FELISHA renung cincin di jari manisnya. Masa majlis pertunangannya siang tadi, Puan Akma tersenyum gembira ketika acara menyarung cincin ke jari manisnya. Dia dipeluk erat. Sempat jeling Puan Suraya di sebelah Puan Akma. Terkedu seketika bila Puan Akma perkenalkan ahli keluarganya. Alia pula hanya senyum kelat. Ucapan tahniah dari mulut kecil Alia masih terngiang di telinganya. Ada nada sebak.
MaknanyaFariz dan Tajdid tu adalah sepupu. Felisha menekup muka. Terasa sangat kecil dunia ini.
Sha..boleh mama masuk
Felisha menoleh ke arah pintu. Masuklah mama! Tak kunci pun!
Puan Bainun tersenyum sebaik pintu dibuka. Dia mendekati Felisha yang sudah bertukar jersi. Baju tidur satin berona merah hati sudah tersarung di tubuh Felisha.
Sha..mama harap Sha jaga hati Tajdid. Jaga pergaulan. Mama gembira sekarang ni. Sha pun tak pakai lagi dah seluar jeans ketat tu.
Alhamdulillah.. Puan Bainun peluk Felisha.
Mama. Felisha menyeka air mata yang tumpah. Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Perubahannya bukan kerana pertunangannya dengan Tajdid tetapi pengajaran dari kejadian yang menimpa dirinya dua kali dulu. Hampir diperkosa lelaki gila!
Puan Bainun minta diri beredar dari bilik Felisha.
Felisha menatap semula cincin di jari manisnya. Mulai saat ini, dia tak akan berhubung lagi dengan keluarga Fariz. Hati Tajdid perlu dijaga.
Pertunangannya dengan Tajdid pun tak lama. Lima bulan saja. Felisha pasrah.
Felisha jeling telefon bimbitnya yang berdering kuat. Dia jenguk skrin.
Hello Nim! Kau kat mana ni Dah balik Esok aku balik rumah tu. Felisha teruja. Dah seminggu lebih dia tidak bertemu teman serumahnya sendiri.
Hanim sudah pulang rupanya. Felisha menapak ke katil. Sekali lagi telefonnya berdering.
Alia Perlahan Felisha menjawab. Suara sebak di hujung talian jelas kedengaran. Talian dimatikan sebaik perbualannya dengan Alia tamat.
Kenapa Alia sedih Dia nak jumpa aku esok Felisha berkerut kening. Dia mula baring. Hari ini seharian dia memasak dan melayan tetamu yang datang. Rasa penat masih terasa.
Hmmada mesej la pulak. Aku dah mengantuk ni. Felisha capai semula telefonnya.
Tahniah! Semoga awak bahagia Kamalia
Felisha senyum hambar. Nyata Kamalia tidak pernah menyimpan dendam padanya. Matanya dipejam. Ah! Lega bila dapat baring dan berehat macam ni.
PAGI lagi Felisha sudah bangun. Dia bergegas ke kedai. Sudah tiga hari kedainya ditutup.
Wah..orang berdarah manis sudah datang la! Usik Ainul yang sudah masuk tiga bulan usia kandungannya.
Hish! Ada je Ainul ni. Akak biasa je. Felisha menapak malas ke pejabat.
Dia periksa semua surat yang dihulur Ainul tadi. Tangannya terketar-ketar membaca sepucuk surat yang cukup ditakutinya.
Kak Shakenapa Ainul mendekati Felisha yang sudah pucat muka.
Ainul..akak takut la. Dia hantar lagi surat ni.. Felisha terduduk di kerusi. Dia menekup muka.
Ainul capai surat yang diletak atas meja. Satu persatu dia membaca isi kandungan surat itu.
Aku nak bakal suami kau menyesal! Biar kau ditebuk tupai!
Tak lama lagi!
Kak..baik kita buat laporan polis. Ni dah serius ni kak. Ainul pegang bahu Felisha yang sudah pucat lesi.
Tapi kita tak tahu siapa! Felisha sudah bengang.
Habis tu Takkan nak biarkan dia buat macam ni. Lama-lama nanti dia lagi berani buat benda yang lebih dasyat dari ni. Ainul pujuk Felisha yang sudah menekup kepalanya.
Hai Sha! Tahniah!
Felisha mendongak. Jazman sudah terpacak di depannya. Kali ini hanya berpakaian biasa.
Jaz! Macam mana kau tahu Felisha senyum kelat.
Benda macam ni kacang je la. Tahniah! Jazman duduk di depan Felisha.
Felisha tunduk semula.
Kau kenapa Pucat macam mayat aku tengok. Takkan baru bertunang pun dah pucat macam ni Gurau Jazman sambil tersenyum.
Abang..sebenarnya kak Sha ni.. Ainul pandang Felisha minta kebenaran. Felisha hanya mengangguk.
Sebenarnya sudah lama kak Sha terima surat ugutan. Ni.. Ainul hulur surat tadi.
Jazman mula membaca isi kandungan surat itu. Berkerut keningnya membaca apa yang tertulis di situ.
Surat ni aku pegang dulu. Aku nak kaji dan siasat. Ada lagi selain dari surat ni Jazman lipat surat dan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Felisha buka laci dan menghulurkan tiga lagi pucuk surat kepada Jazman.
Shakau jangan bimbang. Aku akan siasat benda ni. Kalau ada apa-apa lagi, kau jangan sorokkan dari aku okey Jazman pandang Felisha yang sudah sugul.
Felisha mengangguk lemah. Tidak berani dia berterus terang tentang lelaki gila yang cuba merogolnya dulu.
Ni nombor telefon aku. Kau jangan teragak-agak call aku kalau ada apa-apa yang mencurigakan. Jazman hulur sekeping kertas kepada Felisha.
Aku pergi dulu. Aku kena melaporkan diri tengah hari ni. Jazman minta diri.
Felisha lihat jam. Pukul dua belas nanti dia kena berjumpa pula dengan Alia. Entah apa yang Alia nak beritahu.
TERKOCOH-KOCOH Felisha berjalan ke arah restoran di Bangsar. Melilau dia mencari kelibat Alia di restoran yang dijanjikan.
Mana pulak dia ni Felisha panjangkan leher melihat di celah-celah pelanggan restoran yang agak ramai.
Kak Sha!
Felisha berpaling. Alia sudah menunggunya di salah sebuah meja di penjuru restoran. Dia terus menapak ke situ.
Ada apa Alia nak jumpa akak Felisha melabuhkan punggung sebelah Alia.
Tahniah kak.. Alia peluk Felisha. Suara Alia sudah sebak.
Alia..kenapa ni
Kak..akak cintakan abang Taj
Felisha menelan liur. Terkedu dengan pertanyaan Alia. Patutkah aku jawab Apa yang aku nak jawab Aku pun memang tak pernah cintakan Tajdid tapi apa kaitannya dengan Alia. Kenapa dia tanya macam tu
Kak..kak..
Felisha tersedar. Alia masih menanti jawapan darinya.
Kenapa Alia tanya macam tu
Maafkan Alia kak. Sebenarnya semua mesej yang akak terima tu..,Alia yang hantar. Bukan Alia nak mainkan akak tapi Alia tahu, abang Fariz cintakan akak tapi dia tak nak mengaku. Alia mula berterus terang.
Apa Alia jangan nak bergurau dengan akak. Felisha menelan liur.
Sebenarnya semua tu Alia dan mama yang rancang. Masa di kampung dulu pun, Alia yang tulis surat dan letak bawah pintu bilik kak Sha dan abang Fariz. Tapi percayalah, kami buat semua tu untuk satukan abang dan kak Sha. Alia tunduk.
Felisha terkedu. Jadi selama ini semua sms jiwang tu adalah bohong semata-mata termasuklah mesej yang terbaru diterima. Memang jelas, Fariz memang tak pernah sukakan aku.
Tapi kenapa Alia beritahu semua ni Felisha pandang tepat ke mata Alia.
Sebab itu sebenarnya harapan mama. Sudah banyak hari mama tidak lalu makan. Mama kecewa. Selama ini rupanya abang Tajdid sukakan akak, anak sedara mama sendiri. Anak kakak mama sendiri. Siapa yang tidak terkilan bila dapat tahu orang yang diharap jadi menantunya sekarang ni sudah bertunang dengan anak sedara sendiri. Alia meluahkan perasaan yang terbuku di hati mama.
Felisha diam. Memang sejak dulu, Puan Suraya terlalu inginkannya menjadi isteri Fariz. Benarlah jodoh adalah rahsia Allah. Jika manusia itu tahu siapa jodoh mereka, sudah tentu mereka tidak akan bersusah payah berusaha mencari dan tiada lagi rasa teruja. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima si dia dan selama mana kita bertahan bersamanya, jika Allah s.w.t tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, kita tetap tidak akan bersama dengannya walau kita bersusah payah mendapatkannya. Seadanyalah kita mencintai orang itu kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang kita nilai baik untuk kita belum tentu baik untuk Allah.
Kak..kak Sha Alia pegang tangan Felisha yang kelihatan termenung jauh.
Err..ya Felisha tersedar dari lamunan.
Alia tahu akak sukakan abang Fariz kan Alia renung mata Felisha. Cuba mencari jawapan ikhlas dari sinar matanya.
Alia, anggaplah jodoh akak bukan dengan abang Fariz. Itu yang sewajarnya kita fikir. Felisha juga turut serba salah. Nak kata aku sukakan Fariz, perasaan aku ni pun biasa saja, hanya akhir-akhir ini saja, ada rasa pelik menghuni hati.
Alia mengangguk lemah. Tidak mungkin dia beritahu Felisha tentang perasaannya terhadap Tajdid selama ini. Ah, mungkin rasa cinta tu macam cinta monyet di sekolah.
Kirim salam pada mama nanti. Akak minta maaf. Akak tak bermaksud nak lukakan hati sesiapa terutama mama Alia. InsyaAllah, kita akan tetap berkawan kan Felisha senyum. Cuba memujuk Alia yang dari tadi sudah sugul.
Mereka beriringan berjalan keluar dari restoran setelah mengisi perut.
FELISHA senyum sebaik terpandang kereta MyVi milik Hanim sudah tersadai di laman rumah. Berkerut melihat kereta Najwa pun ada diparkir di laman. Di tangannya sudah tersedia satu bungkusan coklat, yang dibeli khas untuk sahabat baiknya. Dia menapak perlahan ke ruang tamu. Sunyi.
Mana Hanim ni Senyap je.. Felisha letak bungkusan coklat di atas meja sofa. Dia terus ke dapur mengambil segelas air. Sepanjang perjalanan tadi, tekaknya terasa haus sangat. Dia jenguk sekali lagi di ruang tamu. Hanim tiada di situ.
Hmm..ada kat bilik kut. Felisha dongak ke tingkat atas. Dia duduk di sofa sambil meneguk air kosong. Sudah hampir dua minggu dia tidak tidur di rumah bujangnya. Sejak kejadian malam tu, dia banyak menghabiskan masa di rumah mama dan papa.
Lama Felisha menonton tv sementara menunggu Hanim. Sesekali dia dongak ke tingkat atas.
Hanim ada ke tak ada Kereta dia dah tersadai kat situ. Takkanlah dia tak ada. Felisha letak gelas di atas meja. Dia menapak perlahan ke tingkat atas.
Pintu bilik Hanim dibuka. Bunyi air pancuran dari bilik mandi jelas di telinganya. Oh..mandi la tu agaknya. Felisha keluar semula dari bilik Hanim. Sempat dia melihat bilik Najwa yang terletak di hujung koridor. Rumah dua tingkat yang dihuni bersama Najwa dan Hanim itu mempunyai empat bilik semuanya. Perlahan Felisha menapak ke arah bilik Najwa.
Eh, Najwa dah balik ke dari Vietnam Dia bercakap dengan siapa Felisha menekup telinga di daun pintu yang tertutup rapat. Ingatkan tadi dia ingin mengetuk pintu dulu. Suara tinggi Najwa jelas menerjah lubang telinganya.
Dia marahkan siapa Felisha berkerut kening. Tak jadi ketuk pintu. Dia berlalu pergi ke biliknya sendiri.
Felisha termenung di kepala katil. Masih memikirkan kata-kata Alia tadi. Nak buat apa aku terhegeh kat Fariz kalau Fariz sendiri tidak pernah ada sekelumit cintanya untuk aku. Mungkin Alia kata macam tu semata-mata nak aku tinggalkan Tajdid dan menikah dengan Fariz. Biarlah aku berkorban perasaan aku untuk Tajdid. Tentu Najwa dan Hanim ketawakan aku sebab aku dah kalah dalam cabaran yang aku buat sendiri.
Usai solat maghrib, Felisha menghabiskan bacaan Quran yang hanya tinggal dua muka surat dalam surah yang telah ditanda minggu lepas.
Seminggu dia tidak sempat membaca ayat suci Allah, sibuk dengan persediaan untuk majlis pertunangannya. Bila difikir kembali, mungkin itu juga ujian Allah. Allah beri kesibukan sikit, kita sudah lupa untuk mengingati walau perkara itu hanya membaca Quran. Apa lagi nak buat suruhan Allah yang berat-berat.
Quran diletakkan atas rak. Felisha capai pula album. Foto dalam album itu ditatap lagi. Kenangan bersama keluarga Fariz semasa di kampung Cermai akan tetap tersemat dalam hati. Banyak perkara yang dia pelajari terutama kenangan bersama opah. Opah banyak membantunya membaca dan menyebut ayat-ayat Allah dengan bacaan yang betul. Opah juga banyak mengajarnya menjadi seorang yang berani dan berdikari. Bayangkan nak memasak ayam, ayam kena tangkap dan sembelih sendiri. Sayur pula kutip saja di belakang rumah yang subur di tanam di situ. Macam-macam sayur ada, kacang panjang, bayam, sawi dan ulam-ulam, Ikan ditangkap di sungai berhampiran. Telur dikutip di reban ayam.
Hmm..rindu pulak nak pergi kampung Cermai tu.. Felisha senyum sendiri. Album diletakkan kembali di tempat asal.
Felisha keluar dari bilik menuju ke dapur. Dia jeling bilik Najwa dan bilik Hanim yang masih bertutup.
Takkan masih kat bilik
Felisha menapak ke dapur. Sempat bancuh coklat panas satu mug. Dia bawa mug ke ruang tamu.
Aik! Coklat aku masih kat sini Felisha dongak ke tingkat atas. Mana dia ni Dia rebahkan tubuh di sofa.
Hai Sha!
Felisha mendongak lagi. Najwa sudah tersenyum kepadanya sambil menuruni anak tangga.
Wah! Makin berseri kau ya! Usik Najwa yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Felisha.
Eh! Awal kau balik Kata dua minggu kau ke Vietnam Felisha senyum.
Kerja aku habis cepat. Nak buat apa melangut lama-lama kat sana. Bosanlah! Kau tu..dah makin berseri! Najwa melabuhkan punggung sebelah Felisha.
Mana ada. Biasa je. Aku minta maaf sebab tak undang kau ke majlis pertunangan aku. Semua tu tak dirancang awal. Malas Felisha nak bercerita soal itu.
Alah..kalau kau jemput aku pun, bukan aku boleh hadir pun! Aku kan kat Vietnam. Najwa sengih. Dia capai mug coklat panas dari tangan Felisha. Diteguk sekejap.
Macam mana Vietnam Best tak Felisha senyum.
Boleh la..aku pergi bukan nak berseronok. Aku kerja. Lainlah kau tu. Tiap tahun kau boleh pergi. Seingat aku, kau dah tiga kali ke sana kan Najwa sandar di sofa.
Felisha senyum hambar.
Kau macam mana Tak sangka, jadi jugak kau bertunang dengan Fariz kan. Najwa sengih.
Felisha cepat-cepat berpaling ke arah Najwa. Najwa tak tahu ke
Kau tak tahu ke
Tahu apa Serentak Najwa dan Hanim bertanya. Najwa berpaling ke arah Hanim yang tiba-tiba muncul di anak tangga sambil menapak turun ke ruang tamu.
Aku bukan bertunang dengan Fariz tapi Tajdid. Felisha berterus terang.
Tajdid Siapa tu Najwa agak terkejut.
Haah! Siapa pulak Tajdid tu Sha Lelaki romantik tu ke Celah Hanim. Dia turut duduk di kerusi di meja makan.
Aku rasa dunia ni kecik sangat. Aku kenal Fariz dan Tajdid pada masa yang sama. Aku kenal Fariz dan keluarganya agak rapat jugaklah tapi at last aku bertunang dengan sepupu Fariz. Felisha ceritakan hal sebenar.
Sepupu Maksud kau..Tajdid tu sepupu Fariz Najwa bulatkan mata.
Felisha mengangguk.
Jadi..cabaran kau tu macam mana Berjaya tak Hanim pandang Felisha tak berkelip.
Felisha jeling Najwa dan Hanim yang nyata masih ingat pertaruhannya dulu.
Takdia tu hati batu! Keras! Kering! Felisha sudah berputus asa.
Kau pulak Tanya Najwa lagi.
Aku Entahaku rasa aku dah suka kat dia tapi terlambat. Felisha berkata tanpa nada perasaan.
Hanim mula ketawa terbahak-bahak.
Kau ni..ketawa sampai terguling-guling macam ni kenapa Felisha pandang Hanim yang sudah tergolek atas sofa sambil menekan perut. Najwa pula hanya sengih melihat gelagat Hanim.
Tu la..aku dah cakap dah. Bukan dia yang cair, basah, kau tu yang jadi macam tu. Ketawa Hanim masih ketara.
Felisha hanya diam. Usahanya selama ni hanya sia-sia. Dulu, mati-mati ingat sms jiwang tu Fariz sendiri yang hantar, rupanya Alia menyamar. Ayat-ayat tu semua dari Alia! Aku yang kantoi! Dah terlanjur mengaku cintakan Fariz, kononnya berlakon tapi dalam hati aku ni ada juga bunga dan putik rasa tu walaupun baru nak berkembang. Haih
Ha! Masa aku kat Vietnam, kau okey ke tinggal sorang-sorang kat rumah ni Najwa teringat pesanannya dulu sebelum bertolak ke Vietnam.
Tu la! Korang ni outstation pun pada masa yang sama, terpaksalah aku ajak Aliaadik Fariz temankan aku tapi ada satu malam tuentah orang gila mana masuk ke rumah. Nyaris aku dirogolnya. Aku tendang kuat-kuat. Bila aku nak ketuk dengan kuali, dia dah cabut lari. Dahlah hujan menggila lebatnya malam tu. Petir, guruh lagi. Felisha merasa seram bila teringat kejadian malam tu.
Ya Najwa terbeliak.
Hanim turut tercengang.
Kau kenal orang gila tu Kau cam tak muka dia Najwa menelan liur. Dia pandang sekitar ruang tamu. Mana tahu orang gila tu muncul semula.
Macam mana aku nak kenal Dia siap pakai topeng! Felisha mengetap bibir.
Habis kau tak lapor polisHanim pula rasa takut.
Tak.. Felisha menjawab malas.
Haish! Kenapa kau tak lapor polis jeHanim seperti tak puas hati.
Kalau aku lapor polis, buatnya polis tanya macam mana rupa orang gila tu, aku nak jawab apa Takkan aku cakap dia pakai topeng Felisha jeling Hanim. Bengap jugak minah ni.
Laa..polis ni boleh siasat tahu tak. Kau boleh terangkan bentuk badan dia, dia pakai apa, bau minyak wangi dia ke, atau..mungkin dia jalan tempang ke..Hanim jeling Felisha. Minah ni pun satulah! Lapor jela!
Banyaklah kau punya teori! Malam tu blackout la! Gelap! Mana nak nampak semua tu! Felisha luku kepala Hanim.
Hanim gelak kecil. Awat hang tak habak awai-awai
Felisha ketap bibir. Nak cerita satu persatu, buat novel la beb!
Habis tu, buatnya mamat tu datang lagi, macam mana Aku takut Sha! Najwa duduk rapat dengan Felisha.
Entahaku pun sedang pening ni. Ada sekali tu, seorang lelaki ni cuba nak perkosa aku masa aku nak jumpa Fariz kat tasik. Fariz pulak masa tu, asyik pandang tasik je. Aku jerit bagai nak pecah anak tekak, dia buat dek je. Telinga dia tak korek sebulan agaknya! Aku apa lagi, aku gigit la tangan mamat gila tu! Dia cabut lari! Tapi Felisha berhenti. Dahinya berkerut.
Tapi apa Najwa pula semakin rapat dengan Felisha. Malam-malam macam tu, terasa seram sejuk seluruh badan.
Lelaki tu ada cakap dengan aku. Hutang darah perlu dibayar dengan darah tapi dia nak rogol aku..pelik kan Aku tak ada musuh dengan sesiapa pun. Hutang pun tak ada. Apa lagi darah-darah semua ni.. Felisha sandar di sofa. Dia jeling Najwa yang dah berkerekut sebelahnya.
Penakut betullah minah ni.
Eh, yang kau sampai nak peluk aku ni kenapa Felisha jarakkan sedikit dari Najwa. Panas!
A..aku rasa seram la. Bila kau sebut rogol, perkosa ni..aku fobia sikit. Najwa pandang kiri kanan. Melilau matanya melihat sekitar rumah.
Tak ada apa la..relaks la beb! Felisha bingkas bangun bila azan isyak berkumandang di kaca tv.
Kau nak ke mana Hanim turut bangun.
Solat la. Lepas tu aku nak tidur. Penat. Felisha menapak ke tingkat atas.
Oh ya! Tu! Ada hadiah untuk korang! Felisha tuding ke arah kotak coklat atas meja sofa.
Terima kasih! Ni, coklat hantaran tunang ke Usik Hanim. Dia mengunyah sebiji coklat berbentuk hati.
Felisha berpaling dan tersenyum. Dia kemudian menapak semula ke bilik.
Wa, aku pun nak solat dulu. Hanim turut bingkas bangun dan menapak ke tingkat atas.
Najwa masih duduk di situ memerhati sekitar ruang tamu. Dia jeling Felisha dan Hanim yang sudah masuk ke bilik. Telefon bimbitnya yang berdering diambil dari poket baju tidur.
Hello! Hati-hati. Pastikan tiada kesan.
Telefon bimbit ditutup. Najwa sandar di sofa. Mata menala ke siling. Dia mengetap bibir.