Kristal Berdarah - 30
BAB 29

Dua jam kami menumpang lori untuk ke perkampungan Ruala tetapi lori itu menurunkan kami di simpang masuk nya sahaja. Kami terpaksa berjalan kaki sejauh empat batu.

Suasana di perkampungan itu sungguh menarik. bukitbukau menganjur ke sebelah timur. Tanah lapang nya ditumbuhi rumput panjang di sebelah barat manakala di sebelah utara dan selatannya pula, terdapat semaksemak yang tidaklah berapa tebal. Pemandangan indah buat seorang pelukis.

cuba kau tengok. nampaknya kemusnahan meng atasi kemajuan di kawasan ni.

Kau betul. Shariman memandang sekeliling.

cuba tengok yang tu pula. aku menuding ke suatu arah. aku tak pernah melihat tempat yang sebegini in dah. Tanah lapang, mungkin juga bekas tanah sawah suatu ketika dahulu. atau barangkali juga menjadi tempat ragut binatangbinatang ternakan. atau boleh jadi, ia adalah be kas tapak sebuah istana.

Dahlah! Mari kita pergi.

Pekan yang ada di perkampungan itu tidaklah besar sa ngat. Kami menjumpai sebuah tempat penginapan yang agak sesuai. Seorang lelaki yang bermisai tebal menyam but kedatangan kami. Orang Semenanjung, ya Kami mengangguk.

Saya Sulaiman, pengurus tempat ini. aku tersenyum sambil meletakkan barangbarang. Hendak bilik, chalet atau...

Dua buah bilik.

awak sekarang sedang berada di pusat peranginan Ruala. awak sepatutnya menghabiskan masa bermesra antara satu sama lain.

Dua bilik! kataku keras.

awak penggemar alam semulajadi

Kemusnahan tu Ya! aku menulis nama dalam buku daftar yang disorongkan kepada aku.

Kawasan bekas terbakar tu Sekarang ni dah jadi ka wa san tarikan pelancong.

apa sebenarnya yang dah berlaku di situ Shariman berminat untuk mengetahui daripada lelaki itu.

Semua bermula di zaman darurat! bila pihak kerajaan berjaya mengalahkan bintang Tiga, penjahatpenjahat tu mula tunjukkan belang. Mereka balas dendam.

Tak apalah. Terima kasih. Sekarang boleh tunjukkan kami biliknya

Di tengah malam aku terjaga daripada tidur. Muka dan seluruh badan aku berpeluh. aku diganggu mimpi bu ruk. Mimpi tentang ali Hussin dan katakatanya. Mimpi tentang kegelapan yang tiada penyudahnya.

Kau kepunyaan aku Salimah dan aku memiliki kau!

Katakata itu masih terngiang di telinga aku. apa mak sudn ya dia mengancam aku dengan katakata seperti itu Dan kenapa pula dia harus muncul di dalam mimpi aku aku tidak dapat melelapkan mata lagi. aku cuba mengalihkan badan tetapi akhirnya terus bangun. Terfikir tentang Shariman sekali gus membuatkan aku melangkah keluar dan mendatangi biliknya.

Shariman! aku mengetuk pintu bilik itu.

Senyap. Tiada jawapan. aku terdengar suara dari tingkat bawah sedang ber

bual. entah mengapa, tibatiba sahaja aku merasakan, aku perlukan Shariman berada di sebelah aku.

Rasa marah tibatiba menguak di hati. Saat aku me merlukan Shariman, lelaki itu tidak pula muncul terjengul di hadapan pintu biliknya. barangkali dia yang sedang berbual. aku menjenguk dan terlihat Shariman dan Sulaiman sedang berbual. Sesekali mereka tertawa terbahakbahak seperti ada yang melucukan dalam perbualan mereka. Shariman terpandang aku.

ada apa, Salimah

aku tak boleh tidur.

Turunlah! Mari kita minum. encik Sulaiman tengah bercerita tentang runtuhan di tempat terbakar tu.

Tak payahlah. Kopi itu akan membuatkan mata aku terbuka lebih luas lagi.

Jadi...

aku perlukan teman. aku perlu berbual.

Sekejap.

Dia memberitahu sesuatu kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengangguk. Shariman mendapatkan aku. aku masuk semula ke bilik. aku menggantikan pakaian tidur aku yang basah. Shariman datang dan duduk di sisi aku.

Kenapa

Tak ada apaapa. aku hanya bermimpi.

Tentang ali Hussin

aku memandangnya. Tiada jawapan yang dapat

aku berikan. Shariman hanya tersenyum.

aku masih dapat merasakan bagaimana dia menyen tuh tubuh aku.

begini sajalah. Macam mana kalau kita ambil angin di luar sana ada apa di luar tu

aku berjalan ke tingkap yang sememangnya terbuka. Langsir tebal yang menutup tingkap, kutolak ke tepi. aku terp egun memandang ke hadapan. Pemandangan yang benarbenar menawan dan asing. bulan kelihatan besar, mengambang penuh dan menyinari permukaan bumi maknanya sudah hampir sebulan kami meninggalkan Kuala Lumpur. Kami menyarung baju tebal dan mengambil keputusan untuk keluar bersiar.

Unggasunggas malam berbunyi riuh. bagaikan suatu per gaduhan dalam satu keramaian unggas malam. angin malam bertiup perlahan menyapu dan mengelus setiap yang ada di sekeliling kami. Kami menyusuri tebing su ngai sambil mendengar suara air yang mengalir.

Jadi, kau hanya bermimpi Shariman merenung air sungai, bukannya ke arah aku.

aku tak tahu apa akan jadi kalau kau tak ada di situ atau kau tak dengar jeritan aku.

aku tak fikir dia kuat sangat. aku rasa kau boleh meng humban dia dengan sebelah tangan saja. aku tak fikir begitu.

Tak apalah. Semuanya dah selesai sekarang. Lagipun kau kan ada. aku cuba tersenyum tetapi otototot tepi pipi ku bagaikan sukar untuk digerakkan.

Shariman terdiam. Terdengar suara pungguk yang sedang meratap dari sebatang dahan besar yang berada tidak jauh dari tempat kami duduk. aku terasa sejuk dengan angin malam. aku memeluk diri.

Kami sudah berjalan jauh dari tempat penginapan kami. air sungai mengalir deras di celah batu sebelum mengalir lesu di tanah yang lapang. aku merapatkan diriku dengan Shariman.

Salimah...

Hmmm

Kau fikir encik Rosli tahu apa yang kita sedang buat sekarang ini

entah!

Dia tahu tak tentang sikap orang di tempat itu

Mungkin juga. aku sejuklah. boleh kau peluk aku

Tanpa berkata apa, dia terus memeluk badan aku yang terbongkok di tepinya. Serapatrapatnya. aku merapatkan lagi tubuh aku. Mata aku memerhatikan bayang panjang refleksi cahaya bulan. Dapat aku rasakan bibir Shariman telah ditekan ke rambut aku. Dia mengucup ubunubun aku. aku meletakkan kedua tanganku melingkari dadanya.

Tibatiba aku terdengar jeritan dari belakang kami.

Jeritan itu benarbenar memeranjatkan kami berdua.

Sial!

Shariman melepaskan aku seketika. Dia merenung sekeliling. Merenung aku, kemudian kembali memeluk aku. Lebih rapat dari tadi. ada seseorang sedang berdiri di seberang sungai. Seorang wanita, berpakaian serba putih dan rambutnya me ngerbang. Dia menjerit dan kemudian mengilai nya ring sedang kepalanya didongakkan ke langit. Dia berlari di sepanjang tebing sungai.

Orang gila! Mari kita pergi dari sini.

Kami berjalan pantas ke penginapan semula. Di bela kang kami, suara wanita itu bercakap dan mengilai tidak men entu masih kedengaran. Dia mengekori kami dalam jarak yang agak dekat.

Kenapa ni tanya Sulaiman sewaktu melihat kami tergopohgapah masuk ke lobi.

Shariman menerangkan apa yang berlaku.

Oh... itu Zulaikha... orang kampung sebelah. Dia kurang waras sikit. Dia sering menghabiskan masa di situ. Lebihlebih lagi bila bulan mengambang. Saya ter lupa nak beritahu awak berdua tentang hal tu.

Dia tak ada keluarga ke

Dia tak ada keluarga. Tapi dengarnya Zulaikha anak kepada imam tua masjid yang terbakar tu.

Ke mana pula imam tu pergi

Terbunuh semasa serangan komunis di tempat itu. Seluruh keluarganya dibunuh kecuali Zulaikha. Dan sejak itulah Zulaikha sakit jiwa.

Kami berasa letih. aku ingin sekali berehat dan tidur. aku dan Shariman mula mendaki anak tangga. aku ber henti di pintu bilik manakala Shariman meneruskan perjalanan ke biliknya.

Shariman!

Hmmm

aku tak mahu keseorangan malam ini.

Kau... Dia merenung aku. Kau tak memperolokkan aku

aku mengangguk.

aku tak mahu diganggu mimpi buruk lagi. Kalau ia datang pun aku tak berasa takut lagi kerana kau ada di sebelah aku.

Shariman menelan air liur. Mungkin dia tidak percaya. Mungkin juga sebelum ini dia putus harap dan apabila aku memberikan persetujuan, dia terperanjat besar.

Kau tak sudi temankan aku Shariman mendekat. aku nak cium kau. aku mengangguk.

Shariman masih nyenyak. aku terjaga lagi. Tetapi hari sudah semakin meninggi. Selepas bersarapan, aku me ngambil angin di luar. Terasa tempat itu bagaikan se buah syurga indah yang sedang menanti kehadiran kami.

aku kembali semula ke bilik. Shariman sudah

terjaga daripada tidur. Dia menguap dan mengeliat.

Pagi yang indah.

aku merenung ke luar jendela. Tanpa aku sedar, Shariman menarik tubuh aku. aku terjatuh dan ketawa. Shariman tersenyum. Mata kami bertentangan sejenak. Kepala Shariman menunduk.

Mataku terpejam dan bibirku terbuka.

Sejam kemudian, kami sudah kembali ke runtuhan itu. Matahari bersinar menerangi tanah sekitar runtuhan itu dengan megah. Rangka bangunan yang berwarna hitam terpacak di sanasini. Dinding masjid yang sudah runtuh masih ada lagi sekalipun sudah dijalari rumput dan lumut hijau. Kami mula menjelajah di sekitar tempat yang sudah musnah itu.

aku terpandang sebuah menara yang agak terlindung dengan rimbunan daun lebat. Sekali pandang ia tidak ubah seperti sepohon pokok yang tegak merimbun.

Man! Kita panjat saja menara tu.

Hmm Dia tidak mengerti. buat apa

ia lebih menyenangkan kita untuk melihat sekeliling dan mencari cahaya Kristal berdarah.

Dia mendekati aku dengan pantas. betul. Tapi tempat tu nampaknya tak selamat.

itu saja jalan yang ada.

Jalan masuk ke menara itu telah tertutup dengan semak. Tetapi kami tetap meredah dengan penuh kesa baran. Di pintu masuk ke menara tersebut, ruangnya agak sempit sedikit. Kami terpaksa berasak dan berhimpit. akhir nya kami memasuki ruang dalam menara yang benarbenar terhad dan sempit. Kami bukan lagi berasak malah kami terpaksa berpelukan. Shariman di hadapan dan aku di belakang.

Suasana di dalam menara itu agak kelam sedikit. Kami ter paksa menunggu sebentar untuk membiasakan pan dangan kami dengan keadaan itu. Kami berjalan men de kati sebatang anak tangga kayu yang menghala ke puncak menara.

Kalaulah kita bawa lampu suluh tadi, kan bagus.

Dari atas terdengar sesuatu yang sedang bergerak dan berbunyi.

Macam perempuan itu... Zulaikha! aku berbisik.

bukanlah. Hanya burung dan kelawar saja.

Mari kita keluar saja dari sini. Merbahaya!

cubalah beranikan diri macam seorang lelaki sikit, Salimah.

Dia terus berjalan, memegang tangan aku dan menarik tanpa berkata apaapa. Kami tiba di pinggir anak tangga pertama. Seketul batu jatuh dari atas dan hampir menimpa kami.

Shariman terperanjat. aku juga terkejut. Shariman segera menolak aku dan kami berdua tersandar ke dinding. batubatu yang gugur semakin banyak.

Dia ada di atas, Man!

Ketulan batu jatuh lagi. benar! Perempuan gila itu be rada di puncak menara. Kami dapat mendengar tawa nya. Dan dia bercakap tanpa tahu biji butirnya. Kemudian dia menjerit. begitu langsing.

Kepingan kaca jatuh melayang. buat seketika, biasan cahaya matahari pada permukaan cermin yang terbalik, membuatkan kami terpaku. biasan itu seperti kerlipan lampu neon dan kami akhirnya berdarah. Darah merah mengalir membasahi baju yang kami pakai.

Man! Keluar dari sini, cepat!

Dengan kesakitan yang mula menggigit kulit, kami ber lari keluar dari menara itu. Kami masih dapat men de ngar suara Zulaikha menjerit dan ketawa dengan nyaring.

Sial! maki Shariman.

Wajahnya sudah berlumuran darah. Rambutnya me le kat dan mendap dengan kulit kepala. Mungkin darah yang keluar dari luka di kepalanya. Di pipinya juga ada ke san luka yang memanjang. aku mengambil sapu tangan dari kocek seluar dan mengelap darah yang mula menitik.

Mata Shariman masih tidak terlepas daripada meman dang puncak menara. Kemudian menoleh ke arah aku.

Kau juga berdarah, Salimah. Mari! biar aku tengok.

ia mengambil masa untuk kami menenangkan diri... dan untuk darah berhenti mengalir. aku membiarkan Shariman mengelap darah yang mengalir dari kepala. Dalam keadaan begitu, aku masih berasa beruntung. Se kurangkurangnya perasaanku terhadap Shariman sema kin bercambah.

Langit masih cerah. Kami duduk di atas seketul batu besar, memerhati ke arah tempat yang telah musnah puluhan tahun lalu.

Hari semakin meninggi dan panas.

Shariman!

Hmmm

Kita tak buat dengan cara yang betul. Kita terlupa sesuatu.

apa maksud kau Dia merenung aku.

Kita sepatutnya datang ke sini pada waktu malam. Dan ketika itulah kita akan menemuinya.

Tapi...

ia akan bersinar.

Tapi perempuan itu...

aku tahu dan kita amat memerlukan kristal itu. aku me man dang sekeliling sebelum merenung dalamdalam ke wajah Shariman.

Sedangkan Shariman... matanya tetap merenung puncak menara.

Man! aku menepuk bahunya. Kemudian meletak kan tanganku ke dadanya.

Man!

Dia menoleh ke arahku dan mengucup aku.

Kalau ia ada di sini, kita akan bertemu dengannya.

Dan juga perempuan itu. aku mengucupnya kembali. Kalaulah ia ada disini.

Shariman melepaskan pegangannya. Dia berlari sam bil mengelilingi menara. Walau bagaimanapun, dia tidak pula masuk. Gadis itu ketawa dan menjerit kuat.

Sial punya orang.

Dia menumbuk dinding papan menara. Gadis itu men jerit sekuat hati. aku terpandang seketul batu yang dipe gangnya lantas dibalingkan kepada Shariman.

Shariman! Hatihati!

Shariman tidak sempat mengelak. batu itu jatuh ke bahunya. Shariman terduduk. Matanya merenung batu yang terdampar di tanah. Mukanya berkerut menahan kesa kitan. aku berlari mendapatkan Shariman. Zulaikha masih ketawa nyaring. aku menarik Shariman. Tetapi Shariman berkeras ingin terus berada di situ, bergaduh dengan perempuan itu. aku berusaha untuk menenangkannya. aku semakin hairan dengan tingkah laku Shariman. Dia seperti bukan Shariman yang aku kenal dua setengah tahun lalu. Dia kini menjadi seorang pemarah. aku tak tahu bagaimana dan mengapa dia berubah sikap.

Petang...

Masih panas. Tiada angin yang berhembus. Matahari se makin rendah, seakan boleh dijengkal dari horizon. awan hitam memudarkan cahaya kemerahan. Unggas ma lam kembali berlagu, berdendang menyambut kedatangan malam.

Selepas kejadian petang itu, kau berdua masih nak ke sana tanya Sulaiman, menunjukkan kebimbangan ter hadap keselamatan kami.

Kami suka melihat pemandangannya. aku cuba me ne nangkan Sulaiman.

Tapi puan... Zulaikha dah mencederakan encik Shariman. Puan juga turut tercedera, kan isteri Sulaiman pula mencelah.

Kecederaan saya tidaklah separah mana, aku membalas pantas.

betul tu. Lagipun, dia hanya seorang perempuan, kata Shariman se perti seorang wira. Tangannya yang ce dera telah dibalut. Kep alanya yang luka juga sudah di balut. Dia tak mena kutkan kami lagi.

Sulaiman dan isterinya terus memberikan berbagaibagai alasan agar kami membatalkan niat untuk ke kawa san tersebut. namun, baik aku atau pun Shariman, kami telah bertekad untuk mengunjungi lagi tempat itu.

Seperti mana yang kami telah diberitahu bahawa kris tal yang kami cari berada di situ, maka kami tidak akan mengalah selagi kristal tersebut tidak ditemui.

Zulaikha hanyalah sebahagian daripada halangan yang wujud. Dan halangan itu bukanlah sesuatu yang benarbenar mampu menggugat semangat atau pun ke ma huan kami. Setelah sekian jauh kami melakukan per jalanan, masakan kami akan pulang dengan tangan kosong. Tambahan pula, kami telah pun sampai ke tempat yang menjadi punca kepada Kristal berdarah. Dan pada malam itu juga, kami sampai lagi ke kawa san lapang, menara usang tinggalan zaman darurat dan padang permainan Zulaikha. bulan yang mengambang separuh bercahaya pudar, me nyuluh dari belakang menara yang masih tinggal. Kel awar yang berterbangan, bising mengelilingi puncak me nara yang terjulur di celah daundaun pokok yang menu tupnya. aku memerhati mamalia terbang itu dengan pe nuh minat.

Pelik, tak nampak pula kelibatnya. Shariman me mandang sekeliling. aku tahu siapa yang dimaksud kan nya. cuma aku tidak bertanya lebih lanjut, mengapa Shariman berminat sangat dengan kehadiran Zulaikha.

barangkali dia takut dengan kelawarkelawar tu. Mung kin dia akan datang ke sini malam ni. aku sendiri ti dak yakin de ngan katakata aku itu.

Semalam dia ada di seberang sungai tu. Satu ke sim pulan yang cukup bernas. Maknanya, dia juga akan be ra da di seberang sana malam ini. aku dah sedia meng hadapi dia malam ni. Dia takkan boleh buat apaapa pada kita.

bagus! aku pun tak percaya dia ada di sini. aku me mandang sekitar tempat yang sudah musnah dan pokokpokok yang mengelilinginya.

Mari kita ke puncak menara dan cari kristal tu.

Sekali pandang, menara tinggi di dalam kepekatan ma lam itu seakanakan seekor raksaksa yang sedang mencari makanan. aku terperasankan satu pergerakan sebaikbaik sahaja kami memulakan langkah. Geraknya ti dak ubah seperti seekor binatang. angin berpuput keras tetapi kemudian mati begitu sahaja. Kami tidak bercakap walaupun sepatah. Kami memandang sekeliling, memerhatikan kemunculan Zulaikha dan kristal. Menyelak batubatu yang ada di ta nah tetapi kilauan Kristal berdarah yang kami cari tidak ditemui. aku terduduk keletihan di atas seketul batu besar di tepi sebatang pokok. Shariman masih mencari di sebalik batubatu dan runtuhan yang ada di tanah. Dia sudah membuka baju. aku dapat melihat peluh yang merenek pada tubuhnya yang berotot keras. aku ingin sekali me nyentuh tubuhnya dan yang paling penting sekali, ingin bersamasamanya di katil.

Dua kali aku berkongsi katil dengan Shariman sudah cukup untuk menyedarkan aku betapa lelaki itu sebe narnya seorang yang baik. bahkan dia berjaya memainkan peranannya sebagai lelaki tanpa sedikit pun menimbulkan perasaan negatif aku terhadapnya. Mengapalah aku tidak bersamasamanya lebih awal lagi

Shariman!

Dia berhenti dan memandang aku.

Rasarasanya elok kalau kita berpecah. Lebih mudah dengan cara tu.

Shariman mengambil bajunya dan mula mengelap badannya yang berpeluh.

Mari! Shariman mengajak.

bagaimana dengan Zulaikha

Dia tak ada di sini. Pergilah! aku ada kalau kau perlu kan apaapa. aku mengangguk. Hatihati dengan mayatmayat

kering yang banyak di kawasan ni.

Dia berhenti dan memandang aku. apa maksud kau

Kau tak pernah dengar Orang duludulu lebih se nang menanam mayat di sekitar kawasan masjid.

Shariman ketawa. Dia terus berjalan meninggalkan aku. aku memeriksa jalan yang bakal aku lalui. akhirnya pada penghujung jalan berhampiran sungai, aku ter pan dang sekelip cahaya kemerahan.

ada dua serpihan yang berdekatan antara satu sama lain. Keduaduanya ditutupi debu dan habuk kekotoran. Tetapi sinarnya tetap cemerlang. aku memegang, me ngangk at dan menayangkan pada cahaya purnama yang semakin malap.

Shariman ada di belakang aku.

bagus! Kau dah jumpa kristal tu.

Mmmm... hmmm. aku rasa bangga dengan diri aku.

Dia menarik tangan aku. aku berdiri. Dia mengucup dahi aku. Tanganku dapat merasakan belakang tubuhnya yang basah dengan peluh.

Jom kita balik.

Dia menarik tangan aku. aku seka dar menurut. na mun entah mengapa, bibirku terlalu mu dah mengun tum kan senyuman.

Setibanya kami di pintu masuk penginapan, aku de ngan pantas memasukkan keduadua serpihan itu ke dalam beg sandang yang aku bawa. aku tidak mahu orang di situ termasuk Sulaiman dan isterinya, tahu aku telah men gambil barang mereka dan tarikan pelancong di kawasan itu.

cahaya suram malam menyerbu masuk ke bilik kami yang terbuka. aku bermain dengan kristal itu; menggosok ke pipi aku. Dibandingkan dengan kristal yang ada pada kami, warna kesemuanya tetap sama, sepadan dan mem punyai tekstur yang sama. aku membalut seketul daripadanya untuk dihantar

kepada encik Rosli. Yang lain akan tinggal bersamasama kami. Secara hatihati aku meletakkannya di atas meja. Kami akan ke bintulu esok. Kemudian mengembara se mula ke Sri aman untuk melihat sama ada masih ada kristal merah yang digelar Kristal berdarah di sana.

Di katil, Shariman berada di sebelah aku. aku yang me minta dia menemani aku. Hatiku rasa bahagia. Kami tid ur nyenyak tanpa diganggu mimpi yang menakutkan. aku terbangun lebih awal daripada kebiasaanku. Shariman masih nyenyak berdengkur. aku memandang wa jah nya yang keanakanakan. Dia seolaholah sedang me mandang aku sambil tersenyum. aku mengucup dahi nya. Dia bergerak kecil tetapi masih tidak terjaga.

Setelah siap berpakaian, aku turun. encik Sulaiman gem bira melihat kedatangan aku dan tidak sabar men ceritakan sesuatu kepada aku.

ada pembunuhan di Kampung Ruala.

apa aku terperanjat. bandar itu kelihatan sepi.

Gadis yang sering mengganggu awak berdua... Zulaikha. ada orang yang dah bunuh dia dan mencam pakkan mayatnya ke dalam sungai.

Orang di sini patut hantar dia ke hospital dulu lagi, tetapi...

betul kata puan.

Dah tahu siapa pembunuhnya

belum lagi puan. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan mereka telah datang ke sini.

Tapi tentunya... kami bukan orang yang disyaki, kan

Jangan bimbang. Kami dah memberitahu mereka, tiada seorang pun di antara penghuni di sini yang keluar se ma lam.

aku mengerutkan dahi. Kenyataan Sulaiman kepada pihak berkuasa, pastinya akan men gait kan aku dan Shariman dengan pembunuhan Zulaikha. Sebabnya, tidak se perti yang dinyatakannya, kami memang keluar ke ka wasan lapang tersebut untuk mencari Kristal berdarah.

Kami dah buat rancangan untuk ke bintulu pagi ni. ada masalah tak kalau kami pergi Tak... puan bebas pergi bilabila masa sahaja. aku berasa lega mendengar jawapan itu. Jauh di dalam hati, aku berdoa agar tiada sebarang masalah yang me nimpa kami. aku dan Shariman datang ke Ruala sematamata kerana Kristal berdarah dan bukannya untuk terjebak dalam jenayah yang tidak disangkasangka.

Selepas bersarapan, aku terus naik dan berkemas. Shariman sudah bangun. Jelas dia masih letih kerana be kerja teruk sepanjang hari dan malam.

Kristal berdarah tidak ada di atas meja tempat aku letakkannya semalam. aku mencarinya di sekeliling bilik. nyata ia telah berpindah tempat. ia berada dalam lipatan baju Shariman. aku mengambil dan menyimpannya di dalam beg aku.

Shariman tidak membantu aku berkemas, sebaliknya hanya menghadiahkan sebuah ciuman di dahi. Kemudian tanpa berkata apaapa, dia turun ke tingkat bawah. aku ti dak sempat hendak memberitahunya tentang pembu nu han Zulaikha.

encik Sulaiman akan memberitahunya, aku memberitahu diriku sendiri.

Di tingkat bawah, Shariman sedang bersarapan. Dia sedang bertanyakan tentang pembunuhan Zulaikha. Sulaiman nampaknya keberatan untuk bercerita tetapi Shariman bijak bertanya sehingga Sulaiman bercerita secara terperinci.

Dahsyat sungguh, encik. Lehernya dikelar. Kepalanya hampir bercerai dari tubuhnya. Yang lebih dahsyat lagi ialah matanya. Mata gadis malang tu telah dikorek dan dihancurkan di dalam kelopak matanya. Yang tinggal hanyalah biji mata yang dah pecah seperti agaragar. Dahsyat dan kejam. Ruala tak pernah mengalami kejadian sedahsyat ini. Kristal berdarah!

Shariman sangat marah kepada gadis itu!

Tetapi Kristal berdarah tidak melukakan. Walaupun Shreeves seperti dilukakan oleh Kristal berdarah sebenarnya kristal itu tidak melukakan. Mustahil Shariman menggunakan Kristal berdarah untuk mem bu nuh Zulaikha. aku mula takut dengan kristal itu. Takut untuk membawanya. aku tidak mahu memikirkan apa yang sedang terlintas di fikiran aku!