Alam ini cantikkan!
Ayu tidak menjawab, cuma merenung Jalil yang sedang asyik menebar pandang. Lelaki itu terlalu jauh bezanya antara ramai lelaki yang pernah dikenalinya. Jalil bersikap lembut - bersopan dan tidak pandai mengambil kesempatan.
Namun, di hati Jalil ada wajah - pendiriannya teguh dan kukuh. Lelaki seperti Jalil ini bercita-cita tinggi, tidak mudah menyerah kalah dan terbukti apabila pameran solonya yang sulung mendapat sambutan.
Sudah lama I berjuang, hari ini I menang!
Ayu ingat lagi kata-kata itu.
I dikenali anak orang berada, punyai segalanya, 199
tetapi I tak tahu untuk membantah.
Ayu semakin pilu.
Manusia beruntung... diberi akal dan nafsu, tidak seperti haiwan yang hanya ada nafsu. Kadangkala I hairan... kenapa manusia perlu bersengketa, perlu melukakan sesama insan Jalil mengeluh. Betul tak Ayu
Ayu mengangguk perlahan. Kata-kata Jalil memang benar. Kenapa manusia perlu bersengketa dan gemar melukakan Kebenaran terbukti kerana dua lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya pernah melukakan hati.
Kadangkala... haiwan itu lebih mulia daripada manusia! Jalil bersuara lagi, tidak tahu sama ada di-tujukan kepada Ayu atau kepada dirinya sendiri atau mungkin untuk didengarkan kepada alam.
Ya... kadangkala haiwan itu lebih mulia! Ayu setuju dengan Jalil.
Black Widow namaku di nyata alam
Dicipta hodoh lagikan hitam...
Mengapa kezaliman dianggap berbisa
Tetapi keturunanku berkeliaran jua...
Dua hati di dalam satu nadi...
Walau melukakan aku juga dilukai
Namun dibenci dari yang hasad...
Di jiwaku bersih, cuma bersifat jahat
Kerenahku bak manusia biasa
Wujudnya aku dari Yang Esa
Siapa bertanya insan atau haiwan
Bernyawa jua itulah penghargaan
I kecewa dengan sikap manusia! Jalil bersuara lagi. Mereka terlalu hipokrit, mengejar kemewahan 200
tanpa kira siang dan malam. Hairan... kemewahan itu untuk apa Status, pangkat, darjat... ah... semua itu bukan untuk dibawa ke kubur. Amalan dan pahala yang menjadi bekal, bukan harta dan pangkat!
Ayu membidik matanya merenung anak mata Jalil. Ada sinar di situ - berkilau dan mempesonakan.
Lelaki hanya pandai berkata cinta. Apabila dapat segala - cinta ke mana, janji ke mana, dia menghilang!
Ayu semakin tidak mengerti.
Jalil bingkas, melontar segenggam pasir yang dikaisnya. You know something Dia merenung Ayu. Without you... I won't be like what I am now! Jalil melepas nafas.
Ayu angguk - pasrah dan syahdu.
Jalil membongkok, menghulur tangannya lalu mengaut lengan Ayu, menariknya untuk sama-sama berdiri. Pautan di lengan naik turun, menggapai jari lalu digenggamnya jemari runcing dan halus itu.
Ombak berdeburan dan kemerahan langit semakin bertukar menjadi hitam. Mereka berdiri depan-depan - wajah hampir bertemu. Jalil menarik tubuh Ayu rapat ke dadanya dan Ayu dapat mendengar degupan jantung Jalil yang pantas.
Ayu bagaikan seorang anak yang berasa hangat di dada seorang ayah. Tidak pun dirasakan seperti pe rasaan seorang dara yang terlena di dada teruna.
Ayu menanti perlakuan selanjutnya tetapi Jalil tidak seperti lelaki lain. Begitulah setiap kali mereka berduaan. Jalil hanya menarik Ayu ke dada, memeluk mesra sambil sunyi tanpa kata.
Jalil merenggangkan tubuhnya - memberi sedikit ruang antara mereka dan jarinya perlahan-lahan naik, menjongket dagu Ayu. Wajah gadis itu direnungnya dalam-dalam.201
Dua pasang mata bertemu. Ayu terlihat ada pancaran biru yang membawa dirinya ke sebuah alam aneh tetapi penuh kelembutan.
Suasana terasa indah dan Ayu seperti tidak mahu berganjak daripada keindahan ini.
Ayu... will you marry me
Cuma mulut yang tenganga.
Yes Ayu... I am very serious... I know you will shock... tapi I terpaksa berterus terang. I bukan se perti lelaki lain... bercinta dan kemudian berkahwin. I lebih suka berkahwin, dan kemudian bercinta. Lebih baik dan lebih bersih!
Ayu cuma memejam dan apa lagi yang harus dikatakan. Inilah kejujuran yang paling mutlak. Tanpa mengeluarkan kata cinta cuma terus mengajak ke persada.
Alangkah indahnya kalau ucapan itu datangnya daripada mulut Imran. Dulu lagi... ya dulu lagi dia amat mengharapkan pengakuan Imran. Dulu lagi dia mengharapkan lamaran Imran, tapi yang hadir hanya hampa.
Bagi dirinya sudah tentu tidak manis untuknya mengucapkan kata-kata itu. Namun, apa yang dide ngarnya sekarang adalah daripada Jalil. Seorang jejaka yang mirip kepada Imran. Ayu menjadi bingung.
Dalam hatinya dia masih mengharap Imran untuk hadir dan memetik cintanya. Dia amat mengharap.
You tak sudi Ada duka di mata.
Bukan... I tak cakap macam tu! Tapi... kahwin bukan kerja main-main, Jalil. Lagipun... you tak tahu latar belakang I.
Ill learn later when I be your hubby!
Tapi....
Let by gone be by gone. I don't want to know 202
your past because I'm looking toward the future.
But Jalil....
Just say yes or no!
Ayu tunduk. Jalil... give me time to think, will you
Perlahan-lahan Jalil angguk kerana separuh ha tinya tidak rela. Yeah... sure... and choose the best!203