ANEKDOT RABAK - 30
Dalam panggung wayang semalam ada sebelas orang termasuk aku. Sepuluh orang yang lain datang bersama pasangan masing-masing. Silap besar. Ingatkan mahu menghabiskan masa bersenang-lenang menonton filem, tapi sebaliknya terjadi. Terasa macam makhluk asing!

Ditambah pula dengan iklan-iklan yang ditayangkan sebelum bermulanya filem, terasa sangat lama, macam bertahun lamanya. Terasa seperti dah duduk dalam wayang sejak 2007 lagi.

Seluk poket kanan dan capai telefon bimbit, lalu terus menaip di aplikasi Note. This cinema is like a black hole. Slowly sucking my soul, my heart is numb, my vein feels nothing and my brain is not working. This is a bloody mistake.

Dan, kesilapan tu taklah sebesar mana sangat sehinggalah saat teringatkan kamu lalu menulis satu lagi tulisan blues depressing ni.