I dont care where you come from, I am more interested in where are you going.
- Ewa Wisnierska
Agak awal kami bangun walaupun hostel ini tidak menyediakan sarapan percuma. Maklumlah mahu bersiarsiar dahulu sebelum mendapatkan bot ke Lombok jam 10 pagi. Roti krim menjadi santapan pagi beserta air kopi segera. Kemudian kami bergegas untuk check out. Oksigen pagi dihirup sedalam-dalamnya. Langkah dimulakan untuk memerhati keadaan sekeliling. Air laut yang jernih ditatap sepenuh hati. Rasanya air laut di sini lebih jernih berbanding Gili Trawangan. Namun, keindahan mereka tetap memukau pandangan. Seperti gili yang lain, Gili Air juga tidak mengambil masa yang lama untuk dijelajah. Tak sampai sejam pun walaupun hanya berjalan kaki. Tapi tetap penat juga.
Di kesempatan ini kami mandi laut di suatu tempat yang tiada orang. Air yang jernih dan ombak tidak terlalu deras. Backpack dibiarkan saja terbaring di tepi pantai ini, berhampiran kayu besar yang dijadikan tempat duduk untuk menikmati suasana pantai. Kami hanya berboxer saja. Beberapa minit berlalu, ternampak kelibat seorang
OK Go!
lelaki tempatan sedang bermesra dengan pelancong wanita. Mereka berkelah sambil saling suap-menyuap antara satu sama lain.
Usai mandi laut, kami bergegas mengenakan kembali pakaian dan menuju ke jeti. Sampai di jeti, kami mahu naik public boat di mana harganya cuma Rp10,000. Namun penjaga kaunter menawarkan pakej bot yang lebih selesa serta sebuah kenderaan menunggu di Bangsal untuk membawa kami. Dari sini, bot akan berhenti di Bangsal dan akan ada supir menjemput kami. Bayaran adalah sebanyak Rp250,000 seorang. Kami menolak tawaran itu dan memilih untuk menaiki bot seperti orang tempatan.
Not Rp20,000 diserahkan untuk menaiki public boat. Kekurangannya adalah, bot hanya akan bergerak ke Bangsal apabila sudah cukup 25 orang penumpang. Sekiranya tidak cukup maka kami tidak akan dapat ke Bangsal. Pada waktu kami membeli tiket, baru ada 5 orang sahaja. Perlu tunggu lagi 20 orang. Berapa lama agaknya kena tunggu.
Setiap kali ada penambahan penumpang,
pengumuman dihebohkan melalui pembesar suara. Di kala ini, pengumuman dilakukan untuk memberitahu bot kini sudah terdapat 8 penumpang. Nampaknya hanya perlu bersabar untuk mencapai angka 25 penumpang. Rokok sebatang demi sebatang dibakar untuk membunuh masa. Haeri sekali-sekala terlentok kepala, terlelap menunggu bot penuh. Aku pula adakala duduk bertinggung, meniarap, baring dan pelbagai gaya lagi sambil menunggu kuota penuh.
Selepas itu, datang seorang mas bersama seorang pelancong bule. Mereka duduk berhampiran kami. Kami ditegur oleh mas tersebut.
Hey there, young boys! Where are you from I am Budi, from here and this is my friend, Jacob from Switzerland. We love to party! Hahaha... ujar Mas Budi berbahasa Inggeris dengan kami sambil memperkenalkan lelaki Switzerland. Kami tersenyum.
Kami asli Malaysia, aku membalas.
Oh Malaysia! Wisata ke mana aja tanya lagi sambil diperhatikan Jacob.
Dari Jakarta, ke Bandung, ke Jogja, ke Bromo, ke Bali dan sekarang di sini mahu ke Lombok, terang Haeri.
For how long Mas Budi berbahasa Inggeris kembali. Mungkin tak mahu Jacob rasa terasing.
One month. It is about the end of our journey now, aku membalas sambil menunjukkan isyarat satu dengan jari telunjuk gaya Perdana Menteri mengucapkan 1Malaysia.
Hoho! Very brave Malaysian boys. Travelling here for a month. That is good! Young men should travel more! I like your spirit! Keep it up! kata Mas Budi sambil Jacob terangguk-angguk senyum mendengar Mas Budi berseloroh.
I am a deejay. Ive been to Kuala Lumpur for a show. I have friends there. And you guys, if you ever come here again, please let me know. I will let you two to join our private party. This gentleman here is going to buy a land here to build his own mansion. He could offer you an accomodation as well boys! A fucking first class accomodation! Wahaha! terang Mas Budi lagi panjang lebar sambil menepuk-nepuk bahu Jacob. Macam crack. Oh, so you are here to buy some land aku bertanya kepada Jacob.
How much it cost you Haeri menambah.
I want to buy just some of the land over there. It cost me USD30,000. This guy here is my friend. He will help me with all the procedures to buy the land here, Jacob menambah.
USD30,000 is kind of huge amount, Haeri mencelah lagi.
OK Go!
Well, without doubt, it is kind of huge amount. I am not going to say that I am rich but it is an amount that I can afford by saving some money from month to month, tambah Jacob seakan merendah diri.
And it is because of our currency differences. It becomes really huge amount for people in here, but for Swiss people, it is still an amount that we can afford by using a few month savings, terangnya lagi. Jacob juga mengatakan ekonomi negaranya yang kukuh menyebabkan mereka tidak memasuki European Union (EU) walaupun Switzerland dikepung oleh negara-negara anggota EU. Mereka masih menggunakan mata wang mereka sendiri, Swiss Franc berbanding Euro.
Jumlah penumpang sudah mencapai 25 orang.
Para penumpang diminta menaiki bot sekarang! Tiba-tiba kedengaran satu pengumuman dari corong pembesar suara. Sudah 1 petang. Lebih kurang 3 jam juga menunggu sampai 25 orang.
Come on! Hey ho lets go! tempik Mas Budi kepada kami semua. Kami tertawa melihat gelagatnya. Beg kami disandang dan berlalu menuju bot yang telah bersedia untuk bertolak.