Sorrylah mesti kau orang tunggu lama kan Syakila membuka bicara sebelum bersalam pada beberapa orang kawan perempuannya. Mata terhala pula pada beberapa orang lelaki yang turut berada di situ.
Tak ada apalah. Kita orang pun baru sampai. Faris bersuara. Senyuman dilemparkan buat Syakila.
Ris, awak apa khabar Lama tak dengar cerita pasal awak. Dah berkahwin ke belum ni Sempat Syakila mengusik. Kawan-kawan yang lain sekadar melepaskan tawa kecil. Tercuit hati mereka mendengar soalannya.
Ehh awak ni. Saya belum berkahwin lagilah. Tengah tunggu awak sebenarnya. Masih single ke tak Kali ini giliran Faris pula mengusik Syakila.
Untuk yang tu rahsia. Eh, awak tipu ya Mustahil awak tunggu saya. Mesti dah ada seseorang cuma malu nak beritahu, kan
Mana ada
Betul tu, Syak. Ris memang dah ada seseorang. Dia saja aje cakap macam tu. Maklumlah, dah lama tak jumpa jadi dah lama tak mengusik kawan sampuk Farouk. Faris sekadar tersengih sahaja.
Ohh, siapa seseorang tu Mesti cantik kan
Cakap pasal seseorang, awak takkan tak ada pasangan hidup kut Bukan ke awak couple dengan Zairis, Syak Selamba Qirana menduga.
Siapa yang tidak kenal dengan kawannya itu Sudah kecoh dalam industri hiburan bahawa Syakila mempunyai hubungan istimewa dengan Zairis.
Spontan wajah Syakila berubah warna. Namun dia pantas mengawal riak wajah.
Tak adalah. Kita orang biasa-biasa saja
Ya ke Apa-apa pun kau orang berdua memang sesuai. Saya doakan hubungan awak dengan Zairis kekal. Amin
Hubungan dia dengan Zairis Kekal Entahlah dia sendiri tidak tahu nak cakap apa. Apa yang berada dalam hatinya begitu sukar untuk ditafsirkan.
SELESAI membeli hadiah bersama Zairis, Batrisya terus mengajak lelaki itu menonton wayang.
Penat yang dirasakan hilang begitu sahaja bila berada disamping Zairis.
Dah lewat ni, Sya. Lain kali ajelah. Lagipun Mata Zairis melilau ke sekeliling. Cuba mencari jika ada wartawan di kawasan ini.
Lagipun apa Jomlah dah lama you dengan I tak tengok wayang, kan Seingat I, masa zaman remaja saja you dengan I menonton. Alah, sekali-sekala tak salah kan
Ya, tapi I bimbang wartawan ada kat sini. Nanti dia orang fikir bukan-bukan pula
Tak ada apa-apalah. Sekarang kan baru pukul 10 malam, awal lagi. Jomlah, temankan I Buk!
Bahu Batrisya tiba-tiba berlanggaran dengan seorang gadis. Secara tak langsung pandangannya dipusatkan pada gerangan yang berbuat demikian.
Hei, you ni buta ke apa Jalan tu pakai mata ke lutut! herdik Batrisya sambil menjegilkan mata.
Pandangan masih dihalakan pada gadis itu yang menunduk. Dia langsung tidak mempedulikan pada mata-mata yang memandang ke arah mereka. Memang pantang dia kena rempuh macam tu.
Sya, jangan buat kecoh kat sini, tegur Zairis. Topi yang dipakai diperkemaskan lagi. Tidak mahu semua pengunjung mengesan kehadirannya.
I cakap dengan youlah you ni pekak ke Dengan kasar dagu gadis itu diangkat menghadapnya.
Lalu kelihatanlah wajah itu.
Zairis tersentak melihat wajah itu. Syak
Apabila mata Syakila bersabung pandang pada wajah lelaki itu, serta-merta dia seperti terkena kejutan elektrik. Tersentak melihat Zairis yang berada di hadapannya.
Namun, hanya seketika sebelum pandangannya terarah pada gadis di sisi lelaki itu. Masih merenungnya dengan tajam.
S Saya, minta maaf, ucap Syakila sebelum berlalu. Wajahnya berubah sayu apabila melihat Zairis bersama gadis lain.
Sudah lupa ke Zairis kepadanya Mungkin Hmm
SYAKILA menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia merenung siling, sambil mengingati kembali pertemuannya dengan Zairis sebentar tadi.
Siapa perempuan itu Pasti istimewa buat Zairis. Kalau tidak, masakan sampai keluar dalam keadaan rapat begitu. Tidak mengapalah, lagipun dia bukannya mempunyai hubungan istimewa dengan Zairis. Tapi, kenyataannya itu memang membuatkan ramai orang mengesyak yang bukan-bukan. Apabila dalam keadaan begini, baru dia mahu menyesali apa yang dikatakan tempoh hari.
Syak Tanpa semena-mena, kelibat Zainura mula kelihatan di muka pintu.
Syakila segera menggerakkan bebola mata, memandang pada wajah kawannya itu. Keningnya sedikit terjongket. Kau baru balik ke
Haah. Baru aje. Kau pulak, tadi pergi ke tak event kau tu
Pergilah aku baru balik dari event tu tadi.
Eh, kau nak tahu tak tadi kan, ramai orang tanya pasal kau. Aku tertanya-tanya juga Kata-kata Zainura terhenti di situ. Dia melangkah menghampiri Syakila seraya duduk di birai katil.
Dahi Syakila automatik berkerut. Sebab apa pula
Zainura menjongketkan bahu. Aku pun tak tahu sebab apa. Mungkin kau penting kut dalam event tadi Penting Tak adalah
Manalah tahu kan. Aku tak tahu apa-apa gosip sekarang. Sebab telefon aku kan tengah dibaiki, dekat kedai. Kau ada apa-apa cerita ke yang nak kongsi
dengan aku
Hanya gelengan yang dibalas Syakila.
Event apa yang kau pergi tadi, Syak Zainura mula menukar topik perbualan.
Oh, aku pergi reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. Tapi tak ramai yang datang.
Sikit aje
Ohh
Dahlah, aku nak tidur ni.
Okey.