Dia ada beli satu polisi insurans. Ada medical card sekali. Pertengahan bulan, dia datang ke klinik aku. Bukan sekali tetapi 3 kali. Dia sekadar mengadu demam dan batuk. Tapi dia rasa letih dan kurang bermaya. Makan pun tidak berselera. Tiada tanda-tanda penyakit yang lain. Sakit biasa aku beri ubat-ubat yang biasalah. Masuk kali ketiga dia datang aku mula confused. Aku kurang pasti sakitnya. Lepas tu dia tak datang lagi ke klinik aku.
Dua hari lepas dia datang. Dia dimasukkan ke wad hospital pakar swasta lebih seminggu. Mula-mula di bawah pengawasan pakar perubatan. Selepas 5 hari dia dirujuk ke pakar ENT pula. Nanah penuh dalam rongga-rongga sinusnya. Pembedahan terpaksa dijalankan. Kos rawatannya hampir 12K. Ketika keluar wad baru dia diberitahu, pihak insurans tak nak cover kos perubatannya. Alasannya penyakit sinusnya sudah ada sebelum dia ambil polisi. Walaupun pakar ENT dah beri surat sokongan, pihak insurans masih enggan membayarnya. Jadi dia minta surat sokongan daripadaku pula. Aku tulis yang benar dan hanya yang benar sahaja.
Aku kenal dia semenjak 2004. Tak pernah sekali dia ada masalah sinus. Tak pernah sekali dia ada masalah alergi. Sakit kepala sekali-sekala adalah. Kesian dia. Habis semua duit simpanan dah dibelanjakan. Aku harap surat sokongan aku laku dan sah diperlakukan dengan nilai.