Mana Iman tahu Mak Tima dah mati
Bukan setakat kes Mak Tima je. Iman tahu semuanya. Kita dalam bahaya sekarang.
Bahaya Cuba cerita kat bonda.
Iman menelan air liur apabila melihat Soraya keluar dari dapur. Seluruh tubuhnya dirasakan kaku.
Sorry, Soraya. Iman kadang-kadang memang macam ni. Paranoid sikit. Dia baru dapat tahu jiran kami meninggal minggu lepas.
Dynah merapati Iman dan menggosok bahu anak kesayangannya.
Tengok. Bonda dah pesan tadi. Jangan gopoh. Kita ada tetamu. Tapi, Iman degil.
Bonda nak suruh Iman sabar Bonda tahu tak dalam rumah kita ni ada pembunuh Bisik Iman.
Apa Pembunuh Dynah hampir terlupa akan kehadiran Soraya di rumahnya.
Soraya berjalan sambil mengamati hiasan dalaman ruang tamu.
Pandai you susun perabot. I suka chandelier ni. Berapa harga masa you beli
Dynah terkejut dan berpaling ke arah Soraya. Dia cuba berlagak tenang. Bibirnya mengukir senyuman kelat.
Hafez yang tetapkan konsep rumah ni. I ikut je apa dia nak. Soraya, I nak minta diri sekejap. Dynah bangun dan berlalu meninggalkan yang lain.
Dynah tiba-tiba mengenyitkan biji mata kepada Eleina seolah-olah menghantar isyarat.
Kak, macam ada yang tak kena je Bisik Eleina. Matanya tidak lepas-lepas memandang Soraya.
Mana Selina Tanya Umie. Suaranya diperlahankan.
Tadi dia kata nak pergi toilet..
Pergi cari dan alert dia sekarang. Eleina perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
Nak pergi mana, dik
Soraya bertanya. Nada suaranya sedikit tinggi.
Err.. Nak pergi alert.. Eh, maksud saya nak pergi toilet! Kejap lagi saya turun balik.
Sementara itu Dynah masih lagi cuba menenangkan Iman.
Bonda nak Iman bertenang. Jangan gopoh. Dengar cakap Iman. Kita kena keluar sekarang. Iman dah tak boleh kawal..
Dynah.. mana you beli sofa ni Bagus fabric ni. Nampak grand sangat. You.. Suara Soraya kedengaran dari ruang tamu rumah.
Soraya, sekejap ya Nanti I datang. Laung Dynah. Dia kemudiannya kembali memandang Iman. Sementara itu, Selina dan Eleina beriringan turun dari tingkat atas. Mereka memandang Umie yang memberikan isyarat. Masing-masing mengangguk.
Mak Dynah, tadi cakap nak hantar kitorang pergi mall beli barang-barang sambut krimas kan Eleina pura-pura bertanya.
Eh Mana ada Mak Dynah cakap macam tu.
Ada la. Umie pun dengar tadi.
Ish, kamu berdua ni! Seingat Mak Dynah.. Jom kita pergi. Iman temankan bonda, sampuk Iman sambil menarik lengan Dynah.
Kenapa dengan korang semua ni! Tengking Dynah. Wajahnya merah menahan marah.
Mereka terdiam sebaik sahaja mendengar suara keras daripada Dynah. Suhu di dalam rumah tiba-tiba bertukar dingin.
Angin menerpa masuk melalui tingkap yang terbuka luas.
Epie, jangan.
Epie Dia ada kat sini ke Kenapa Iman sebut nama
Epie Soal Dynah bertalu-talu.
Soraya tiba-tiba ketawa.
Kau ni memang betul-betul bodoh atau kau memang tak tahu langsung, binatang
Dynah terpempan. Otaknya ligat berfikir.
Jaga sikit mulut kau! Jangan sampai kau terduduk dekat sini. Ni rumah kami. Kau tu tetamu. Jangan sampai aku hilang sabar.
Selina membalas. Tangannya dikepalkan. Mukanya merah menahan marah. Dia mara ke hadapan membelakangi Dynah dan Iman. Pasangan kembar berdiri di belakang Selina.
Laser betul mulut perempuan ni. Jangan sampai kau menyesal sebab biadab dengan aku. Aku ni manusia, kau tu
makhluk. Siapa lagi mulia
Soraya, kau jangan nak ugut anak-anak aku. Aku tak suka cara kau. Tolong keluar sebelum aku hilang sabar. Giliran Dynah meninggikan suara.
Kalau macam tu, kita guna cara senang. Epie!
Suasana di dalam rumah bertambah dingin. Eleina dan Umie mula batuk-batuk. Udara sejuk seolah-olah menyesakkan ruang pernafasan mereka. Selina masih lagi bertahan. Iman dipeluk oleh Dynah yang tidak terjejas dengan keadaan tersebut. Kau ni hebat juga. Tak sejuk ke, Puteri Duyung Sindir Soraya sambil tersenyum sinis.
Selina tergamam. Dynah mula menarik Selina ke belakang.
Soraya, siapa kau sebenarnya
Sliding door di hadapan rumah tiba-tiba hancur berderai. Lampu rumah berkelip-kelip. Mereka yang berada di dalam rumah terpinga-pinga. Hamzah muncul sambil ketawa berdekah-dekah. Matanya tepat memandang Dynah.
Ada sesiapa nak mampus malam ni Aku boleh tolong bunuh.
Seekor gajah muncul dari belakang Hamzah. Gajah itu menggendong seseorang menggunakan belalainya. Binatang itu berpusing beberapa kali sebelum mencampakkan tubuh tersebut ke tengah rumah.
Abang!
Dynah meluru mendapatkan Hafez yang dalam keadaan lemah. Tubuhnya calar balar dengan luka kesan daripada gigitan haiwan buas.
Abang! Bangun!
Hamzah ketawa kecil. Soraya menghampiri Hamzah.
Hebat! Kau dah kalahkan dia.
Dia tak boleh bertukar dan aku ada insurans, jawab Hamzah sambil memandang ke luar rumah.
Seorang budak perempuan masuk ke dalam rumah. Tubuhnya lemah longlai. Wajahnya lebam. Bibirnya dipenuhi darah.
Dynah, kau nak tengok budak perempuan ni selamat
Aku tak akan bunuh sesiapa lagi kalau kau ikut cakap aku.
Aku.. Tergagap-gagap Dynah menjawab. Dia masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Hafez sedaya upaya cuba untuk bangun. Soraya mencebik sambil memandang Dayah yang sudah bertukar menjadi manusia.
Kau tak boleh kalahkan aku. Kami.. Kau masih nak berlagak, Raja Mawas Kau memang tak mudah mengaku kalah.
Dynah mula menggigil. Hafez memegang erat lengan isterinya.
Jangan, Dynah. Demi abang. Demi anak-anak dan keturunan kita. Dynah pergi kat belakang. Jaga Iman dan Selina, rayu Hafez.
Dynah berpaling dan mendapatkan anak-anaknya.
Pasangan kembar Umie dan Eleina masih tidak berganjak. Umie, Eleina, ada baiknya kamu pergi sekarang. Tolong bawa Siti sekali. Ni bukan peperangan kamu, kata Dynah. Tapi, kami boleh tolong Mak Dynah, Jawab Umie.
Aah. Mak Dynah jangan risau. Kami boleh..
Aku kata pergi sekarang. Sekarang!
Nada suara Dynah mula berubah. Matanya merah menyala. Eleina dan Umie yang terkejut segera berpelukan. Mereka bersamasama Siti hilang dalam sinaran kuning yang dikelilingi bintangbintang kecil.
Celaka! Insurans aku pun kau ambil. Spesis makhluk macam korang memang suka korbankan diri sendiri demi nak selamatkan satu sama lain ke
Soraya mendekati Hamzah. Tangannya memegang sebilau pisau.
Sekurang-kurangnya kami tak membunuh antara satu sama lain.
Biadab!
Soraya membaling pisau ke arah Dynah. Mata pisau itu mengenai lengannya. Hafez yang melihat kejadian itu menjadi hilang kawalan. Taringnya keluar dan ototnya mula membentuk. Dia pantas merempuh Hamzah yang tidak menyedari perubahan fizikalnya. Soraya menghampiri Dynah sambil membaling beberapa bilah pisau bertalu-talu. Dynah berjaya mengelak dan mempertahankan dirinya. Sementara itu, Dayah sudah bertukar menjadi seekor harimau. Kakinya bergerak menuju ke arah Selina dan Iman.
Harimau itu melompat dan cuba menerkam Selina. Selina sempat mencapai sarung kusyen untuk dijadikan pelindung. Dia tidak punya pilihan lain. Selina menolak Iman ke tepi. Rahang harimau tersebut begitu hampir dengan wajah Selina. Dia bernasib baik kerana sempat mencapai sarung kusyen yang digunakan untuk melindungi wajahnya.
Kak Lina!
Iman, lari cepat.
Tak! Iman takkan lari.
Cepat! Hafez menjerit memanggil Iman. Keadaan menjadi tidak terkawal.
Tiba-tiba, satu tumbukan singgah ke pipi Hafez. Hafez membalas dengan menendang rusuk kanan Hamzah namun sempat dielak. Hamzah pantas menendang perut Hafez. Kau nak lawan aku Kau silap besar. Puas aku merantau dan bertapa untuk hapuskan kau dan keturunan kau dari bumi ni. Hafez tidak mengendahkan kata-kata lawannya. Dia menyepak pelipat kaki kiri Hamzah. Hamzah tersungkur ke bawah. Hafez mengambil peluang untuk melompat. Kepalanya ditujukan ke belakang badan Hamzah namun lawannya itu sempat mengelak.
Kepala Hafez merempuh dinding berdekatan.
Beruk bodoh! Herdik Hamzah. Wajahnya semakin bengis.
Soraya masih cuba untuk menyerang Dynah tetapi Dynah bergerak terlalu pantas. Tangan Soraya mencapai dua bilah lagi pisau dari celah lipatan lengannya. Satu terlepas daripada sasaran manakala satu lagi mengenai lengan Dynah.
Aduh!
Akhirnya! Pandai betul kau mengelak. Kau pernah masuk pertandingan gimnastik ke Asyik nak melentur badan je. Penat aku lempar pisau tapi dua je yang kena.
Dynah memegang lengannya yang dibasahi darah.
Matanya melilau mencari sesuatu untuk mempertahankan diri. Dia bangun dan berlari menuju ke arah almari perhiasan berhampiran. Almari itu diangkat dan dihempap ke atas kepala Soraya yang sedikit leka.
Aduh! Epie..
Kelibat Epie masih tidak kelihatan. Dayah dan Selina masih lagi bergelut. Iman berlari mendapatkan sisa bekalan air dari dalam bekas lapik pasu bunga yang terdapat di tepi rak televisyen. Air tersebut disimbah ke kaki Selina.
Apa kau buat ni Selina memandang Iman dengan penuh kehairanan. Kak Lina kena guna air tu.
Untuk apa
Kaki akak tu..
Oh!
Selina terlupa akan perubahan fizikal kakinya yang sudah bertukar menjadi ekor duyung keemasan. Dia menghayunkan ekornya ke badan harimau. Binatang itu terpelanting ke atas syiling rumah sebelum jatuh tidak sedarkan diri.
Yes! Mampus kau, binatang! Selina kelihatan gembira. Dia memandang Iman di sebelahnya.
Sorry. Akak akak blur bila Iman siram air kotor tu kat kaki akak.
Takde hal la. Jom kita tolong bonda.
Iman kena tarik akak. Ekor ni tak kering lagi. Iman menarik tubuh Selina sekuat hatinya. Fizikalnya yang berubah membuatkan dia sukar untuk bergerak.
Selina dan Iman mendapatkan Dynah.
Bonda okay
Okay. Luka sikit je ni. Kamu jaga-jaga. Epie masih ada kat sini. Bonda boleh bau.
Epie takkan cederakan kita, jawab Iman.
Bonda! Selina menjerit
Selina meronta-ronta untuk melepaskan diri. Soraya memeluknya kemas. Pisau yang berada di tangannya ditujukan ke arah leher Selina.
Kau masih nak berlawan
Hamzah mengambil kesempatan itu dengan menendang kaki Hafez. Hafez semakin tidak berdaya.
Aku betul-betul rasa seronok malam ni. Beruk ni kalah macam tu je. Tapi, dia kuat jugak sebenarnya. Lagi-lagi masa dia tumbuk aku.
Epie menghampiri Dayah yang sedang mengerang kesakitan.
Mana kau pergi, sial Aku panggil kau tadi! Soraya memandang Epie sambil membulatkan matanya. Sorry, aku tak dengar.
Kepala hotak kau tak dengar!
Hey, sudah la! Tak payah nak tambah drama kat sini. Raja beruk ni dah nak mampus. Duyung ni apa hal pula Tanya Hamzah.
Si bodoh tu siram kaki dia dengan air. Habis aku kena libas sampai ke siling, ujar Dayah sambil mengaduh kesakitan. Sesekali dia memegang perutnya.
Kau okay Bisik Epie perlahan.
Jangan risau. Anak aku selamat lagi.
Dynah dan Iman terkebil-kebil memandang persekitaran ruang tamu rumah mereka yang tunggang langgang. Hafez sudah tidak mampu melawan. Dynah memandang sayu suaminya. Dia kesal kerana membuat perjanjian dengan Hafez untuk mengawal dirinya.
Tolong lepaskan anak aku, rayu Dynah. Dia melutut memandang Hamzah dan Soraya.
Lepaskan Kau jangan mimpi. Ini tujuan asal aku memburu kau, Makhluk Gelap Bersayap! Hamzah ketawa berdekah-dekah.
Dynah menundukkan wajahnya. Pipinya basah dengan air mata saat nama sebenarnyanya disebut. Hatinya berkecai seolaholah ada halilintar datang meragut hijab yang selama ini dipakai untuk menutup identitinya.
Aku akan lapah anak perempuan kesayangan kau ni hidup-hidup. Daging dia mesti sedap kalau buat sushi. Disebabkan kau, aku terpaksa telan berbotol-botol racun dan bisa binatang supaya aku boleh hidup lama dan jadi kebal untuk balas dendam atas apa yang kau dah buat dulu! Ini harga yang kau perlu bayar. Aku perlukan daging dan darah dia untuk hidup kekal, ujar Hamzah. Dia memandang Dynah dan Selina silih berganti. Kau nak makan sorang Aku pun nak rasa jugak, sampuk Soraya.
Aku tak lupakan kau. Nanti aku bagi kau tubuh baru yang bergetah. Aku dah lama nak hidup senang dengan isteri dan anakanak aku.
Aku bukan anak kau!
Kau jangan biadap, Epie. Dayah menegurnya. Habis tu, kau nak tengok je dia buat semua ni Bila kau
nak beritahu dia
Epie! Diam!
Bila kau nak beritahu Hamzah tentang anak dalam perut
kau tu
Apa kau cakap ni Anak siapa Tanya Soraya. Dahinya berkerut memandang Epie dan Dayah.
Tiba-tiba suhu di dalam rumah menjadi dingin. Kabus mula memenuhi ruang.
Epie, kau jangan main-main! Sergah Dayah.
Aku tak buat apa-apa pun.
Dynah hanya memerhatikan gelagat tetamunya. Dia tidak mahu bertindak di luar kawalan emosi. Dia sayangkan suaminya. Kotak fikirannya teringatkan Tima. Tima juga meminta dia melakukan perkara yang sama. Jika dia melanggar janji tersebut, dia bakal menghadapi kesan jangka panjang. Oleh sebab itu, Dynah sedaya upaya cuba untuk mengawal dirinya. Matanya memandang Iman yang setia berdiri disampingnya. Iman merupakan sumber semangatnya. Dia turut mengawal gerak geri Iman agar anaknya itu tidak hilang kawalan.
Kenapa aku rasa bulu roma aku tegak ni Getus Soraya. Sayup-sayup suara seorang wanita menangis kedengaran. Suaranya yang sayu menimbulkan suasana seram. Epie sempat berbisik ke telinga Dayah.
Dayah, jom kita blah sekarang.
Tak boleh. Kau kena faham situasi aku. Perlahan-lahan imej seorang wanita terbentuk dari celahcelah kabus. Soraya menelan air liur. Dia mengetatkan cengkaman tangannya ke leher Selina. Hamzah berdiri kaku manakala Epie dan Dayah cuma memerhatikan keadaan dengan perasaan sedikit takut.
Lepaskan dia.
Satu suara gemersik dan menyeramkan mengarahkan
Soraya supaya melepaskan Selina. Iman menyedarkan Dynah yang masih merintih bersebelahan Hafez yang masih tidak sedarkan diri.
Iman rasa Iman tahu suara siapa.
Aku cakap lepaskan dia!
Saat ini satu medan kuasa pelindung terbentuk. Epie, Dayah, Hamzah dan Soraya terpelanting ke belakang. Selina terlepas daripada cengkaman Soraya. Ekornya yang perlahan-lahan mengering berubah menjadi sepasang kaki. Selina merangkak laju mendapatkan Dynah.
Bonda. Cepat! Kita angkat babah. Dynah mengangguk. Dia memapah Hafez dengan bantuan anak-anaknya. Mereka bergerak meninggalkan rumah. Namun, Soraya yang menyedari tindakan mereka sempat membaling sebilah pisau ke arah belakang Selina.
Biar betul..
Pisau itu tidak dapat menembusi belakang badan Selina. Mereka semua seolah-olah dilindungi oleh kuasa kebal. Selina berpaling melihat susuk tubuh yang menyelamatkan mereka. Selina tersenyum.
Epie! Buat macam yang aku ajar sebelum diorang terlepas. Tak sangka ada seekor lagi hantu rupanya, arah Hamzah yang berusaha untuk bangun.
Epie tergocoh-gocoh bangun dek sergahan dari Hamzah. Dia memejamkan matanya. Suasana yang dingin bertukar menjadi panas. Rumah tersebut seolah-olah menunggu masa untuk terbakar.
Satu medan haba panas terbentuk mengelilingi Epie ketika ini.
Mas! Cepat! Kita kena tinggalkan tempat ni.
Mas kena stay kat sini. Kalau Mas pergi, medan kuasa pelindung ni akan hilang. Mak Dynah mungkin boleh bertahan.
Tapi, kita semua akan mati.
Kalau Mas tak ikut sekali, Mas yang akan mati! Mak Dynah, tolong bawa Selina keluar. Mas dah tak boleh bertahan lama lagi.
Sementara itu, Epie menggunakan seluruh tenaganya untuk mengumpul haba panas. Sebahagian ruang tamu sudah terbakar. Bau gas bocor mula memenuhi segenap ruang. Letupan besar bakal berlaku bila-bila masa sahaja.
Alihkan haba ke arah mereka. Kita tak akan terbakar. Kau kena cepat sebelum mereka lari. Hamzah tidak berhenti-henti memberi arahan.
Selina berlari mendapatkan Mastura. Dia masih tidak berputus asa untuk memujuk perempuan itu.
Mas, ikutlah kitorang. Iman dengan bonda keluar dulu. Mastura menggelengkan kepala.
Lina, jangan degil.
Mas ingat Lina nak duduk diam tengok Mas korbankan diri Mas demi kitorang Lina takkan benarkan Mas buat macam tu.
Pergi sekarang. Mas tak boleh bertahan lama. Lagipun, Mas memang ditakdirkan untuk tolong korang.
Epie tiba-tiba menjerit dari arah bertentangan. Bajunya sedikit terbakar kesan haba panas. Hamzah dan lain-lain masih cuba bertahan.
Bagus Epie! Sikit lagi!
Rekahan kecil mula terbentuk pada medan kuasa pelindung buatan Mastura. Haba panas perlahan-lahan masuk. Peluh mula menitis di dahi Selina. Dia masih lagi menunggu Mastura. Lampu chandelier jatuh berkecai di ruang tamu.
Mas cuma sebatang payung merah yang dipinjamkan nyawa buat seketika. Dah jadi tugas Mas untuk lindungi orang yang Mas suka dalam keadaan apa sekalipun. Mas rasa beruntung dapat tolong Lina.
Selina tidak menjawab. Tangannya menggapai wajah Mastura yang semakin lama semakin pudar zahirnya.
Terima kasih. Lina cintakan..
Jangan. Mas tahu perasaan Lina terhadap Mas. Lina anggap Mas macam adik Lina je. Maaf. Mas terpaksa..
Mas nak buat apa
Mastura melempar Selina ke luar rumah menggunakan saki baki tenaga dalaman yang ada. Dynah, Hafez dan Iman sedia menunggunya di luar rumah.
Mas! Boom!