TENGAHARI mula menyapa.
Zack menyandarkan belakangnya ke kerusi. Lenguh. Separuh hari sudah berlalu dan Zack baru selesai menyudahkan sebahagian kerja. Masuk hari ini, sudah tiga hari Joe Zulkifli bercuti. Jadi, kerja-kerja Joe Zulkifli telah dia ambil-alih sehingga lelaki itu kembali minggu depan.
Kata Joe Zulkifli, dia bercuti untuk menjengah orang tua di kampung. Cuma, yang dia kurang pastiorang tua siapa yang Joe Zulkifli mahu jengah. Orang tua Joe Zulkifli sendiri ataupun Mastura. Ini kerana Mastura juga bercuti pada waktu yang sama dengan Joe Zulkifli. Makin serius nampaknya hubungan mereka. Eloklah pun.
Perutnya juga sudah mula minta diisi. Usai mengemaskan meja kerjanya serba sedikit, Zack lalu bangun.
Destinasi yang ingin dituju semestinya Caf Suria. Kalau ada Joe Zulkifli, selalunya mereka akan makan bertiga. Ahli baru mereka sudah pastinya Mastura, buah hati Joe Zulkifli.
Menu tengahari di Caf Suria bertemakan masakan Melayu. Memang kenalah dengan selera Zack. Ayam Masak Merah dan Sayur Lemak Ubi dibubuh dalam pinggan beserta beberapa keping papadom buat pembuka selera. Setelah itu, matanya mula melilau mencari tempat untuk tumpang menempel.
Pada awalnya, mata Zack sudah menala ke meja yang diduduki oleh budak-budak Kitchen -Nizam dan Qayyum akan tetapi, lagi lima tapak menghampiri mereka, matanya terpandang pula Zareen yang duduk di meja sudut hujung. Sendirian.
Otaknya mula berfikir sama ada mahu duduk dengan Zareen atau tidak. Belum sempat lagi otaknya membuat keputusan, kakinya telah menapak dengan kelajuan sederhana. Kini, dia berdiri di hadapan Zareen dan tersenyum segan. Hatinya telah mendahului otaknya dalam membuat keputusan.
Ehem Zack melegakan tekaknya yang tiba-tiba terasa berpasir.
Zareen yang sudah pun menyedari kehadirannya tersenyum manis.
Sorang aje ke, Cik Reen
Zareen mengangguk, kekal tersenyum. Duduklah. Pelawa Zareen, kemudiannya.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Zack melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Zareen. Nasib dia ajak duduk, kalau dia suruh blah aje tadi
Selalunya, Cik Reen makan dengan Jessy. Setelah dua suapan, Zack mulakan perbualan. Itupun setelah dia menolak kuat rasa canggung dalam hati.
Jessy pergi makan kat luar. Jawab Zareen.
Kalau saya tahu Jessy keluar, awal-awal lagi saya dah ajak awak makan samaZack pantas mengatup mulut. Ayat itu sepatutnya kekal dalam kepala tetapi entah macam mana terkeluar laju dari mulutnya tanpa sempat ditahan. Mulutmuluuutttt.
Zareen senyum saja sambil menguis nasi dengan sudu.
Zack turut senyumsumbing.
Jarang saya tengok Cik Reen lunch. Selalu minum air aje Zack sambung ayat.
Ya Maknanya, awak selalulah perhatikan saya Sahut Zareen.
Zack tertelan isi ayam, nyaris tersedak. Zareen punya ayat, boleh tahan juga. Ada yang kena tepat-tepat pada batang hidung menyebabkan dia pula yang termalu-malu kucing.
Memang sudah lama Zareen diperhatikan. Zack bagai tidak mampu menidakkan kehadiran Zareen. Gerak-geri dan sikap Zareen seringkali dijadikan tontonan dalam diam. Pada pandangan mata, Zareen tampak sempurna. Busananya ringkas namun anggun bergaya. Dari tudung, baju hingga ke kasut, semuanya terletak elok pada empunya diri. Zareen tidaklah putih cerah namun tidak juga hitam manis. Warna standard kulit wanita Melayu. Tapi wajahnya bersih dari sebarang cela. Entah produk kecantikan apa yang dipakai.
Dari cara jalan, cara senyum dan cara bercakap, Zareen bagai mempunyai gaya tersendiri. Postur badan Zareen ketika duduk, sentiasa tegak. Jarang sekali duduk membongkok. Cara Zareen menyuap makanan juga tertib, tapi bukan pura-pura berlagak ayu.
Kalau berlagak ayu, dia pasti tahu. Zareen seolah-olah telah diacuankan begitu. Mungkin sebab jawatan yang disandang, memerlukan Zareen sentiasa menjaga penampilan. Dan cara begitu diaplikasikan dalam hidupnya sehari-hari.
Hendak dikategorikan Zareen sebagai Wanita Melayu Terakhir pun tidak juga. Zareen bukan jenis pemalu. Kadang-kadang, Zareen ini ada loyar buruknya. Ada masanya, boleh berlucu juga. Dan sebagai seorang pengurus, ketegasan Zareen terserlah jika melibatkan soal kerja.
Selalu jugalahAkui Zack setelah berjeda lama. Alang-alang nak mengayatapa salahnya teruskan niat
Zareen ketawa kecil. Saya jarang lunch sebab selalunya masa breakfast, saya makan berat. Tapi hari ni, masa saya nak pergi beli breakfast, kedai
Kedai Cik Ta tutup Pantas Zack memintas.
Zareen tergelak.
Yakedai Cik Ta tutup.Balas Zareen dan Zack tersengih. Peristiwa salah-sangka dulu berputar dalam kepala.
Macam manalah saya boleh ingat, Cik Reen ni anak Cik TaZack bersuara sambil tergelak.
Zareen mengulum senyum.
Muka saya dengan muka Cik Ta, ada iras-iras kotSoal Zareen, bergurau.
Zack ketawa lalu menggeleng.
Zack kembali menyuap makanan ke mulut. Dalam masa yang sama, menjeling curi Zareen di depannya. Mungkin sebab sudah terpaut, rasa hati kembang berbunga-bunga apabila dapat duduk semeja dengan gadis pujaan. Tapi, bukankah gadis pujaan sudah ada yang punya Teringat tentang itu, dia melepaskan nafas perlahan.
Bagai mengerti yang dirinya diperhatikan, Zareen mengukir senyum secara tiba-tiba.
Zack terkesima. Zareen yang selalu tersenyum itu seringkali membuat hatinya tidak kekal diam setempat.
EhemBatuk pura-pura dilepaskan untuk menghalau rasa canggung sekali lagi. Lepas kerja, Cik Reen terus balik rumah ke Zack melontar soalan berkias.
Zareen mengangguk.
Saya tak suka keluar malam. Waktu malam adalah masa untuk saya spend time denganZareen menghentikan ayatnya seketika.
Dengan family saya
OhokeyBalas Zack.Habis, kalau boyfriend Cik Reen ajak keluar
Zareen angkat kening.
Zack senyum sumbing.
Awak memang percaya yang saya ada boyfriendZareen bertanya.
Zack angguk. Kalau dah bersayang-sayang dalam telefon, takkanlah bukan boyfriend
Saya tak ada boyfriend pun.
Biar betulCik Reen ni
Zareen senyum lalu menggeleng. Terpulanglah pada awak, nak percaya ke tidak
Jadi, yang bercakap dengan Cik Reen itu hari, siapa
Perlu ke awak tahu
Kalau tak keberatan nak bagi tahu
Zareen senyum lagi sebelum menjawab. Mungkin satu masa nantisaya beritahu
Tak apa. Banyak masa lagi ni. Zack angguk dan senyum. Walaupun kurang percaya yang Zareen tak ada teman lelaki, dia iyakan saja. Dah Zareen cakap tak ada, tak adalah maknanya.
Maknanyaaku ada peluang Hati Zack semakin berbunga.
Mereka terus berbual. Soalan lebih menjurus kepada yang lebih peribadi. Nak lebih kenal hati budi masing-masinglah kononnya. Tapi ada satu perkara yang Zack sedari. Zareen seperti merahsiakan sesuatu.
Jomlah..balik ofisAjak Zareen setelah mengerling jam tangan. Waktu sejam untuk makan tengahari sudah tamat.
Zack angguk.
Mereka bangun dan berjalan beriringan.
DARI tengahari membawa ke petang, entah kenapa Zack terasa yang perhatian Zareen padanya hari ini agak berlebihan. Atau mungkinkah dia yang terlebih perasan
Mahu tak perasan Kalau dia angkat muka mengintai Zareen dari balik kubikel, Zareen seperti tersenyum sambil menjeling curi. Ia...ia je. Entah-entah, Zareen senyum sebab benda lain.
Secara tiba-tiba, satu idea gedik timbul dalam kepala. Zack menekan papan kekunci komputer dengan pantas, menaip sesuatu. Setelah itu, butang send ditekan. Risiko diambil. Sama ada Zareen akan naik angin ataupun
Zack seperti menahan nafas.
BERKERUT kening Zareen membaca email yang baru muncul di skrin komputernya. Dia mengangkat muka, memandang ke depan. Lebih tepat lagi, ke arah tempat meja kerja Zack. Tapi sudah pasti dia tak nampak Zack yang terlindung di balik kubikel.
Agak berkira-kira juga mahu membalas emel. Perlahan-lahan jarinya mula menaip balasan.Butang send ditekan. Sepuluh saat kemudian, kotak e-melnya menerima e-mel baru dari orang yang sama.
Sekali lagi, Zareen memandang ke depan. Namun tak nampak orang yang dicari. Zack seperti sengaja menyembunyikan diri dari balik kubikel. Langsung tak mengangkat muka.
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:32 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Hai
Kenapa awak senyum sorang-sorang
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:40 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Hai
Mana ada saya senyum sorang-sorang
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:43 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re:Re:Hai
Tipulah. Dari tadi saya tengok, senyum je.
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:45 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Hai
Perlu ke awak perhatikan saya
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:48 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Hai
Yup
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:50 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Kenapa
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:53 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Saja. Awak nampak cantik hari ni
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 15:56 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Thanks. Boleh sambung kerja awak sekarang By the way, you should not use offices email for personal matters.
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:00 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Alatak payahlah ikut protocol sangat.
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:02 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Awak nak apa sebenarnya
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:04 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Janganlah marah, awak. Saja gurau.
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:07 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Saya tak marah.
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:10 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Kalau tak marahcuba senyum
Zareen merenung skrin komputer dengan tajam. Seolah-olah membayangkan Zack di hadapannya.
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:12 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Saya suruh senyumbukan pandang komputer tu macam nak telan.
Zareen menggeleng membaca e-mel terbaru. Terukir juga senyuman di bibirnya.
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:15 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Haaasenyum pun.
From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:17 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Zack, please get back to work
From: Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 13 Feb, 2014 16:19 PM
To:Zareen Hakim
Subject: Re: Re: Re: Re:Re: Re: Hai
Okay
Di balik kubikel, Zack menyembunyikan senyum.