Specialist. Alana tiada untuk menemaninya kerana terpaksa bertugas di dewan bedah, mujurlah ada Faliq.
Awak nak saya temankan sampai ke dalam Faliq bertanya memandangkan hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berada di bilik berkenaan.
Dalam perjalanan dari pintu depan lagi, Faliq sudah perasan akan kehadiran puluhan wartawan dari beberapa stesen tv terkemuka sedang membuat liputan. Dia hairan namun persoalan itu dibiarkan sahaja demi menjaga hati Nadhirah.
Saya boleh masuk sendiri, Faliq. Dah semalaman awak jaga saya. Kalau awak nak balik, awak baliklah dulu. Tak payah tunggu saya. Nadhirah sempat berpesan sebelum dia menuju ke bilik berkenaan.
Saya tunggu di sini. Kalau ada apa-apa, awak panggil saya. I am sure you will need me later, Faliq mahu Nadhirah tahu yang dia ada untuk melindungi gadis itu setiap saat dan waktu.
Nadhirah senyum ringkas. Bukannya dia tidak mahu menjemput Faliq bersamanya, namun dia sudah dapat membayangkan bagaimana situasinya saat berdepan ahli keluarga yang lain. Dia tidak mahu Faliq mendengar apa yang bakal diperkatakan.
Sebaik sahaja Nadhirah beredar, Faliq mengambil tempat di tepi pintu. Dia akan menunggu Nadhirah di situ dan langsung tiada niat mahu meninggalkan Nadhirah sendirian menghadapi saat sukar ini. Kelihatan beberapa orang wartawan sedikit terpingapinga dengan kehadiran mereka berdua di situ. Faliq turut sama hairan melihat reaksi mereka yang sedang memandang.
Oh gosh! Who told her Suara garang Aidid yang sedang menyoal setiausaha Tan Sri Malik kedengaran di telinga Nadhirah.
Reaksi sebegitu memang sudah dijangka. Selama ini kehadiran Nadhirah dalam keluarga Tan Sri Malik disembunyikan sedaya upaya. Apatah lagi tatkala lensa kamera dari pelbagai stesen TV dan akhbar sedang menghala ke arah keluarga mereka. Kalau boleh jangankan wajah, nama Nadhirah juga tidak boleh disebut langsung.
Huh! Kau buat apa dekat sini perempuan Puan Sri Munirah yang sedang duduk bersama dua orang kakaknya berang sebaik sahaja melihat kelibat Nadhirah yang masuk menyertai mereka.
Buat apa kau datang sini Kau bukan lagi ahli keluarga kami. Eh, kenapa kau masuk bilik ni Adelia yang turut berada di sana turut menyampuk. Imran juga turut kelihatan hadir di ruang berkenaan.
Adelia, ada wartawan di luar. Behave please. Aidid selaku anak sulung memberi amaran. Dia tidak mahu rahsia Tan Sri Malik yang tersimpan sejak bertahuntahun terbongkar di hari kematiannya.
Adik peduli apa. Mama pun tak suka dia di sini. Eh, kau baliklah! Adelia bangun dan terus menolak Nadhirah ketepi namun sempat ditahan Imran.
Adelia, ini bukan tempatnya untuk bergaduh... pujuk Imran walaupun dia sendiri terkejut dengan tindakan Adelia, Imran cuba menjernihkan keadaan.
Saya tak nak tengok muka dia dekat sini! Adelia menepis tangan Imran yang memegangnya.
Nadhirah benci dengan apa yang terjadi. Walaupun sudah lama hubungan mereka berakhir, namun dilayan begitu di hadapan Imran membuatkan Nadhirah merasa sangat terhina.
Siapa tu Munirah Terdengar suara-suara berbisik menanyakan perihal kehadiran Nadhirah di bilik berkenaan.
Anak abang Malik dengan setiausaha dia dulu, jawab Puan Sri Munirah dengan suara yang agak kuat supaya dia tidak perlu mengulanginya berulang kali. Dia sengaja berbuat demikian bagi memalukan Nadhirah. Kalau boleh dia mahu semua orang di bilik itu tahu akan status Nadhirah.
Biarlah. Selepas ini Nadhirah bukan lagi sesiapa dalam hidupnya. Anak ini akan terus putus hubungannya dengan keluarga mereka.
Malik ada perempuan lain ke Munirah Soal salah seorang ahli keluarga yang berada di sana.
Ma, janganlah emosi sangat. Nanti press dengarlah. Aidid masih berusaha untuk mengawal mulut Mama dan adiknya.
Mama sakit hati kau tahu tak Dia buat apa dekat sini Urgh, dasar perempuan tak sedar diri! Kami tak perlukan kau di sini. Puan Sri Munirah bangun. Dia mahu mendekati Nadhirah. Mahu menghalau Nadhirah keluar namun sempat ditahan Aidid.
Kau dengar tak apa yang Mama aku cakap
Keluarlah! Adelia turut mengherdiknya.
Nad pun anak dia juga. Suka atau tak Nad tetap nak tengok arwah. Nadhirah hanya menjawab pendek. Dasar anak perempuan tak bermaruah!
Disabarkan hatinya walaupun dia muak mendengar dakwaan tidak berasas Puan Sri Munirah dan Adelia mengenai Mamanya. Jika tidak kerana menghormati kematian Tan Sri Malik, rasanya Nadhirah sudah membongkarkan semuanya kerana hatinya juga sedang marah.
Kau memang keturunan jalang. Keluar aku cakap! Keluar dari sini! Jerit Puan Sri Munirah yang sudah berdiri untuk mendekati Nadhirah sebelum dihalang Aidid sekali lagi.
Nadhirah yang sedang berdiri di tengah-tengah ruangan hanya memandang Puan Sri Munirah sepi. Dia tidak akan berganjak. Walaupun hatinya terluka, walaupun setiap kata-kata mereka mengoyak maruahnya. Nadhirah tidak mahu berganjak.
Dia mendengar sahaja suara-suara sumbang yang berbisik di sekelilingnya. Ke semua mereka begitu kejam melontar kata-kata. Dia tidak mengiyakan atau menafikan walaupun jelas dipendengaran suara-suara sumbang itu berterusan mengutuk dan mengejinya.
Ditarik nafas dan dihela beberapa kali. Nadhirah berusaha untuk menenangkan dirinya sendiri. Katalah apa sahaja dia sudah tidak kisah. Di saat dia begitu tertekan, kedengaran ada seseorang yang menolak pintu bilik berkenaan.
Jangan dengar cakap dia orang lagi Nadhirah. Saya bawa awak keluar. Kedua-dua belah telinga Nadhirah terasa ditekup dengan tangan dari belakang dan suara bisikan Faliq bergema di telinga.
Faliq mendekati Nadhirah setelah dia mendengar segala yang terjadi. Bukannya susah mahu mencuri dengar perbualan orang di dalam bilik ini apatah lagi mereka bercakap dengan nada yang cukup tinggi. Tubuh Nadhirah dipusingkan untuk menghadapnya. Melihatkan riak wajah Nadhirah, menyebabkan Faliq kesal membawa gadis ini ke sini.
Saya tak nak keluar. Perlahan sahaja jawapan yang diberikan Nadhirah.
Siapa mereka mahu mempersoal akan kelayakannya. Dia tetap anak Tan Sri Malik. Jika tidak kerana ada secebis rasa simpati mungkin Nadhirah sudah lama jeritkan pada dunia tentang apa yang telah Tan Sri Malik lakukan kepada Mamanya. Namun, akal warasnya masih lagi menghalang Nadhirah daripada memalukan bapanya sendiri.
Im staying. Nadhirah langsung tidak memandang wajah Faliq.
No, you are not! Jom, kita keluar dari sini. Faliq menarik tangan Nadhirah mengikutnya.
Dia sempat memandang setiap wajah-wajah yang berada di dalam bilik berkenaan. Kebanyakan dari mereka seringkali dapat dilihat muncul di kaca TV. Barulah dia sedar kenapa ada begitu ramai wartawan yang membuat liputan di luar. Rupa-rupanya bapa Nadhirah bukan calang-calang orangnya. Tan Sri Malik adalah Pengerusi Emerald Group, taikun industri perkapalan yang tidak asing lagi.
I told you, right! I shouldnt be here. Nadhirah memandang wajah Faliq. Senyuman nipis diukir tanpa di sedarinya. Dia marah pada semua termasuklah Faliq yang memaksanya ke sini.
Kita cari jalan lain. Awak tak perlu tunggu dengan dia orang di dalam. Faliq membuat keputusan.
Dia akan memastikan Nadhirah dapat melihat wajah Papanya walau apa pun yang terjadi. Faliq dengar semuanya dengan jelas dan kini dia amat marah. Tidak kiralah apa pun status Nadhirah, gadis ini lebih dari layak untuk bertemu Papanya sendiri.
Mujurlah ada Alana. Nadhirah akhirnya berjaya juga bertemu Papanya sendirian sebelum jenazah dibawa pulang ke rumah untuk diuruskan. Itulah kali terakhir buat Nadhirah kerana dia sudah tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah agam arwah Papanya.
Cukuplah dengan apa yang sudah dia terima.
Awak okey
Soalan Faliq hanya dibalas dengan anggukan lemah. Masih terbayang wajah arwah Papanya yang sudah dibawa keluar daripada hospital ini. Tiada sudah ikatan yang menghubungkan dia dengan keluarga tersebut dan yang paling menyedihkan adalah angan-angannya untuk menjadi anak kepada Tan Sri Malik dalam erti kata yang sebenar sudah pun musnah sejak dia mengetahui perkara sebenar mengenai kelahirannya.
Awak nak ke mana selepas ni
Balik. Jawab Nadhirah pendek sambil kakinya terus menyusun langkah.
Awak tak nak tunggu dulu Macam mana dengan majlis pengebumian nanti
Faliq, saya nak balik. Cukuplah untuk hari ni.
But
Saya dah ikut cakap awak. Saya tak tahu kenapa, tapi saya dah ikut cakap awak. Saya dah datang sini tengok arwah macam yang awak suruh. Saya tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan keluarga tersebut. Saya nak balik. Nadhirah mengetap bibir. Dia hanya mahu bersendirian. Hatinya masih enggan memaafkan Tan Sri Malik dan jiwanya kacau kini.
Saya hantar awak balik. Faliq mengeluh sedikit. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Nadhirah.
Cukuplah.