Buhaira bertempik (barangkali ini kali pertama ulama itu bertempik) saat dia memerhatikan betul-betul palang salib yang tegak terpacak di penghujung Dataran Deutemer ini. Palang itu diperbuat daripada kayu, terikat kemas padanya adalah satu susuk lembaga seorang pemuda yang begitu dikenalinya.
Mereka bergegas menuju ke arah Isa!
Kali ini derapan langkah kuda mereka kelihatan lambat; sungguh teori Relativiti saat ini sungguh menjengkelkan. Buhaira sudah tidak mahu berfikir tentang menakluki neo-Kuala Lumpur atau apa sahaja sedatif duniawi, kerana dia pasti bahawa dia kenal susuk yang tergantung pada palang kayu itu.
Susuk yang tersalib pada palang kayu itu!
Razief mendukung Srikandi Tinta Pujangga yang ditemui pitam di dalam perjalanan menuju ke arah Isa. Srikandi neo-Human itu masih lagi bernyawa namun tubuh separuh mesinnya sudah tidak mampu bertindak balas dengan kesakitan yang maha menyiksakan. Srikandi itu pitam. Sedang dia melihat di hujung sana, Buhaira telah tiba terlebih dahulu di tempat palang kayu, penuh ngeri lagikan misteri.
Mereka bergegas menuju ke arah Isa. Srikandi itu dijaga oleh pasangan Jacob dan Joseph.
Isa!!!
Buhaira tercengang!
Sungguh sukar bagi Razief untuk mempercayai akan apa yang dilihat oleh mata bogelnya. Kenyataan itu begitu mengerikan untuk diterima oleh akal manusia biasa, juga manusia separuh mesin sepertinya. Terpacak tinggi hadapannya adalah Isa.
Isa yang disalib!
Isa yang disalib itu telah mati. Isa yang disalib itu masih berbogel. Isa yang disalib itu telah kehilangan riwayatnya dengan rupa paras yang hina. Isa yang disalib itu tidak terangkat ke langit, bahkan masih kekal terikat, disalib di bumi.
Isa yang disalib!
Batang tengkuk pemuda proto-Human itu dililit dengan tali yang menyerupai jerami; lingkaran tali titanium itu menyerupai kasa dawai yang digunakan di zaman kuno dahulu. Lingkaran itu terhias dengan duri-duri titanium yang tajam, menusuk tembus batang tengkuk Isa, habis terpancut darahnya; membasahi batang tubuh yang dibogel hina.
Halkum sahabat Razief itu tertusuk lingkaran titanium berduri itu, manakala keliling batang tengkuknya menjadi lebam dengan tompokan darah beku. Sebahagian wajah Isa terkopek koyak, manakala sebahagian wajah tampan pemuda itu masih lagi mempunya bola mata yang membengkak.
Mata itu memandang Buhaira. Mata yang tersalib. Iya, mata itulah!
Mata yang tersalib itu memandang Buhaira.
Atau mata yang tersalib itu barangkali memandang Razief. Walau sebelah wajahnya terkoyak, ada kuntum senyum yang menghiasi wajah pemuda proto-Human itu, barangkali sudah berada di Syurga, atau barangkali sudah dicatat amal syahid demi Alif Lam Lam Ha untuknya.
Tuhan, anakku Isa, ya Tuhan.
Buhaira masih lagi meratapi jenazah bogel yang tersalib itu. Tertusuk tepat di antara bahagian dua mata Isa adalah sebatang paku yang menembusi tengkorak kepalanya, terus memegang tepat bahagian kepala Isa pada palang salib itu.
Sebatang paku lagi terbenam tembus di tengahtengah dada Isa, barangkali mengenai tepat salur aorta jantungnya sehingga terpancut jauh darah Isa, seperti pesta air di taman tema. Pesta celaka di taman tema.
Perut Isa yang ditambat lilit dengan lingkaran titanium berduri itu terkoyak buka, memuntahkan lilitan usus Isa dengan lendir-lendir dan sisa tahi. Lelehan sebatian yang pekat itu memualkan semua yang berada di situ, sedang darah yang barangkali terpancut sebentar tadi, telah menyimbah palang kayu itu, habis menjadi salib merah sahaja rupanya.
Isa yang disalib Judas!
Paku maha kejam seterusnya menembus tepat ke bahagian kepala zakar Isa. Batang zakar yang lebam itu membengkak, sedang kerandut telur Isa dililit oleh lingkaran titanium berduri, sehingga lendir-lendir dari kerandut telur itu mengalir keluar, sungguh jijik rupanya.
Ya Tuhan, anakku Isa, ya Tuhan.
Kepala zakar Isa yang terpaku, sedikit pecah di bahagian hadapan; paku itu menusuk tepat sehingga hampir mustahil untuk menggerakkan pemuda proto-Human itu dari palang salib yang berbau hamis dan hancing. Ada kesan terbakar pada kawasan bulu di atas batang zakar Isa, barangkali dihembus nafas berapi Judas.
Celaka!
Kaki Isa terlilit kemas, manakala dua batang paku seterusnya menembusi buku lali mangsa salib itu. Sekujur tubuh tersalib itu berbaus hamis dan hancing, tetapi masih tabah diperhatikan Buhaira.
Razief tidak mahu melihat Isa terus begini. Razief benci melihat Isa terus begini.
Keris yang digenggam Razief digunakan untuk mencungkil paku itu dengan berhati-hati. PAKKK! PAKKK! PAKKK! Satu-persatu paku itu dicabut perlahan-lahan. Dia mengabaikan air mata jantan yang turun mencurah-curah. Mama mungkin telah meninggal, tetapi dia masih berupaya menghidupkan Srikandi itu jika Cakera Prometheus masih menyimpan maklumat genomik mama.
Tetapi Isa bukan mama.
Isa hanyalah seorang proto-Human yang pernah dibencinya; walau pemuda itu sungguh pandai mereneh Sup Barli sebelum keluar menangkap ikan. Pemuda itu harum berbau kasturi, seringkali merenehkan teh herba dan menghidang roti tawar sebagai makan malam.
Dia pernah benci roti tawar itu. Tetapi dia sudah tidak benci pada Isa.
Setiap paku yang dicungkil satu-persatu membawa kepada kenangan bersama dengan sahabatnya. Kenangan mereka berdua mudik ke pantai, malah Isa yang selepas itu menceritakan perihal Cynthia. Kenangan mereka bersama sehingga menjadi menjadi rapat sebegini.
Apa yang membaca sudah lupa PAKKK! Paku mula dicungkil.
Apa yang membaca sudah lupa; bila mereka berdua pernah bertumbuk di padang pasir! Masakan masih lupa, Razief yang sebelum itu pitam ditendang Isa; sempat memandang wajah pemuda proto-Human itu yang risau akan nyawa Razief. Atau kenangan mereka bersama-sama membaca Kalam Tuhan.
Apa yang membaca sudah lupa PAKKK! Paku terakhir berjaya dicungkil.
Jenazah Isa lemah longlai saat didukung oleh Razief; pemuda itu sudah tidak berbau harum seperti kasturi namun pemuda inilah yang dianggap sebagai abangnya sendiri. Razief memeluk Isa berhati-hati, sebahagian cebisan daging Isa mula terlekat pada bahagian badannya.
Lantas Razief mengoyakkan baju dan selendang merahnya untuk dipakaikan kepada Isa. Dengan lemah dia membalut batang tubuh Isa, sebagaimana Isa yang penuh patuh membalut luka-luka kecelakaan air-car nya suatu ketika dahulu.
Buhaira masih lagi mengadu sama Tuhan, sedang Isa sudah tertib berpakaian.
Ayuh, kita berlindung di kawasan sana. Di sini bukan lagi tanah yang dijanjikan. Sayu Razief menggantikan posisi Buhaira sedang Aaron masih lagi tunduk; matanya melarang dia melihat Isa dalam keadaan ngeri sebegitu rupa.
Dia tidak menyangka pengakhiran sebuah cerita menuntut mereka untuk menerima kenyataan bahawa tidak ada apa-apa yang indah tesamping di dalam peperangan. Dan manusia itu dijadikan lemah dan bukan terbina untuk menanggung beban peperangan sehebat begini.
Buhaira, ayuh, ikut aku ke kawasan Inter-global.
Buhaira mulai bangun. Matanya berkaca, dia membisu lalu berjalan patuh mengikut Razief. Pujangga masih lagi diarak oleh Jacob dan Joseph - pasangan kembar itu tidak akan melupakan kenangan kali pertama mereka mengenali Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga. Malah pasangan itu telah dikalahkan oleh Srikandi neo-Human dalam gelanggang silat perkenalan.
Mana boleh lupa, Srikandi berkebaya dan berpencak silat sesama!
Kini Srikandi itu masih lagi berkebaya, tetapi sudah tidak sedarkan diri. Sudah tidak ada sepuluh orang pemuda yang mengiringinya, malah tidak ada langsung tanda-tanda keadaan akan kembali seperti sediakala.
Perjuangan itu perjudian.
Kadangkala mereka menyangka bahawa hidup akan lebih baik jika mereka menentang bentuk penindasan sebegini, namun manusia itu juga bisa dikalahkan dalam perjuangan. Lalu perjuangan itu sebetulnya harus disandarkan kepada matlamat, bukan hanya kepada tokoh perseorangan.
Rombongan maha duka mereka melalui penghujung Dataran Deutemer menuju ke sebuah pencakar langit, tempat Razief mula-mula bekerja sebagai salah seorang pekerja di sana.
Tiba-tiba dia teringatkan Lynn!
Trauma itu memaksa mindanya untuk mengingat kanangan-kenangan lalu. Kenangan bersama mama dan kenangan menjadi manusia neo-Human biasa dan hidup dengan aturan yang telah tersedia.
Dia masih memikul Isa yang terkoyak mukanya, hanyir pula baunya.
Barangkali dia tidak perlu melayan jujukan mimpi itu. Barangkali dia hanya perlu diam dan mengemaskini perisisan pada cakera otaknya. Ya, bartangkali itu sahaja. Dia tidak memerlukan perjuangan yang mengorbankan neodan proto-Human, malah turut meragut kebahagiaan dan kemanusiaan.
Apa ada pada kebebasan jika semua manusia telah pupus dalam peperangan yang dituntutnya
Dia mengusung jenazah Isa sedang pasukan di belakangnya bergerak pilu memasuki pencakar langit yang terbiar itu. Hari sudah menjamah ke waktu malam. Langit sudah mula menjadi gelap. Mereka masih tersisa dengan nyawa, dan kekalahan ini tidak langsung membaculkan perasaan mereka.
Biar hanyir lengan mencelup perkasam!
Razief membuka pintu pejabat itu dengan perlahanlahan. 300 tentera yang masih hidup turut mengikut serta. Dia meletakkan jenazah Isa di atas sebuah meja, sedang Pujangga diletakkan di meja bersebelahan. Kepalanya direhatkan. Angkatan tentera itu merebahkan diri masingmasing. Buhaira masih lagi diam dan membungkam. Dia tidak mahu mengganggu emosi nabi proto-Human itu, lalu dia membiarkan. Aaron dan Isaac duduk bersebelahan, manakala Jacob dan Joseb melepaskan lelah dengan seteguk minuman yang masih berbaki.
Suasana sunyi. Suasanya gelap dan sunyi. Gelap dan sunyi sebelum Cincin Munsyi tiba-tiba bernyala dan berbunyi!
***
Kalau dah namanya manusia, takkan mampu hidup selamalamanya. Manusia proto akan mati. Manusia neo juga tidak berkecuali.
Laksamana... sukakannya
Cincip yang masih berbogel itu merapati Jaafar setelah sang pemberontak tua itu telah selesai menggauli Cincip.
Kamu sememangnya neo-Human yang sungguh cantik, Cincip.
Cincip tersenyum. Dia tahu dia cantik. Dia paling cantik.
Laksamanaku, ayuh kita berlakon-lakon pula. Mahu
Berlakon Jaafar mendengus dalam. Jari runcing Cincip kini sedang bermain-main pada dada berbulu Jaafar yang kini sudah tidak berbaju. Dia masih tidak mengetahui akan letupan yang mengorbankan sebahagian besar tenteranya serta Judas Iskariot yang hilang secara tiba-tiba.
Dia mahu membayar bil air terlebih dahulu!
Iya laksamanaku, berlakon. Konon-kononnya, saya yang menculik Laksamana.
Aduh, lalu bagaimana cincip
Hmmm.... saya akan mengikat Laksamana,
berlakon menjadi penjenayah...
Tangan cincip tidak lagi di dada. Di kawasan sensitif yang merbahaya. Tak boleh cerita!
Aduh, bersegeralah lakonannya! Jaafar mula merayu, tak tahan.
Cincip bangun.
Ah... Cincip, seronoknya! ... Ah! Ah! Ah! Ah! Ah
ARGHHHH! KHROOKH ! KHROOKH! KHROOKH!
Cincip tersenyum menggoda.
Dia melilit batang tengkuk pemberontak tua itu dengan kemas, sambil duduk di atas perutnya. Buah dada Cincip barangkali adalah objek terakhir yang dilihat oleh Jaafar sebelum si tua itu tersentak-senta kerana telah dijemput ajal oleh pencipta.
ARGHHHHH!!!!!
Jaafar cuba menggelupur. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Cincip nmenjerut leher si tua itu dengan kemas sebelum menikam tembolok Jaafar dengan keris saber. Habis hangus rentung Laksamana itu digomol oleh kekejaman Cincip.
Tahniah sayang.
Judas yang berada di sebalik daun pintu bilik itu menepuk tangannya. Sebuah teater adikarya.
Tahniah!
Dan mereka pun berkucupan.