Perancangan aku untuk berada di Sabah untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun terbantut apabila saya terpaksa bertukar keluar ke pasukan baru di Seremban.
Bukan itu sahaja yang terbantut, malah pangkat mejar aku juga telah tidak disokong oleh pegawai memerintahku. Aku bukan pelik sangat dengan pangkat tersebut. Tetapi jika aku memang sudah layak dan telah ketinggalan kapal kenapa peluang aku itu hendak disekat. Faktor kemanusiaan amat ketara dalam membuat pertimbangan terhadap diriku.
Alasan aku masih baru dalam pasukan tidak dapat aku terima malah aku rugi dua kenaikan kerana lewat disokong. Apalagi apabila aku terpaksa balik ke Semenanjung atas dasar kebajikan kerana isteriku sakit.
Bos aku (Lt Kol Abd Rahman) tidak mahu menyokong pangkatku kerana aku memilih untuk bertukar keluar atas dasar kebajikan. Katanya aku merupakan pegawai baru yang tidak mempunyai jasa. Apa yang dia faham dengan jasapun aku tidak tahu. Aku mungkin baru di pasukan tersebut tetapi aku telah menyumbang khidmat baktiku tanpa sebarang rekod buruk selama 14 tahun sebagai seorang pegawai tentera.
Tapi tidak banyak boleh aku lakukan kerana lain bos lain caranya. Namun kegagalan beliau melihat rekod perkhidmatanku merupakan kelemahan saorang pegawai kanan yang tidak seharusnya berlaku.
Aku tetap reda di atas apa yang aku terima. Jika pangkat tersebut boleh memudharatkan aku , maka lebih baik aku tidak menerimanya. Sesungguhnya rezeki yang Allah beri tidak hanya dalam bentuk wang ringgit. Malah lebih daripada itu. Ia termasuk dalam bentuk berkat umur dan kesihatan atau terselamat dari mudharat yang lebih besar lagi.
Pertukaran aku ke Sandakan selama 6 bulan merupakan satu rahmat yag sangat bermakna. Walaupun aku ke sana hanya dalam tempoh yang singkat, namun aku telah menjalani berbagai aktiviti dan tugasan dengan begitu bermakna sekali.
Sesiapa yang mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan tolong orang itu. Sebaliknya sesiapa yang mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, maka.. kata Allah pergilah pada orang itu
Pengalaman bagi ku amat tinggi harganya dan aku sentiasa melihat setiap hari adalah hari baru yang perlu di lalui dengan penuh optimis. Dari menerima lawatan delegasi Australia, latihan menembak hinggalah tugas operasi di pulau yang amat mencabar.
Itu tidak termasuk tugas-tugas lain di pasukan dan tugas-tugas di Kota kinabalu yang memerlukan pergerakan menggunakan pesawat udara berulang kali.
Pengalaman tersebut akan aku abadikan dalam memoriku dan akan aku jadikan sebagai landasan untuk meneruskan tugas sebagai seorang pegawai tentera Darat yang berwibawa.
Aku bertukar ke sebuah pasukan 24 RAMD di Seremban supaya dekat dengan isteriku. Aku tidak minta terlalu banyak perhatian dari organisasi yang aku naungi, tetapi cukuplah sekadar aku dapat memelihara kesejahteraan keluargaku dan menjaga isteriku yang belum begitu sehat Serta anak-anakku yang memerlukan perhatian bapanya.
Sebagai ketua rumahtangga yang akan dipertanggungjawapkan terhadap apa yang kita pimpin, aku merasakan bahawa tugas tersebut sangat berat. Aku berazam untuk memelihara amanah tersebut sebaiknya.
Walaupun aku memikul tugas sebagai ketua kompeni hanya selepas 4 bulan aku melapor ke pasukan baru ( kerana tiada kekosongan) , aku tetap bersyukur terhadap apa yang aku perolehi itu.
Aku di amanahkan 3 tugas sampingan iaitu sebagai pegawai kaunsling, Pegawai Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) , dan Yang Di Pertua wisma perwira. Bagi ku ia merupakan satu cabaran untuk aku menjadi saorang pegawai yang berkelibar dan inovatif.
Aku mengamalkan 3 prinsip iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik terhadap apa yang akan dihadapi. Setiap masalah yang datang aku anggap sebagai cabaran dan setiap kali aku menghadapi cabaran itu akan aku hadapi sebaiknya insyaAllah.
Ini bukan omongan kosong yang aku wawarkan untuk menyakinkan sesiapa, tetapi merupakan satu tekad yang cukup konsisten dan telus yang datang dari hatiku sendiri. Mungkin aku akan melakukan kesilapan dalam kerja seharian, tetapi aku berazam untuk belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Tahun ini juga merupakan tahun yang paling tinggi ujian yang aku terima. Semasa aku meninggalkan keluargaku untuk ke Sabah aku telah membuat pinjaman bank untuk menampung sedikit perbelanjaan perjalananku dan membayar deposit sewa rumahku.
Aku sendiri terpaksa menyembunyikan tindakan tersebut untuk mengelakkan isteri aku menjadi runsing dan berleter. Tetapi apabila beliau terbaca surat tersebut maka berbagai kejadian telah berlaku. Beliau cukup marah. Walaupun aku mampu membayar untuk potongan bulanan, namun beliau tidak boleh terima.
Pada masa yang sama isteriku cuba di dekati oleh saorang rakan sepejabatnya yang sangat tampan orangnya. Ketiadaan aku telah membolehkan mereka begitu rapat dan dialah tempat isteriku meminta tolong.
Samada beliau telah kena pukau atau sebaliknya aku tidak pasti tetapi. Persahabatan mereka telah menyebabkan ikatan perkahwinanku telah terjejas teruk. Apa sahaja aku lakukan yang beliau tidak suka. Lelaki itu yang aku namakan Haramjadah hanya menunjukkan muka sepuluhsen dan rasa tidak bersalah di hadapan aku.
Pangkat aku juga terjejas kerana bos aku tidak mahu memproses. Di samping itu aku juga terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang baru aku beli. Kereta itu akhirnya aku jual dengan harga RM600.00 sahaja.
Berbagai-bagai lagi kejadian yang telah berlaku sepanjang aku bertugas di sana. Setelah pertukaran aku diluluskan kekeruhan hubungan dengan isteriku aku cuba pulihkan tetapi tidak berjaya. Kakak ipar aku pula telah melaga-lagakan kami dan memfitnah kami sehingga keadaan menjadi amat teruk.
Pada ketika itu beliau sedang bercuti di rumah emak mertuaku. Selepas setengah jam beliau tiba , aku dapatkan penjelasan tentang apa yang telah dimaklumkan oleh orang tua tersebut. Beliau yang terkejut kerana aku tahu perkara tersebut mengaku dan memohon maaf.
Aku sedaya upaya cuba memulihkan hubungan dengan isteriku. Hampir 9 bulan aku menghadapi hubungan yang sangat keruh. Usaha aku untuk mendapatkan air dari Darul Syifa dan doa-doa tertentu membuahkan sedikit hasil.
Kini aku telah mendapat kembali keluargaku. Walaupun ada banyak perkara yang masih menjadi persoalan, biar aku simpan dalam lipatan peribadiku. Sejarah sejarah hitam yang aku alami tidak mungkin aku lupakan.
Lelaki yang cuba mengganggu isteriku telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Itupun bila menyedari risiko akan kehilangan kerja jika perkara tersebut diketahui oleh pihak atasan. Tambahan pula segala asset di rumahnya adalah milik isterinya.
Aku hampir-hampir tempeleng mukanya kerana terlalu biadap perbuatannya. Aku nekad untuk menghancurkan rumah tangganya jika dia mengganggu aku lagi. Aku terima maaf beliau tetapi aku memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun lagi sebelum aku berfikir untuk memaafkannya.
Nantilah akan aku ceritakan kenapa 5 tahun aku perlukan. Dalam tempoh 5 tahun ini insyaAllah sesuatu akan berlaku kepada keluargaku. Tunggu sahajalah.!
Allah pasti akan menguji hamba-hambanya yang dia sayang. Samada ia merupakan kifarah atau satu peringatan, tidaklah dapat aku pastikan. Namun aku tidak akan biarkan sesiapa mengganggu keharmonian rumahtanggaku.
Ada sesuatu yang sangat mahal dalam diriku yang tidak boleh dijual beli. Aku pasti akan ajar sesiapa sahaja yang tidak menghormati hak aku. Aku sanggup kehilangan apa sahaja termasuk termasuk keluargaku, tapi tidak harga diriku. Hanya orang-orang yang berakal sahaja akan faham apa yang aku maksudkan itu.
Isteri aku adalah seorang yang baik. Mungkin dia terjebak dalam situasi yang sedemikian kerana ini adalah kerjaya pertama beliau. Aku terima kesilapan yang telah berlaku dan aku beri dia peluang yang kedua. Sebenarnya krisis atau maslah dalam rumah tangga boleh mematangkan sesebuah rumahtangga.keadaan agak baik pada masa inisetelah isteriku berubat.