Ingin sahaja dia menghubungi Elzaara, tetapi dia tidak punyai kekuatan. Dia bimbang andainya Elzaara akan kembali bersikap dingin terhadapnya. Matanya tertancap pada sekeping gambar bersama Elzaara dan juga Haziq. Mereka bertiga tersenyum bagaikan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Nafas dihela. Senyuman Haziq, bisikan Haziq di telinganya tidak pernah dia lupakan tetapi apakah dayanya kerana dia tidak mampu untuk melunaskan permintaan si kecil itu.
Sengaja dia meminta Lisa untuk mencuci setiap gambar candid bersama Elzaara dan Haziq sebanyak 3 keping; 1 untuk diletakkan di atas meja pejabat, 1 untuk diletakkan di dalam bilik tidurnya dan 1 lagi untuk diletakkan didompetnya.
Bahunya ditepuk perlahan, wajah Lisa dan Zahar terpacul di hadapannya. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggung masing-masing berhadapan dengannya. Mata Lisa dan Zahar tertancap pada gambar-gambar yang berselerakan di atas meja, namun wajah masingmasing hanya beriak selamba. Pantas dia mengutip dan menyusun kembali gambar-gambar yang bertaburan ke dalam daily plannernya.
Sekejap.
Okey!
Brian menghilang di dalam bilik pejabatnya bersama daily planner ditangan.
Sayang, nak makan apa
Lisa nak minum je, bang. Abang belikan Cappucino je. Lisa dah makan sebelum keluar daripada kolej tadi. Kenyang lagi ni.
Zahar mengangguk lalu berlalu melangkah ke arah kaunter yang menempatkan makanan dan minuman. Lisa tersandar kepenatan, dia hanya memerhatikan langkah buah hati kesayangannya yang sedang sibuk memesan hidangan untuk mereka.
Dah pesan Soal Brian yang muncul kembali dengan berpakaian kasual. Dia hanya memakai T-shirt berkolar dan berseluar jeans. Rambutnya juga kini sudah dikemaskan dengan gel rambut.
Dah, jawab Lisa sambil mengangkat keningnya. Timbul pula tanda tanya dibenaknya itu apabila melihat pakaian yang disarungkan oleh Brian.
Brian yang mengerti akan ekspresi itu dengan segera bersuara, Macam tak kenal I pula. Everything all set in my room. I kan ada mini bedroom dekat kafe ni. Kalau I rasa malas nak balik rumah, I tidur je dekat sini. Easy.
Zahar sudah tergelak-gelak melihat reaksi Lisa yang sudah berubah wajah apabila dia terkantoi. Brian hanya tersengih-sengih dan mula menayangkan sebarisan gigi Colgate itu.
Lisa hanya menjungkitkan bahunya dan mula menghirup Cappucino panas dan Zahar pula menyuap sekeping croissant sandwich ke dalam mulutnya dengan agak rakus. Brian bangun dan menuju ke arah kaunter dan kembali dengan black coffee dan juga semangkuk sup cendawan bersamanya.
You tak makan ke Lis Diet eh Tegur Brian.
Eh, taklah. I kenyang lagi sebenarnya. Lepas habis kelas tadi I sempat makan dulu sebelum ke sini.
Jemput makan.
Lisa dan Zahar mengangguk. Lisa membiarkan seketika tingkah Brian yang menikmati sup cendawan tersebut.
Ha, apa yang you nak bincang pasal Elzaara ni Macam urgent dan serius je nada you dalam phone tadi. Sergah Lisa.
Tersungging senyuman di bibir Brian mendengar nama Elzaara. Serta-merta wajah Elzaara terbayangbayang di hadapan mukanya. Bagaikan susuk tubuh Elzaara kini berada di hadapannya. Lisa hanya memerhatikan sahaja gelagat Brian yang gayanya sudah seperti orang mabuk rindu.
Sah angau ni. Kita kena buat something ni, abang. Lisa berbisik kepada Zahar.
Zahar terangguk-angguk bersetuju dengan pendapat buah hatinya Lisa. Zahar sempat menepuk kedua belah tangannya di hadapan muka Brian sehingga bahu Brian terhenjut akibat terkejut.
Bro, nampak sangat yang you ni dah parah.
Apa kata you pergi masuk meminang je si Elzaara tu. I tengok you pun dah angau sangat dengan dia tu. Dengan Haziq pun I tengok you boleh ngam. Both of you ada chemistry yang sangat kuat. Macam ada strong bond antara you dengan Haziq. Kalau orang yang tak kenal mesti ingat yang Haziq tu anak you sebab dia manja sangat dengan you. Saran Zahar.
Yelah Brian. I sokong sangat. I tengok, dari segi kewangan you pun mampu, kerja pun bagus sampai dah buka kafe sendiri, you sendiri pun suKakan budakbudak. Tak kekok langsung melayan Haziq tu. Lagipun umur you pun dah masuk 27 tahun, dah sedang elok kalau you nak berkahwin sekarang. Why not you dengan Elzaara kahwin je. Lisa menambah perisa.
Lisa, Zahar... I berterus-terang jelah ya di depan both of you. I memang, betul-betul suKakan Elzaara; sayangkan dia dan cintakan dia. Perasaan I dekat Elzaara memang tulus dan I serius nak jadikan dia isteri dan ibu kepada anak-anak I. Haziq tu pun I dah anggap dia macam anak I sendiri. I want to be a part of their life and I want them to be part of my life. Tapi, you all pun tau macam mana dinginnya Elzaara tu dengan I. Hati dia keras umpama batu kerikil dan tujuan I panggil both of you sekarang ni pun sebab nak tanya pendapat you all tentang ni.
Brian, sebelum kita masuk pasal ni dengan lebih mendalam, I nak tanya you something ni tapi you kena
jawab pertanyaan I dengan jujur ya. Brian mengangkat keningnya.
You serius ke dengan perasaan you Atau pun ini hanya sekadar mainan bibir you je
Lisa, I nak cakap macam mana lagi untuk yakinkan you Selama you kenal I ada ke you nampak I berfoya-foya dengan any girls Honestly I cakap, I tak pernah berperasaan macam ni dan inilah kali pertama I rasa sesuatu yang sangat... keluhan dilepaskan. I tak tau nak gambarkan macam mana, tak tau nak luahkan macam mana apa yang I rasa ni. Selama ni I tak pernah ambil kisah dengan perkara-perkara ni tapi sekarang ni, I...
I dah cerita dekat you apa yang jadi dengan Elzaara, dengan arwah Kakak dia. Apa motif you nak kahwin dengan dia I tak nak semata-mata sebab you bersimpati dengan Elzaara Jangan disebabkan rasa kesian atau semata-mata nak buktikan sesuatu, you nak kahwin dengan dia.
Lisa sengaja menekan Brian untuk menguji sejauh mana kejujuran perasaan Brian terhadap sepupunya itu. Matanya sengaja merenung tajam ke dalam anak mata Brian. Orang kata nak tau sesebuah kejujuran seseorang itu kena lihat ke dalam matanya kerana kejujuran yang sebenar terletak di situ!
Lisa terpaksa bertindak menggunakan perang psikologi untuk menyelongkar dan membedah hati Brian untuk mengetahui isi hatinya yang sebenar terhadap Elzaara. Dia tidak mahu Elzaara menderita lagi kerana adik sepupunya itu berhak mendapat kebahagiaan kini dan bukannya kesengsaraan seperti mana enam tahun yang lalu.
No! That is her past! I bercakap tentang masa sekarang dan juga masa depan. Ya, memang I tahu pasal kisah silam dia, but thats not the reason I want to marry her. I love her since we first met. Sejak itu I tak boleh nak lupakan dia. Walaupun pertemuan yang berlaku terlalu singkat, tapi kesannya I masih lagi rasa sampailah sekarang. Rasa yang I tak tahu nak describe macam mana. I pernah cuba untuk lupakan dia bila tak ada lagi pertemuan antara kami, tapi semakin I cuba untuk lupakan dia semakin kuat wajah dia muncul
dalam bayangan I.
Zahar memberikan ruang untuk Lisa dan Brian mengadakan sesi luahan perasaan. Walaupun dia tahu sedikit sebanyak cerita mengenai apa yang berlaku kepada Elzaara dan keluarganya daripada mulut buah hatinya Lisa, tetapi dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut kerana ini adalah soal keluarga dan dia juga bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan soal ini.
Masa you jumpa El dengan Haziq tu you tak terfikir ke yang Elzaara mungkin dah kahwin I ingat lagi yang masa you bercerita. Masa tu Lyn ada cakap yang Elzaara tu Mama Haziq. You tak ingat ke Provok Lisa.
Yes, memang betul Lyn cakap El tu Mama pada Haziq. Mula-mula memang I kecewa sebab Elzaara dah kahwin. I rasa macam dah gila je sebab I jatuh hati dengan isteri orang sampai I hampir-hampir depressed. I really want to let go my feeling, but who were thought that I will see her again, with you, here, in my kafe. Masa tu hati I berdebar-debar sangat sebab I terjumpa balik. I perasan yang mata dia sembab sebab menangis dan masa tu I tertanya-tanya apakah dia ada masalah dengan suami dia
Dah tu kenapa you nak teruskan juga
You lupa ke you yang bagitahu I, Haziq tu sebenarnya anak buah El dan bukannya anak dia Masa tu I rasa macam harapan I bersinar kembali. I cuba nak mendekati El, tapi dia pula mengelakkan diri. I usaha untuk memenangi hati Elzaara sebab I tahu, cinta I pada Elzaara adalah tulus dan suci. Tapi, you sendiri tau macam mana dia layan I, kan
You cuba Pernah you call dia
Lisa... kalau ikutkan hati I, boleh je I nak call dia tapi I hormat dia sebab dia mesti akan rasa tak selesa kalau I contact dia. Kalau I call dia bagi alasan nak cakap dengan Haziq mesti dia akan fikir yang bukanbukan. Itulah sebabnya kenapa selama ni I pendam je rasa hati I. Brian meluahkan rasa hatinya dan tanpa ada rasa malu dia menyatakan rasa hatinya di hadapan Lisa dan Zahar.
So sebab tu you cuba curi-curi pandang dia masa dekat cinema hari tu
Errr, err... You nampak ke
Senyuman Lisa memberikan jawapan bahawa dia mengetahui akan hal itu.
You ingat tak hari yang you bagi tahu I yang all of you nak buat birthday picnic party untuk Elzaara tu You tak terfikir ke kenapa I sponsor birthday cake tu dan I tak bagi you beli kek lain Sambung Brian.
Kenapa
Tu hanyalah taktik untuk I cuba merapatkan diri dan menutup jurang yang timbul di antara kami. I rasa puas sebab dapat buatkan Special Chocolate Moist Cake tu untuk dia. Malam tu I dapat tidur lena sebab I bahagia sangat-sangat, luah Brian.
Dia bukan memohon simpati ataupun meraih undi daripada Lisa dan juga Zahar tetapi apa yang dia tuturkan adalah dari lubuk hatinya yang paling dalam.
Lisa terdiam. Brian yang dia kenali merupakan seorang yang tegas dan kurang bergaul dengan perempuan. Cuma Lisa adalah satu-satunya gadis yang bertuah dapat berkawan dengan Brian.
Pergh! Bravolah bro. Macam inilah gentleman. I suka dengan semangat you. Keep it up, buddy! Sorak Zahar sambil menepuk tangannya.
Erm, I harap you mampu untuk memadamkan kepedihan di hati El sebab I nampak kesungguhan di mata you. Tapi, Brian... adik I macam mana
Adik you Kenapa pula dengan Lyn Brian mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
You dengan adik I tak ada apa-apa hubungan, kan Bukan apa, I cuma nakkan kepastian je. Takut lain pula jadi. Lebih baik kita settlekan semuanya sekarang.
I dengan Lyn Nolah, I dengan Lyn tak ada apaapa hubungan pun. We were just a friend. Just like you and me. Tak lebih daripada itu. I tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia. I anggap Lyn tu macam adik I je. Hati I hanya untuk Elzaara sahaja. Not for any others girls.
Kalau you cakap macam tu baguslah. I ni bukannya apa, I cuma tak nak berlaku sebarang salah faham di antara you all bertiga. I takut nanti akan menjejaskan hubungan kami semua. Itu saja. Dua-dua I sayang. Kiri Elzaara, kanan Lyn. Dua-dua tu adik I. I cuma nakkan yang terbaik untuk mereka berdua.
You dont worry Lisa. I know who are in my heart. I takkan persia-siakan kepercayan you. I janji I akan jaga Elzaara dan Haziq macam nyawa I sendiri. I takkan khianati dan mempermainkan perasaan Elzaara mahu pun Lyn. I tak pernah bagi sebarang harapan pun pada Lyn. Terima kasih sebab you mempercayai I dan you sanggup bagi I peluang untuk buktikan katakata I ni. Brian lega dan gembira kerana Lisa sudi memberikannya peluang untuk dia mengusik tangkai hati Elzaara.
You ni janganlah excited sangat bro. You tu baru je lepas tapisan pertama, belum lagi tapisan kedua. You nak kena mengadap parents Elzaara tu lagi. Sabar... Zahar menyuraikan keriangan Brian, namun ianya tidak memudarkan senyuman yang kian mekar di bibir Brian.
Black coffee dalam cawannya yang sudah semakin sejuk diteguk. Mereka bertiga tersenyap secara tibatiba. Hanya kedengaran bunyi cawan berlaga. Keadaan sekeliling kafe juga semakin sunyi mungkin kerana pada waktu malam, pelanggan sudah tidak begitu ramai.
Bro, you nak kahwin dengan Elzaara ni your parents tahu ke Mereka approved ke Soal Zahar tiba-tiba memecah kesunyian.
Belum. Tapi I yakin yang Mummy dan Daddy I takkan bantah siapa calon isteri I. Diorang percaya pada I seratus peratus untuk mencari calon isteri yang sesuai dan menepati citarasa I. Mummy cuma cakap kalau boleh biarlah bakal menantu dia tu biarlah orang Melayu Malaysia. You all taulah Mummy I tu kan cerewet kalau soal bakal menantu dia sebab dia tak ada anak perempuan.