BLACK WIDOW - 30
AYU! Seorang teman pramugari menegur.

Hai.... Ayu senyum, sambil menarik troll begnya.

Where are you from"

Hong Kong!

Temannya itu senyum.

You off ke hari ni Ayu sekadar bertanya apabila dilihatnya lelaki itu cuma berjean dan berbaju-T.

I ada flight malam ni... saja datang sebab nak jemput saudara!

I see!"

Entah kenapa hatinya berdebar. Semenjak Jalil mengutarakan persoalan itu, hatinya sering gusar.

Dia ingin kedamaian dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Cuti lagi! Aton menggeleng tetapi Ayu hanya tersengih terus menghilang ke dalam bilik.

Perlukah aku terima lamarannya204

Tidak seurat benang pun yang terlingkar di tubuh. Yang ada hanya lingkaran kaki-kaki hitam.

- Di jiwa kami bersih, cuma bersifat jahat. Kalau diikutkan, kami tak rela kau berkahwin. Kau adalah kami - nurani kami yang subur di dalam diri kau. Tapi... cinta adalah hak kau, begitu juga perkahwinan.

- Kalian merelakan

- Terpaksa walaupun berat. Tugas kami selesai, kami tiada lagi wujud di dalam diri kau jika kau bergelar isteri. Namun begitu... kami tetap cuba untuk memelihara dari membantu kau!

- Kalian tak sayangkan aku lagi!

- Bukan begitu! Itu adalah hukum alam. Hakikat yang tak mungkin dapat diubah. Begitu juga yang terjadi kepada bapa kau.

- Bapa aku Agus

- Kami adalah saudara kembar Agus!

- Saudara kembar

- Ya! Agus dilahirkan di sebuah kampung kawasan pergunungan di selatan Pulau Jawa... dan semasa dia dilahirkan, telur-telur kami mengiringinya. Benih kami telah dilahirkan kembar bersama-sama Agus.

- Aku tak mengerti.

- Suatu waktu dulu... ketika seorang bayi lelaki lahir dari rahim ibunya... beberapa biji telur yang ber-cantuman antara satu sama lain dan membentuk bulatan sepenumbuk turut keluar.

- Telur

- Ya... telur itu menetaskan labah-labah, kembar Agus yang menjadi keturunan kau hingga hari ini!

Ayu!

Ayu terpinga-pinga, memejam matanya sambil 205

cuba untuk mempercayai sejarah silam itu.

Ayu!

Betulkah aku ini keturunan labah-labah

Ayu! Kali ini Aton memanggil disertakan de ngan ketukan.

Ya, mak! Ayu tersentak dan cepat-cepat menyarung kain batik.

Kenapa terperap di dalam tu... mari makan!

Sekejap! Ayu segera berpakaian, dan apabila selesai tergesa-gesa dia keluar. Fikirannya bercelaru. Dia telah pun menyuarakan hatinya untuk berkahwin dan kembar labah-labahnya tidak melarang namun ha tinya berbelah bahagi.

Perlukah aku kahwin

Apa Aton tersentak. Kau cakap dengan siapa, Ayu

Mak! Ayu memeluk Aton. Mak sajalah yang paling mengerti. Apa pendapat mak jika Ayu ingin bersuami

Kau Aton ternganga dan berita yang terloncat daripada mulut anak tunggalnya itu amat menggembirakan. Kau nak bersuami

Ayu lihat ada bunga di dalam mata ibunya.

Apa pendapat mak

Mak setuju, Ayu.... dan itu yang mak harapkan. Mesti arwah datuk dan nenek kau gembira.

MATA Datuk Megat mcmbulat sementara Datin Nora ternganga. Mereka merenung wajah Jalil seperti tidak percaya. Bibir Jalil diperhati rapi-rapi, mana tahu kata-kata yang dikeluarkan sebentar tadi terhambur lagi.

Sepi!

Kau nak apa, Jalil" Datuk Megat inginkan kepastian.206

Saya nak kahwin, papa!

Sah! Datuk Megat terkedu, menarik nafas lalu melepaskan panjang-panjang.

Dengan siapa Datin Nora pula jang bersuara.

Masayu!

Datuk Megat sudah pun berlalu, tidak lagi mahu mendengar.

Jalil tidak mengerti kenapa ayahnya bersikap begitu.

Papa tak setuju ke mama

Entahlah! Datin Nora turut berlalu meninggalkan Jalil.

ENTAH apa, entah kenapa, Imran tiba-tiba tergerak untuk pergi awal ke lapangan terbang itu wa-laupun penerbangannya lambat lagi.

Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) penuh sesak dengan manusia. Dari pintu cermin yang me-luncur, Imran dapat melihat pelbagai bangsa yang berpusu-pusu datang dari seluruh pelosok dunia.

Imran masuk ke bangunan LAX, Singgah di DFS gift shop - membelek barang-barang yang dipamerkan. Hatinya tidak berkenan.

Sehingga hari ini, dia tidak dapat menghubungi Ayu. Hani yang diharapkan menghubungi Ayu untuk bertanyakan alamat rumah baru pun tidak mengutus khabar.

Hendak telefon ke rumah Ayu di kampung dia sendiri tiada nombornya. Ingin aja dia terbang pulang ke KL tetapi kerja yang berlonggok di atas meja perlu diselenggarakan. Jika silap, kerugian akan berganda dan Imran tidak pernah mempercayai orang lain untuk menjuruskan hal itu.

Imran menarik nafas - entah kenapa perasaannya 207

menjadi kosong. Dia terlihat kerisi yang tidak diduduki - menghayun langkah dan terus duduk.

Segala-galanya berlalu pantas. Malah, keindahan silam sewaktu bersama Ayu bagai tidak dikecapi. Keindahan itu tidak berkekalan. Itu pun gara-gara dirinya juga yang bertindak melulu tanpa memikirkan risiko.

Ayu, gadis periang yang sebenarnya berhati waja. Dia bagai merpati - jinak tetapi bukan untuk dicemari. Inilah sikapnya. Imrai mengetap bibir, setiap kali dia terkenangkan peristwa hitam itu, semerta wajahnya suram, kesal terhadap kejadian itu.

Kerana - segala yang terjadi ini menyebabkan Ayu terbang lari. Pergi meninggalkan rindu yang membara di dalam hati.

Sudah sekian bulan peristiwa itu terjadi - semenjak dia melawat adiknya di London sehinggalah menyam-bung tugas di sini. Alangkah lama mereka terpisah sedangkan perpisahan itu tidak pemah dipinta apatah lagi direlakannya.

Kini bayangan buruk itu telah terjadi. Mimpi malamnya bertukar igauan ngeri. Terbayang Ayu di Malaysia - hampir disambar garuda. Kadang-kala, diigaukan tentang Ayu yang ditelan naga. Ah, gila! Mimpi adalah mainan tidur!

Imran tahu, walaupun Ayu marah, tetapi tiada detik benci. Ayu marah namun hatinya rindu. Itu adalah hakikat dan Imran yakin dengan kebenaran itu.

Hei... Imran!

Imran melihat seorang gadis berdiri di hadapannya.

You buat apa di sini!

Oh... saja!

Saja ke bekerja! I dengar you uruskan perniagaan 208

di sini... so betullah khabar angin yang I dengar tu! Patutlah dah tak nampak bayang di KL!

Imran senyum.

You tunggu orang ke

Imran menggeleng. I nak balik hari ni... my brother is getting married!"

I see!" Gadis itu senyum. Berdebar hati I... I ingatkan you yang nak kahwin!

Imran ketawa.

Dia masih sengih walaupun gadis itu sekian lama telah pergi. Dia Cuba mengingat-ingatkan gerangan gadis yang menegurnya sebentar tadi.

Tidak pasti!

Namun, kalau tidak silap gadis itu adalah salah seorang pramugari yang pernah melayannya. Masa berlarian dan tanpa sedar Imran tersandar di kerusi itu berjam-jam lamanya. Apabila pengumuman pen-erbangan bergema di LAX, Imran tersentak. Dilihatnya di monitor jadual penerbangan dan pesawat ke KL telah pun sedia tiba. Dia bingkas, mengaut briefcase lalu segera memeriksa tiket dan pasport.

Semuanya sedia ada dan Imran berlari ke balgi berlepas.

AYU memejam mata - menebar fikiran sebebas-bebasnya. Dia berasa seperti melakukan kesilapan besar dengan menerima lamaran Jalil. Sudahkah aku bersedia

Labah-labah masih setia merayapi tubuh. Namun, perasaan halus di jiwa Ayu dapat merasakan sesuatu yang kurang. Gerak-geri labah-labah itu tidak sehangat dulu. Ayu terasa hambar dan yakin segala ini berkaitan dengan berita perkahwinannya yang bakal berlangsung.209

Tidakkah nanti malam pengantinnya yang menjanjikan keindahan membawa kecelakaan Mungkinkah kepahitan silam membunuh kebahagiaan Ayu terbaring lesu - merenung jauh ke arah lampu yang sedang menyinari tubuh gebunya yang masih dirayapi labah-labah.

Ayu tertanya-tanya - sudahkah dirinya bersedia untuk mengizinkan manusia bergelar lelaki untuk me-nyentuh dirinya Adakah keindahannya sama seperti yang pernah diberikan oleh teman labah-labahnya Ayu memejam mata tetapi kehangatan Imran dirasakan. Hairan, kenapa perasaan rindunya tidak pernah luntur terhadap Imran, walaupun lelaki itu tidak lagi menghubunginya tetapi rohani dan batin yang bergerak antara mereka bagai tidak ter- pisah.

Ayu masih mengharapkan kenyataan Imran!

Deringan telefon telah mendinginkan khayalan hangatnya terhadap Imran.

Hallo!

Ayu... jangan lupa hari ni, I datang and fetch you."

Okey!

Perbualan pendek itu telah melontarnya ke ju- rang yang panjang - berliku dan berbelit. Dia akan ke airport, menunggu kepulangan abang Jalil sempena hari perkahwinan mereka yang bakal menjelang.

Ini bererti hari bahagia yang dinantikan oleh Jalil tetap akan terjadi kecuali jika dirinya mati. Persiapan telah diatur, sanak-saudara Jalil telah pun diberitahu, cuma menanti saat dirinya bersan- ding di persada.

Walaupun ada krisis di awal perbincangan tetapi segala-galanya telah diselesaikan. Tidak lama lagi dia akan bergelar isteri KEMESRAAN itu bagai aur dengan tebing - bak kata orang air dicincang takkan pu210

tus. Mereka berpelukan, melambangkan kasih sayang.

You look good Jalil and where is the special girl yang dah curi hati you tu... sampai you tak sabar nak tunggu abang kahwin dulu!

Jalil ketawa - mengenyit mata kepada Ayu yang agak terlindung di celahan manusia yang ramai.

Sorrylah bang... Ayu, come and meet my big brother

Wajah-wajah ceria menjadi kelam. Tiada kata yang sesuai cuma riak yang menggambarkan curiga.

Ayu.... Suara Imran perlahan dan sewaktu bersalaman, pautan terasa syahdu dan sayu. Kenapa adikku sendiri menjadi pilihan Adakah kerana iras wajah kami yang serupa dan kau sengaja mencari ganti yang sama Adakah itu tandanya kau masih mencintai aku Soalan itu hanya bermain di dalam hati.

Imran masih ingat bagaimana ghairahnya dia untuk pulang ke Malaysia. Dia telah mengarahkan se-tiausahanya untuk menempah tiket MAS.

Mister Megat... I am sorry, there's no more seat on flight MH93 but if you would like me to book you on British Air."

Impossible! You mean not even one seat left Imran membentak, memaksa setiausahanya untuk mendapatkan juga tiket MAS.

Okay sir... I'll try again.

Yes... please, and if its too bad you get me first class seat instead of the executive class, and

- I don't want any other airline.

- All right Mister Megat... thank you. Susane; setiausahanya pun beredar dari situ, dan akhirnya dia berjaya mendapatkan Imran tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sejak masuk ke pesawat lagi, Imran telah berharap 211

agar dapat menemui Ayu yang mungkin sedang bertugas. Peristiwa waktu mereka mula-mula bertemu dulu bermain-main di dalam fikiran Imran di sepanjang penerbangan dari Los Angeles.

Alangkah indahnya jika Ayu sekarang sedang menunggunya di Lapangan Terbang Subang. Wajah Ayu terbayang di mata Imran lalu dia terus melelapkannya dan Imran terus dibuai mimpi yang indah, tetapi cuma mimpi.

Hei... both of you dah pernah kenal ke Ternyata Jalil dapat mengesan sesuatu.

Ayu cuma membatu. Saat ini dia mengerti betapa dia benar-benar merindui Imran. Ingin saja dipeluknya lelaki itu - melafazkan kata cinta. Tetapi, mengenangkan Jalil yang lebih dahulu mencuri bahagia - dia tak sanggup melukakan. Biarlah hati sendiri yang berdarah. Biarlah cinta sendiri yang terluka.

Akhirnya dia mengukir senyuman yang tidak seumpamanya....

You are very lucky... you know that Imran menepuk bahu Jalil.

Di mata Jalil masih ada curiga. Dia Cuba untuk mencungkil sesuatu. Do you know her

Sudah tentu... bukankah I selalu pergi-balik naik MAS... Ayu kan stewardess... mestilah I tau dia. She is familiar to me... that's all!"

Jalil berpuas hati. Ya... I know, she is very special to me... and a lot more you need to know about my Ayu... I Jalil mengerling Ayu, membuah senyum sambil mengukir senyuman untuk Imran. Come... kita pulang!

Imran angguk dan terus mendahului pasangan itu. Dia terkapai-kapai di awangan, bagai sesat di celahan awan hilam. Petir dan kilat mengocak kedamaian 212

hatinya. Tidak disangka kepulangannya kali ini akan membawa penderitaan. Harapannya untuk memiliki Ayu punah, hancur menjadi debu ditiup angin hingga lesap ghaib.213