MOTOSIKAL diparkir di laman rumah. Jai pandang sekitar laman rumah yang penuh dengan pokok bunga. Matanya menala pula ke arah gazebo. Senyum.
Jai berjalan perlahan ke arah kedua orang tuanya yang tersenyum dari jauh. Mesra macam pasangan bercinta!
Assalamualaikum mak, ayah.. Jai cium tangan kedua orang tuanya.
Waalaikumussalam..
Kenapa balik tak bagi tahu mak dulu Bolehlah mak masak sedap-sedap!
Saja je mak..mak dan ayah sihat Jai duduk sebelah mak. Dia ambil sebiji kuih lepat pisang dalam pinggan. Habis sebiji, dia ambil lagi sebiji.
Alhamdulillah..
Dah jumpa encik Hamdan Encik Muzaffar letak surat khabar atas meja kayu.
Jai angguk.
Jadi, macam mana
Ayah serius ke
Encik Muzaffar angguk.
Maknanya..Jai kena berhenti kerja la ni Jai ambil sebiji lagi kuih lepat pisang.
Sekali lagi Encik Muzaffar angguk.
Jai..kerja la kat syarikat ayah tu. Encik Hamdan dah kena jaga tempat lain. Jai je yang ayah harapkan sekarang ni. Kak Long dan Abang Ngah dah jaga tempat lain.
Jai menoleh ke arah mak.
Ayah nak Jai uruskan syarikat tu mulai bulan depan. Kalau Jai rasa nak ambil pekerja lebih, silakan. Pasaran batik kat KL tu sangat menggalakkan. Menurut Encik Hamdan, kita kekurangan kakitangan untuk menguruskan pemasaran. Sekarang hanya ada seorang saja, Salina. Itu pun dia kena buat dua kerja, jaga akaun lagi.
Salina
Encik Muzaffar angguk.
Salina tu..sama sekampung dengan kita juga. Kenal tak pakcik Hashim Puan Aishah menyampuk.
Pakcik Hashimerr..pakcik yang jual keropok lekor tu ke Jai menelan liur. Kalau betullah pakcik Hashim tu, bermakna Salina tu..Salina Hashim! Cinta lama Koci!!
Puan Aishah angguk.
Jai bersandar di kerusi.
Kenapa Apa yang termenung panjang ni
Err..tak..tak ada apa la mak.. Jai sengih. Fikirannya masih pada Koci. Kalaulah Koci dapat tahu nanti, adakah dia akan cari Salina semula Dan putus tunang dengan Seri Ah! Kalut ni!!
Oh ya..ingat tak apa yang ayah cakap dulu Encik Muzaffar pula mencelah.
Ingat apa ayah
Pasal calon isteri..ayah terkilan sebab tak sempat nak meminang bekas tunang Jai dulu. Rupanya dah ada orang lain yang masuk meminang. Silap ayah jugak, bagi masa kat Jai enam bulan cari calon isteri. Terlepas nak berbesan dengan kawan ayah tu. Nak buat macam mana....
Ayah..semua ni Allah yang tentukan. Kita hanya merancang. Errayah tahu ke dengan siapa dia bertunang Jai cuba mencari reaksi ayah dan mak.
Dengar khabar, Farid..kawan Jai kan Encik Muzaffar ambil cawan kopi atas meja kayu. Dihirup perlahan.
Jai angguk.
Macam mana dia kenal Farid Puan Aishah pula mencelah.
Mak Farid yang beria nakkan Seri tu.. Jai menutur selamba.
Apa Jai cakap Jadi..Jai kenallah tunang Jai selama ni Puan Aishah terbeliak.
Hah Errmaksud Jai..dah jodoh Farid dengan bekas tunang Jai tu..doakanlah mereka bahagia.. Jai cepat-cepat ambil surat khabar. Diangkat tinggi-tinggi. Adoih!! Kantoi la pulak!!
Mak ingat tak budak perempuan yang buat kerabu jantung pisang dulu tu
Emmrasanya ingat..kenapa
Dialah sebenarnya Seri Felisha Najwa, bekas tunang Jai Jai berterus terang. Baru sekarang dia berani cakap.
Hah Serentak mak dan ayah pandang Jai.
Kan mak dah agak..masa tu mak dapat rasa..budak tu bekas tunang Jai dulu. Mak pun dah lupa nama penuh dia. Mak ingat Felisha Najwa je..nama depan tu tak berapa ingat..
Sayang..budak tu pandai buat kerabu jantung pisang kegemaran Jai. Kalaulah dia jadi isteri Jai.. Puan Aishah mengeluh.
Sudah la tu..dah tak ada jodoh la tu. Kalau dah ada jodoh, masa bertunang dulu lagi, mereka dah bersama. Ayah jeling mak.
Sekarang ni..Jai tak nak fikir soal nikah. Bulan depan Jai kena uruskan syarikat ayah. Banyak benda yang Jai kena belajar. Jai menutur perlahan. Ah..kalau nak fikir, sampai kiamat pun tak habis. Kalau ikut perasaan, satu apa pun tak jadi!
Jai kena fikir soal nikah. Umur Jai pun dah masuk 26 tahun. Nak tunggu apa lagi Hmm..Salina tu, ayah tengok, baik jugak budaknya. Kalau ayah masuk meminang dia, Jai nak tak Encik Muzaffar senyum.
Tersembur kuih lepat dari mulut Jai. Dia cepat-cepat meneguk kopi.
Macam mana Encik Muzaffar tanya lagi.
Err..nantilah dulu mak, ayah. Jai belum bersedia lagi. Lagipun, Jai tak kenal sangat Salina tu. Jai beri alasan. Haih..tak jadi dengan Seri, Salina pulak mak ayah aku ni nak pinang! Kalaulah Koci dapat tahu, apa agaknya dia tuduh aku nanti.
Tu bukan masalah, bila Jai dah kerja nanti, Jai berkenalanlah dengan dia. Lagipun, mak ayah dia pun sekampung dengan kita.
Senang la sikit. Kalau Jai setuju, cakap aje. Mak dan ayah akan hantar rombongan meminang. Mak senyum.
Err..aatengoklah Jai senyum kelat.
Ayah tak nak paksa tapi kalau Jai dah buat keputusan nanti, bagi tahu je.
Jai diam. Aduh! Parah macam ni! Aku dah la tak kenal sangat minah tu. Kalau Koci cemburu macam mana Eh..takkan la. Mana dia nak campak Seri tu pulak
Apa Jai fikir lagi
Jai mendongak. Ayah dan mak dah tersengih memandangnya tidak berkelip. Macam penuh mengharap.
Err..nantilah Jai fikir. Lapar la mak..mak masak apa malam ni Jai ubah topik.
Kebetulan ada jantung pisang. Mak buat kerabu untuk Jai! Mak senyum lebar.
Amboi..buat kerabu je, asam pedas ikan tilapia abang tak ada ke Ayah mengusik. Macam dah merajuk.
Hish! Abang ni..abang tu dah selalu makan asam pedas. Jai ni sekali sekala balik. Mak tepuk bahu ayah.
Mana aci macam ni Ayah dah merajuk.
Alah..gurau je la bang! Mak cium pipi ayah.
Erk! Jai terkedu. Romantiknya mak ayah aku ni!
Jom! Mak dah ayah beriringan memasuki ruang tamu.
Jai hanya pandang kedua orang tuanya yang sangat romantik. Sejak dulu, mak dan ayah memang macam tu. Pergi ke mana sekalipun, mesti nak pegang tangan.
Kalaulah aku pun boleh buat macam tu kat isteri aku nanti.. Jai senyum.
Dia menapak perlahan ke dalam rumah.
JAI kembali ke Kuala Lumpur dengan hati berat. Dah rasa macam kena hempuk dengan batu giling. Bingung! Otak dah kusut dengan kerja baru, ditambah lagi dengan hal calon isteri. Ingatkan Seri dah bertunang dengan Koci, habis satu episod. Rupanya timbul episod baru, aku nak dijodohkan dengan cinta lama Koci!
Weh! Berangan kuat kau ni! Apa yang kau melangut tu Acik tepuk bahu Jai. Dari tadi duk tenung siling yang dah bertompok tu. Kalau cantik okey la jugak, ni dah bertompok karat lagi.
Bila kau balik Kau tak tidur rumah orang tua kau ke Jai beri ruang pada Acik yang mula duduk di sebelahnya di atas katil.
Tak..esok dah nak kerja. Kau balik kampung ke
Jai angguk.
Kenapa Ada orang masuk meminang kau ke Acik sengih.
Jai jeling tajam. Ada ke
Ya la..kau dah lepaskan Seri tu kat Koci. Mestilah kau kecewa. Mana tahuada orang yang nak sembuhkan luka kau tu..dia pinang kau. Acik ketawa mengekek.
Apa yang kau merepek ni Perempuan mana yang berani nak pinang aku tu Aku pun tak sabar nak tahu ni. Tak ada la aku susah payah pergi meminang! Jai turut sengih.
Hahaha!! Kalaulah ada perempuan yang meminang lelaki, aku pun nak! Tak payah susah-susah kita pergi cari calon isteri! Acik turut ketawa.
Tahu pun kau!
Acik masih ketawa. Dia jeling Jai yang dah mula belek buku agama yang dicapai dari atas rak. Bersusun kat situ.
Jai..aku respect la dengan kau ni. Kau rajin baca semua ni. Pergi masjid, dengar ceramah. Kau ada masa buat semua tu Acik turut ambil sebuah buku.
Kesibukan bukan alasan untuk kita tak buat semua tu. Allah bagi kita masa 24 jam. Dalam tempoh tu, waktu tidur saja dah separuh hari. Jadi, masa lain la kita kena curi masa.
Acik angguk-angguk.
Kau macam mana
Macam mana apa
Sibuk hal aku dan Koci, kau tu dah ada calon Jai sengih.
Calon apa
Jai jeling. Tanya lagi mamat ni!
Calon bini la!
Ohaku tunggu adik aku nikah dulu. Acik sengih.
Oh Nada Jai dah kendur.
Err..Jai..kau suka adik aku tak
Jai menoleh. Tak ada soalan lain ke Hari tu Koci tanya, hari ni pulak, Acik pula yang sibuk! Dalam dunia ni tak ada cerita lain ke hapa
Berapa ramai adik kau ada ni
Sorang je!
Yang sorang tu kan dah bertunang! Adik mana pulak kau nak bagi aku ni Jai mencebik.
HihihiSeri la. Siapa lagi.. Acik senyum kelat.
Kau nak mampus! Tu kan tunang Koci! Aih! Kau jangan buat kerja gila Acik! Jai mula menyinga.
Aku tanya je..saja nak tahu rahsia hati kau pada adik aku tu. Acik menelan liur. Lagak Jai dah nak telan mangsa. Apa kena mamat ni Balik dari kampung, dah lain macam perangai!
Suka ke..tak suka ke..dah tak ada maknanya. Jai letak semula buku di atas rak.
Jadi kau suka adik aku la Acik masih tak berputus asa.
Jai diam. Acik nikalau aku cakap suka karang..mahunya dia suruh aku rujuk balik pertunangan yang dah aku cerai dulu tu.
Kau ni kenapa Seri tu dah jadi tunang Koci. Kau nak apa lagi Jai jeling Acik yang masih tersengih di sebelah.
Aku kesian adik aku tu..kau tahu..Seri tu suka kau separuh gila tahu tak! Macam angau pun ada gak.. Acik buat muka serius.
Jai kerling Acik. Dahdia buat dah..
Habis tu, kenapa adik kesayangan kau tu terima Koci Tu maknanya adik kau tu suka jugak kat Koci tu, kalau tak..takkan dia terima pinangan mak Koci.
Dia salah faham..
Hah Salah faham
Acik angguk.
Pasal apa
Aku ada cerita kat dia yang aku nak kenalkan kau dengan dia. Aku pulak tak tahu dia suka orang lain. Dia tanya aku, siapa orang tu. Aku jawab la..kau..err..maksud aku kawan. Aku tak sebut pun nama kau. Masa aku ajak kau pergi makan hari tu, dia agak yang kawan aku tu..engkaulah! Jadi bila mak Koci masuk meminang, dia terima. Dia ingatkan kau. Aku pun ingat mak kau..rupanya mak Koci. Dia pun dah beri kata putus, terima pinangan tu.
Jadi..selama ni dia ingat aku yang masuk meminang dia Jai beliakkan mata.
Acik angguk.
Bila dia tahu Koci, dia pun sentap jugak la sekejap tapi lepas tu, bila aku tanya, dia kata tak apalah. Biarlah dia nikah dengan orang yang sukakan dia daripada mengharap orang yang dia suka tapi buat tak reti, buat dek je.. Tambah Acik lagi.
Jai diam.
Oh ya..bulan ni aku last kerja kat lab. Aku kerja tempat lain dan kemungkinan besar aku pun akan pindah dari sini. Nada Jai dah hambar.
Eh! Kau merajuk ke Takkan frust dengan Seri, kau sampai nak pindah bagai! Acik dah berkerut kening.
Eii! Bukan jenis aku nak frust menonggeng! Aku kena handle syarikat ayah aku di Mutiara Damansara. Dia dah sediakan rumah untuk aku, dekat dengan pejabat tu. Apa la kau nifrust pulak.. Jai luku kepala Acik.
Oh ya ke Aku ingatkan kau nak bawa diri tadi. Habis tu, kau nak pindah la ni
Jai angguk.
Bila
Awal bulan depan. Esok aku bagi notis berhenti.
Acik diam. Bermakna tinggal dia dengan Koci je la kat rumah tu. Kalau Koci dah nikah nanti, tinggal aku terkebil-kebil sorang diri kat sini. Haish! Aku kena pindah rumah mama dan papa la nampaknya macam ni!
Kau fikir apa Sampai dah berkedut dahi tu! Jai tegur.
Err..tak ada la. Kau pindah, Koci pun nanti akan pindah..jadi aku ingat aku pindah la rumah orang tua aku. Nada Acik tak ada perasaan.
Terpulang la Acik. Tapi kalau kau nak stay kat rumah ni, kau mampu apa. Sewa rumah ni pun tak mahal sangat. Setakat seribu tu, celah gigi kau je la. Jai sengih.
Tak syok la duduk sorang-sorang. Balik kerja, tengok tv. Nak bercakap pun tak ada orang, takkan aku nak bercakap dengan dinding, lampu..rumah ni.
Jai ketawa mengekek.
Kenapa kau ketawa
Tak ada la..kau tu macam perempuan tau tak. Kau takut apa tinggal sorang kat sini. Hujung minggu kau balik rumah mak ayah kau. Hari kerja pulak, kau selalau jugak balik lambat.
Acik luku kepala Jai yang mengekek ketawakannya. Lucu sangat la tu!
Oh ya..Koci mana Acik ubah topik. Sengaja. Kalau tak Jai takkan berhenti ketawa.
Jumpa tunang la..hujung minggu macam ni. Jai usik.
Jumpa Seri
Jai menoleh. Habis jumpa siapa Berapa ramai tunang yang dia ada
Seri pun satu..dia buat acuh tak acuh je kat Koci tu. Aku dah suruh dia jaga hati Koci tapi dia buat dek je. Kadang-kadang kesian aku tengok Koci tu. Datang rumah aku macam orang asing. Acik meluahkan apa yang telah terjadi. Dia jeling Jai di sebelah.
Mana tahu reaksi Jai lain.
Koci kena la banyak sabar. Aku rasa..eloklah macam tu. Tak payah jumpa kerap sangat. Dah sah esok, buatlah apa pun. Dah halal. Jai sengih tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Berat sebenarnya melihat Seri jadi milik Koci.
Memang la. Kalau aku jadi Koci pun, aku patah hati. Acik bingkas bangun.
Tu tugas kau kena sedarkan adik kesayangan kau tu tentang perasaan dan hati. Jai turut bangun.
Aku harap kau tak menyesal. Tapi aku masih harapkan one fine day..a miracle thing happen between you and my sis!
Jai pandang tepat ke muka Acik. Memang Acik tak pernah putus asa. Masih harap aku yang memiliki Seri, bukan Koci.
Acik melangkah malas ke biliknya.