SEMBANG TEPI JALAN - 29
15 November J004 Daripada senarai irama yang ada, aku memilih cabang muzik folk sebagai haluan aku untuk berkarya. Miliat aku datang sejak pertama kali aku lihat kulit album penyanyi Boh Dylan bertajuk 'Street Legal', 'Blood On The Track' yang dihadiahkan oleh abang aku yang berada di luar negara. Semacam ada satu tarikan magnet yang menyentap jiwa aku, walau pun pada waktu itu Bahasa Inggeris aku lintang-pukang. Sejak itu, aku mula mendengar semua jenis muzik folk. Bugi aku, folk mempunyai soul value. Namun, ia tetap bergantung kepada artis dan cara pembawaannya kerana folk adalah untuk jiwa dalaman, bukan tubuh. Folk irama yang memerlukan nilai keikhlasan yang lebih. Kita tidak boleh nafikan bahawa di mana-mana negara dalam dunia ada penyanyi folk. Folk itu irama untuk rakyat. Istilah itu berbeza dengan lagu-lagu rakyat. Pengalaman aku mendapati ramai yang masih terkeliru irama untuk rakyat dan lagu rakyat apabila terdapat seorang wartawan berbahasa Melayu menanyakan aku, "Folk tu lagu-lagu rakyat keri" Jelas, dia tidak tahu apa-apa tentang muzik, namun mengaku wartawan hiburan. Lalu, aku suruh dia balik rumah buat homework. Atau, tukar sahaja jawatan, jadi Mak Andam ker, jadi wartawan bahagian umpat-mengumpat ker. Kebanyakan wartawan di sini tidak mengetahui tau apa-apa mengenai muzik dan sungguh mengecewakan. Nak buat macamana, kan Konsep muzik folk ni masih kecil di Malaysia ni, tidak seperti trash mahupun rock. Sebab irama sedemikian mempunyai pengikut dan ajaran tersendiri. Folk juga ada pengikutnya tersendiri tetapi mereka ini golongan niinoriti di dalam industri muzik. Aku percaya ia memerlukan masa. Aku suka pada 89 cabaran sebenarnya. Di Kuala Lumpur, aku banyak terlibat dalam gig-gig yang dianjurkan oleh syarikat yang berlabelkan independen atau di Actors Studio, No Black Tie dan bcberapa tempat lain. Dan ianya berkembang secara perlahan. Kesimpulan aku, seorang penyanyi irama folk perlu berkarya mengikut nalurinya. Lagu-lagu perlu dari dalam diri termasuk luahan perasaan. Kalau di Barat, penyanyi folk seperti Bob Dylan, Nick Drake, Cat Steven, Paul Simon & Garfunkel. Di Indonesia pula irama folk diperjuangkan oleh Iwan Fals, Ebiet. G. Ade, Gombloh, Sawong Jabo, Doel, Sumbang dan banyak lagi. Di Malaysia pula kita mempunyai Kembara dan Harmoni. Ada yang jenis muziknya biasa tetapi liriknya lebih merakyatkan. Maka ia juga dikategorikan di dalam folk pop. Melodinya mudah dan lebih jujur. Itu yang membuat aku meminati irama ini. Selain Dylan, aku juga pernah mengkagumi Cat Steven dan Nick Drake. Masing-masing mempunyai jenama dan gaya masing-masing. Tema-tema lagu mereka pula banyak berkisar tentang hidup, politik, ketuhanan, kemanusiaan, depresi, emosi, putus asa, alam dan cinta. Bahasa kebanyakannya bahasa puisilah dan kesusasteraan. Kalau kita baca al-Quran pun bahasanya puisi dan susunannya yang indah. Banyak kefahamannya dalam satu ayat, semuanya bergantung kepada tahap kefahaman individu kerana bahasanya tidak langsung, umpamanya 'meniti titian Siratul Mustaqin'. Di dalamnya banyak makna yang boleh kita faham. Itulah sebabnya di dalam Islam ada syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Banyak aliran yang mengalami kesesatan atas sebab pemahaman sesuatu makna ayat atas kefahamannya sendiri, yang kadang-kadang nilai keikhlasannya boleh dipertikaikan. Terpulanglah pada individu. Cat Steven yang pernah popular dengan lagu 'Wild World' dan 'First Cut is The Deepest'. Aku memang mengagumi penyanyi ini. Pada usia 18 tahun lagi beliau sudah menjadi ternama. Dia memeluk Islam pada awal 80an dengan nama Yusuf Islam. Baru-baru ini aku menonton persembahannya di dvd pada tahun 1976 di rum ah teman. Pada waktu itu beliau masih dipengaruhi dadah dan segala macam elemen tetapi dia pula di penghujung pencarian. Aku membaca perjalanan hidupnya melalui lirik-liriknya yang begitu menyentuh. Dari segi penciptaan lagu sememangnya bagus, sungguh melodik, mempunyai pengaruh klasikal tetapi unik dan senang didcngar. Lirik-liriknya banyak berkisar tentang perjalanan hidupnya, 'SoulSearching. Lirik-liriknya berjiwa. Aku mempunyai banyak koleksi albumnya tetapi album yang betul-betul ku minati ialah Mona Bone Jakon dan Numbers. Berbalik kepada muzik, lirik-lirik yang aku buat banyak berkisar pada kemanusiaan, manusia, diri dan ada kalanya cinta. Aku terjemahkan makna alam mengikut kefahaman dari jiwa yang mengenal. Sebenarnya, apa juga keindahan yang di luar, ada di dalam diri kita umpama bulan, bintang, malam, siang, matahari, langit dan banyak lagi. Carilah sendiri. Bagi yang ada kemahuan, tentu ada jalannya. Nasihat aku, jangan jadi statik, nanti dilabelkan kerja Gomen - takut akan cabaran. Kita semua perlu ada semangat. Itu alasan utama kita hidup di muka bumi ini. Jenis muzik yang aku buat ada yang counting-nya 4/4, 6/8, ada jugak 5/4. Ya, ini bertambah rumit. Terdapat sedikit pengaruh raga, sedikit elemen Jazz, Pop dan Blues. Aku pernah mengiringi seorang penyanyi Punjabi yang terkenal dari India sebagai gitaris. Namanya Jaswinder Singh dan nyanyiannya berkonsepkan Ghazal Nawaz. Nyanyian dan cara penyampaiannya mirip seperti Nusrat Fateh Alikhan. Pengalaman tersebut amat bernilai buatku. Oleh kerana tidak ramai gitaris yang mahir untuk bermain muzik jenis counting seperti RAGA dan SA RE GA MA, aku terpilih. Kali pertama aku diperkenalkan ialah di sebuah hotel. Aku lihat dia seorang yang alim serta merendah diri. Lagu-lagunya pun mudah. Selepas 91 aku berseruju, aku pulang untuk mendengar lagu dari cakera yang diberi. Setelah meneliti, aku mendapati susunannya sedikit rumit kerana counting- nya mengikut sistem RAGA. Sekiranya kita mengira cara DO RE MI, ia seperti 7/8,5/4, tidak statik. Aku menelitinya sehingga aku tidak sedar jam menunjukkan jam enam pagi. Selain itu, aku mendapati semasa persembahan, dia akan menyanyi dan mengubah rentak ikut sedap dia. Kadang-kadang satu lagu, beliau akan mengambil masa sehingga 25 minit. Sepanjang persembahan selama empat jam, beliau hanya bersila. Aku dipujinya, dan orang ramai memujanya umpama dewa. Sungguhpun haluan muzik kami berbeza tapi pengalaman tersebut tidak dapat aku lupakan. Lagu-lagu aku berkembang mengikut mood lagu. Dari segi struktur chord ada yang 4/4,6/8,3/4. Kalau lagu-lagu biasa, chord-chord-nya Em, Am, D, G. Aku cuba untuk mengelak daripada membuat lagu yang seperti itu, kadang- kadang aku tidak mempunyai pilihan.