CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 30
SAYANG... jom kita balik kampung. Mak I sakit, ajak Idlan. Sehelai dua baju dan seluar dimasukkan ke dalam beg. Irdiana berpeluk tubuh. Hanya menjadi pemerhati ketika Idlan bersiapsiap. Ajakan Idlan, tak kuasa dia nak ikut!

Malaslah.

Mendengar jawapan sepatah Irdiana, Idlan berpaling. Ir... tolonglah. Sekali ni saja I minta sangat dengan you, ikutlah I balik kampung. Mak I tengah sakit tu.

Alah... itu mak you. Bukan mak I.

Ir!

Apa Nak gaduh

Idlan mendengus kasar. Hilang sabarnya waktu itu. Zip beg ditarik kasar dan melangkah mendekati Irdiana. Kedua-dua bahu Irdiana dipegang.

Selama ni I tak pernah minta apa-apa dari you. Tapi, untuk kali ni... please.

No! Irdiana jegilkan mata. Kedua-dua tangan Idlan ditepis sekuat hati.

Kenapa you tak nak ikut I balik Mak I tu mentua you. Macam mak kandung you sendiri.

I tak nak balik. You sendiri tahu kan memang dari dulu I tak suka balik kampung you. Dahlah rumah you tak ada apa-apa. Buruk, panas, banyak nyamuk, bilik pun sempit, tak ada air-cond, atap bocor sana sini.

Kalau hujan, banjir satu rumah. I rimas tahu tak

Itu yang you susahkan

Ya!

Idlan tunduk. Terguris dengan kata-kata Irdiana.

Kenapa you hina keluarga I sampai macam ni sekali, Ir...

Dah memang itu hakikatnya. Mak you tu, asyik nak dekat aje dengan I. Dahlah bau pun entah apaapa. Ayah you pun sama asyik hisap rokok daun aje. Satu rumah boleh bau sampai melekat pada baju I. Heee... pengotorlah! Luah Irdiana habis-habisan tanpa memikirkan kata-kata itu amat melukai hati Idlan sebagai anak pada pasangan tua yang baru saja dihina.

Menitis air mata Idlan saat itu, tapi cuba disembunyikan supaya Irdiana tak nampak. Dia mengeluh sejenak.

Okey... kalau itu alasannya. I carikan bilik hotel untuk you.

Irdiana senyum sinis. Sampai macam tu sekali Idlan Dia tergelak dalam hati, Tak payahlah, Lan. Simpan ajelah duit you tu. You kan, kedekut.

Idlan tahu Irdiana menyindir, tapi dia tak mahu ambil pusing. Apa lebih penting, Irdiana mesti ikut dia pulang.

Okeylah. I mengalah. Kita balik sehari dahlah. Kita lawat mak kat hospital, lepas tu kita balik semula ke sini.

Irdiana jongket kening. Idlan tak pernah putus asa dan masih sabar dengan karenahnya. Apa lagi perlu dia buat supaya Idlan membenci Supaya Idlan melepaskannya Dia benar-benar mati akal. Kalau sempat dia laksanakan rancangan dengan Arash, tentu sekarang ini dia dah bebas dari Idlan.

Okey... sekali ni aje I ikut you balik. Tapi, dengan satu syarat.

You setuju nak balik, I dah rasa lega. Cakaplah, apa syaratnya.

I nak tidur hotel lima bintang. Tak kuasa I nak tidur kat rumah you atau kat hotel budget.

Boleh. Tak ada masalah.

Serius

Ya. I akan carikan hotel yang you nak. Erm... good! Lebar senyum Irdiana.

Sebenarnya Irdiana bukan kisah soal hotel berapa bintang segala. Dia bukan tak pernah menginap di hotel-hotel mewah sebelum ini. Apa yang dimintanya itu, sekadar nak melihat sejauh mana kesanggupan Idlan sebagai bayaran dia setuju pulang menziarah ibu mentua. Sungguh tak sangka, Idlan patuh lagi dengan kehendaknya.

IDia boleh jaga makcik, kata Che Jah. Lemah KA tak perlu susah-susah, nak. Pakcik ada.

suaranya tika itu. Dia berasa kekok kalau menerima bantuan Ika untuk menjaganya.

Biarlah pakcik berehat. Ika kesian tengok dia. Terpaksa ulang-alik dari rumah ke hospital dengan motor. Dahlah motor pakcik selalu rosak.

Che Jah mengeluh berat. Kata-kata Ika menambah rasa bersalah dalam diri. Ingatannya berputar pada masa lalu, Kejap lagi abang Idlan sampai. Mungkin dia boleh gantikan Ika jaga makcik.

Ika mengemam bibir. Sekali lagi nama Idlan tembus pendengaran. Dia berdeham perlahan.

Memujuk hati supaya tak terlalu endah dengan nama itu. Tak disangka-sangka, sekali lagi dia berpeluang jumpa Idlan dalam masa terdekat.

Ika segera mengalih perhatian, Makcik nak makan buah Tadi Ika beli limau kat bawah. Ika tolong kupaskan kulitnya untuk makcik, ya.

Che Jah mengesat mata. Tiba-tiba butiran jernih turun ke pipinya. Sebak mula mencengkam dada dengan kebaikan Ika.

Kalaulah Ika jadi menantu makcik... Dia mula menangis teresak-esak.

Ika panik. Melihat Che Jah menangis tiba-tiba, dia jadi serba salah. Kalau dialah punca Che Jah bersedih, dia tak tahu macam mana nak memujuk. Tangannya laju mengupas kulit limau dan tak hiraukan air mata Che Jah. Biarlah Che Jah meluah rasa hati sepuasnya. Dia tahu apa yang bersarang di hati Che Jah.

Makcik nak Ika jadi menantu. Ika setuju Che Jah mengesat mata dengan hujung selimut putih yang membaluti tubuh.

Ika yang sibuk mengupas, pura-pura tak dengar. Namun, kerja-kerja mengupas kulit limau terhenti apabila tangannya dipegang dan ditarik Che Jah.

Makcik nak Ika kahwin dengan Abang Idlan, putus Che Jah. Dia mengambil peluang ketika bersendirian dengan Ika.

Mak Wan, Ayah Wan dan Che Long dah lama pulang. Peluang depan mata, terus diambilnya sebaik mungkin.

Tapi, makcik. Abang Idlan dah ada isteri.

Dia tak bahagia, Ika keluh Che Jah. Sekali lagi tangisannya pecah apabila teringatkan Idlan.

Melihat tangisan Che Jah tak berhenti, Ika kelihatan sebak. Namun, tak berdaya nak lakukan sesuatu supaya Che Jah tak bersedih lagi. Dia tahu, tak ada kata-kata yang boleh mendamaikan hati Che Jah ketika ini.

Abang Idlan kamu sampai nanti, makcik nak buat permintaan. Makcik nak suruh dia kahwin juga dengan Ika, kata Che Jah lagi. Masih dengan hajat belum kesampaian.

Tapi, makcik... Abang Idlan sedang berusaha nak pulihkan hubungan dia dengan kak Irdiana. Makcik tentu boleh sabar sikit, kan

Che Jah menggeleng laju. Dia tetap berkeras dengan keinginannya.

Makcik tak yakin. Sebelum apa-apa berlaku pada makcik, lebih baik Ika dinikahkan dengan Abang Idlan cepat-cepat. Makcik nak sangat tengok kehidupan dia sempurna dengan adanya isteri macam Ika. Baik dan tahu hormat orang tua.

Ika mengeluh panjang. Buah limau siap dikupas kulitnya. Beberapa ulas dipisahkan dan seulas disuakan ke mulut Che Jah, Makanlah, makcik. Jangan fikirkan lagi pasal tu, ya

Terharu dengan layanan Ika, Che Jah buka mulut dan terima suapan. Terima kasih...

Mak... Tika itu, Idlan muncul bersama Irdiana.

Che Jah dan Ika berpaling serentak.

Lan... Che Jah mendepa kedua-dua tangan menyambut kepulangan Idlan.

Idlan melangkah laju. Tubuh Che Jah dirangkul kemas, Kenapa mak boleh jatuh kat masjid Soal Idlan. Jelas wajahnya terpancar kebimbangan.

Irdiana berpeluk tubuh. Meluat ketika melihat drama sedih depan mata. Kalau tak kerana menuntut janji Idlan supaya dia menginap di hotel, langsung tak ingin dia pulang.

Mak tak apa-apa. Kamu baru sampai, ya Che Jah mengusap pipi Idlan.

Idlan senyum pada Che Jah sebelum senyumnya berpindah pada Ika.

Ika tak senang duduk. Kerusi tempat dia melabuh punggung, terasa terjongket-jongket. Ditambah kehadiran seorang perempuan yang berdiri di sisi Idlan. Dia tahu, perempuan itu isteri kepada lelaki yang dicintainya.

Mak, Ir ada balik dengan saya.

Ika bangkit dari kerusi dan menolaknya perlahan untuk diberi pada Irdiana, Jemput duduk, kak.

Tak payahlah, tolak Irdiana dengan lagak dingin.

Duduklah nak. Tak penat berdiri aje Soal Che Jah dengan nada berhati-hati. Melihat air wajah Irdiana, dia tahu menantunya tak selesa.

Idlan mengeluh apabila melihat perlakuan Irdiana. Duduklah, sayang. Tadi dalam kereta you juga asyik merungut penat.

Panggilan sayang yang Ika dengar, buatkan air mukanya berubah. Dia tunduk. Satu perasaan yang tak pernah dialami, datang menjentik tangkai hati. Cemburukah dia

Malaslah nak duduk. Tadi you kata, nak datang sekejap aje, kan I bagi masa lima minit. Lepas tu, kita ke hotel. Atau pun, kita balik terus. Irdiana mencebik-cebik melihat gadis cantik yang memberi kerusi padanya.

Mendengar kata-kata Irdiana, Ika tersentap. Baru pertama kali berdepan dengan isteri Idlan, tak sangka perangai menantu Che Jah seteruk ini.

Takkan nak balik dah... Lemah suara Che Jah saat itu.

Kami sibuklah! Bentak Irdiana.

Sayang Tak boleh ke you cakap baik-baik dengan mak Suara tu asyik nak tinggi aje.

Itu mak you. Bukan mak I. Berapa kali I nak cakap dengan you ni, hah Irdiana membalas kasar.

Tak baik cakap macam tu dengan orang tua, sampuk Ika tiba-tiba.

Dia sedar, dia tak ada hak berada di situ apabila Idlan dan Irdiana muncul. Sebagai orang luar, memang dia tak patut campur urusan Che Jah anak-beranak.

You siapa cakap macam ni pada I Soal Irdiana. Sinis pandangannya merenung tepat ke wajah Ika.

Saya Ika Alia. Tinggal sekampung dengan makcik, jawab Ika dengan berani.

Walaupun Irdiana memandangnya macam harimau, tapi dia peduli apa Pantang sungguh orang muda bercakap kasar dengan orang tua.

Irdiana kecilkan mata. Nama Ika Alia macam pernah dia dengar sebelum ni. Kemudian, makin sinis senyumnya apabila teringat panggilan ke telefon bimbit Idlan yang dia jawab tempohari.

Kalau tak salah, you ni perempuan yang call suami I hari tu, kan

Ya, jawab Ika sepatah.

Irdiana terangguk-angguk. Wajah Idlan dan Ika dipandang silih berganti. Ada riak serba salah terbit di wajah suaminya ketika itu.

Lan, I nak keluar minum.

Okey. I ikut you.

No. Tak payahlah. You stay aje kat sini.

Tapi, sayang, you tahu ke tempatnya

You ingat I ni bodoh ke tak tahu membaca I tahulah mana nak cari nanti. Irdiana menjeling sebelum dia beredar.

Che Jah tergeleng-geleng melihat sikap menantunya, Kenapa dengan isteri Lan tu Mak tengok dia asyik nak marah saja 24 jam.

Idlan tersenyum tawar, Dia memang macam tu. Takkan mak tak tahu perangai dia sejak pertama kali saya bawa dia balik dulu

Mak tahu. Tapi, kenapa tak ubah-ubah Lan kahwin dah 7 tahun. Takkan Lan tak boleh buat apaapa Cubalah nasihatkan dia.

Dah puas saya nasihatkan... Idlan melepas keluhan berat dan sibuk membetul selimut di hujung kaki ibunya.

Makcik... Ika balik dulu, ya. Ika meminta diri.

Che Jah beralih fokus ke arah Ika. Harap-harap Ika tak kecil hati dengan kata-kata Irdiana. Sebagai mentua, sedikit sebanyak dia berasa malu dengan percakapan sombong menantunya itu.

Janganlah balik dulu. Temankanlah makcik...

Tapi, abang Idlan dah ada. Dia boleh jaga makcik, jawab Ika dan mencuri pandang seraut wajah Idlan.

Sejak tadi, Idlan langsung tak menegur. Hanya sebaris senyum diberikan. Ika faham kenapa. Tentu Idlan nak jaga hati Irdiana. Maklum saja, mereka dalam proses nak berbaik-baik semula.

Che Jah panjangkan leher. Mengharap tiada sesiapa datang melawatnya ketika itu. Ada perkara penting dia nak cakapkan pada Idlan dan Ika.

Boleh tak Ika tunggu sekejap Makcik ada hal nak bincang dengan Ika dan Abang Idlan kamu. Hal apa, mak Soal Idlan.

Ika nampak resah. Kedua-dua tangan bermain antara satu sama lain. Dia tahu apa yang nak dibincangkan Che Jah.

Makcik, Ika tak boleh lama-lama kat sini. Ika kena balik. Malam nanti ada kelas tarian. Ika cipta alasan.

Sebolehnya, dia tak nak dengar lagi permintaan karut Che Jah. Walau jauh di sudut hati dia mencintai Idlan, tapi dia tak sanggup hidup bermadu di waktu usia yang masih hijau. Juga tak nak dituduh sebagai perosak rumahtangga Idlan yang baru saja nak pulih. Ika, tolonglah. Makcik merayu sangat, pandangan sayu diberikan supaya gadis itu lembut hati nak penuhi permintaannya.

Idlan yang tak faham apa-apa, nampak terpinga dengan situasi depan mata. Ada hal apa ni, mak

Che Jah masih memandang Ika. Marilah duduk dekat makcik dulu, Ika...

Tapi, makcik... suara Ika bergetar. Pandangan serba salah dilempar pada Che Jah. Mengharapkan Che Jah faham.

Ika, mari sini. Ambil kerusi tu. Nak balik nanti, abang boleh hantar. Idlan menyampuk kerana tak tahan mendengar ibunya merayu pada Ika.

Ika masih serba salah. Namun, digagahi langkahnya menghampiri katil Che Jah. Sejurus Ika melabuh duduk, Che Jah tarik tangan Ika dan terus disatukan dengan tangan Idlan. Saat itu, pandangan mata keduaduanya bertaut. Bersatu dalam rasa yang tak akan difahami sesiapa.

Mak nak Lan kahwin dengan Ika, pinta Che Jah. Keyakinan jelas terpampar di wajah ketika menyatakan hasrat.

Apa ni mak... Suara Idlan mendatar.

Apa hal tiba-tiba ibunya buat permintaan begitu. Takkan ibunya tak nampak dia baru nak berbaikbaik dengan Irdiana Kenapa nak suruh dia kahwin dengan Ika Memanglah dulu dia bersungguh-sungguh nak jadikan Ika isteri keduanya. Tapi, apabila Ika menegaskan yang dia tak mahu, terpaksalah dia akur dengan keputusan Ika.

Ika cuba larikan tangannya yang masih bersatu dengan tangan Idlan, tapi Che Jah segera memperkemaskan pegangannya semula. Dalam keadaan sakit pun, kudrat Che Jah masih kuat.

Tolonglah Lan penuhi hajat mak ni sebelum mak tutup mata. Mak tahu sampai sekarang Lan tak bahagia.

Tapi, mak tahu yang saya dengan Irdiana macam mana Kami sedang cuba baiki kelemahan masingmasing. Mak tolong bagi masa pada saya, jelas Idlan.

Che Jah menggeleng. Tak setuju dengan penolakan Idlan, Dalam tempoh 7 tahun mak bagi masa pada

Lan. Apa, tak cukup lagi

Bukan macam tulah, mak. Bukan tak cukup.

Lan sayang sangat Irdiana tu sampai dia derhaka pun, Lan boleh buat tak nampak aje Lan nak jadi suami dayus Mak tak suka anak lelaki mak jadi macam ni. Lemah tak bertempat! Marah Che Jah. Bahu Idlan ditampar berkali-kali.

Idlan mengelak dan melindungi dirinya dari terus dipukul dengan kedua-dua tangan.

Ika terkejut dengan kemarahan Che Jah. Apatah lagi ketika melihat Che Jah memukul Idlan. Dah macam anak kecil dibuatnya Che Jah pada Idlan.

Janganlah macam ni makcik. Tak eloklah kalau makcik marah-marah. Makcik kan, belum sihat lagi.