Aku toleh ke belakang. Kelihatan Niel sudah melangkah masuk. Satu senyuman nipis aku hadiahkan untuknya.
Rindu ya Soal Niel setelah melihat apa yang ada di tanganku. Lambat-lambat aku mengangguk.
Moga arwah tenang di sana. Mataku mula berkaca. Bibir kuketap kuat. Wajah Niel kupandang sayu.
Insya-Allah. Kita kena selalu doakan, sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin. Kata-kata Niel kubalas dengan anggukkan. Terasa ia bagai aura yang mengusap jantung hatiku tika ini.
Sha, Niel baju-baju semua dah siap masukkan dalam beg. Suara Mak Leha mencuri perhatian kami. Sama-sama kami berpaling ke arah Mak Leha yang sedang duduk bersila di atas katil. Kedua-dua beg besar sudah siap ditutup zipnya.
Ya, pastinya bukan kami berdua sahaja yang berada di dalam bilik arwah Nek Timah. Jangan ambil mudah sekatan untuk lelaki dan wanita duduk berduaduaan. Disebabkan itulah sejak dari awal kami tiba hingga sekarang Mak Leha setia dengan kami.
Tujuan kami ke sini pastinya untuk melaksanakan amanah yang telah dititipkan oleh arwah Nek Timah. Besar amanah itu dan kami bertanggungjawab untuk memastikan semua perkara berjalan lancar.
Sebenarnya Niel yang banyak buat kerja. Aku hanya tolong mengemas. Niel yang berusaha mencari NGO yang memberi bantuan kepada gelandangan dan beberapa buah rumah anak yatim.
Bingkai gambar arwah Nek Timah bersama arwah suaminya aku letakkan ke dalam tas tanganku. Ia akan kusimpan sebagai salah satu kenangan.
Tadi wakil dari NGO ada telefon saya. Katanya kita boleh datang ke ofis mereka dalam pukul 10 pagi. Insya-Allah hari ni ofis akan buka sampai pukul 12 tengah hari untuk kumpulkan kutipan barang-barang derma, beritahu Niel saat kami sama-sama berjalan menghampiri Mak Leha.
Okey. Jadi kita dah boleh gerak Ini pun dah pukul 9.30 pagi. Cadanganku Niel balas dengan anggukkan serta senyuman nipis. Kedua-dua beg dicapainya. Walau berat tetapi dia gagahkan juga. Bukan aku tidak mahu membantu, tapi kuyakin Niel akan menghalang.
Nanti makan tengahari dekat rumah Mak Leha ya. Sempat Mak Leha mengingatkan. Aku dan Niel sama-sama mengangguk sambil tersenyum.
LEBIH kurang jam 11.30 pagi kami sampai semula ke rumah Mak Leha. Alang-alang Mak Leha sedang sibuk di dapur, jadi aku turut membantu. Niel pula sibuk melayan keletah anak bongsu Mak Leha. Harraz yang baru darjah dua itu begitu mudah rapat dengan Niel. Kadang-kadang sempat aku mencuri pandang aktiviti yang mereka lakukan bersama. Penuh dengan robot mainan di sekeliling mereka. Khyusuk sahaja Niel memasang bahagianbahagian untuk membentuk patung Captain America.
Untung adik Niel dapat abang macam tu. Mesti seronok aje sentiasa dilayan. Mak Leha sempat memuji. Tangannya ligat mengacau gulai lemak daging salai di dalam periuk. Aku senyum dahulu kepada Mak Leha sebelum membalas.
Niel tak ada adik Mak Leha.
Oh ya ke Tapi, elok ya tak kekok dengan budak-budak. Untunglah nanti bila dah ada anak pun automatik tak kekok. Mak Leha tergelak kecil. Aku rasa pujiannya agak berlebihan. Tidak tahu hendak balas apa, jadi aku hanya tergelak kecil. Telur di dalam mangkuk kukacau makin laju. Ramuan lain seperti kunyit, garam, bawang, lobak dan cili merah sudah kumasukkan. Bakal menjadi telur dadar yang simple tapi pastinya enak.
Assalamualaikum. Ada apa-apa boleh saya tolong Soalan Niel sedikit menyentak jantungku. Mujur juga sudu tidak terpelanting. Aku sepetkan mataku ke arahnya. Hendak marah, segan pula di hadapan Mak Leha.
Eh tak apa Niel. Kamu duduk depan aje. Biar orang perempuan yang masak. Mak Leha melarang sambil tergelak kecil.
Harraz dah tidur Mak Leha. Bosan pula saya duduk sorang. Saya baringkan dia atas sofa.
Seronok sangat main sampai tertidur pula. Betul Niel nak tolong ni Soal Mak Leha dan dibalas dengan anggukkan Niel.
Insya-Allah. Niel ketawa sopan. Macam ada uraura tak pandai aje aku tengok. Tapi, sengaja tak mahu mengaku di depan Mak Leha agaknya.
Niel terus duduk di kerusi bertentangan denganku. Aku tidaklah duduk, hanya berdiri. Sebelum kubis di atas meja dicapainya, sempat dia tersenyum manis padaku. Aku hanya jongketkan kening.
PETANGNYA kami sibuk mengemas perabot di rumah arwah. Kali ini turut disertai Harraz. Pagi tadi dia tidak turut serta kerana keluar bermain dengan kawan-kawannya. Niel sudah berjanji dengan pemandu lori untuk menjalankan operasi pemindahan selepas asar. Penat juga kami asingkan perabot dan angkat mana yang ringan ke halaman rumah.
Masuk sahaja waktu asar, aku terus ke rumah Mak Leha untuk solat. Niel pula solat di rumah arwah sahaja. Lebih kurang jam lima petang lori sampai. Hampir lima belas minit proses pemunggahan perabot ke dalam lori. Mujur juga perabot arwah Nek Timah tidaklah terlalu banyak.
Dua puluh minit kemudian kami tiba ke Rumah Cahaya Kasih. Bertemu dahulu dengan pemilik rumah anak yatim. Setelah itu beberapa perabot seperti meja makan, kabinet dan meja kopi dipindahkan ke dalam rumah itu. Penghuninya tidaklah terlalu ramai. Ada lebih kurang 20 orang anak-anak yang berusia dalam lingkungan 5-12 tahun. Sempat aku dan Niel bersalaman dengan kesemua mereka sebelum kami meminta diri.
Destinasi kedua ialah Anak-Anak Bakti dan destinasi terakhir adalah Rumah Titian Kasih. Aku dan Niel turut membantu pakcik lori memunggah barang. Niel angkat mana yang berat dan aku hanya yang ringan sahaja. Berjayalah kuangkat rak pinggan mangkuk.
Di dalam kereta, hanya sunyi sepi yang menemani kami seusai pulang dari rumah kebajikan terakhir tersebut. Radio juga tidak dihidupkan Niel. Mungkin juga Niel mahu keadaan yang sunyi sekarang. Dalam tidak sedar, mataku sempat mengerling atau lebih tepat memandang wajah Niel.
Mata bundar dan kuyu dengan bentuk yang tajam dan runcing di hujung. Hidung besar tapi sederhana mancung. Kening sedikit tebal dan berbentuk sabit. Bibir kecil tapi sederhana tebal serta dagu runcing bentuk V, getusku di dalam hati. Oh, mata dan kening itu memang sama denganku.
Liya tengah kaji muka saya ke Nak pastikan apa yang sama dengan muka Liya ye
Tersentak aku saat ditegur Niel. Tahu-tahu sahaja yang aku sedang memandangnya. Pakai mata apa agaknya Niel. Walhal tadi pandangannya hanya fokus pada jalanraya.
Ehhh, hello jangan nak perasan boleh tak Dari dulu sampai sekarang tak berubah perasan tu. Aku tinggikan suaraku sekadar untuk menutup gugup.
Liya pun dari dulu sampai sekarang sama aje, ego tak mahu mengaku. Niel tidak mahu kalah.
Malas layan. Aku ambil langkah selamat.
Akhirnya kami diam membisu hinggalah sampai ke rumah Mak Leha. Elok-elok sahaja azan maghrib berkumandang. Terus kami minta izin untuk solat di rumah Mak Leha. Apabila diajak makan malam di situ, kami menolak sesopan mungkin. Tidak mahu susahkan Mak Leha lagi. Dengan berat hati Mak Leha bersetuju.
Aku dan Niel berpisah dengan memandu kereta masing-masing. Niel berdegil mahu mengiringiku sampai ke rumah sewa. Bimbangnya tidak bertempat, tapi aku ikutkan juga kehendaknya. Sampai ke rumah sewa, Niel menanti aku hingga masuk ke dalam rumah. Setelah itu barulah Ferrari merahnya meluncur pergi.
Entah kenapa situasi ini mengingatkan aku pada pertemuan pertama kami. Tika itu dia masih bad boy, tapi prihatinnya tetap ada. Dia menantiku hingga aku masuk ke dalam rumah. Daniel Izdihar, walau siapa pun dia dahulu atau sekarang, bad boy nakal atau bad boy insaf, dialah satu-satunya lelaki yang mampu menggetarkan jantung hatiku.
Ah, sungguh aku rasa segan dengan diriku sendiri saat ini. Namun, rasa yang hadir tidak mampu kuhalang. Semuanya hadir tanpa dipaksa, jujur dari jantung hatiku.
GAMBAR sekitar majlis perkahwinan Munirah yang dimasukkan ke dalam akaun Facebooknya aku lihat satu persatu. Banyak juga gambarku
terselit. Maklumlah pengapit, kan.
Hatiku jadi makin riang kerana gambar Niel juga banyak. Lebih baik aku tag Niel. Nanti boleh juga Niel melihat gambar-gambar ini. Oh, rasanya aku masih belum approve friend request dari Niel. Sudah berkurun, baru sekarang teringat. Senarai friend request mula kusemak. Tiada pula nama Daniel Izdihar.
Mungkin Niel sudah batalkan friend request. Erm, salahku sendiri. Kali ini ego harus aku ketepikan. Jadi, jariku mula menaip Daniel Izdihar di ruangan search. Tetap gagal dicari. Tukar nama agaknya. Aku masih belum putus asa, jadi akhirnya Galaxy A kucapai. Terus aku hantar WhatsApp pada Niel.
Aliya Shaqina:
Apa nama Facebook Iz Saya nak tag gambar kahwin Mun.
Hampir seminit aku menanti. Belum ada jawapan. Tapi, sudah dilihat. Mungkin Niel sibuk. Aku kembali melihat Facebook. Sekadar like gambar-gambar Munirah. Galaxy A tiba-tiba nyaring berbunyi minta diangkat. Tertera Daniel Izdihar di skrin. Tak perlulah sampai telefon aku, balas WhatsApp sudah cukup. Lambat-lambat aku jawab.
Assalamualaikum. Tak perlulah telefon. Perlahan sahaja suaraku dan agak dingin.
Waalaikumussalam. Tak suka saya telefon Nada Niel senada sahaja.
Bukanlah macam tu. Kenapa telefon Aku malas hendak panjangkan cerita. Baru semalam bertemu, hari ini sudah berbicara di telefon. Tapi, aku juga yang mulakan dahulu.
Saya dah delete akaun Facebook. Tak perlulah tag. Kalau nak saya tengok gambar-gambar tu nanti saya tengok kemudian di telefon Liya. Lembut sahaja suara Niel. Spontan bibirku menguntum senyuman.
Ish nakal betul mulut ni.
Kenapa delete Soalku.
Banyak sangat gambar yang tak sopan dalam tu. Nak buang satu-satu leceh jadi saya delete aje. Senang cerita. Lagipun mana-mana kawan yang betul-betul boleh dipanggil sahabat akan call saya juga. Tak perlu melalui Facebook. Bila difikir-fikir balik, Facebook bukan satu keperluan untuk saya. Bukannya saya buat bisnes online yang perlu promosikan barang-barang melalui media sosial. Cukuplah saya berhubung melalui nombor telefon aje. Wah, sekali Niel bagi penerangan memang lengkaplah isinya. Boleh buat karangan Bahasa Melayu.
Okey, saya terima semua yang Iz cakap tu. Dan gambar-gambar yang tak sopan tu gam
Liya, boleh kita jangan ungkit yang dah lama tu.
Kalau boleh saya nak lupakan semuanya dan mula yang baru. Boleh kan Liya tolong saya Permintaan Niel buat aku rasa serba salah.
Iz, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak ungkit. Saya betul-betul minta maaf. Dah kita lupakan pasal Facebook tu. Aku cuba memujuk kembali.
Liya tak salah apa, jadi tak perlu minta maaf. Suara garau berlemak Niel kedengaran cukup lembut menyapa gegendang telingaku.
Terubat kembali hatiku. Jadi tersenyum sendirian aku. Cepat-cepat aku cubit pipi, marahkan diri sendiri. Jangan hanyut dalam hubungan yang belum pasti kesudahannya.
Oh, semalam Kak Nana, pengurus NGO ada bagitahu yang malam Selasa nak agihkan sumbangan pada gelandangan. Saya macam berminat nak join. Iz nak ikut juga Topik lain kubualkan. Kali ini lebih serius.
Liya tak payahlah ikut. Lagipun malam tak elok. Soalanku tidak dijawab, sebaliknya larangan yang kudapat.
Ramai aje perempuan yang jadi sukarelawan.
Tapi, untuk NGO yang ini, saya dah tanya memang biasanya hanya lelaki yang turun site. Kak Nana tu pun jarang-jarang turun site walaupun suami dia ada sekali. Dia banyak buat kerja dari segi packing barang dan cari penyumbang. Liya tak sesuai pergi tanpa mahram. Jangan degil please. Bila Niel sudah tekankan please itu, memang aku kalahlah jawabnya. Belum panas lagi mulutku hendak berdebat, senang-senang sahaja dia sudah patahkan hujahku.
Kak Sha. Kedengaran suara Miza memanggil. Aku terus berpaling. Kelihatan Miza di muka pintu.
Akak cakap dalam phone ke Sorry Miza tak perasan. Berkerut muka Miza akibat rasa bersalah.
Pastinya dia tidak nampak tadi kerana aku baring mengiring ke dinding. Okey, kenapa posisi aku berbual dengan Niel macam orang tengah bergayut Aku tergelak kecil sebelum menjawab.
Eh tak apa. Kenapa Miza
Jom keluar makan nak Kak Zila pun tengah siap tu, balas Miza.
Okey, boleh juga. Akak siap kejap ya Terus aku bersetuju dan Miza beredar ke biliknya semula.
Iz, saya nak keluar makan dengan Miza dan Kak Zila ya Tanpa maaf aku terus bercakap kembali dengan Niel.
Tawa Niel yang kudengar usai aku memberitahu. Kenapa pula dengan budak seorang ini
Comel pula saya dengar Liya macam minta izin nak keluar. Pergi aje. Asalkan dengan perempuan. Seratus peratus saya yakin Liya tak akan keluar dengan lelaki bukan mahram malam-malam macam ni. Niel masih dengan sisa tawanya.
Tahu pun. Izlah satu-satunya lelaki yang culik bawa saya keluar malam-malam buta tahu. Alamak, mulutku lagi sekali tiada brek. Spontan aku tampar mulutku. Aliya Shaqina, boleh tak berhenti ingat atau ungkit perkara yang dah lepas.
Jangan risau, saya tak kecil hati pun. Dah pergi siap. Jaga diri baik-baik ya untuk keluarga awak. Assalamualaikum. Lembut sekali Niel tamatkan perbualan kami.
Aku balas salamnya sambil tersenyum meleret.
CHOCOLATE fudges dan chocolate indulgence sudah selamat dimasukkan ke dalam kotak.
Sengaja aku beli dua kerana sudah berniat untuk makan dengan Kak Zila dan Miza nanti. Mereka juga memang pencinta kek Secret Recipe sepertiku.
Usai duit baki diambil, aku terus berpusing. Terkejut sungguh aku saat wajah seorang lelaki berkot lengkap menjamah mata. Betul-betul berdiri di belakangku. Aku sekadar senyum paksa. Badan kutundukkan sedikit saat melewatinya. Sekadar menghormati orang asing.
Aliya Shaqina. Tersentak terus aku saat namaku dipanggil.
Langkahku terus mati. Mataku membulat saat aku merasakan lelaki itu menghampiriku.
Awak kenal Daniel Izdihar
Bagai mahu tercampak kotak kek saat soalan itu diaju. Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya.
Jantungku sudah mula pecut laju.
Siapa lelaki berkot ini