CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 30
ADWAN tarik kerusi dekat dengan katil bayi. Dia melabuh punggung di situ. Dagunya direhatkan pada palang katil bayi beralaskan lengan kirinya. Manakala tangan kanannya menyentuh pipi si anak yang pulas tidurnya.

My precious, dia berbisik. Tanpa sedar air matanya tumpah setitik. Kelahiran si kecil ini benarbenar buat dia terharu. Sudah 3 bulan si kecil ini menjengah dunia. Bermakna peristiwa hitam yang terjadi pada dia dan Qaireen sudah menginjak hampir setahun.

Awak sepasang tangan singgah pada bahu Adwan. Memicit lembut di situ.

Adwan tegakkan badannya. Mendongak memandang ke atas. Qaireen tersenyum. Dia menunduk. Satu kucupan dilabuhkan pada dahi Adwan.

Dah lama balik Tanyanya.

Dia tak perasan bila masa Adwan balik kalau tak diberitahu ibu mentuanya. Leka sangat memasak di dapur tadi. Kalau ikutkan dia tak perlu memasak sendiri tapi demi mengikat kasih Adwan dia rela berpenat. Pesanan almarhum emaknya jika mahu mengikat suami, pikatlah selera si dia.

Baru lima minit. Rindu si kecil ni, tapi rindu lagi pada Mama dia. Adwan kenyit mata nakal pada Qaireen yang sudah ditariknya duduk di ribanya.

Yalah tu rindu Mama si kecil. Qaireen mencebik. Tangannya sudah berpaut pada leher Adwan.

Bukan dia tak tahu Adwan setiap kali pulang dari hotel mesti meluru mendapatkan bayi mereka dahulu. Dia dah jatuh nombor empat dalam hati Adwan. Tapi, jangan salah sangka ya Takhta nombor satu milik Allah dan Rasul-Nya. Nombor dua milik ibu mentua dia. Yang ketiga sudah tentulah si kecil ini.

Betullah, sayang. Kalau Nada Qaireen Binti Mohd Noh tak ada, Zarif Noah Bin Zulfan Adwan tak wujud tau! Adwan cuit hujung hidung Qaireen.

Dia tak tipu bila dia kata dia rindu pada Qaireen. Setiap saat dan setiap detik rasa rindu pada si isteri tak pernah pudar. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan Qaireen pernah bertarung nyawa untuk hidup demi membahagiakan dia.

Zarif Noah wujud sebab cinta sejati Zulfan Adwan Dato Zayd. Qaireen kenyit mata.

Dia leraikan pautan pada leher Adwan. Dia betulkan posisi duduknya. Bersandar pada dada Adwan. Dia suka bila Adwan memeluk dia dari belakang.

Allah hadiahkan dia atas ujian getir yang pernah kita lalui, bisiknya lagi. Perlahan. Mata memandang Zarif Noah yang masih lagi lena.

Dugaan hebat buat kita, sayang. Adwan bertindak mengucup belakang Qaireen.

Sebenarnya dia sudah buang jauh-jauh peristiwa pahit itu. Namun mana mungkin kisah hitam itu terpadam dari kamus kehidupan dia dan Qaireen. Kerana peristiwa itulah, kasih sayang dan cinta mereka berdua semakin utuh.

Insan terpilih, sambung Qaireen.

Allah itu adil. Dia tahu kita mampu mengharunginya. Buktinya lihat keadaan kita sekarang. Alhamdulillah, kita bahagia. Adwan membalas tenang. Dia merehatkan dagunya pada bahu Qaireen. Turut memandang Zarif Noah yang tidak berkutik langsung dengan kehadiran Mama dan Papanya.

Tak sangka, kan awak

Tak sangka apa Adwan palingkan wajahnya pada muka Qaireen.

Playboy macam awak pandai bercinta. Qaireen gelak-gelak.

Nada Qaireen, berapa kali saya nak cakap Suami awak ni bukan playboylah, sayang. Adwan gigit cuping telinga Qaireen. Geram bila kerap diusik Qaireen dengan gelaran playboy.

Ketawa Qaireen makin galak. Kalut dia menepis serangan Adwan. Sampaikan Zarif Noah terjaga dan menangis. Marah tidurnya terganggu.

Kedua-duanya bingkas berdiri.

Adwan cepat-cepat mengangkat Zarif Noah. Dibawa anaknya ke dalam dakapan. Menepuk si kecil hingga terlena semula. Dia menggamit Qaireen yang sedari tadi memerhati tingkah dia agar mendekat.

Awak cinta sejati saya, Qaireen. Dia mengucup ubun-ubun Qaireen. Terasa Qaireen memeluk dia kemas dan dia membalas sama.