MY SWEET ARISSA - 30
SELESAI makan malam, Encik Razali dan Hakimi beransur ke ruang tamu. Puan Hanim sudah pun naik tanpa pamitan menuju ke biliknya.

Sudah lali Arissa dengan sikap Puan Hanim. Biarlah. Tak kuasa dia memeningkan kepalanya dengan sikap dan kerenah wanita itu. Layan jelah selagi boleh layan, getusnya sendiri.

Walid kena berehat. Esok tak payahlah jalanjalan ya. Lagipun lusa petang ada appointment dengan doktor. Arissa mengingatkan lelaki itu dengan janji temu mereka dengan doktor yang direkomenkan oleh Hakimi beberapa hari lepas.

Ubat terakhir sudah pun ditelan oleh Encik Razali. Air diteguk perlahan-lahan setelah dicapai dari tangan Arissa. Sekarang ni Arissalah yang menjaga jadual ubat dan janji temunya dengan doktor di salah sebuah hospital swasta yang dicadangkan oleh Hakimi.

Yalah. Encik Razali senyum sambil menganggukanggukkan kepalanya.

Hmm... Walid dah ada PA nampaknya. Sengaja Hakimi berkata begitu sebagai mengusik dan hendak melihat reaksi Arissa.

Boleh ke Sengih Encik Razali memandang anaknya kemudian beralih kepada Arissa yang sudah membawa dulang yang berisi botol ubatnya ke dapur. Hakimi ketawa.

Kena tanya tuan punya badan. Kimi tak ada masalah dan tak halang kalau dia nak kerja balik, jelas Hakimi. Ya, dia patut beri peluang kepada Arissa.

Nanti Walid nak Arissa jadi Marketing cum PA Walid. Senang. Dia dah tahu semua. Tak payah nak suruh itu ini lagi, kata Encik Razali.

Apa yang penting Arissa tahu bagaimana dia bekerja dan perkara berkaitan tentang dirinya. Tambahan pula dengan kesihatannya yang sekarang tidak berapa mengizinkan.

Lama dia memikirkan akan perkara itu. Walaupun ia dalam nada gurau-gurauan dan usik-mengusik tetapi lamaran Arissa untuk menjadi PAnya memang serius. Lagipun dia sukar untuk mempercayai orang lain. Dah menantu sendiri boleh buat semua lagi senang. Itulah yang difikirkan.

Kimi tak kisah dia kerja balik Tanya Encik Razali.

Apa pun dia perlu mendapat keizinan dari Hakimi yang juga suami kepada menantunya. Dia tidak boleh membuat keputusan sendiri.

Rasanya tak ada masalah sebab Arissa tak ada apa-apa komitmen lain, jelas Hakimi. Dia tidak mampu untuk menghalang lelaki itu daripada menawar sebuah komitmen untuk isterinya. Lagipun dia yakin, Encik Razali begitu percaya dan yakin dengan kelayakan dan kemampuan Arissa.

Macam mana kalau esok Arissa terpaksa ikut Walid ke Langkawi. Boleh ke asyik berpisah je ni Perkara itu perlu juga dia ambil tahu.

Hakimi senyum. Tunggu sampai masanya nanti,

Walid.

Encik Razali pula senyum.

Hakimi memandang Arissa yang sedang menghampiri mereka.

Boleh ke sayang

Terhenti langkah Arissa memandang kedua lelaki itu silih berganti. Terpinga-pinga dia mendengar soalan Hakimi yang tidak difahami.

Apa yang boleh soal Arissa.

Walid nak isteri abang jadi Marketing cum PA dia jelas Hakimi sambil menjungkit keningnya sedikit dan senyum meleret.

Lebar sengih Arissa mendengar tawaran dari Encik Razali.

Dengan berbesar hati, saya terima Walid. Ada gaji tak seloroh Arissa dengan sengih memandang Encik Razali. Begitu pun dia tidak pasti.

Encik Razali ketawa. Gembira dia mendengar jawapan Arissa. Tentulah, ada.

Arissa memandang Hakimi seperti tidak percaya. Serius ke Hatinya menyoal sendiri.

Betul ke ni Dia menyoal kembali. Rasa tidak yakin dengan tawaran itu. Rasa macam gurauan sahaja.

Betul, balas Encik Razali.

Walid ni suka gelak-gelak, tau! reaksi sebegitulah yang buat dia rasa was-was dengan tawa Encik Razali.

Encik Razali ketawa. Hakimi sengih. Faham dengan maksud Arissa.

Serius... memang Walid nak Arissa jadi Marketing cum PA Walid untuk Sweet Arena Langkawi Resort, tegasnya. Wah! Walid dah rasa tak sabar nak mula kerja. Dah lama sangat Walid berehat, keluhnya.

Melihat kembali proposal dan beberapa kertas cadangan untuk Sweet Arena Langkawi Resort, semangatnya kembali berkobar-kobar.

Tadi jumpa Wafa. Hakimi memulakan bicara tentang pertemuannya dengan Wafa.

Encik Razali memandang Hakimi begitu juga dengan Arissa di sebelahnya.

Dia dengan Sweet Arena Management sekarang, beritahu Hakimi.

Haa Kan dia sepatutnya ke hotel. Kenapa tibatiba dengan Sweet Arena Management pula terkejut lelaki itu dengan berita yang baru didengarinya.

Naim rekomen dia ke sana. Naim sekarang dengan Sweet Arena Management, beritahu Hakimi lagi. Serasanya perkara itu seperti ada agenda lain.

Haa! sekali lagi Encik Razali terkejut. Kenapa Walid tak tahu perkara ni Soalnya. Sepatutnya pihak syarikat harus memaklumkannya mengenai apa sahaja perubahan dalam Sweet Arena Management.

Pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak Naim tak akan diletak di HQ mereka. Apa pula yang budak ni buat hati Encik Razali berbisik sendiri. Dia dapat merasa ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku tidak lama lagi.

Entahlah. Hakimi sendiri tidak pasti dengan perkara itu. Dia sudah menghubungi Sweet Arena Management di Kuala Lumpur dan masih tiada siapa yang menghubunginya untuk menjelaskan perkara itu.

Aduh! Encik Razali menarik nafasnya dalamdalam. Terasa ketat dadanya tiba-tiba.

Walid! Arissa segera bangun dan mendapatkan bapa mentuanya yang seperti menahan sakit.

Walid! Hakimi turun bangun mendapatkan Encik Razali.

Elok bawa Walid naik ke atas. Biar dia berehat... jangan bagi Walid terkejut macam tadi! Keras suara Arissa mengingatkan Hakimi.

Jom Walid, ajak Hakimi sambil memimpin Encik Razali bangun dan melangkah naik ke tingkat atas.

LAMA Hakimi membelek telefon bimbitnya kemudian menghubungi seseorang dan keluar dari bilik mereka. Arissa membiarkan sahaja. Tentu lelaki itu sedang menghubungi seseorang dari Sweet Arena Management untuk mengetahui tentang pertukaran Naim.

Mesti ada benda yang tak elok Encik Naim buat. Arissa membuat telahan sendiri. Ahh... lantaklah apa pun dia nak buat. Tak ada kaitan dengan aku! selarnya sendiri. Baik dia buat kerjanya. Selesai nanti bolehlah dia tidur.

Arissa terus mengemas baju-bajunya dan menggantung baju kerja Hakimi yang dibasuhnya tadi. Esok-esoklah dia menggosok baju lelaki itu. Tubuhnya rasa begitu penat sangat-sangat.

Semasa dia ke pangsapuri tempat sewanya, lif rosak dan dia terpaksa mendaki tangga naik ke tingkat lima di mana tuan rumah pangsapuri yang disewanya tinggal. Menggigil kakinya turun naik. Alhamdulillah masih boleh menunggang motosikal Badrul.

Hari ini motosikal Badrul banyak berjasa kepada dia dan Hakimi. Mula-mula hantar Hakimi ke hotel. Kemudian dia ke pangsapurinya untuk membayar sewa pula. Sebelum pulang tadi dia sempat singgah ke Tesco. Beli apa-apa yang patut. Bimbang Badrul akan lama di kampungnya. Harap-harap lelaki itu pulang esoklah, lusa dah nak bawa Encik Razali ke hospital untuk pemeriksaan rutinnya.

Hakimi tidak membenarkan dia menggunakan kereta milik Hotel Sweet Arena untuk kegunaan peribadi. Apa-apa guna Toyota Harriernya tetapi pacuan empat roda itu dibawa oleh Badrul, guna jelah motosikal lelaki itu.

Arissa memanjangkan lehernya sebaik mendengar pintu bilik di buka dan di tutup. Kelihatan Hakimi bersandar di pintu bilik persalinan memandangnya.

Ya Encik Ada masalah ke bosan dia menunggu suara dari Hakimi.

Memang ada masalah besar, keluhnya.

Arissa senyap dan menunggu kata-kata Hakimi namun lelaki itu terus senyap tidak bersuara.

Encik Arissa memandang Hakimi.

Hakimi masuk kemudian bersandar di salah sebuah almari sambil memandang Arissa.

Awak jangan beritahu Walid pula, pinta Hakimi. Ya. Saya tak akan beritahu Walid, janji Arissa.

Hakimi melangkah ke stool yang terletak di tengah-tengah ruang bilik persalinan itu. Entah berapa kali dia melepaskan keluhan beratnya.

Encik... apa masalahnya. Saya dah penat tunggu ni. Arissa menutup pintu almari yang menyimpan baju-baju Hakimi. Kemudian memandang lelaki itu yang sedang memandangnya.

Satu perpuluhan dua juta lesap dari akaun di JB dalam tempoh lapan bulan, jelas Hakimi.

Apa!

Ternganga Arissa mendengarnya. 1.2 juta hilang dalam tempoh 8 bulan Wah, hebatnya sesiapa yang boleh melakukan perkara sebegitu.

Siapa punya kerja ni soal Arissa.

Tak tahulah. Semua dalam siasatan lagi, cerita Hakimi.

Arissa mengangguk beberapa kali.

Dia orang syak Naim. Itu sebabnya mereka pindahkan Naim ke HQ untuk buat siasatan di JB.

Astaghfirullahalazim! Betul ke Spontan Arissa memandang Hakimi. Rasa macam tak percaya dengan cerita Hakimi.

Giliran Hakimi pula menganggukkan kepalanya.

Walid mesti nak tahu sebab Encik dah beritahu dia pasal Encik Naim tadi, jelas Arissa. Aduh, sepatutnya Hakimi tak perlu beritahu apa-apa kepada Encik Razali. Sepatutnya sahkan dahulu barulah cerita.

Tulah... silap saya pergi cerita pada dia pula! Keluh Hakimi agak kesal. Dia orang tak nak bagi tahu dulu sebab risau Walid terkejut, jelas Hakimi setelah mendapat tahu perkara yang sebenar.

Lagipun perkara itu sudah dimaklumkan kepada Dato Azizan. Lelaki itulah yang membuat cadangan meminta pihak Sweet Arena Management untuk membuat pertukaran Naim agar siasatan dapat berjalan lancar.

Harap-harap Walid tak tanya lepas ni. Arissa pula merasa bimbang.

Harap-harap begitulah. Awak cuba sibuk-

sibukkan Walid supaya dia lupa tentang tu. Lusa, Dato Ilyas datang pula, keluhnya. Begitu juga dengan Naim. Sebenarnya dia tidak faham, mengapa Naim turut sama datang ke sini.

Sweet Arena Management balik KL bila Arissa menyoal.

Ada yang balik Sabtu. Ada yang balik Ahad. Wafa Arissa ingin tahu.

Hakimi memandang Arissa. Dan barulah dia tersedar. Hmm...

Pastikan lif ke Penthouse berkunci. Kad Penthouse ada 4 kan Soal Arissa sebagai memastikan yang sekeping lagi kad magnetik untuk masuk ke Penthouse masih lagi berada di tangan Wafa.

Gadis itu masih tidak memulangkan kad itu kepada Puan Hanim dan Ketua Pengawal Keselamatan, Hotel Sweet Arena, Encik Amrin.

Mujur awak ingatkan saya. Esok pagi ingatkan saya pasal ni! Memang dia terlupa akan perkara itu.

Ya, baik, balas Arissa lemah.

Dia melangkah keluar dari bilik persalinan itu.

Begitu juga Hakimi.

Arissa.

Arissa menoleh. Ya.

Hakimi berdehem. Saya nak jadi suami awak yang betul-betul. Bukan olok-olok lagi. Tiba-tiba dia membuat pengakuan.

Ini kali kedua dia membuat pengakuan yang masih diragui oleh Arissa. Dah habis rasa malunya. Dia tidak sanggup hendak menyimpan lama-lama. Lambat-laun perkara ini harus diselesaikan juga. Dia tidak mahu menipu Walid dan Uminya lagi. Tambahan pula Walidnya itu sakit jantung jadi dia tidak mahu menambah beban dan tekanan. Bimbang lain pula akan terjadi.

Berderau darah Arissa mendengarnya. Terasa laju darahnya berjalan di segenap urat dan sarah. Wajahnya juga terasa panas yang amat.

Serius ni, saya tak main-main. Saya tak sanggup nak kejutkan Walid dengan apa yang kita dah janji dulu! serius Hakimi dengan kata-katanya. Tiada senyuman. Hanya renungan yang tajam seperti mahu membaham Arissa.

Encik dah habis fikir ke Arissa masih tidak puas hati.

Ya, Cik Arissa Mohd Salleh. Saya Hakimi Razali dah puas fikir, dah buat solat sunat Istikharah. Inilah keputusan saya. Jangan lupa... kita dah sah nikah tau! tekannya dengan rasa bengang. Geram dengan sikap Arissa yang seperti ya dan tidak mahu menerimanya.

Arissa senyap.

Ya Allah, Ya Tuhanku... berilah aku kesabaran dengan kebisuan isteriku! Sakit menunggu Arissa berfikir dan berkata-kata.

Kita dah nikah Cik Arissa. Tak perlu nak fikir-fikir semua tu lagi. Saya sah suami awak dan awak isteri saya yang halal. Halal untuk semuanya! Tekan Hakimi yang sudah meletak tangan di pinggang memandang Arissa yang kelihatan seperti hilang punca.

Berdebar dada Arissa mendengar ayat terakhir Hakimi.

Hakimi menghampiri Arissa yang berdiri tidak jauh darinya. Arissa berundur apabila Hakimi sudah mula menghampiri setapak demi setapak. Akhirnya dia tersandar di dinding berhampiran katil. Tangan Hakimi sudah menahan kiri dan kanan.

Err... Encik nak buat apa ni rasa tak sanggup nak memandang muka Hakimi.

Apa-apa yang patut sebagai seorang suami. Sengaja dia hendak mengusik Arissa.

Aduh! Tiba-tiba jantungnya bagai hendak tercabut. Kenapalah dengan Hakimi Tiba-tiba dia rasa seperti hendak menangis je.

Rasanya saya belum bersedia sebagai isteri Encik. Bagi saya masa. Perlahan dia bersuara. Perlahan sungguh suaranya seperti tidak sanggup keluar dari rengkungannya lagi.

Hakimi senyum. Dia sudah mengagak itulah jawapan Arissa. Dia tidak akan memaksa gadis itu. Faham dengan sikap Arissa. Ikhlas tapi jauh...

Ingat, awak isteri saya. Hakimi melangkah menuju ke sofabed yang sedia menunggu untuknya berbaring.

Arissa senyap dan hanya memandang Hakimi yang sudah berbaring di atas sofa.

Tolong tutup lampu! kelihatan tangan Hakimi memberi isyarat agar lampu di tutup.

Baik Bos. Perlahan jawapan diberikan kepada lelaki itu.

Seketika suasana bilik itu menjadi samar-samar. Arissa naik ke atas katil dan mula menyelimut dirinya sehingga menutup kepala. Harap-harap Hakimi tidak mengejutkannya dengan sesuatu yang luar biasa.