Tidakkah kamu akan berasa senang apabila ada sahabatmu yang membuatkan kamu ketawa Atau jika dia mampu membuatkan kamu tersenyum Bukankah itu sifat yang menyenangkan ramai orang
Bersifat humor mampu menarik si dia lebih mendekati kamu. Si dia pastinya suka berbual dengan kamu yang berjaya membuatkannya senyum, ketawa dan berasa senang ketika bersamamu. Sudah pastinya kamu akan lebih disukai.
Menjadi seseorang yang mempunyai sifat humor ini bukanlah bermaksud kamu perlu sentiasa berkata sesuatu yang berunsur lawak jenaka. Sebenarnya, cukup dengan membuatkan orang lain senyum dengan apa yang kita perkatakan. Tetapi, jika kamu mampu membuatkan orang lain ketawa, usah berhenti bersifat humor. Teruskan sahaja, kerana ia pastinya tidak akan membuatkan orang lain terluka.
Kamu juga akan lebih mudah didekati. Jadilah seperti bayi kecil yang disukai oleh ramai orang. Bayi tidak melakukan banyak perkara pun untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Mereka cukup sekadar senyum dan membuatkan orang lain juga senyum serta ketawa bersama mereka.
Menjadi orang yang perengus dan suka komplen hanya akan membuatkan orang di sekeliling kamu menjauhkan diri. Sifat ini dianggap negatif dan tidak boleh menjadi daya penarik.
Sekiranya kami tidak tahu bagaimana menjadi seseorang yang ada sifat humor, cubalah kamu berlatih untuk menyenangkan orang lain dengan diri kamu.