shariman. biarlah dia di dalam kemarahan asalkan aku tidak terlibat di dalam situasi bodoh.

Hari kelapan pelayaran kami....

aku memandang ke arah sinaran bulan di dada langit yang nampak bergerak seiring dengan kelajuan kapal. Suasana agak suram, menawan dengan riak laut berwarna kehitaman. angin malam mengelus ke wajahku.

Gelombang ombak nampak berbalambalam dan

270

membalikkan cahaya bulan. Di manamana pada permu kaan laut, cahaya bulan bagaikan kepingankepingan perak yang bertaburan.

Kristal merah ada pada aku. aku menggelarkannya Kristal berdarah. ia kelihatan bersinar dalam cahaya purnama. aku dapat merasakannya. ia tidak sejuk seperti kristal yang lain. ia lebih suam daripada segumpal darah yang segar.

Setengah orang tak faham mengapa orang lain jatuh cinta kepada laut. Shreeves datang ke sisi aku tanpa aku sedari.

aku berpaling. Dia semakin merapati aku.

Kristal berdarah pantas aku sembunyikan ke dalam kocek seluar. aku memandang permukaan laut dan tidak ke wajahnya.

Laut memang cantik. ia nampak macam hidup. Ma lah kalau kau rapat dengannya, ia seakan memberi ketena ngan pada diri kau.

aku membiarkan Shreeves meneruskan katakatanya. Di dalam keadaan seperti sekarang, aku berasakan tin dakan mendiamkan diri adalah lebih wajar.

Salimah... Tangannya terhulur dan menyentuh tangan aku. aku membiarkan tindakannya itu dan tidak berkata walaupun sepatah.

Shreeves menggerakkan tangannya perlahan ke ta ngan ku dan akhirnya berhenti di bahuku. aku meletakkan kepalaku ke tangannya. Kami berciuman. Shreeves memelukku dan kami berkucupan. aku masih dapat mendengar bunyi air di laut, sedangkan sebelah daripada tanganku menyeluk kocek seluar dan merasai kehangatan Kristal berdarah.

Seketika kemudian aku membuka mata. berdiri di hujung dek adalah Shariman. Dia sedang memerhatikan kami. Perasaanku tibatiba menjadi dingin.

Shreeves. Hentikan! Dia mengucupku lagi.

Shreeves... ada orang tengok kita.

Dia segera melepaskan aku dan memandang sekitar dek.

Kekasih kau

Dia bukan kekasih aku. Dia saja yang fikir macam tu.

Kalau macam tu, apa yang nak dirisaukan aku memegang tangannya. aku segan.

Kita ke tempat lain

Kabin aku

Dia raguragu. Matanya meligas di sekeliling dek itu. Tangan aku masih di dalam genggamannya. Kemudian dia merenung mataku dan mengangguk.

Okey.

Kami melangkah pantas. Sebaik sahaja kami berada di dalam kabin, aku cuba menyalakan lampu... sedangkan pada masa yang sama Shreeves bagaikan tidak mahu melepaskan aku daripada pelukannya. aku mengeluarkan kristal itu dan meletakkannya di atas meja di sisi katil aku.

aku tidak tahu mengapa aku terlalu mudah menyer ahkan tubuh kepada lelaki yang baru aku kenali itu. Dan aku juga tidak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Kalau hendak dikatakan aku bercinta dengan Shreeves, adalah amat mustahil. Sebabnya, aku masih terlalu baru mengenalinya.

apa yang aku boleh katakan ialah, aku melakukannya kerana bosan. atau lebih tepat lagi, membalas dendam.

Pada tengah malam, cahaya rembulan mencecah ke kabin. aku dapat mendengar pukulan gelombang laut ke permukaan dinding kapal. Shreeves masih di sebelah aku. Sebelah tangannya memeluk aku. Tubuhnya terasa ha ngat. Dia menekan aku ke tepi dinding kabin. aku berbisik, Shreeves. Tidurnya begitu nyenyak.

aku cuba menggerakkan tubuh aku tanpa mengejut kan nya. Di atas meja di sebelah aku, aku terpandang Kristal berdarah yang pekat warna merahnya. aku tidak dapat meloloskan diri aku daripadanya. Dia terlalu menekan aku. Terlalu berat. aku tidak boleh bergerak.

Shreeves!

Dia menggeliat. Meletakkan tangannya yang sebelah lagi. Memeluk aku, mengucup aku walaupun dengan mata yang terpejam. aku menyentuhnya. aku menolaknya.

Shreeves! bangun!

Dia mengucup aku lagi. Pelukannya semakin erat.

Salimah!

bangun Shreeves! Salimah... aku cintakan kau.

Dia mencium aku di tengkuk. Terasa geli. aku ingin mem balasnya tetapi aku teringatkan Rashidi dan... ah! bukan dia!

Shreeves! aku perlukan ruang. anjak ke sana sikit. aku menolaknya perlahan.

Setengah terlena, dia beralih. Jauh sedikit daripada aku. aku menolaknya jauh sedikit. Tibatiba dia menjerit. Oh God! Jesus! aku terus bingkas.

Kenapa

Oh God!

Shreeves! aku merangkak padanya dan menyalakan lampu.

Pergelangan tangannya berdarah dan Kristal berdarah benarbenar berdarah. Darah bertitisan di lantai. Shreeves sendiri dilumuri darah yang keluar dari perge langan tangannya. Dia mencabut serpihan yang terbenam dan melemparkan ke sudut kabin.

Ya Tuhan! Shreeves! aku berlari ke pintu dan menjerit.

Seketika kemudian, penumpang kapal mula menge rumuni kabin aku. Salah seorang daripada anak kapal me ngam bil sehelai kain dan membalutkan luka di perge langan tangan Shreeves. Doktor di kapal itu tiba tidak lama kemudian. Dia mengubati luka itu dan membalutnya dengan teliti. apabila semuanya telah selesai, kami sendirian lagi. aku mengambil kristal yang dilemparkan ke sudut kabin dan mula membersihkannya dari darah Shreeves yang melekat.

Shreeves merenung aku. Wajahnya pucat dan agak comot dengan kesan darah yang mula mengering.

Kenapa kau simpan bendabenda bahaya macam ni

Maafkan aku.

Kaca tu tajam. bahaya! ada nada mengah di dalam sua ra nya. barangkali dia sedang menahan kesakitan.

Maafkan aku. aku sangka ia tak akan cederakan se siapa pun.

aku mungkin akan mati kerana pendarahan yang teruk kalau tak diselamatkan oleh doktor tadi. Maafkan aku. Semuanya ni salah aku. aku meletakkan Kristal berdarah ke dalam besen basuh dan melangkah ke katil. aku duduk di sebelahnya. cuba menciumnya tetapi dia beralih duduk.

Tolonglah Shreeves. Maafkan aku. Dia kelihatan resah.

aku seharusnya berada di kabin aku. Mungkin aku lebih tenang di sana.

Mungkin juga. biar aku temankan kau.

Tak payahlah. Dia bangun dan berjalan terhoyonghayang ke pintu dan membukanya.

Selamat malam, Shreeves. Dia terus menghilangkan dirinya tanpa menjawab ucapan aku sebentar tadi.

Kristal itu masih ada di dalam besen basuh. aku mem ber sihkannya dengan teliti. Kemudian aku memadamkan lampu.

Kristal berdarah bersinar. apa sudah terjadi

aku mengangkatnya dengan teliti. Menyentuh seginya dengan jari. aku cuba menekan dengan kuat, tetapi kristal itu hanya terbenam tanpa melukakan aku. aku pasti ia juga tidak melukakan Shreeves. Tetapi mengapa per ge la ngan tangan lelaki itu luka Dan darah yang masih bertom pok di atas lantai itu... apa sebabnya

Sukar sekali untuk aku melelapkan mata. aku me ngam bil keputusan untuk berjalan di tepi dek. bulan sema kin merendah. Di dalam kesuraman itu aku dapat melihat Shariman sedang memandang aku. aku tahu dia sedang tersenyum. Mungkin dia sudah mengetahui kejadian tadi. Mungkin juga dia menantikan saatsaat tersebut. Mungkin juga dia yang.... ah! Tidak mungkin dia yang melukakan pergelangan tangan Shreeves.

aku ingin segera sampai ke destinasi kami.

akhirnya aku kembali semula ke kabin. aku

mengunci pintu tetapi tidak pula tertidur.

Di atas meja, Kristal berdarah bersinar semakin terang.

Kami telah tiba di destinasi yang dituju. Kami menginap di sebuah hotel di pinggir bandar. Di situ, ramai kaum peri bumi yang berjalan ke sana ke mari mencari rezeki. Mereka membawa anakanak, barangbarang jualan dan binatang ternakan. bekerja di sini menunaikan perintah encik Rosli

hampir membuatkan aku lupa tentang masalahnya. bagaimana harus aku memulakannya bandar itu terlalu asing kepada aku. Malah terlalu asing juga kepada Shariman.

Pagi yang kedua, awan hitam mula menebal di dada langit. Tidak lama kemudian, guruh dan kilat mula me nyambar. angin bertiup kencang. Hujan sudah mula turun dengan lebat. Untunglah kami telah membeli dua kaki pay ung hitam lebar ketika bersiarsiar di pinggir bandar itu.

Hari yang ketiga, kami mengeluarkan surat yang dibe ri kan oleh encik Rosli kepada kami. Kami tidak lagi men ja di dua orang pelancong tetapi sebagai pekerja encik Rosli. Kami harus pergi ke sebuah bangunan yang me nyimpan manuskripmanuskrip lama yang memper ka ta kan tentang Kristal berdarah atau yang berkaitan de ngan nya.

aku mula berasa bosan. Hujan lebih lebat dari semalam.

Salah seorang pengawal di bangunan itu memeriksa su rat kami. Kemudian meminta kami agar menunggu se ben tar di dalam sebuah bilik kecil yang agak sempit.

Kami menunggu hampir sejam. ini membuatkan Shariman menjadi tidak sabar. Dia berpendapat kami membuang masa sedangkan banyak perkara lain boleh dibuat. aku tahu, dia mahukan masa yang lebih untuk bersama aku dan berbincang tentang perhubungan kami.

Mereka seharusnya tahu, kita adalah orang penting. entah dari mana, seorang lelaki tua muncul. Dia berbadan kurus tetapi kekurusannya dilindungi oleh jubah panjang yang dipakainya. Seorang pemuda berdiri di Juga berpakaian sama tetapi berwarna putih. Dia mungkin berusia dalam lingkungan 18 tahun atau lebih muda dari itu. Matanya tidak henti merenung kami ke atas ke bawah. Seolaholah kami telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar.

encik Shariman!

Ya... uh...

Saya Syeikh Hamdan alJaoudi. Selamat datang. Kami memandang sekeliling.

Lelaki tua itu menghulurkan tangannya. Shariman menyambutnya dan menggoncangnya dengan agak kuat. Wajah lelaki tua itu bertukar. biji mata anak muda yang berada di sebelahnya, berkisar. aku segera berbisik ke telinga Shariman.

Dia mahu kau mencium tangannya.

Ta...! Kau bergurau

Jangan membantah. buat saja.

Sungguh menggelikan hati apabila melihat Shariman ter bongkokbongkok mencium tangan orang tua itu. Orang tua itu menghadap kepada aku pula. Tetapi ciuman aku tidaklah bersungguhsungguh seperti yang dilakukan oleh Shariman tadi. Pandangannya saling bertukar antara kami berdua.

Jadi, kawan kau ariffin Osman telah menghantar kau berdua untuk menyelongkar kutubkhanah di sini, ya

Ya, Tuan Syeikh, jawab aku sekalipun aku rasa tidak sedap mendengarkan katakatanya.

bagaimana kami boleh membantu awak berdua tanya pemuda di sebelahnya pula.

Kami... Shariman berpusing ke arahku. cik Salimah seorang penyelidik. Tentu dia boleh menerang kan.

Syeikh tua itu memandang pula kepada aku.

cik Salimah seorang wanita yang cantik. awak sepa tutnya dah berkahwin dan mempunyai anak.

Mataku terbeliak. aku tidak menyangka seorang tua dan dihormati lebih baik jikalau aku katakan minta dihormati sanggup berkurang ajar dengan aku.

awak berdua mencari harta karun

Tak! Saya ingat tentu surat itu telah menerangkan segalanya.

encik Mohamed Rosli Ya! awak pencari upahannya.

Kami tidak kuasa melayan orang tua itu lagi. Mungkin dia sudah nyanyuk atau gila. Keinginannya untuk me ngetahui tujuan kedatangan kami, membuatkan aku berasa tidak selesa. bilik kecil itu begitu merimaskan.

Maafkan saya! Kali kedua, pengiringnya bersuara. Kami bertiga memandangnya. Kalau tuan benarkan saya, mungkin saya boleh menolong tetamu kita ni.

baguslah kalau begitu.

nama saya ali Hussin. Dia berjabat tangan dengan kami. aku menyambutnya. aku cuba tersenyum semesra

yang mungkin.

Syeikh tua itu sekali lagi mengganggu. ali ni ada kerja yang perlu dibuat.

Oh! aku bersuara ingin mengetahui.

Dia tengah menjalankan satu kajian tentang... bebe rapa dokumen zaman purbakala.

Sepatutnya itu mengejutkan kami tetapi Shariman seperti biasa sahaja.

bila kami boleh mulai

Kenapa tanya Syeikh Hamdan. adakah orang bandar selalu tergesagesa

Mereka ada kerja penting yang perlu dibuat. ali Hussin cuba tersenyum kepada Syeikh Hamdan yang ber wajah serius.

Kemudian Syeikh yang tua nyanyuk itu berjalan ke luar. ali Hussin tersenyum lagi.

Saya boleh berikan semua katalog kepada awak berdua. itu pun kalau awak berdua suka.

Tak apa. Terima kasih saja. bagaimana awak boleh mahir dengan koleksi di sini Maksud saya, dah berapa lama awak di sini

Saya bekerja dengan Jabatan Kaji Purba empat tahun dulu. Jadi kebanyakan dari masa saya dihabiskan di sini.

Oh! itu sahaja yang keluar dari bibir aku.

ali Hussin tersenyum. Mari saya tunjukkan tempat nya.

Kami membuka payung, berjalan mengekorinya me lintasi bangunan kayu yang semakin tua. Titisan hujan yang jatuh ke permukaan atap genting, menimbulkan sua sana hingar yang menusuk telinga. Di belakang bangunan itu terdapat sebuah rumah besar yang seakanakan ba ngunan zaman penjajahan.

ini bangunan Muzium arkeologi kami, kata ali Hussin sambil tersenyum. Kami memandang ke arah yang ditunjukkan. akhirnya kami tiba di dalam sebuah bangunan yang di ke lilingi pelbagai ukiran dan bukubuku lama. ada se buah tangga di belakang bangunan itu. Kami sebenarnya berdiri di anjung.

Senyuman di bibir ali Hussin telah hilang.

awak berdua tahu apa yang ada di dalam bilik itu barang dari dunia purba, manuskrip dan artifak yang dah lama dilupakan. Juga tembikar dan ukiran misteri zaman dahulu.

Kami hanya mengangguk. Malas hendak melayan cakapcakapnya. Yang paling aku benci ialah matanya. ali Hussin kerap memandang aku dan aku tahu sasaran pandangannya adalah bahagianbahagian tertentu pada tu buh aku. Lebih menyakitkan hati ialah setiap kali dia mer e nung aku, setiap kali itulah dia membasahkan bibirnya.

Kami berjalan memasuki sebuah bilik lain yang hanya disinari lampu elektrik bercahaya malap. Siling bangunan itu terlalu tinggi, hinggakan cahaya lampu itu tidak berupaya menerangi kawasan lantai. Dindingnya pula kelihatan kotor dan berlumut.

Kami berjalan lagi. akhirnya kami memasuki sebuah ruang yang terlalu suram. Di ruang itu, penuh dengan meja yang sedang tersusun rapi. Manuskrip lama dan luk isan yang kelihatan usang, berlapis di

atas meja. Semakin lama kami berjalan, suasana di tempat itu semakin kelam dan menyeramkan. ali Hussin terus berjalan di hadapan kami sambil bersiul menyanyikan lagu yang entah apa tajuknya.

aku memandang Shariman. Dia tidak bercakap se pa tah pun semenjak kami masuk ke situ. Matanya terbuka lebar. Wajahnya penuh bintikbintik yang berkaca disim bahi cahaya malap.

Kau tak apaapa

Tidak Salimah. Tapi sebenarnya aku takut dengan gelap.

Oh. aku memandang. Riak wajahnya sebenarnya menggambarkan dia panik. apa yang boleh aku tolong

Pegang tangan aku.

Shariman!

Tolonglah! ia sedikit sebanyak menenangkan pera saan aku. aku memegangnya. Perlahan tetapi lama kemudian erat. Dia semakin rapat denganku. Satu perasaan asing menyelinap di dalam hatiku.

entahlah! aku tidak tahu sama ada aku bahagia atau tidak. Tetapi aku berasa begitu seronok menggenggam te la pak tangannya. Jikalau boleh, aku tidak mahu mele paskan tangannya itu.

aku tak sangka keadaan di sini terlalu teruk. aku sangkakan, kita akan masuk ke sebuah perpustakaan biasa saja.

akhirnya kami dibawa ke sebuah ruang lain yang lebih suram. Yang ada hanyalah sebatang lilin menyala. ali Hussin berhenti. begitu juga dengan aku dan Shariman.

Semua yang awak perlukan, ada di sini.

Kalau kami tak jumpa

Tempat ni sajalah yang awak boleh cari. Tak ada tem pat lain di dunia ni. Semua buku tentang kristal dan arca ada di sini. buatlah macam yang awak sering fikirkan.

Dengan menggunakan lilin yang ada, aku mula me nger jakan apa yang sepatutnya aku lakukan. Kerja aku se makin sukar. Sesetengah daripada manuskrip yang ada, terlalu lusuh sehingga menyukarkan kami meneliti dan membaca.

Kepala aku mula pening. badan aku mula penat. aku ingin berehat. apa yang aku cari masih lagi tidak dijum pai. Ketika aku tertepis sebuah manuskrip yang berkulit tebal, sesuatu yang aku cari, menyerlahkan diri.

aku terjumpa sesuatu. Sesuatu yang sangat kami perlukan. Kristal Merah Ruala... Ruala terletak di selatan bandar itu.

aku merenung manuskrip yang aku pegang.

Ruala! bukankah tempat tu dah musnah dijilat api zaman darurat dulu

Ruala ali Hussin menyegarkan ingatannya. Ruala Ya! Perkampungan tu memang dah musnah diba kar komunis. Senyumannya kembali memutik.

Kristal Ruala, apa maksudnya aku memandang Shariman dan tersenyum. Dia faham maksud aku.

awak berdua mungkin menemui sesuatu yang sangat bernilai di sana. Shariman tersentak mendengar nada ali Hussin yang sudah bertukar.

bagaimana kalau kami tak jumpa

awak akan beritahu saya... err... maksud saya, kami.

Kalau tak Shariman pula mencelah.

Kami tetap akan tahu.

bagaimana pula kalau encik Rosli dan encik ariffin tahu yang awak melayani kami seperti pencuri

ariffin Osman tahu apa yang sedang berlaku dan begitu juga dengan kami. Kristal berdarah adalah kepunyaan kami dan ia akan diserahkan kepada kami. Tak kira sama ada dengan cara baik atau sebaliknya.

Kami telah terperangkap tanpa kami sedari! Tetapi aku lebih hairan kerana dia juga menggunakan istilah yang sama dengan aku terhadap kristal aneh itu.

Hujan turun renyairenyai petang itu. aku masih be rada di bilik. aku mengeluarkan Kristal berdarah yang diberikan oleh encik Rosli kepada kami. aku terdengar bunyibunyi aneh di bilik Shariman. Kebetulan pula bilik Shariman terletak di sebelah bilik aku.

aku masih merenung kristal di tangan. cuaca di se ke liling agak suram tetapi kristal itu bersinar garang. Kehangatannya dirasakan menjalar ke seluruh badan aku. Sepatutnya dalam keadaan begini ia akan sejuk tetapi yang terjadi, sebaliknya pula.

Ketukan di pintu bilik kedengaran.

Siapa

Salimah! benarkan saya masuk! Suara ali Hussin menggeletar.

aku berjalan ke pintu dan membukanya. ali Hussin kelihatan basah kuyup. Saya lupa bawa payung. aku memegang daun pintu dan membukanya. Tetapi kemudiannya aku menghadangnya dari terus masuk ke bilik aku. Saya kesejukan Salimah.

aku mendengar bunyi bising dari arah bilik Shariman. ada sesuatu yang menghentak dindingnya. aku menoleh.

apa yang dah berlaku di sana

Tak ada apaapa. Dia hanya lepaskan rasa marahnya saja.

awak ke biliknya

Sekejap saja. boleh saya masuk

Saya tengah berkemas sekarang.

Sekejap saja. Lagi pun... saya... awak terlalu cantik,

Salimah. Kau kepunyaan aku dan aku memiliki kau. aku mula faham dengan apa yang dimaksudkannya. aku cuba menutup pintu tetapi dengan pantas dia menolak daun pintu. Pintu bilik ternganga.

berikan sahaja Salimah sementara masa masih ada untuk kita berseronokseronok.

Dia tersengihsengih sambil melangkah. aku berun dur setapak dan akhirnya tidak dapat ke manamana lagi. aku tersandar ke tepi dinding katil. Dia mula menyentuh aku. aku menepis tetapi kedua belah tangannya dengan pantas mengarah ke buah dada aku.

Shariman!

Diam!

Jangan sentuh aku, binatang!

Dan sebelum sempat ali Hussin berbuat apaapa ke pa daku, Shariman telah berdiri di tepi pintu sambil meren ung tajam ke arah kami berdua. Matanya merah dan menyinga.

apa yang kau buat di sini, babi

err... saya... saya nak ucapkan selamat jalan kepada cik Salimah. Dia cuba berbohong dengan wajah gemen tar.

Kepala bapa kau! Shariman sudah mula hilang akal. baju ali Hussin direnggut dari belakang. Kepala ali ditumbuk sekuat hati. Kemudian Shariman menolak ali ke beranda bilik. ali cuba melarikan diri tetapi Shariman lebih pantas menyekat pergerakannya. ali Hussin dipukul semahumahunya. Kepala ali Husin mula berdarah. bibir nya pecah dan separuh daripada soket matanya berwarna biru hitam.

Ketika Shariman hendak menerpa untuk memukulnya, ali bingkas bangun dan terus melarikan diri. itulah kali terakhir aku melihat ali Hussin.

Hujan turun selebatlebatnya. Titisannya agak keras menikam atap bilik. cahaya yang ada di bilik aku tidaklah ter lalu terang dan tidak pula terlalu cerah. aku mema dam kan lampu dan berjalan ke jendela. Suasana di luar kelabu, kelam dengan rembasan angin dan air hujan. Di atas meja bersebelahan denganku, Kristal berdarah ter tong gok tidak bergerak.

aku tidak pernah melihat Shariman marah sebegitu rupa. apa yang telah dilakukan oleh ali Hussin sebentar tadi membuatkan Shariman benarbenar berang.

Wajahnya kupandang. aku terhutang budi kepadanya! Dan aku juga merasakan perasaanku terhadap Shariman begitu mendalam. aku tidak pasti apa sebenarnya yang mendorong Shariman mengambil tindakan sebegitu rupa. namun tin da kannya telah menyelamatkan maruah aku daripada dic e mari oleh seorang lelaki muda yang memiliki mata gatal. Mungkin Shariman telah menduga bahawa lelaki muda itu akan memperlakukan sesuatu terhadap aku. Mungkin juga Shariman telah melihat bagaimana ali Hussin memandang aku dengan penuh nafsu.

Shariman!

Hmmm

Kau sejukaku merapatinya. Tangannya kupegang dan

kugenggam. erat genggaman balasnya. Terasa seolaholah seluruh perasaanku mengalir bersamasama urat sa raf dan bercantum di dalam sebuah pertemuan yang tidak pernah aku jangkakan selama ini.

Dia memandang ke arah aku. Tersenyum dan meng angguk, mengerti.

Untuk pertama kali sepanjang kami bersamasama, aku berasakan sebahagian daripada Shariman adalah milik aku. bahkan aku juga menganggap bahawa diriku adalah sebahagian daripada Shariman. Penyerahanku kepada Shariman semem angnya bukanlah sesuatu yang dipaksapaksa lagi.