AYAH EDY PUNYA CERITA - 29
Suatu hari ada ibu bapa yang bertanya tentang anaknya yang sukar sekali diajak pergi ke sekolah. Jika dipaksa, dia tidak mahu turun dari kereta. Bahkan kebelakangan ini, dia sering mengeluh kepalanya pening, sakit perut, dan sebagainya.

Apakah anak saya berbohong atau apa tanya ibu yang sedang kebingungan itu kepada saya. Kebetulan anaknya yang berusia lima tahun itu diajak juga untuk bertemu dengan saya. Lalu saya jelaskan bahawa dalam kes ini si anak seperti tidak berbohong, apalagi jika sebelumnya dia tidak pernah mengeluh seperti itu. Saya melihat ini cenderung kepada gejala stres si anak terhadap sekolahnya atau dikenali juga sebagai gejala psikosomatik.

Kepada ibu ini, saya jelaskan bahawa dahulu sistem pendidikan menggunakan prinsip bahawa setiap anak adalah sama dan seragam sehingga setiap anak harus boleh mengikut keinginan gurunya. Namun, setelah dilakukan penyelidikan selama 30 tahun terhadap anak, ditemukan bahawa setiap anak itu unik, baik secara fizikal, psikologi, mahu pun cara otaknya bekerja. Oleh kerana itu, sistem pendidikan moden telah mengubah prinsip dasar sistem pengajarannya. Oleh kerana setiap anak memiliki keunikan masingmasing, maka guru dan sekolah harus memfasilitasi setiap keunikan anak tersebut, agar mereka semua boleh berjaya dalam proses belajar. Ya, semua anak harus boleh berjaya.

Lalu, si ibu tadi menyanggah, Padahal saya sudah sekolahkan dia di sekolah yang mahal.

Nah, itu masalahnya, jawab saya lebih lanjut, Mahal tidak menjamin berjalannya prinsip pendidikan yang sesuai dengan fitrah anak. Bahkan banyak juga yang di atas kertas sudah mencanangkan sistem pendidikan moden, tetapi di lapangan masih ada para gurunya menerapkan sistem dan cara belajar lama. Nah, di sinilah kuncinya. Untuk mengetahui apakah sebuah sekolah bagus atau tidak, kita boleh perhatikan dari dua aspek. Yang pertama adalah anak kita semakin kritis dan berani mengungkapkan pendapat dan yang kedua adalah perilakunya santun dan peduli.

Biasanya sekolah yang baik akan membuatkan murid-murid betah bersekolah atau bahkan membuatkan mereka lebih senang bersekolah berbanding cuti. Setelah saya memberi penjelasan kepada ibunya, anaknya saya ajak bicara. Di luar dugaan dia berani menjawab dengan jelas sekali.

Saya mulakan pertanyaan seperti ini, Sayang, apa kamu suka bersekolah Dia diam tidak menjawab.

Apakah kamu ada masalah di sekolah Dia mengangguk.

Apakah kamu ada masalah yang membuat kamu sekarang tidak suka bersekolah Dia mengangguk lagi. Apakah masalahnya dengan teman atau guru Dengan guru. Dia mulai menjawab.

Apakah semua guru, beberapa guru, atau hanya satu guru Hanya satu. Jawapnya.

Boleh ayah tahu namanya

Cikgu X. Jawab anak itu lagi.

Lalu, saya menoleh ke ibunya, Ibu dengar penjelasan anak Ibu

Akhirnya, si ibu pun mengangguk, Ya, ayah. Mungkin anak saya benar. Kerana sejak berganti guru dia menjadi berubah seperti ini. Lalu, saya harus bagaimana Ayah

Sekolah yang baik adalah sekolah yang guru-gurunya menjadi kegemaran murid-muridnya, jadi pertama, cuba ajak pihak sekolah untuk bekerjasama. Jelaskan hasil perbincangan kita ini pada sekolah dan kita lihat tindak balassnya. Jika masalah ini ditanggapi positif, kemudian ada usaha dan tindakan memperbaiki maka itu sekolah yang peduli namanya.

Lalu, jika tidak ditanggapi dan tidak ada perubahan, bagaimana

Ya, saya fikir Ibu boleh mengambil kesimpulan sendiri. Menurut saya, sudah saatnya kita memilih sekolah yang peduli pada permasalahan tiap pelajarnya. Kerana kunci kejayaan pelajar adalah pada kepedulian pihak ibu bapa dan sekolah. Pendidikan itu tidak akan berhasil tanpa kepedulian dari ibu bapa dan pihak sekolah. Jelas saya panjang lebar.

Mari kita bangunkan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah untuk membuatkan anak-anak sukses belajar dan bukannya saling melepaskan tanggungjawab.

Setiap anak memiliki keunikan masing-masing sehingga guru dan sekolah harus boleh memfasilitasi setiap keunikan anak tersebut, agar mereka boleh berjaya dalam proses pembelajaran.