Bas 626 ni, susunan tempat duduk macam kapal terbang MAS 747. Belah kiri hanya ada single seat sebanyak sepuluh buah, manakala sebelah kanan pula tersusun couple seat juga sebanyak sebuluh buah. Selalunya kalau aku naik, aku akan duduk belah kiri. Tempat duduk dia punyalah sedap rasa macam dapat teguk air oren masa berbuka puasa. Tempat duduk Bas 626 berwarna hitam (lambang elegant), seratus peratus kulit lembu rodeo diimport dari Amerika. Dia boleh adjust kasi baring secara flat sembilan puluh darjah, tak payah risau perasaan orang belakang sebab adjustment tempat duduk dijamin tidak mengganggu penumpang lain. Doket sebelah dinding ada tersimpan bantal wangi buat lapik kepala. Selimut juga disediakan. Ah, bantal dengan selimut kalau nak bawak balik pun boleh, tak ada masalah.
Aku jenis naik bas pergi kerja tak suka baring. Waktu pagi aku lagi suka layan HD flat screen dua puluh sembilan inci yang boleh terpacul keluar secara spontan dari tempat letak tangan belah kanan. Bila aku tekan butang ON, pelan-pelan screen dia terjulur. Kalau nak tengok filem, aku pilih guna touch screen saja. Ada lapan belas ribu movie semua sekali. Semua movie Amerika dengan Britain. Movie Perancis ada sikit-sikit. Aku baru layan dua puluh lima. HD flat screen tersebut juga mempunyai fungsi internet. Selalunya aku lebih senang browse internet melalui HD flat screen. Kalau rajin, aku update blog. Kalau malas sikit aku bukak Facebook atau menikmati talkshow Dick Cavett di Youtube. Kalau malas tahap gampang barulah aku menonton filem. Ada juga kes kutu sebelah buat perangai barua pergi download porno. Aku kat tepi cuma terdaya geleng kepala mengenangkan sikap penumpang yang suka menyalahgunakan kemudahan awam.
Ada juga masa selera aku lebih berat nak baca suratkhabar orang putih atau menikmati lagu-lagu Janis Joplin yang klasik. Oleh yang demikian, apa penumpang macam aku perlu buat hanya tekan ON kat tempat letak tangan belah kiri pulak. Terpacul pulak skrin lain yang saiznya lebih kecil berbentuk empat segi. Skrin sebelah kiri ni digunakan untuk memilih lagu dan membaca suratkhabar. Ada beribu-ribu jenis suratkhabar mewakili negara masing-masing. Bahasa suratkhabar pun ikut bahasa ibunda masing-masing. Aku paham sikit-sikit bahasa inggeris, jadi aku lebih gemar baca suratkhabar Amerika atau Britain. Pernah juga aku nak merasa baca suratkhabar Jepun. Cilaka! Baru nak eja tajuk utama aku dah tertidur.
Selalunya sambil baca suratkhabar, aku akan mendengar lagu untuk halwa telinga. Namun begitu, dalam hal lagu ni aku
Story Bas 626
ada masalah sikit. Kat situ ada lebih kurang enam juta lagu. MasyaAllah lagu punyalah banyak! Kalau Hitz.fm tahu hal macam ni aku rasa syarikat dia boleh jadi malu.
Untuk cari lagu lama yang aku tak tahu tajuk, aku kena meredah masuk dalam skrin yang menyimpan enam juta lagu tersebut. Banyak kali juga aku sesat tak berjumpa dengan lagu yang aku teringin nak dengar, akibatnya aku jadi fade up lalu tertidur dalam kesesatan lagu yang berjuta-juta itu.
Lagi satu kecanggihan Bas 626 yang aku kena cerita pada korang ialah pada aircond-nya. Aircond dalam bas ni mengamalkan konsep cukup sekadar kata-kata. Sebagai contoh, kalau aku rasa terlebih sejuk, secara auto aku akan cakap uish, sejuk sangat ekon ni. Sejurus mengesan getaran frekuensi suara aku, aircond Bas 626 akan adjust suhu beliau supaya boleh diterima dengan aman oleh suhu badan aku. Pernah juga aku buat perangai menyakat dengan nada marah-marah, saja aku cakap woi ekon, ko dah terlebih sejuk ni. Padahal masa tu memang suhu dah sedap-sedap untuk tidur tak payah selimut. Rupanya teknologi aircond Bas 626 ni bukan bodoh-bodoh boleh kena tipu. Dia ada teknologi boleh kesan keikhlasan hati penumpang. Aku pun baru dapat tahu hal ni kelmarin. Patutlah aku cuba tipu banyak kali haram tak menjadi. Malu aku buat hal tipu-tipu macam tu dengan aircond yang intelligent.
Ok. Walaupun pada asasnya aku cerita semuanya nampak seronok, namun ada juga satu perkara lain dalam Bas 626 yang selalu buat aku kecil hati. Hal yang aku maksudkan ialah berkenaan sikap pramugari Bas 626 yang suka tanya aku nak makan apa encik setiap sepuluh minit. Ada sekali mulut aku sedang sarat mengunyah french toast, atas pinggan masih terbentang pasta bolognese haram aku tak usik lagi, makwe pramugari datang tanya aku sambil berlenggang nak makan apa lagi encik Ada lagi kami sediakan beriyani gam, lambchop, nasi bukhari. Korang tengok. Macam mana adik pramugari ni tak reti nak hormat langsung kat aku yang tengah mengunyah rezeki penuh mulut. Mujurlah pramugari tu lawa dan sedikit seksi. Berkurang sikit perasaan nak melempang tu. Kalau ikut rasa marah, boleh jadi berkelahi juga atas Bas 626.
Pernah hari tu jadi sekali dalam perjalanan pulang dari Pudu ke Tanjong Malim, tekak aku terasa gatal nak meneguk air Kokakola. Aku pun tekan butang order air Kokakola dekat HD flat screen. Tak lama lepas tu, adik pramugari datang hulur aku segelas air berjenama Virgin Kolada. Aku terkejut. Panjang aku bersyahadah. Brader-brader sebelah dah pandang aku lain macam. Mulalah tu fikir aku minum alkohol. Berterabur juga aku caci mesin HD flat screen yang silap hantar maklumat ke dapur. Siap dengan adik pramugari aku tegur sekali. Aku kan MelayuIslam, takkanlah aku minum air macam gini aku kasi gertak. Maafkan saya encik, saya ikut arahan computer sahaja. Lagi pun suara adik pramugari terhenti di situ. Lagi pun apa aku gertak kuat lagi. Lagi pun, muka encik tak macam Melayu, saya tengok berat ke muka pemain bolasepak Itali. Manalah saya tahu encik orang Islam bergetar suara adik pramugari. Aku terdiam. Aku tak salahkan beliau. Memang dah banyak kali kesilapan macam tu berlaku. Yang aku hairan, masalah besar sangatkah kalau muka aku macam orang Itali
Begitulah serba sedikit rutin kemewahan aku selama berulang alik naik Bas 626 dari Tanjong Malim ke Kuala Lumpur dan balik semula ke Tanjong Malim. Hari-hari. Minggu lepas, aku cerita hal ni pada budak-budak department aku. Mereka semua
Story Bas 626
ada sembilan belas orang. Esoknya, sembilan belas sembilan belas kawan aku tu termasuk pengurus kanan angkut kain baju pindah ke Tanjong Malim. Macam gampang!
*Aku ada bagitau tak kerusi Bas 626 tu ditaja oleh OGAWA* NOTA KAKI:
Aney, aku sudah tulis apa lu suruh!
Hahaha! Bagus bagus!
Ketawa ketawa juga. Aku naik free tiga bulan tu lu jangan lupa.
Free free. Mesti free punya kawan.
Lagi satu, esok lu repair itu ekon bocor, kerusi patah kasi skru balik, sama langsir hantar cuci. Bau busuk nak mampos! Ok! Ok!