Wirda, Firdaus sudah meninggal. Bisik ayahnya dengan wajah simpati.
Dia tersentak. Kata-kata lelaki itu bagai angin semilir merasuk ke hati. Tubuhnya bergetar mendengar nama itu disebut. Dia melemparkan pandangan tajam ke arah Tengku Hussain.
Apa babah merepek ni Soalnya dengan suara meninggi.
Dia melihat mata ayahnya beredar ke arah Tengku Amar. Kedua-duanya saling memandang bagai sedang berkongsi rahsia. Sejurus mata Tengku Amar beralih pula ke wajahnya. Renungan lelaki itu tampak sayu.
Wirda, babah cakap betul. Firdaus dah tak ada lagi sayang. Dia dah tinggalkan kita. Bisik Tengku Hussain lagi.
Dia menggeleng. Tak mungkin! Lelaki itu tak mungkin sudah mati! Mereka sudah berjanji untuk bertemu malam ini dan menyambut anniversary percintaan mereka. Firdaus takkkan sesekali mungkir janji!
Tak! Babah bohong! Dia bagai hilang pedoman diri.
Wirda..
Orang tu tak mungkin Fir. Dia tak mungkin tinggalkan Wirda macam tu aje. Usai berkata demikian, dia terus meluru ke arah troli di hadapannya. Kain penutup mayat segera dirungkai menyerlahkan seraut wajah yang kelihatan tenang biarpun berlumuran darah. Wajahnya terbeliak, membayangkan kejutan yang tak diduga.Tubuhnya hampir terjelupuk. Mujurlah ayahnya sempat menyambutnya.
Wirda keluhan Tengku Hussain berlanjutan. Namun dia sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia mengongoi bagai anak kecil. Hilang semua bahagia yang dirasakannya dalam sekelip mata, bila matanya terpandang wajah lelaki itu. Lelaki yang dicintainya sejak lima belas tahun yang lalu.
Wirda mengesat air mata yang berpupuk di birai mata. Enam tahun lamanya dia menangisi pemergian lelaki itu. Meratap duka sekeping hatinya yang tercalar kerana kehilangan cinta. Namun yang ditemukan kembali hanyalah kenangan yang tidak pernah pudar. Dan kerana itulah dia merasa berdosa pada Filman. Lelaki itu seorang yang baik. Yang memahami sebahagian dari dirinya, meskipun dia tidak pernah mengharapkan begitu. Yang sanggup menerima dirinya seadanya meskipun dia insan yang berdosa! Fil! Maafkan aku!
Kalau Wirda nak bawa Melly ke Milan, lupakan saja. Tapi kalau Wirda nak jenguk dia, datang aje kat rumah. Fil tak sangka Wirda masih boleh ingat jalan ke mari.
Sindiran itu menusuk ke sanubarinya. Dia masih terkesan dengan layanan Filman padanya. Selama ini Filman tidak pernah berkasar padanya. Tidak walaupun sekali! Namun kali ini Filman benar-benar tidak sudi menyerahkan Melia dalam jagaannya walaupun sebentar. Takut benar lelaki itu dia membawa lari Melia ke Milan. Dan bagaimana dengan aku Sampai bila aku dan Melly akan hidup terpisah begini Melly! Mama rindukan Melly! Mama bukan bermaksud mahu meninggalkan Melly. Tapi mama terpaksa tinggalkan tempat ini lima tahun yang lalu. Ketika itu fikiran mama terlalu kusut. Mama takut jika mama tak tinggalkan tempat ini, maka mama akan jadi gila memikirkan semua kesilapan yang mama lakukan pada papa Melly. Maafkan mama Melly! Bisik Wirda seraya mengesat tubir matanya yang bergenang air jernih.
PAGI-PAGI lagi Filman sudah tercacak di hadapan taska itu. Dia menghela tangan Melia keluar dari perut kereta, lalu membawanya ke arah Umaira yang sedang menanti di muka pintu.
Selamat pagi Encik Filman. Umaira menegur ramah.
Pagi Mira. Filman tersenyum. Dia berhenti di hadapan muka pintu. Beg kecil Melia diserahkan pada Umaira sebelum dia tunduk ke arah anak kecilnya.
Okey sayang, papa pergi kerja dulu. Nanti papa jemput.
Papa jangan datang lewat lagi tau. Pesan Melia.
Ala lewat kejap aje. Lagipun Melly kan dah ada kawan baru. Tiba-tiba dia teringatkan gadis bertudung yang ditemuinya tempohari. Mata Filman segera menjenguk ke dalam rumah itu, namun bayang gadis itu langsung tidak kelihatan. Ke mana dia pergi Tak kerja ke hari ini
Mira, saya pergi dulu. Tolong jaga Melia ya, pesan Filman sebelum bingkas bangun. Umaira mengangguk. Ayat-ayat lelaki itu sudah rutin di kepalanya hampir setiap hari. Begitulah selalunya pesan Filman selepas menghantar Melia ke situ.
Papa, jangan lupa datang cepat hari ni. Jerit Melia di samping Umaira. Filman menggangguk lalu masuk ke dalam perut kereta. Dia segera menukar gear reverse.
Sebaik pedal keretanya ditekan, dia terburu-buru mengundur. Serentak bunyi kuat muncul disertai laungan membuatkan Filman tersentak. Dia segera menekan brek. Matanya berpaling ke arah cermin di hadapan kereta. Sesusuk tubuh berdiri betul-betul di penjuru belakang keretanya. Filman terkejut besar. Alamak!
Filman segera keluar dari perut kereta. Dia benar-benar serba salah. Maaf cik, saya tak sengaja tadi. Saya Kata-kata Filman terhenti begitu sahaja. Matanya terpaku memandang Danira yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah keadaan Danira selepas dilanggar oleh Filman secara tidak sengaja