SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 30
Dia pun selayaknya menjadi tokoh tanpa perlu patuh kepada sesiapa.

Saat pertama dia menyambut kelahiran Razief, dia tahu bahawa dunia tidak lagi berpihak kepadanya. Bahawa hidupnya di neo-Kuala Lumpur ini hanya berkulikan aristokrat yang mengepalai pentadbiran megalopolis ini.

Dia pun selayaknya menjadi tokoh tanpa perlu patuh kepada sesiapa.

Dia bukan Cyborg picisan; top in her class. Always top in her class. Namun transkrip akademik tidak menjadi beban bukti keperwiraannya dalam bidang akademik. Dia hanya dikulikan Mama Juwita sehingga ibu angkatnya itu melahirkan zuriat dari uterusnya, lalu dia hanya tinggal menjadi sebagai seorang kuli separuh besi.

Dia pun selayaknya menjadi tokoh tanpa perlu patuh kepada sesiapa.

Dia bukan tak pandai mengira! Gila, kau ingat dia tak reti mengira! Tapi dia sengaja. Dia sengaja melakukan itu kerana dia telah bersedia dengan Kapsul Angklung yang akan membawanya keluar saat neo-Kuala Lumpur bakal ditimpa ribut solar. Tapi Mama Juwita bukanlah sainstis sebarangan. Walaupun Srikandi itu tidak mengetahui bahawa dia sengaja berpura-pura tersalah kira, tetapi tindakan pantas Srikandi itu telah meranapkan niatnya untuk membiarkan segala jajahan neo-Kuala Lumpur dididihkan oleh alam. Padan muka!

Dia pun selayaknya menjadi tokoh tanpa perlu patuh kepada sesiapa.

Dia menjerut leher laksamana sehingga sang pemberontak tua itu telah mampus, tidak bernyawa. Dia puas. Segala hasil usahanya kini akan berjaya; Orang tamak selalu rugi, itu pesan srikandi. Tetapi srikandi bodoh itu lupa, orang yang terlalu percayakan orang lain akan selalu mati. Seperti srikandi itu sendiri. Ya, juga seperti Jaafar kini.

Dia pun selayaknya menjadi tokoh tanpa perlu patuh kepada sesiapa. Dia sudah menang!

***

Razief

Pemuda itu menyelongkar laci-laci yang ada satu persatu di dalam bangunan tempat mereka berkubu; InterGlobal Corporation. Pemuda neo-Human itu kelihatan tidak senang duduk sedari tadi. Aaron, Isaac, Jacob dan Joseph masih lagi tertidur, sedang Buhaira sedari tadi cuba menenangkan Razief yang terus menyelongkar. Habis lembaran kertas-kertas kajian berterbangan di ruang pejabat itu.

Razief, anakku, bertenanglah. Buhaira masih lagi menyapu kelopak matanya yang basah.

Buhaira... kita...kita masih punya peluang!

Razief ... Dia memegang bahu Razief, cuba meredakan gemuruh pemuda itu.

Buhaira...

Terlalu banyak untuk dijelaskan sehingga tiada apa untuk dijelaskan lagi.

Buhaira, kita masih punya peluang untuk

mengembalikan Srikandi Pujangga!

Maksudmu

Razief masih mencari-cari sesuatu sambil meneruskan cadangannya.

Apa kamu lupa kegemaran Pujangga

Kegemaran Pujangga

Iya, apa kamu masih ingat kali pertama kamu bertemu dengan srikandi itu

Kegemaran

Buhaira, apa kamu tiada perhatian akan tabiatnya

Pujangga... Pujangga.. ah! Srikandi, srikandi gemar meminum sesuatu berkali-kali!

Mereka sama-sama berpandangan. Ada sinar harapan!

Benar! Kamu bantu aku Buhaira. Kita cari sebatian itu!

Ah, sebatian apa namanya

Arak! Kita cari arak untuk membatu srikandi,

Buhaira!

Pemimpin tua itu terkesima!

Dua jasad itu kini sedang berlari-lari dalam perut makmal Inter-global; Buhaira menggunakan obor api yang masih tersisa sedang Razief menggunakan kanta lekap yang tertanam di dalam korneanya, membolehkan pemuda neoHuman itu melihat terus di dalam kegelapan malam.

TAKKK!

Suis lampu kecemasan dipetik Razief, dengan tibatiba mereka berdua disimbah cahaya terang yang memenuhi makmal itu. Cincin Munsyi tidak henti-henti memancar seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Razief melalui kerlipan cahaya.

Razief tidak memahami itu. Dia tidak punya masa untuk memahami itu.

Srikandi Tinta Pujangga perlu dihidupkan kerana itulah satu-satunya cara untuk Razief menambah keyakinannya menggunakan Cincin Munsyi dan Cakera Prometheus yang dihadiakan. Ruang kawasan makmal itu cukup luas, dipenuhi dengan kabinet-kabinet besi yang memuatkan ratusan kelalang-kelalang; salah satunya mengandungi arak pemulihan buat Srikandi Tinta Pujangga.

Buhaira, di sini!

Pahlawan proto-Human itu mengekori Razief; mereka berdua khusyuk membaca tag nama serta label yang tertampal pada kelalang kon yang tersimpan kemas itu. Tiada bunyi kedengaran. Suasana sunyi. Maha sunyi. Sunyi sepi sampai mampu dengar hembusan nafas dan degupan jantung mereka sendiri. Meraka jalan terus. Jalan terus mencari, dan terus mencari.

Jalan terus mencari, dan terus mencari tanpa henti.

Di sini! Sini Buhaira, di sini!

Razief berteriak kecil sambil mengangkat kelalang yang baru dijumpainya; dia mendapatkan Buhaira untuk berkongsi kegembiraan dan harapan baru untuk mereka semua. Di dalam kelalang itu, tersimpan satu sebatian berwarna emas, berlabel Sebatian Tinta. Dia menggoncangkan sebatian itu berkali-kali, ada buih yang terbentuk di permukaan sedang bunyinya menyerupai minuman berkarbonat zaman manusia kuno dahulu kala.

Sebatian itu dibawa berlari oleh Razief secepatnya;

Pujangga masih lagi tidak sedarkan diri sedang Jacob dan Joseph terpinga-pinga melihat Razief yang kelam kabut di waktu dini pagi sebegini.

Kamu ini / kenapa begitu / cemas sekali / wahai Razief pasangan kembar itu bertanya serentak, bergilirgilir. Trademark mereka.

Aku.... aku akan menghidupkan Pujangga!

Kegembiraan itu mengejutkan Aaron dan Isaac yang masih tidur. Mereka bingkas bangun dengan berhatihati, takut-takut terpijak bungkusan jenazah Isa yang masih berbalut.

Kamu...Kamu mampu menghidupkan Srikandi!

Aaron seolah-olah tidak percaya.

Aku yakin, aku yakin dengan sebatian Tinta ini, kawan.

Mereka mula menyokong bahagian belakang Pujangga. Razief menyuakan sebatian itu.

Sebatian itu diteguk perlahan-lahan. Ini bukan sebatian biasa. Tiada reaksi. Kosong. Tiada. Tiada apa-apa reaksi. Kosong. Mereka risau. Razief bimbang. Mereka tidak mahu berkurung di sini. Mereka akan mati jika terus berkubu di sini. Harapan mereka hanya kepada Pujangga. Harapan Pujangga hanya melalaui sebatian ini. Sebatian itu diteguk perlahan-lahan. Ini bukan sebatian biasa. Tetapi sebatian ini tidak pun menghidupkan Pujangga!

Cuba sekali lagi... Cadang Aaron.

Razief menyuakan Sebatian Tinta kepada Srikandi Tinta Pujangga sekali lagi; sebatian itu diteguk perlahanlahan, ini bukan sebatian biasa. Bibir Pujangga yang merekah tersiram subur dengan titisan sebatian itu, urat lehernya mula terasa panas namun masih tiada apa yang berlaku. Sebatian emas itu semakin berkurangan, cukup hanya untuk dua tegukan sahaja lagi. Tegukan antara hidup dan mati.

Tegukan judi.

GULP! Tegukan judi yang terakhir itu adalah tegukan sebatian di antara hidup dan mati. Sebatian itu diteguk perlahan-lahan, ini bukan sebatian biasa.

Alif Lam Lam Ha, tunjukkanlah Zat dan kasih Sayangmu! Buhaira tidak mampu lagi menanggung sebuah rencam perasaan maha menyedihkan. Dia hampir sahaja berputus harap akan zat Alif Lam Lam Ha, kerana Srikandi inilah merupakan satu-satunya harapan untuk mereka semua keluar dari cengkaman kezaliman ini.

Alif Lam Lam HA, Kasihanilah kami! Buhaira mendongak ke langit sambil kedua-dua tangannya terangkat ke atas, kadangkala kedengaran marah; kadangkalah kedengaran berharap; kadangkala kedengaran sedih; pastinya kedengaran kalah. Tangannya menggigil,. Razief hanya memerhati komunikasi Buhaira dengan Tuhannya yang masih belum menjelma jadi.

Alif Lam Lam Ha, Tuhan Sekalian Alam, Sekalian Zaman, Bantulah!!!

Ahak!

Pujangga tersedak!

Ahak!

Pujangga tersedak lagi.

Ahak!... Ahak! ... Urgh, Ahak!

Pujangga tersedak, lagi dan lagi. Lagi dan lagi. Dan siang pun menjelma. Buhaira masih lagi mendongak ke langit tinggi. Tersenyum dia. Allahu!

***

Kita perlu cari saki-baki mereka!

Julis dan Iskariot saling berpandangan; mereka merupakan suami kepada Cincip, -wanita separuh mesin itu sedang menghidangkan Ayam Chivas Regal untuk menyambut kematian Laksamana Jaafar al-Hussien, Srikandi Mama Juwita dan Srikandi Tinta Pujangga.

Triniti yang mengepalai neo-Kuala Lumpur telah tewas di tangan mereka.

Mereka ketawa berdekah-dekah, Julius paling kuat di antara mereka. Dia tidak berhenti-henti menggeletek perasaan Iskariot saat menceritakan tentang wajah menteri kabinet dan jemaah kapitalis yang dipancung satu persatu. Ada yang sempat membaling jongkong emas tanda sekutu, malah ada yang ingin melobi untuk memberi empayar baharu.

Tetapi Julius tidak tamak. Iskariot juga bijak.

Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk meja; saat menceritakan bagaimana dia menukarkan sejarah dongengan Timur Tengah. Dia berjaya menyalib Isa dengan cara yang begitu kelakar. Menurut Cincip, itu sebuah cara yang maha seksi. Judas Iskariot mengimbas kenangan bila dia menggunakan paku maha tajam untuk menembusi kepala zakar milik Isa, sedang bahagian bulu di atas batang zakar Isa telah dihembus dengan nafas berapinya. Habis lunyai zakar Isa, -aduh kelakarnya!

Mereka terus ketawa. Dan ketawa, dan terus ketawa. NeoKuala Lumpur kini di dalam genggaman mereka.

Ayuh, kita bertiga ke kamar! Sudah lama ! Cincip beriringan, bersama-sama dengan Julius dan Judas. Harapan Baharu untuk neo-Kuala Lumpur!