"Hmm... kalau part tu memang saya rasa pelik jugak la. Sekarang ni saya rasa kaitannya bukan di antara mangsa-mangsa yang kena bunuh. Tapi cara pembunuh tu memilih mangsa dia. Mungkin dia memang sengaja target orang-orang yang ada kaitan dengan novel hitam tu. Cuma kaitan melalui apa ya... Takkan semua orang yang baca novel tu dia nak bunuh Ramai tu...."
"Abang rasa tak. Kaitannya bukan dengan novel yang komersial. Tapi dengan novel yang asal."
"Abang dah try tanya penulis tu Tanya dia samada, ada lagi tak orang lain yang dah pernah baca salinan novel yang asal tu."
"Memang abang cuba nak hubungi dia, tapi tak dapat. Banyak benda yang abang nak tanya. Terutama sekali pasal watak Zack dalam novel yang dia tulis tu. Sebab dalam novel tu ada cakap yang Zack akan tolong arwah Anom balas dendam pada orang-orang yang dah buatkan dia mengandung. Abang tak taulah. Tapi mungkin ada kaitan dengan Pembunuh Batik Biru. Sebab cara dia membunuh memang ada unsur-unsur dendam. Sebab terlalu kejam. Seseorang pembunuh takkan buat sampai ke tahap tu tanpa sebarang sebab. Tentu ada sebab di sebalik kerakusan dia. Mungkin memang betul Pembunuh Batik Biru tu nak balas dendam bagi pihak Anom"
"Entahlah bang.... Bila fikir-fikir balik, saya rasa macam mengarut la semua ni. Novel hitam tu, tak kiralah yang asal ke yang komersial ke, semua tu cuma cerita rekaan je. Takkanlah sampai nak bawak ke dunia sebenar Saya rasa mungkin semua ni kebetulan je kut.... Kalaulah memang ada kaitan pun, saya rasa tak lebih dari sekadar seorang yang tak siuman, yang terlalu obses pada novel tu, sampaikan sanggup membunuh. Tu je penerangan yang saya boleh fikirkan."
Munir membisu. Tak upaya nak terus memberikan respon. Sungguh-sungguh dia penat memikirkan. Suraya faham. Lalu daripada terus memberi tekanan kepada otak Munir, Suraya sebaliknya cuba untuk menenangkan suaminya itu.
"Dahlah bang.... Perlahan-perlahan la. Lagipun ini kan bukan kes abang. Abang biar je Zaiful yang uruskan. Abang tolong sikit-sikit dah la..." pujuk Suraya.
"Lagipun, saya bimbang jugak dekat Adib sebenarnya..." sambungnya lagi.
"Kenapa dengan Adib"
"Yalah. Novel hitam tu kan mak kandung dia yang tulis.... Jadi semua ni mungkin sensitif untuk dia. Adib tu dahlah seorang budak yang sukar diramal. Imaginasi dia pun tinggi. Takut jugak kalau dia tau pasal semua ni, nanti macam-macam pulak masalah yang timbul. Jadi, saya harap abang jangan libatkan Adib sama ya" pinta Suraya lembut.
Munir mengangguk. Memang betul cakap Suraya. Munir juga tidak mahu keghairahannya untuk cuba selesaikan kes ini, memberi kesan kepada Adib. Adib dah cukup keliru sebagai seorang budak yang telah kehilangan banyak benda penting dalam hidupnya. Bapanya, ibunya, neneknya, alam kanak-kanaknya. Munir tidak mahu hidup Adib terus dikejar kesedihan dan melapetaka.
Dia simpati pada Adib. Sudahlah Adib begitu rindu pada arwah ibunya. Sampaikan setiap malam berpura-pura berjumpa dengan seorang wanita berpakaian semua putih yang Munir kira adalah simbolik kepada imej yang ingin Adib anggap sebagai ibunya.
Oleh sebab itu, Munir tak mahu Adib tahu bahawa, novel hitam yang ditulis oleh ibunya dulu, barangkali ada kemungkinan menjadi penyebab kepada kematian empat orang lelaki. Perkara itu tentu akan menghancurkan hati Adib.
Munir mengetuk pintu bilik Adib lalu membukanya terus. Kelihatan Adib sedang duduk menulis sesuatu di mejanya.
"Adib buat apa sayang"
"Kerja rumah."
"Iya Nak Abang Munir tolong"
"Tak perlu. Ia hanya sebuah karangan peringkat darjah tiga. Aku cukup pengetahuan untuk menghasilkannya. Malah lebih dari itu lagi. Jadi tak, Abang Munir. Aku tak perlukan bantuan Abang Munir."
Munir tersenyum. Kadang-kadang dia lupa betapa bijaknya Adib.
"Okeylah. Kalau Adib nak apa-apa bagi tau je okey Abang Munir dengan Kak Sura ada je dalam bilik."
"Adakah Abang Munir akan bersama dengan Kak Sura malam ni" soal Adib tiba-tiba.
"Bersama"
"Malam ini kan malam Jumaat."
Munir tersenyum sendeng. Dia menggosok kepala Adib.
"Adib budak-budak lagi. Tak payah ambil tau lah semua tu...."
"Kalau aku tak boleh ambil tahu tentang itu, boleh aku ambil tahu tentang perkembangan Pembunuh Batik Biru" soal Adib.
Munir menelan liur.
"Kenapa Adib berminat sangat dengan kes tu"
"Sebab aku dapati ia menarik. Malah mungkin boleh membantu aku menulis karangan untuk kerja rumah aku ini."
"Takkan Adib nak buat karangan pasal pembunuhan pulak Buat cerita lainlah. Cerita pasal Sang Kancil ke..."
"Sang Kancil"
"Yalah."
Adib menjongketkan sebelah keningnya.
"Aku betul-betul harap Abang Munir tidak menyarankan untuk aku menghabiskan masa sejam dari hidup aku untuk menulis tentang seekor... kancil," ujar Adib seolah-olah idea Munir itu sesuatu yang betul-betul menghina inteleknya.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Adib akan memaksa Munir untuk menceritakan tentang perkembangan Pembunuh Batik Biru