CINTA RIMAU - 30
Pagi yang mendung cuacanya hari tu seakan satu metafora; gambaran perasaan Hasya yang diselubungi awan hitam. Duduk bersila dengan Keris di pangkuan yang dirangkulnya erat-erat, hatinya bagai disiat-siat. Separuh badan Keris yang terjelepuk di lantai, diusapusapnya perlahan. Kepala Keris yang terlentok di bahunya dibiarkan di situ selama yang perlu. Matanya yang terpejam membuai rasa Hasya yang terus diam melayan perasaan yang membungkam. Tuhan berikan aku kekuatan sekali lagi untuk mengharungi kehilangan ini, detik hati kecilnya.

Kehilangan bukan asing bagi Hasya di saat usia yang terlalu mentah, perpisahan dengan ibunya Hasnah telah meninggalkan kesan seolah tertebuknya satu lubang maha besar di jiwanya; yang tidak mampu terisi dengan apa jua sekalipun walau dengan apa cara sekalipun walau sepenuh daya pun dia mencuba Ditinggal ibu menimbulkan rasa takut dalam dirinya untuk menyintai dan dicintai hanya kerana bimbang tatkala rasa cinta mula menguasai, dia akan ditinggal pergi dan terluka lagi.

Sesungguhnya kesan akibat ditinggal ibu antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan hampir dalam setiap perhubungannya selama ini. Ketiadaan bapa kandung yang entah bagaimana rupa dan natijahnya, menjadikan golongan lelaki sebagai satu figura yang dicurigai Hasya; menguatkan lagi impak ketidakpercayaannya serta prejudis terhadap mereka.

Bunyi kenderaan berat di luar banglo putihnya, menjadi penamat segala pertarungan tiada kesudahan di hatinya itu. Hasya menyapu airmata yang tumpah sambil berbisik ke telinga Keris, Okay baby, its time to go.

Tembok rumah terbuka. Seiring-sejalan dengan Keris yang mengikut saja kehendak tuannya, Hasya dapat melihat beberapa pegawai perhilitan mempersiap-sediakan sangkar besi yang agar besar saiznya, bagi menempatkan Keris di situ. Hasya memberi isyarat tunggu kepada pegawai terbabit dan sejurus kemudian menundukkan badannya mendepani Keris.

Finish up your susu milk okay, kata Hasya lembut sambil memasukkan botol susu di tangan kanannya ke mulut Keris.

Habis sudah susu diminum, terlihat oleh Hasya salah seorang daripada unit perhilitan mengeluarkan sebatang jarum. Jarum ubat pelali, puan. Tak bahaya, begitu penerangan ketua unit yang segak beruniform itu.

Hasya dengan hormat meminta agar Keris tidak disuntik ubat pelali, Dia tidak bahaya, encik. Percayalah cakap saya, rayuan Hasya itu membuatkan pegawaipegawai perhilitan saling berpandangan.

Keris tak mahu kena cucuk, kan You get into the cage, duduk diam-diam, okay I promise Ill come visit you, Hasya yang kini melutut di atas jalan memujuk

Keris menjadi sebak tidak tertahan dengan ungkapannya sendiri. Keris mengendeng-ngendeng badannya pada Hasya menjilat-jilat mukanya hingga membuat Hasya tertawa yang tanpa disedarinya, turut diiringi linangan airmata. Hasya terus berdiri bagi mengelak dirinya daripada terus dibuli Keris. Sambil memberi isyarat agar diberikan sedikit masa lagi kepada petugas-petugas Taman Negara yang turut teruja melihat kemesraan luar biasa antara harimau dan manusia, Hasya mengarahkan Keris seraya menepuk-nepuk badannya, You go now!

Keris yang tidak semena-mena ingin menunjuk degilnya pula, berdiri dengan mengangkat kedua-dua kaki depannya ke atas. Saat itu memperlihatkan betapa panjangnya ukuran badan harimau berceloreng hitam baka Bengal itu yang berpotensi menjadi 9.5 kaki andai dibiar hidup dengan habitat semulajadinya di hutan simpan! Hasya teruja, terus mengekek ketawa. Belum pernah dilihatnya Keris beraksi sedemikian rupa di depannya. Sejurus selepas Hasya turut sama memeluknya, Keris langsung berlari ke titi yang menjadi penghubung ke sangkar di dalam trak, tanpa sedikit pun menoleh ke belakang lagi. Bijaknya Keris yang seolah-olah hanya mahu kenangan manis aksi sarkas diabadikan tuannya pada saat akhir perpisahan itu

Sangkar dikunci. Hasya masih mampu menahan emosi sehinggalah di saat trak mula bergerak pergi, Keris tiba-tiba memandangnya dari celah jaringan sangkarnya dengan mata yang dilihat berkaca. Hasya sempat berlari mengejarnya namun langkah terhenti kerana menyedari tiada gunanya berlari mengejar pelangi Keris adalah pelangi petang yang singgahnya walau hanya sementara, namun kesannya terpahat sampai bila-bila Hasya terjelepok longlai. Tersedu-sedu dia menangis sendirian di atas jalan dengan botol susu Keris yang masih terpegang erat di tangan Lagu I Dont Want To Miss A Thing kembali terngiang-ngiang.