SEMBANG TEPI JALAN - 30
D.I.Y. itu maknanya lakukannya sendiri (sebut: do it yourself). Maknanya bikin sendiri. Biasanya kugiran-kugiran underground banyak menggunakan konsep ni. Semuanya atas daya usaha sendiri - kita nak tunggang terbalik pun semua atas kita sendiri. Bebas, independen, tidak bergantung pada sesiapa. Biasanya kugiran atau individu yang sebegini mempunyai sikap berjuang dalam diri niereka sebab kalau berurusan dengan syarikat rakaman banyak sangat persyaratan syarikat ini tuntut.

Jika dikaji dengan mendalam dan terperinci, mereka yang untung. Kalau satu cakera padat (sebut: cd) yang berjaya dijual, kita hanya memperolehi SO sen, selebibnya mereka yang sapu padahal perkara yang nak dipasarkan itu ialah kita kecuali kalau mereka berbelanja untuk urusan promosi. Secara jelas, kita dljadikan produk untuk mereka. Memang bukan senang untuk senang. Banyak cara permainan yang mereka putar-belitkan. Itulah sebabnya konsep yang aku paling senang ialah D.I.Y. Aku juga bersifat juang dan membalas dendam.

ItulaJt sebabnya aku membuatnya sendifi- Aku ke kilang cd, kilang kertas untuk tnembuat kulit album, balut cd sendiri, jual sendiri; melalui kawan- kawan atau letak di beberapa kedai. Akti sedaf pasarannya tidak luas kerana segalanya dilakukan berseorangan. Untuk ke steicn radio bukanlah perkara yang mudah sebab banyak permainan yang perlu dilalui,

Aku perlu menyatakan di sini bahawa cd-cd yang aku buat scbenarnya tidak kurang hebat dan berkualiti lebih tingi daripada cd yang berada di kilang. Cd aku bergred A, dan aku jual pada harga murah. Mengapa Kerana aku tidak suka jual mahal. Aku bukannya seorang yang mempunyai pemikirian niaga,aku bukannya seorang ahli pcrniagaan. Aku hanyalah artis. Aku menggemari muzik dan seni. Lalu aku berkarya. Kerja-kerja menjual cd bukan kerja aku sebenarnya namun aku terpaksa lakukan sebab aku berseorangan dan aku percaya akan ada orang terhibur dan mendapat sesuatu bila mendengar album aku. Sesuatu yang boleh membentuk minda kerana lirik-lirik aku banyak menceritakan tentang kehidupan dan kemanusiaan.