Namun pada hari ini, bencana alam dan tragedi yang dialami berulang-ulang juga tidak diambil iktibar oleh mereka kerana sikap yakin bahawa ia tidak akan menimpa mereka. Keinsafan dan tahap kesedaranyang tipis menyebabkan mereka sering alpa dari terus berwaspada terhadap ancaman bencana yang entah bila pula akan menjelma. Walaupun malang tidak berbau, namun isyarat atau amaran akan dapat dilihat melalui tanda-tanda awal bencana. Tidak berlaku tsunami tanpa gempa dan tidak berlaku taufan tanpa hujan dan angin kencang.
Beberapa kejadian yang berlaku pada 26 Dis adalah seperti berikut:
o Gempa bumi di China pada 26 dis 19 32 telah membunuh 70,000 orang.
o Gempabumi di wilayah Erzincan Turki pada 26 Dis 1939 telah membunuh 41,000 nyawa. Gempabumi tersebut pada 7.9 skala richter telah meragut puluhan ribu nyawa dan merosakkan harta benda.
o Kejadian rebut Greg pada 26 Dis 1996 di Keningau Sabah telah meragut 400 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
o Gempabumi di Bam Iran pada 26 Dis 2003 telah membunuh 60,000.
o Gempa bumi di Sumatra pada 26 Dis 2004 pada skala 9.0 skala richter telah meragut lebih 286,000 nyawa.
China
1. Gempa bumi di Wilayah Ning xia pada tahun telah meragut 200,000 nyawa .
2. Pada 16 Dis 1920 di Gangsu China gempa bumi berukuran 8.6 skala richter telah menyebabkan kematian seramai 200,000 manusia.
3. Pada 22 Mei 1927 di Thinghai pada ukuran 7.9 skala richter telah menyebabkan kematian seramai 200,000 orang.
4. Banjir di sungai Yangtze pada tahun 1931 telah menyebabkan 3 juta rakyatnya mati. Kematian yang berlaku hampir setiap tahun apabila limpahan berlaku dari sungai tersebut.
5. Pada 25 Dis 1932 gempa bumi di Gangsu China pada ukuran 7.6 skala richter telah mengorbankan 70,000 nyawa.
6. Gempa pada 5 Jan 1070 pada skala 7.8 skala richter telah membunuh 5,621 nyawa di Yunan.
7. Pada 11 mei 1974 telah berlaku gempa bumi di Sichuan China pada skala 7.1 Skala Richter telah membunuh 10,000 orang.
8. Pada 26 julai 1976, di bandar industri Tangshan 200 km dari Beijing, telah berlaku gempa yang dasyat pada skala 8.2 Skala Richter yang membunuh 242,000 nyawa dan mencederakan 164,000.
9. Pada 4 feb 1984 di Liaoning China, 1,300 orang mati akibat gempa pada 7.3 Skala Richter. Penduduk di bandar Hai Cheng telah di paksa berpindah secara beramai-ramai.
India
1. Gempa di sempadan Nepal pada skala 6.5 skala richter telah meragut 1000 nyawa. Kejadian pada 21 ogos 1988 telah mengemparkan rakyat Nepal dan operasi menyelamat besar-besaran dilakukan serta merta.
2. Pada 20 Sept 1993, gempa pada 6.3 Skala Richter di negeri Maharashtra telah meragut 7,601 nyawa dan mencederakan 15,846 orang.
3. Banjir kilat di Bombay pada 28 julai 2005 telah mengakibatkan lebih 900 orang telah terbunuh. Hujan lebat yang menyebabkan banjir tanah dan banggunan runtuh telah meragut nyawa yang begitu besar. Pegawai kaji cuaca melaporkan, hujan yang paling lebat pernah direkodkan di India. Kerugian di anggarkan sebanyak 1 billion ruppe (rm 864 juta). Di samping itu dianggarkan lebih 800,000 ternakan mati, 700,000 hektar tanaman musnah serta 283,000 rumah musnah akibat dari bencana tersebut. Penduduk seramai 5.6 juta di bombay itu terdedah kepada ancaman banjir.
Indonesia
1. Gempa bumi pada 17 julai 1998 telah meragut 2000 nyawa. Gelombang yang menghentam di laut terbuka iaitu di utara pantai Papua New Guinea mencederakan beratus-ratus penduduk di persisiran pantai.
2. Pada 27 Ogos 1883 telah berlaku letupan gunung berapi Karakatoa di Indonesia yang meragut 36,380 nyawa.
3. Pada 18 Jul 1979 ombak setinggi 1.83 meter hasil dari letupan gunung berapi di Pulau Lomblem, Indonesia telah membunuh seramai 539 orang.
4. Pada 17 Jul 1998 ombak setinggi 7-15 meter telah terhasil akibat dari gempa bumi di Papua New Guinea dan membunuh seramai 3000 orang.
France
1. Tanah runtuh bawah laut di Nice pada 16 okt 1979 telah menghasilkan telah menghasilkan 2 tsunami dalam masa seminggu serta meragut 23 nyawa.
Nicaragua
2. Gempabumi yang menghasilkan siri gelombang setinggi 11 meter pada 1 September 1992 telah membunuh seramai 175 nyawa.
Pakistan/Afganistan
3. Gempa pada skala 6.8 skala richter berlaku pada 1 Feb 1991 di sempadan Pakistan dan Afganistan telah meragut 1500 nyawa.
4. Gempa bumi besar berlaku di Pakistan Timur pada 13 November 1970 telah menghasilkan gelombang besar hasil dari ribut kuat yang berpanjangan. Jumlah kematian adalah dianggarkan seramai 500,000-800,000 orang.
Iraq
Peperangan di Iraq merupakan bencana perang zaman moden yang sangat teruk, kematian orang awam dan kanak-kanak yang begitu banyak merupakan kesilapan Perang yang tidak boleh dimaafkan pada zaman yang kononnya sungguh bertamadun ini. Lebih dari 1.351.600 warga Iraq telah terbunuh. Jumlah tersebut sentiasa bertambah kerana konflik di negara yang masih diduduki oleh Amerika itu tiada kesudahan. Lebih 15,000 kanak-kanak mati sementara kematian di pihak Amerika yang diumumkan adalah seramai 2000 orang. Namun menurut satu laporan tidak resmi, kematian di pihak kuasa besar itu adalah melebihi 15,000 orang.
Ini adalah kerana tentera sukarela mereka yang mati tidak dikira sebagai satu rekod mereka. Di Amerika para pendatang yang ingin memohon status warga negara perlu menyertai askar suka rela selama 5 tahun sebelum diterima status warga Negara. Jadi jika berlaku kematian sebelum tempoh tersebut maka mereka tidak direkod sebagai sebahagian dari statistik kematian.
Bangladesh
1. Banjir besar pada April 1991 telah meragut lebih 139,000 nyawa.
2. Ombak pasang dari cuaca buruk di Delta Gangges, Bangladesh itu pada 19 jan 1976 telah meragut 800 nyawa.
3. Ombak pasang yang melanda negara itu kesan dari cuaca buruk menyebabkan ombak setinggi 3.7 meter dan membunuh 20 orang.
Peru
Gempa bumi pada skala 7.3 skala richter melanda Peru pada 24 Jun 2001 dan mengakibatkan kematian 48 orang. Ratusan manusia pula telah mengalami kecederaan teruk daerah Moquegua sejauh 1369 km di selatan Lima (ibukota Peru) hancur akibat bencana. Penduduk daerah Arequipa juga mengalami kecederaan seramai 170 orang. Gelaran kota putih yang diberi pada daerah tersebut kerana arkitektur kolonialnya dan gereja-gereja yang indah telah menjadikan tempat tersebut sebagai tarikan pelancungan. Pada Mei 1970 gempa seperti ini telah menyebabkan 70,000 orang mati dan 600,000 hilang tempat tinggal.
Gempa pada 24 Jun itu berlaku selama satu minit 15 saat, namun kesannya sungguh dahsyat di mana lahar panas dan dan lumpur mengalir deras ke jalan raya serta perkampungan menghancurkan apa sahaja yang dilaluinya.
1. Pada bulan Mei tahun 1960 gempabumi di Chile telah menyebabkan kematian antara 450- 2,290.
2. Pada 31 Mei 1970 gempabumi pada ukuran 7.9 skala richter telah membunuh 66,000 penduduk peru.
3. Gempabumi pada skala 6.8 skala richter pada 24 Jun 2001 telah meragut 48 nyawa.
Portugal
1. Tsunami akibat gempa bumi di Lisbon pada tahun 1775 telah mengorbankan 60,000 nyawa orang Portugal, sepanyol dan Afrika Utara. Gempa tersebut telah menyebabkan Tsunami setinggi 7 meter di Karibia. Negeri Karibia telah diserang tsunami sebangyak 37 kali tahun 1498. Sebahagian darinya adalah berpunca dari fenomena ombak dan gegaran. Manakala sebahagian lagi adalah akibat gempa di Portugal.
Itali
1. Pada 28 Dis tahun 1908 telah telah berlaku bencana besar apabila Bandar Messina dan Reggio di Sicily Itali mengalami gempa bumi dan ombak besar setinggi 8.5 meter mengakibatkan kematian seramai 120,000 orang.
Amerika Syarikat
1. Pada 18 Nov 1829 di Grand Bank, New Foundland tanah runtuh akibat dari gempabumi di dasar laut telah membunuh 29 orang.
2. Pada Mei 1970 Amerika Syarikat telah mengalami penderitaan yang teruk apabila gempabumi menyebabkan tanah runtuh di utara Peru dan mengakibatkan 66,000 nyawa terkorban.
3. Kejadian gempa bumi di Santa Barbara Califonia telah menyapu bersih pantai. Kejadian adalah pada 17 Dis 1896. Namun jumlah kematian tidak dinyatakan.
4. Pada 8 Sep 1900 Ombak tsunami disebabkan oleh taufan di Galveston telah meragut 9000 nyawa.
5. Pada 1 April 1946 di Hilo hawai dan kepulauan eleutian Alaska, gempa bumi di Pulau Unimak Alaska telah menghasilkan Ombak setinggi 35 Meter dan meragut antara 150-190 nyawa.
6. Gempa bumi pada 9 Mac 1957 di selatan kepulauan Andreanof telah menyebabkan kepulauan Aleutian, Alaska dan juga Hawai menerima kesan dari gampa itu. Amaran daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik Antarabangsa tiada seorang pun yang terbunuh.
7. Pada 9 Julai 1958 gempa bumi di Teluk Lituya Alaska telah menyebabkan runtuhan ais, batu dan glasier berhampiran ke dalam teluk. Percikan besar telah menghasilkan tsunami, namun jumlah kematian hanya 3 orang sahaja.
8. Pada Mei 1960, beberapa siri gempa bumi serentak di Hilo,Hawai dan Chile telah menyebabkan kematian seramai 61 orang.
9. Gempa bumi dan kejadian tanah runtuh telah menyebabkan berlaku tsunami dan ombak besar pada ketinggian 31.7 meter pada 28 mac 1964. Kejadian di Prince William Sound Alaska itu bagaimanapun meragut hanya 130 nyawa sahaja.
10. Gempa bumi di Kepulauan Hawai telah menghasilkan ombak tinggi dari 1.5 meter hingga 14.3 meter kematian adalah seramai 2 orang sahaja.
Chile
1. Pada 8 Ogos 1868 tsunami di Arica (utara Chili) telah menyebabkan ombak setinggi 15 meter dan mengorbankan sekitar 25,000 nyawa.
2. Pada 20 Feb 1835 di Thalcahuano telah berlaku gempa bumi tetapi kematian tidak diketahui.
3. Pada bulan Mei tahun 1960 gempa bumi di Chile telah menyebabkan kematian antara 450- 2,290.
4. Pada 31 Mei 1970 gempabumi pada ukuran 7.9 skala richter telah membunuh 66,000 penduduk peru.
5. Gempa bumi pada skala 6.9 skala richter pada 24 jun 2001 telah meragut 48 nyawa.
Filiphina
1. Tsunami di perairan selatan Mindanao akibat gempa bumi berukuran 7.9 skala richter pada 17 Ogos 1976 telah meragut 3,700 nyawa.
2. Gempa pada 16 jul 1990 berukuran 7.8 skala richter telah meragut 1200 nyawa.
Jepun
1. Tahun 1703 telah menyaksikan kematian seramai 100,000 orang akibat dari bencana ombak besar. Pada tahun yang sama juga tsunami di laut cina selatan mengorbankan seramai 40,000 orang.
2. Tsunami menghentam Jepun pada tahun 1896. Gelombang yang dipanggil tsunami Sanriku itu telah telah menghasilkan gelombang tinggi 23 meter (70kaki) dan telah menggulung serta menghempas masyarakat yang sedang merayakan satu festival keagamaan. Jumlah kematian adalah seramai 26,000 orang. Pantai seluas 280km telah dimusnahkan oleh ombak yang telah mencapai ketinggian sehingga 30 meter.
3. Pada 1 september tahun 1923 gempa bumi di Yokohama menyebabkan kebakaran besar dan kematian lebih 143,000 orang.
4. Pada 3 Mac 1933 di Sariku Jepun telah berlaku gempabumi yang meragut 2990 nyawa.
5. Pada 20 mac 2005, gempa di Fokuka Jepun dengan kekuatan 7.8 Skala richter tetapi menyebabkan kematian yang kecil sahaja
6. Pada tahun 1707 Jepun telah mengalami gempa bumi yang meragut 30,000 nyawa.
7. Gempa bumi bawah laut telah menhasilkan ombak tsunami setinggi 5 hingga 31.7 meter. Kejadian berlaku di pulau Okushiri jepun pada 12 Jul 1993 dan meragut lebih 200 nyawa.
8. Di Tokyo, Jepun, pada 1923, yang memakan korban 140,000 orang.
9. Di Turkmenistan, pada 1948, di mana 110,000 orang meninggal.
Russia
1. Pada 5 okt 1948 gempa di Turkmenistan pada ukuran 7.3 skala richter telah mengorbankan seramai 110 orang.
2. Pada 1737 gempa di Cape Lopatca, semenanjung Kamchatka, Russia telah menyebabkan ombak setinggi 64 meter yang meragut nyawa tetapi jumlahnya tidah dicatatkan.
3. Pada 6 Nov 1952 Semenanjung Kanchaqtka telah menyaksikan kematian hanya pada 6 ekor lembu akibat gempa bumi. Tiada kematian di pihak manusia dicatatkan.
Portugal
1. Di Lisbon ombak setinggi 6- 15 meter akibat dari gempabumi pada 1 Nov 1755 telah telah meragut nyawa antara 10,000 hingga 60,000.
Iran
1. Pada 20 jun 1990 gempa bumi di Iran pada ukuran 7,7 skala richter telah membunuh 40,000 penduduk Negara itu.
2. Tepat jam 5.28 pagi pada 26 Dis 2003 bumi Iran telah digemparkan dengan gegaran yang sungguh kuat dan menakutkan. Kali ini tumpuan adalah di kawasan Bam iaitu lokasi yang menghasilkan kurma madu yang berkualiti dan antara yang terbaik di dunia. Dengan gegaran berukuran 6.3 skala richter cukup untuk menghancurkan sebahagian bumi Bam. Bencana tersebut telah memberi musibah besar kepada penduduk di situ dan meragut 60,000 nyawa.
Turki
1. Gempa bumi di negeri Iskandariah pada 21 Julai 365 telah membunuh 50,000 penduduk Negara tersebut. Itu adalah kematian yang sangat dashyat pada ketika itu.
Jamaika
1. Gempa bumi pada 7 jun 1692 di Port Royal telah membunuh beribu-ribu orang. Ukuran gempa tidak dicatatkan kerana system pada skala richter tidak dirakamkan pada ketika itu.
Thailand.
1. Pada 23 Jun 1955 ombak pasang disebabkan cuaca buruk di patani telah meragut 500.